Masih ingat tak lagi suatu ketika semasa di sekolah rendah, kita semua diajar cara untuk bermain alat muzik yang setiap orang wajib ada, iaitu lain tidak bukan adalah ‘recorder’.

Namun pernahkah kita terfikir tentang mengapa murid sekolah perlu mempelajari alat muzik itu? Mengapa ‘recorder’ ?

Bahkan, bukan pelajar di negara kita sahaja diajar meniup recorder malah murid-murid di negara lain juga diajar alat muzik yang sama. Namun bila masuk ke sekolah menengah, tidak pula terus diajar meniup recorder.

Jadi jenapa ya murid sekolah rendah diajar main rekoder?

Menjawab persoalan ini, terpanggil untuk Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan berkongsi info dan faktanya.

Di Sekolah Rendah Belajar Tiup Recorder, Dr Ni Jelaskan Faedahnya Yang Mungkin Ramai Tak Tahu!

Murid Di Ajar Main Recorder, Banyak Manfaatnya

Ada banyak sebab, tapi sebagai doktor rehabilitasi, saya boleh katakan ia adalah salah satu komponen dalam usaha untuk memaksimakan perkembangan kanak-kanak.

Aktiviti sukan melatih kemahiran motor kasar iaitu kekuatan dan koordinasi anggota tangan, kaki dan badan kanak-kanak, manakala aktiviti bermain alat muzik melatih pergerakan motor halus.

Main rekorder perlukan kemahiran jari-jemari menutup dan membuka lubang tertentu untuk menghasilkan nota muzik yang diinginkan. Ia perlu sempurna, atau bunyinya akan sumbang.

Apa tu kemahiran motor halus?
Dalam Bahasa Inggeris, ia disebut “fine motor skill”. Ia melibatkan kemahiran dan kecekapam mengawal jari dalam memanipulasi alatan, dibantu oleh deria sentuhan dan stereognosis*

Stereognosis tu apa pula?
Kita lazimnya diajar bahawa manusia ada 5 deria. Namun jika kita dalami ilmu perubatan, manusia mempunyai tidak kurang daripada 21 deria. Salah satunya adalah stereognosis.
Stereognosis adalah kebolehan mengenal bentuk objek yang berada dalam tangan, walaupun tidak melihatnya. Maknanya, apabila mata ditutup, kita raba sesuatu objek, kita boleh tahu bentuknya.

IKLAN

Penting tak kemahiran ni?
Penting! Sama penting dengan satu lagi deria ni! Deria propriosepsi, iaitu kebolehan mengetahui di mana posisi atau kedudukan anggota tubuh (tangan, kaki, kepala, jari, dsb) dalam ruang.

Maknanya, kalau kita tutup mata, kita tahu tangan kita dekat mana. Di letak hadapan badan, di sisi, di belakang, atau ke atas mahupun ke bawah. Ini termasuk posisi setiap jari.
Deria dan kemahiran ini perlukan latihan agar ia menjadi cekap. Kecekapan deria dan kemahiran tangan ni boleh menjadi faktor besar dalam menentukan masa depan seorang kanak-kanak.

Seorang pakar bedah mikro-pembedahan perlukan deria yang kemahiran tangan yang baik. Begitu juga seorang atlet dan pemuzik profesional. Malah, kita nak menaip pun perlukannya.

Itu baru bab tangan, belum bab mulut.

Meniup rekorder, susah tak? Susah! Tak semua orang boleh meniup rekorder dengan betul. Malah, kalian percaya tak, di pusat rehabilitasi saya, ada kanak-kanak yang tak pandai tiup lilin dan belon.

Meniup ni pun adalah kemahiran yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak. Ia perlukan latihan otot oro-motor dan otot pernafasan (contoh: diaphragma, otot antara rusuk, dsb).

Di Sekolah Rendah Belajar Tiup Recorder, Dr Ni Jelaskan Faedahnya Yang Mungkin Ramai Tak Tahu!

Apa kepentingan meniup?
Meniup melibatkan otot mulut dan muka. Melatih otot-otot ini menambah kecekapan bertutur. Ia boleh mengurangkan pelat, menambah kejelasan sebutan, dsb. Ia penting dalam komunikasi lisan.

IKLAN

Selain itu ia juga memastikan kecekapan mengunyah, menyedut, menghembus, bernafas, berdehem, batuk meneran, dan sebagiannya. Pendek kata, penting untuk penghadaman dan pernafasan.

OK, ni kelebihan lain kalau belajar muzik.
Ada orang deria pendengar dia cekap, bila satu bunyi dimainkan, dia boleh teka nada muzik apa yang dimainkan itu. Siapa yang langsung tak boleh bezakan, dipanggil tone deaf (pekak nada).

Selain itu ada satu deria ni tak ramai orang ada. Deria tempo (sense of tempo). Orang yang belajar muzik ni kena ada deria ni. Kalau tidak, dia main alat muzik berterabur, tak kena pada masa.

Kenapa rekoder, dan bukan alat muzik lain?
Mudah sahaja. Kerana ia mampu milik, mudah dibawa ke sekolah, tidak perlu talaan dan penyelenggaraan rumit. Kalau gitar, piano, saksofon, mahal dan rumit. Kalau kastanet, atau marakas, tak mencabar pula.

Ada banyak lagi saya belum sentuh, tapi dah panjang sangat dah ni! Saya, rumuskan sahajalah.

Latihan bermain alat muzik seperti rekoder sebenarnya merangsang perkembangan deria kanak-kanak. Ia juga bantu mereka mengenal bakat dan minat mereka.

Perkara-perkara ini kadang-kadang tak nampak jelas manfaatnya, tapi jika diuruskan dengan baik, maka ia boleh membantu kanak-kanak mencari haluan hidup dan mencapai potensi sebenar diri mereka.

IKLAN

Sekarang dah tahu kenapa kita belajar tiup rekorder, kan? Bolehlah beritahu semua orang! Hehe!
Semoga bermanfaat!

Sumber : Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan

ARTIKEL MENARIK : “Jual Murah Niatkan Atas Nama Arwah Anak Yang Kemalangan Di Kawasan Ini…” -Lelaki Ni Jual Roti Canai 50 Sen!

Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI