Pencapaian membanggakan untuk komuniti ibu menyusu apabila penganjuran webinar penyusuan terbesar Ya, Aku Mampu Susukan Anak (YAMSA) anjuran Pa&Ma pada Sabtu lepas berjaya menghimpunkan lebih daripada 1000 peserta bersama barisan speaker yang hebat dan berkredibiliti dalam bidang penyusuan.
Webinar yang diadakan selama satu hari, bermula dari jam 9.30 pagi sehingga 5.30 petang ini mendapat sambutan menggalakkan daripada ibu menyusu dan ibu hamil yang mendaftar diri sebagai peserta.
Walaupun diadakan secara virtual, kemeriahan tetap dirasakan kerana ruangan chat box dihujani pelbagai komen dan soalan daripada peserta. Para peserta tetap bersemangat mengikuti webinar ini sehingga ke penghujung.
Apa yang seronoknya tentang webinar sehari ini kerana menyediakan pelbagai perkongsian menarik daripada para speaker yang dijemput.
Webinar dimulakan dengan acara cabutan bertuah bagi menghangatkan suasana pagi dan diikuti tazkirah oleh Ts Siti Fatahiyah Mahamood yang berkongsi garis panduan apa amalan yang patut dilakukan dan perkara yang patut dielakkan oleh ibu menyusu sepanjang mereka menyusukan anak.
Acara bertambah semangat apabila sesi Kaunselor Laktasi terkenal, Nad Masrom memulakan perkongsiannya dengan mengupas topik utama webinar Ya, Aku Mampu Susukan Anak!
Rata-rata peserta yang terdiri daripada ibu pertama kali seronok dengan perkongsian ilmu penyusuan dan semangat yang diberikan oleh Nad Masrom untuk terus menyusukan anak.
Ruangan chat box dipenuhi banyak soalan pelbagai masalah penyusuan untuk dijawab oleh Nad Masrom.
Slot seterusnya bersama Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi yang tidak asing lagi Dr Maiza Tusimin yang berkongsi topik Ibu Sakit Dan Cabaran Menyusukan Anak.
Ads
Penjelasan Dr Maiza dapat melegakan hati ibu menyusu yang sering tertanya-tanya bolehkah mereka terus menyusukan anak sekiranya sakit dan mengambil ubat.
Masih Ada Harapan
Bagi meleraikan masalah yang sering ditakuti oleh ibu-ibu menyusu iaitu masalah susu berkurangan, Kaunselor Laktasi yang juga merupakan pelakon drama terkenal Ika Nabella mengupas topik Susu Ibu Drop, Jangan Give Up Masih Ada Harapan.
Penjelasan Ika yang bersemangat dengan pelbagai tip mengurangkan tekanan apabila berhadapan dengan situasi normal susu drop melegakan kerisauan para ibu.
Selesai memahami permasalahan penyusuan para ibu menyusu, webinar turut menampilkan speaker kaum bapa yang turut tidak terkecuali merupakan penyokong tegar penyusuan susu ibu iaitu Muhammad Noor Zakaria.
Bapa kepada sepasang cahaya mata yang bakal menimang anak ke-3 ini sememangnya terkenal dengan bahan media sosialnya yang mempromosikan kebaikan penyusuan susu ibu.
Ads
Muhammad Noor mengupas topik Real Dad Support Breastfeeding dari kaca mata dirinya sebagai bapa yang telah berjaya memastikan dua orang anaknya mendapat khasiat susu ibu sehingga mereka berusia dua tahun.
Sebelum melabuhkan tirai, sesi terakhir menampilkan selebriti mama yang juga seorang pelakon terkenal satu masa dahulu iaitu Raja Farah Raja Aziz.
Pelakon filem Anak Halal ini sudah lama menyepikan diri dari dunia lakonan sejak bergelar ibu kepada tiga orang anak. Menurut perkongsian Raja Farah dalam topik BF Journey, Lain Anak Lain Ragamnya, menyusukan dua orang anak lelaki sangat berbeza dibandingkan dengan anak perempuannya yang baru berusia empat bulan.
Katanya, anak perempuan nampak lebih bertenang dan tidak berapa kuat menyusu dibandingkan anak-anak lelakinya yang juga kuat ‘mengempeng’.
Antara kupasan menarik oleh speaker webinar Ya, Aku Mampu Susukan Anak!
1. Menurut Ts Siti Fatahiyah, ibu menyusu seharusnya menjaga akhlak dan tingkah laku sepanjang menyusukan anak kerana ia akan mempengaruhi pembentukan karektor anak yang menyusu.
