Dalam pada keterujaan untuk mencuba permainan lato-lato yang kini sedang viral di negara Asia Tenggara, namun terselit juga perkara yang membimbangkan apabila bermain permainan ini.
Selain dikatakan agak membahayakan terutamanya kepada kanak-kanak, baru-baru ini permainan ini sekali lagi mencetuskan pandangan negatif apabila seorang individu dikatakan berang apabila cermin keretanya pecah dan berderai, dipercayai terkena permainan lato-lato.
Kejadian yang berlaku di Guar Chempedak, Kedah ini telah dikongsikan di laman sosial oleh Tiniey Zatiey yang melibatkan sebuah kenderaan yang ditinggalkan seketika di lot parking.
“Harap sesiapa yang buat, tolong bertanggungjawab. Bagi anak main lato-lato sampai pecah cermin kereta aku dan lepas tu lari tinggal.”
“Aku dah tengok rakaman CCTV, harap siapa yang buat sila bertanggungjawab.”
Lato-lato Warna Putih
“Main .. lepas tu kena cermin kereta aku pecah, habis lari macam itu saja. Lato-lato warna putih ada tinggal di kereta aku.”
Ads
Bagi yang bertanggungjawab berhubung perkara ini diharap tampil berjumpa dengan pemilik kenderaan ini. Jadilah insan yang bertanggungjawab dan jujur.
Sebagai makluman, permainan lato-lato telah diharamkan di Amerika Syarikat dan Britain kerana boleh membawa kecederaan kepada kanak-kanak dan digunakan sebagai senjata.
Nama selebriti dan usahawan, Noor Neelofa tidak perlu diperkenalkan lagi memandangkan setiap yang dilakukan olehnya sering mendapat perhatian ramai di media sosial.
Baik dari segi penampilan terkini, mahu kisah peribadinya, ada sahaja hal kurang enak didengari tidak kiralah masih bujang atau sudah berkahwin bersama Pencetus Ummah (PU) Haris Ismail.
Terbaharu, Neelofa memberitahu dia kini lebih mengutamakan suami dan keluarga berbanding kerjaya dan bisnes yang diusahakannya.
Neelofa berkata demikian ketika hadir dalam satu sesi temu bual bersama Ria X In Person bagi menjawab semua soalan yang diajukan kepadanya terutama melibatkan kerjaya dan kisah peribadinya.
Dalam temu bual tersebut, Neelofa menegaskan salah satu kunci untuk masuk ke syurga adalah seorang suami.
“Semua orang kena faham konsep ini, saya pun banyak belajar benda baru. Sebaik sahaja momen akad nikah dan jadi seorang isteri, keutamaan dan keredaan awak adalah suami. Kunci masuk syurga adalah suami,”ujarnya.
Neelofa berkata, sekiranya dia lebih mementingkan populariti atau utamakan keluarga, adalah lebih baik tidak menjadi isteri.
“Jadi, kalau kata nak pentingkan kemasyuran atau kerjaya lebih daripada suami, maksudnya baik tak payah jadi isteri. Sebab akan tarik awak ke neraka lebih pada yang lain-lain.
Artikel Berkaitan
“Saya kena tahu apa keutamaan saya. Kalau tidak dapat keredaan suami, sia-sia sahaja kaya ke popular atau bahagia di dunia. Kita tidak akan bau syurga sekalipun,”ujarnya.
Ujarnya lagi, perkara utama yang perlu dilakukan oleh seorang isteri adalah taat, bahagiakan suami serta menuruti perintahnya.
“Jadi, saya fikir setiap hari kerja sana sini, tetapi suami tak reda, gembira dan bahagia. Tiada gunanya juga.
“Selesaikan hak suami dulu, baru saya fokus dengan hal-hal lain,”jelasnya lagi.
Sementara itu, Neelofa turut mengakui suaminya sukar untuk menyesuaikan diri dalam dunianya selepas mereka berdua mendirikan rumah tangga.
“Saya boleh nampak bukan senang untuk Haris menyesuaikan diri dengan dunia saya. Masa awal perkahwinan pun dah jadi perhatian sekali dengan honeymoon. Back to back jadi. Itu dah jadi satu proses untuk dia menyesuaikan diri,” katanya.
Landasan Kashoorga: Tazkirah On The Go, Raikan Anak Yatim & Sampaikan Ilmu Dalam Medium Berbeza
Meneruskan kesinambungan segmen Tazkirah Ramadan Kashoorga yang telah diadakan setiap tahun selama empat tahun, Landasan Kashoorga memilih konsep ‘Event On Ground’ bagi tahun 2023.
Soal jawab agama berkaitan bulan Ramadan antara topik yang diketengahkan.
Landasan Kashoorga: Tazkirah On The Go yang dibawakan oleh portal Islamik Kashoorga dari Nu Ideaktiv Sdn Bhd dengan Kerjasama Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).
Landasan Kashoorga: Tazkirah On The Go
Jika kebiasaan tazkirah diadakan di masjid dan surau tapi kali ini kami bawakan ke Stesen Sentral Kuala Lumpur sebagai kelainan demi memberi pengisian bermanfaat buat orang ramai walaupun dalam kesibukan mengejar masa dalam perjalanan.
Selain itu, program Landasan Kashoorga juga adalah salah satu aktiviti Kashoorga untuk mengimarahkan bulan Ramadan dengan perkongsian ilmu yang harapnya dapat memberi manfaat buat semua.
