Adakah anda seorang Ofidiofobia atau dalam bahasa yang lebih mudah difahami, mempunyai perasaan takut kepada ular? Kalau anda mempunyai fobia jenis ini, jangankan nak pegang, tapi bila nampak ular pun dah mula rasa seram sejuk dan meremang satu badan.
Bercerita tentang ular, hari ini tular tentang kes penangkapan ular di dalam saluran longkang berhampiran sebuah restoran di Seksyen 20, Shah Alam.
Bukan seekor tapi ada banyak! Ular-ular tersebut masih kecil dan dikatakan kira-kira ada 15 ekor semuanya semasa pemeriksaan oleh Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (Bomba) Shah Alam dilakukan.
Seramai enam orang pegawai terlibat di dalam operasi terbabit selepas Bomba menerima panggilan dari orang awam yang mengesyaki ada kewujudan reptilia itu dalam saluran longkang.
Sumber foto: Bomba & Penyelamat Shah Alam
Menurut pihak Bomba, ketika mereka sampai ke lokasi kejadian dan membuat size up mendapati memang benar-benar ada ular di dalam saluran longkang tersebut. Di dalam operasi tersebut, pihak Bomba berjaya menangkap kesemua anak ular dan induknya bersama.
Syukur, tiada mangsa yang terlibat atau cedera ketika penemuan tersebut namun bila difikirkan semula pasti ada sumber makanan berhampiran yang membolehkan ular tersebut membiak di situ.
Ads
Antara komen yang ada;
Ads
Dipercayai ular tersebut adalah ular sawa batik berdasarkan corak pada kulitnya. Nama saintifik spesis ini adalah malayopython reticulatus dan boleh membesar sehingga 10 meter panjang.
Ia boleh membiak dan hidup di dalam apa jua persekitaran termasuklah kawasan berpenduduk dengan memakan tikus atau kucing. Ular sawa batik juga merupakan spesis ular terpanjang di dunia.
Dalam pada keterujaan untuk mencuba permainan lato-lato yang kini sedang viral di negara Asia Tenggara, namun terselit juga perkara yang membimbangkan apabila bermain permainan ini.
Selain dikatakan agak membahayakan terutamanya kepada kanak-kanak, baru-baru ini permainan ini sekali lagi mencetuskan pandangan negatif apabila seorang individu dikatakan berang apabila cermin keretanya pecah dan berderai, dipercayai terkena permainan lato-lato.
Kejadian yang berlaku di Guar Chempedak, Kedah ini telah dikongsikan di laman sosial oleh Tiniey Zatiey yang melibatkan sebuah kenderaan yang ditinggalkan seketika di lot parking.
“Harap sesiapa yang buat, tolong bertanggungjawab. Bagi anak main lato-lato sampai pecah cermin kereta aku dan lepas tu lari tinggal.”
“Aku dah tengok rakaman CCTV, harap siapa yang buat sila bertanggungjawab.”
Lato-lato Warna Putih
“Main .. lepas tu kena cermin kereta aku pecah, habis lari macam itu saja. Lato-lato warna putih ada tinggal di kereta aku.”
Bagi yang bertanggungjawab berhubung perkara ini diharap tampil berjumpa dengan pemilik kenderaan ini. Jadilah insan yang bertanggungjawab dan jujur.
Sebagai makluman, permainan lato-lato telah diharamkan di Amerika Syarikat dan Britain kerana boleh membawa kecederaan kepada kanak-kanak dan digunakan sebagai senjata.
Pencapaian membanggakan untuk komuniti ibu menyusu apabila penganjuran webinar penyusuan terbesar Ya, Aku Mampu Susukan Anak (YAMSA) anjuran Pa&Ma pada Sabtu lepas berjaya menghimpunkan lebih daripada 1000 peserta bersama barisan speaker yang hebat dan berkredibiliti dalam bidang penyusuan.