Ads
2. “Anak pertama saya telah mengalami alahan pada susu formula dan saya telah kehilangannya pada usia 21 hari semasa saya masih dalam pantang. Saya mengalami kemurungan teruk. Kegagalan saya kerana kekurangan ilmu penyusuan.” Nad Masrom.
3. Di dalam slotnya, Dr Maiza berkongsi aplikasi yang membantu para ibu menyusu memeriksa ubat yang boleh diambil apabila menyusukan anak ketika sakit.
4. “Bila berlakon pengarah selalu bagi pegang watak sedih, jadi susu pun ikut sedih nak keluar. Sepanjang 2 tahun 3 bulan menyusu anak, Ika berpegang pada prinsip yang Ika buat sendiri iaitu 5 M iaitu “Mindset, Matlamat, Motivasi, Mentor, Member.” – Ika Nabella.
5. “Peranan seorang ayah adalah provider, jadi dia harus menyediakan dari segala segi iaitu kasih sayang, tempat tinggal, pendidikan untuk bagi keluarga rasa selamat termasuk makanan dan untuk baby mereka hanya minum susu dan susu ibu adalah yang terbaik.” – Muhammad Noor.
6. Menurut Raja Farah, anak keduanya langsung tidak pandai menyusu terus dari puting payudara dari lahir sampai usia 2 bulan. Sepanjang dua bulan itu dia gigih mengepam dan bersyukur selepas itu anaknya boleh menghisap direct dan dia mampu menyusukan selama dua tahun.
Selain perkongsian ilmu dan pengalaman dari panel jemputan, webinar semalam turut dimeriahkan dengan acara Teka & Menang serta cabutan bertuah. Memang gamat walaupun secara virtual.
Pa&Ma mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para peserta yang komited dengan webinar sepanjang hari semalam. Teruskan bersama kami untuk acara anjuran Pa&Ma yang akan datang, sehingga kita berjumpa lagi!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dalam perkembangan seorang kanak-kanak, secara umumnya akan mula bercakap dan membebel bunyi tertentu bermula usia 1 tahun ke atas.
Walaupun perkembangan setiap anak mungkin berbeza, namun ibu bapa perlulah peka dan memantau perkembangan pertuturan ini kerana ia berkait rapat dengan faktor kesihatan dan tumbesaran mereka.
Bagi yang menghadapi masalah ini, perkongsian dari Puan Norakma Jamlos mengenai kisah anak beliau yang lambat bercakap atau dikenali sebagai ‘late talker’ boleh dijadikan sebagai panduan dan juga inspirasi kepada ibu bapa yang mengalami masalah yang sama.
Anak Masih Belum Bercakap Pada Usia 2 Tahun
Tergerak hati ingin berkongsi cerita kisah anak perempuan merangkap anak ketiga saya. Saya mula bawa dia berjumpa dengan doktor di Hospital Selayang pada umur dia 2 tahun.
Saya mula perasan dia bukan macam kanak-kanak lain dan nampak sangat berbeza terutamanya sebab dia masih tak boleh bercakap walaupun sudah berusia 2 tahun.
Rentetan Peristiwa & Temujanji Doktor
Berikut adalah rentetan daripada temujanji doktor yang saya hadiri untuk mendapatkan diagnosis terhadap keadaan sebenar anak saya.
07/06/2017 – Pergi ke Klinik Kesihatan untuk imunisasi 2 tahun. Sambil itu saya bercerita kisah anak dan kebimbangan saya terhadap perkara di atas. Sehubungan itu, jururawat di Klinik Kesihatan telah membuat surat untuk saya mendapatkan appointment di hospital.
24/8/2017 – Berjumpa dengan doktor pakar kanak-kanak di hospital. Doktor sarankan untuk berjumpa dengan pakar telinga dan mata (ENT) terlebih dahulu.
18/9/2017 – Kami berjumpa dengan pakar ENT. Alhamdulillah, keputusannya normal hearing bilaterally.
30/11/2017 – Berjumpa lagi dengan doktor pakar kanak-kanak Hasil Ujian Saringan M-CHAT menunjukkan anak saya gagal dalam 10 item. Dan kesemua item yang gagal adalah item yang kritikal. Doktor diagnosis sebagai autisme tapi masih belum disahkan lagi. Allah sedihnya….
Ciri-ciri anak saya ketika berumur 2 tahun antaranya:
Tiada eye contact.
Bila panggil buat tak tahu .
Suka main sendiri.
Speech delay, sepatah perkataan tak pernah sebut, hanya aaaaa dan sangat bising mulutnya.
