
Digigit ular sawa ketika ‘buang air besar,’ jari dan paha gadis cedera. Seorang gadis berdepan detik cemas apabila paha dan jarinya ‘rabak’ akibat digigit ular sawa ketika membuang air besar.
Digigit Ular Sawa Ketika ‘Buang Air Besar,’ Jari & Paha Gadis Cedera
Menerusi perkongsian individu bernama Bella di X @lovinghansoll baru-baru ini, dia turut memuat naik gambar menunjukkan keadaan tangannya yang luka dan berdarah selepas bergelut dengan ular kira-kira satu meter (m) panjang.
Menurutnya, segalanya bermula apabila dia sedang melepaskan ‘hajat’ sambil bermain permainan dalam talian, tiba-tiba dirinya digigit reptilia terbabit di bahagian paha.
“SAYA TENGAH BUANG AIR BESAR DALAM TANDAS DUDUK. RUMAH TAMAN YA BUKAN RUMAH KAMPUNG. LEPAS DAH SIAP BUANG AIR, SAYA MASIH DUDUK SEBAB PERUT TERASA SAKIT LAGI.
“Tiba-tiba rasa macam ada sesuatu gigit paha saya, ia lebih tajam daripada pisau cukur dan ada banyak gigi. Ular ini gigit betul-betul kuat, macam benamkan gigi dalam kulit.
“Jadi, disebabkan nak selamatkan diri saya pegang mulutnya. Sudahlah gigi tajam sebab itu jari saya banyak luka. Mula-mula tak sedar ia seekor ular sawa yang besar sehinggalah haiwan itu berhenti menggigit saya. Ular itu datang dari dalam lubang tandas,” katanya.
Difahamkan, insiden mengerikan tersebut berlaku di rumahnya di Pontian, Johor.
Bella turut memaklumkan, lantai bilik air penuh dengan darah disebabkan kejadian mencemaskan itu.
Bagaimanapun jelasnya, dia tidak menangis sama sekali tetapi lebih kepada perasaan takut dan trauma yang menyelubungi diri.
“SAYA ADA MENJERIT TAPI TAK MENANGIS. AYAH DATANG DAN BAWA SAYA KELUAR DARI BILIK AIR TETAPI SEMPAT TENGOK BELAKANG DAN ULAR ITU MEMANG SANGAT BESAR! TAK DAPAT TANGKAP KERANA IA LARI SEMULA KE DALAM LUBANG TANDAS.
“Jadi, saya terus ke hospital. Cuma cuci luka dan makan antibiotik memandangkan ular sawa tiada bisa,” ujar gadis tersebut.
Sumber: Sinar Harian
Baca artikel lain juga: Hajat Buang Air Tidak Kesampaian, Budak 6 Tahun Dipatuk Ular Sawa Dalam Mangkuk Tandas!
Elok Je Membiak, Bomba Shah Alam Tangkap Induk & Anak Ular Sawa Dalam Saluran Longkang!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my