Webinar yang diadakan selama satu hari, bermula dari jam 9.30 pagi sehingga 5.30 petang ini mendapat sambutan menggalakkan daripada ibu menyusu dan ibu hamil yang mendaftar diri sebagai peserta.
Walaupun diadakan secara virtual, kemeriahan tetap dirasakan kerana ruangan chat box dihujani pelbagai komen dan soalan daripada peserta. Para peserta tetap bersemangat mengikuti webinar ini sehingga ke penghujung.
Apa yang seronoknya tentang webinar sehari ini kerana menyediakan pelbagai perkongsian menarik daripada para speaker yang dijemput.
Webinar dimulakan dengan acara cabutan bertuah bagi menghangatkan suasana pagi dan diikuti tazkirah oleh Ts Siti Fatahiyah Mahamood yang berkongsi garis panduan apa amalan yang patut dilakukan dan perkara yang patut dielakkan oleh ibu menyusu sepanjang mereka menyusukan anak.
Acara bertambah semangat apabila sesi Kaunselor Laktasi terkenal, Nad Masrom memulakan perkongsiannya dengan mengupas topik utama webinar Ya, Aku Mampu Susukan Anak!
Rata-rata peserta yang terdiri daripada ibu pertama kali seronok dengan perkongsian ilmu penyusuan dan semangat yang diberikan oleh Nad Masrom untuk terus menyusukan anak.
Ruangan chat box dipenuhi banyak soalan pelbagai masalah penyusuan untuk dijawab oleh Nad Masrom.
Slot seterusnya bersama Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi yang tidak asing lagi Dr Maiza Tusimin yang berkongsi topik Ibu Sakit Dan Cabaran Menyusukan Anak.
Penjelasan Dr Maiza dapat melegakan hati ibu menyusu yang sering tertanya-tanya bolehkah mereka terus menyusukan anak sekiranya sakit dan mengambil ubat.
Bagi meleraikan masalah yang sering ditakuti oleh ibu-ibu menyusu iaitu masalah susu berkurangan, Kaunselor Laktasi yang juga merupakan pelakon drama terkenal Ika Nabella mengupas topik Susu Ibu Drop, Jangan Give Up Masih Ada Harapan.
Penjelasan Ika yang bersemangat dengan pelbagai tip mengurangkan tekanan apabila berhadapan dengan situasi normal susu drop melegakan kerisauan para ibu.
Selesai memahami permasalahan penyusuan para ibu menyusu, webinar turut menampilkan speaker kaum bapa yang turut tidak terkecuali merupakan penyokong tegar penyusuan susu ibu iaitu Muhammad Noor Zakaria.
Bapa kepada sepasang cahaya mata yang bakal menimang anak ke-3 ini sememangnya terkenal dengan bahan media sosialnya yang mempromosikan kebaikan penyusuan susu ibu.
Muhammad Noor mengupas topik Real Dad Support Breastfeeding dari kaca mata dirinya sebagai bapa yang telah berjaya memastikan dua orang anaknya mendapat khasiat susu ibu sehingga mereka berusia dua tahun.
Sebelum melabuhkan tirai, sesi terakhir menampilkan selebriti mama yang juga seorang pelakon terkenal satu masa dahulu iaitu Raja Farah Raja Aziz.
Pelakon filem Anak Halal ini sudah lama menyepikan diri dari dunia lakonan sejak bergelar ibu kepada tiga orang anak. Menurut perkongsian Raja Farah dalam topik BF Journey, Lain Anak Lain Ragamnya, menyusukan dua orang anak lelaki sangat berbeza dibandingkan dengan anak perempuannya yang baru berusia empat bulan.
Katanya, anak perempuan nampak lebih bertenang dan tidak berapa kuat menyusu dibandingkan anak-anak lelakinya yang juga kuat ‘mengempeng’.
Antara kupasan menarik oleh speaker webinar Ya, Aku Mampu Susukan Anak!