Raikan Anak Yatim
Majlis diserikan dengan dua slot tazkirah. Tazkirah pertama bertajuk Meraih Pahala Ramadan: Ibadah On The Go akan disampaikan oleh Ustaz Rahim Azhari yang merupakan pendakwah bebas dan juga speaker motivasi yang aktif berkongsi ilmunya baik di platform media sosial dan juga majlis sekitar Lembah Klang.
Manakala untuk slot tazkirah kedua, ‘Keberkatan Ramadan’ disampaikan oleh Ustaz Adnin Roslan. Ustaz ini mungkin tidak asing lagi bagi yang biasa melayari TikTok.
Sampaikan Ilmu Dalam Medium Berbeza
Beliau yang juga penulis buku Tarbiah Sentap ini selalu berkongsi video menjawab pelbagai kemusykilan agama dengan cara yang santai namun menusuk ke jiwa.
Dalam majlis yang sama, Kashoorga turut meraikan anak-anak yatim sementara menunggu waktu berbuka. Encik Syamil dari Ideaktiv dan Encik Mohd Taha dari KTMB mengambil kesempatan menyantuni anak-anak dari Pusat Jagaan Cahaya Kasih dengan penyerahan duit raya dan cenderahati untuk mereka.
Tetamu kehormat juga turut meluangkan masa bergerak ke platform EtS untuk acara agihan cenderati kepada pengujung di sekitar platform dan juga di dalam train.
Terima kasih juga kepada penaja-penaja lain seperti Muas Mo Event Stylist, Kedai Ayamas, McDonalds, Pusat Pakaian Hari-Hari, Gula Cakery, Ryns Avenue, Icahfa, Yeo’s serta My Kitchen Partners kerana kesudian berkongsi masa, tenaga dan rezeki untuk memeriahkan majlis kali ini.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sebuah kehilangan pastinya sangat memeritkan. Apatah lagi jika kita terpaksa menghadapinya sewaktu masih belum bersedia.
Apatah lagi jika kehilangan itu dirasai oleh kanak-kanak yang masih belum mengerti apa-apa. Yang masih perlukan belaian manja. Itulah yang terjadi kepada seorang kanak-kanak bernama Mohamad Adiffiras berusia 11 tahun ini.
Dia yang kehilangan ayahnya pada tahun lepas berusaha untuk membina kepuk kubur untuk arwah ayahnya sebagaimana kubur-kubur yang lain.
Namun keadaan keluarganya yang serba kekurangan menyebabkan dia terpaksa membina kepuk kubur itu sendiri kerana tidak mahu kubur arwah ayahnya itu hilang dibawa arus banjir atau hujan lebat.
Menurut ibunya Siti Nurul Aini yang mempunyai 3 orang anak ini, namun anak sulungnya meninggal selepas 3 hari dilahirkan pada tahun 2010. Jenazahnya di kebumikan di kampung ibunya di Johor, manakala dia sekeluarga menetap di Felda Kechau 1, Kuala Lipis, Pahang.
Kubur arwah anaknya itu tiada kepuk dan nisan kerana banyak kali hilang selepas dihanyutkan air. Oleh kerana kekurangan wang dan tinggal jauh, mereka tidak membuatkan kepuk baru.
“Jadi selepas suami meninggal, Firas berkeras nak buat kepuk untuk kubur bapanya.”
“Dia tak mahu kubur arwah bapanya hilang macam kubur arwah kakak. Firas minta dengan bapa saudaranya untuk beli kepuk dan batu nisan, tapi pakcik dia mampu beli nisan je. Kepuk tak mampu.”
“Hari tu, tanah kubur arwah suami saya mendap sebab hujan lebat. Firas menangis, dia takut kubur tu hilang. Sebab itulah dia bersungguh nak buat kepuk sendiri.”
Pada awal bulan yang lalu, Firas telah memunggah batu-bata dari rumah mereka dan mengangkutnya menggunakan basikal untuk membina sendiri kepuk di kubur bapanya yang meninggal dunia akibat jangkitan kencing tikus.
Apa yang menyedihkan adalah, waktu itu Firas menggunakan tanah merah di sekitar kubur untuk menggantikan simen dalam pembinaan kepuk berkenaan.
“Dia minta izin dengan saya nak buat kepuk. Dia bawa batu-bata dari rumah dengan menggunakan basikal. Bila hujan turun, batu-bata tu tergolek. Dia menangis kutip batu tu balik. Dalam hujan lebat dia menagis.”
“Jadi saya pun beli simen dalam 3 kilogram (kg) secara atas talian untuk membina kepuk tersebut.”
“Bila dah siap, Firas peluk batu nisan ayahnya.”
“Dia kata, ini je dia mampu bagi untuk arwah. Saya ingat dia main-main je masa dia lukis kat rumah, rupanya dia buat betul-betul.”
Untuk makluman, Siti adalah seorang suri rumah. dia tidak bekerja danmengharapkan bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta pihak zakat untuk perbelanjaan dia dan anak-anak.
“Saya hanya suri rumah. Semua anak dilahirkan secara pembedahan sebab itu arwah tak bagi saya kerja. Anak bongsu pula mengalami semput, sering keluar masuk hospital.”
Kisah firas ini tular selepas seorang pemuda bernama Akhmar Salehudin berkongsi video Firas yang ketika itu berada di sisi pusara ayahnya.
Dalam video tersebut turut menemubual Firas yang telah membina kepuk kubur ayahnya itu.
Rata-rata komen yang diterima, kagum dengan kesungguhan Firas dan ramai yang mendoakannya.
Ketahui 7 titik akutekanan legakan angin dalam badan yang sering diamalkan untuk membantu mengurangkan kembung, ketegangan dan rasa tidak selesa serta cara melakukannya dengan betul.