1. Menurut Ts Siti Fatahiyah, ibu menyusu seharusnya menjaga akhlak dan tingkah laku sepanjang menyusukan anak kerana ia akan mempengaruhi pembentukan karektor anak yang menyusu.
2. “Anak pertama saya telah mengalami alahan pada susu formula dan saya telah kehilangannya pada usia 21 hari semasa saya masih dalam pantang. Saya mengalami kemurungan teruk. Kegagalan saya kerana kekurangan ilmu penyusuan.” Nad Masrom.
3. Di dalam slotnya, Dr Maiza berkongsi aplikasi yang membantu para ibu menyusu memeriksa ubat yang boleh diambil apabila menyusukan anak ketika sakit.
4. “Bila berlakon pengarah selalu bagi pegang watak sedih, jadi susu pun ikut sedih nak keluar. Sepanjang 2 tahun 3 bulan menyusu anak, Ika berpegang pada prinsip yang Ika buat sendiri iaitu 5 M iaitu “Mindset, Matlamat, Motivasi, Mentor, Member.” – Ika Nabella.
5. “Peranan seorang ayah adalah provider, jadi dia harus menyediakan dari segala segi iaitu kasih sayang, tempat tinggal, pendidikan untuk bagi keluarga rasa selamat termasuk makanan dan untuk baby mereka hanya minum susu dan susu ibu adalah yang terbaik.” – Muhammad Noor.
6. Menurut Raja Farah, anak keduanya langsung tidak pandai menyusu terus dari puting payudara dari lahir sampai usia 2 bulan. Sepanjang dua bulan itu dia gigih mengepam dan bersyukur selepas itu anaknya boleh menghisap direct dan dia mampu menyusukan selama dua tahun.
Selain perkongsian ilmu dan pengalaman dari panel jemputan, webinar semalam turut dimeriahkan dengan acara Teka & Menang serta cabutan bertuah. Memang gamat walaupun secara virtual.
Pa&Ma mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para peserta yang komited dengan webinar sepanjang hari semalam. Teruskan bersama kami untuk acara anjuran Pa&Ma yang akan datang, sehingga kita berjumpa lagi!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sepanjang Ramadan ini, pasti ramai yang mencuba pelbagai resipi untuk dinikmati sewaktu berbuka puasa nanti. Dari makanan, pemanis sehinggalah minuman, ada sahaja resipi baru yang dicuba untuk menjadikan juadah suatu kelainan.
Bagi yang tidak mempunya masa, mungkin anda akan lebih memilih untuk membeli sahaja di bazar Ramadan namun untuk lebih kepuasan dan menjimatkan. Ada sebenarnya boleh melakukan sendiri setiap juadah yang terdapat di bazar.
Seperti air Vanilla Blue Aiskrim ini, jika di bazar sampai beratur panjang pengunjung sanggup lakukan demi mendapatkannya. Baru -baru ini seorang pelajar Facebook telah berkongsikan cara untuk membuat air ini.
Mudah sahaja rupanya dan yang paling penting ianya jimat dan puas dinikmati bersama keluarga.
“Sedapnya kalau berbuka minum vanilla blue aiskrim…”
Nak beli dekat bazar Ramadan, takut cepat cair dan tak manis pula. Jadi, solusinya buat sendiri sahaja air vanilla blue aiskrim ini di rumah seperti perkongsian Puan Nordiana di laman Facebooknya.
SEDAPNYA VANILLA BLUE AISKRIM NI, MEMANG ‘TERANGKAT’ MINUM!
Mudah sahaja nak buat kerana hanya menggunakan beberapa bahan. Jom cuba!
Bahan-bahan:
CARA PENYEDIAAN :
– Campurkan semua bahan di atas ke dalam jug.
– Kacau hingga sebati. Tambah susu pekat sekiranya suka manis.
– Boleh hiaskan dengan aiskrim vanila. Sedia untuk dihidangkan.
Mudah kan? Mesti anak-anak teruja dan suka dapat minum air vanila blue aiskrim ini. Selamat mencuba!