Tak pandai nak bersalam dengan orang mahupun kami Ummi dan Abah dia.
Tak berminat untuk bermain walaupun dengan kakak-kakaknya. Bila ajak main dia lari.
Tak pernah nak pedulikan orang disekeliling dia. Dia dengan dunia dia sendiri dan dia juga seolah-olah tidak mengenali kami.
Suka mengibas-ngibas tangan kalau dia gembira@ excited (flapping hands).
Alhamdulillah dia tak ada behavior problem.
Sekarang umur anak saya dah masuk 2 tahun 7 bulan. Banyak yang berubah cuma masih tak boleh bercakap lagi.
Tapi ciri-ciri autisme masih ada. Antara perubahannya :
Eye contact dah ada walaupun terhad.
Arahan-arahan mudah pun dia dah mula faham.
Bila saya marah, cepat-cepat datang dan peluk cium.
Bila panggil dah mula pandang. (kadang-kadang tak pandang sebab asyik panggil je)
Pandai cari saya bila saya tak ada, tahu dah nak cari Ummi kat mana. (office Ummi laaa kat dapur)
Sudah mula nak bermain.
Flapping hands masih ada. Tapi saya mula ajar jangan buat flapping hands dan tukar pada tepuk tangan (claps hands) bila rasa gembira @ excited.
Alhamdulillah banyak yang berubah. Cuma untuk ‘merawat’ ciri autisme memang agak susah, ada masanya boleh jadi ‘singa’, kadang-kadang pula jadi ‘tarzan’.
Banyakkan membaca dan tambah ilmu dari sumber yang dipercayai. Tips dari Group Autisme Malaysia di Facebook pun banyak membantu.
Berikut adalah beberapa checklist yang boleh anda semak dalam memantau kebolehan pertuturan anak mengikut perkembangan usianya.
Umur
Kemahiran bahasa
0 – 6 bulan
Senyum apabila mendengar suara ibu/penjaga
Menggerakkan kepala & mata ke arah bunyi
Mengeluarkan bunyi-bunyian seperti menghasilkan bunyi vokal (/aaa/) yang nyaring (video)
7- 11 bulan
Membebel- ‘baba’, ‘mama’, ‘dada’ tanpa maksud tertentu
Faham perkataan ‘jangan’ dan arahan mudah seperti ‘bye-bye’, ‘salam’
Meniru bunyi mudah seperti bunyi binatang dan kenderaan
1 tahun
Meniru suku kata perkataan, contoh: ‘bola’ à /la/, ‘abah’ à /bah/
Menguasai 10-25 perkataan
Dapat menunjukkan bahagian badan asas
Menggunakan kata sosial, contoh ‘hello’, ‘bye-bye’
Memanggil nama ahli keluarga terdekat
2 tahun
Menguasai kira-kira 50 perkataan
Menggabungkan 2-3 patah perkataan
Mengikut arahan tanpa bantuan isyarat
Tumpuan terhadap sesuatu aktiviti selama lebih kurang 5 minit
3 tahun
Bercerita menggunakan ayat lebih panjang dan sempurna kira-kira 3-4 perkataan
Dapat menyebut nama penuh
Faham soalan ‘apa’, ‘bila, ‘mana’, dan ‘bagaimana’
4 tahun
Faham konsep seperti warna dan saiz
Dapat menjawab soalan tentang fungsi objek
Menggunakan ayat yang panjang dengan kata hubung seperti ‘dan’, ‘dengan’
Menyebut bunyi konsonan kira-kira 90% secara tepat
5 tahun
Bercerita tentang sesuatu topik dengan ayat panjang, kira-kira lebih dari 5 perkataan
Menggunakan sambungan kompleks seperti ‘selepas itu’, ‘atau’ dan ‘tetapi’
Pelakon Ummi Nazeera yang sedang hangat diperkatakan sejak menampilkan lakonan hebat dan berkarisma dalam drama Rindu Kasih telah mendedahkan dirinya pernah mengalami masalah depresi sewaktu belajar di Melbourne, Australia suatu ketika dahulu.
Perkongsian ini telah dibuat menerusi program bual bicara TV3, Wanita Hari Ini yang menampilkan Ummi Nazira dan Izzue Islam sebagai tetamu.
Menurut Ummi, dia pernah mengalami masalah tersebut ketika berjauhan dengan keluarganya sehingga sukar untuk tidur. Malah, Ummi turut berkongsi mengenai cara penyelesaian yang disarankan oleh pakar terapinya. Ujar Ummi, dia perlu meluahkan segala yang dirasai dalam bentuk penulisan.
Sebenarnya saya memang jarang bercerita dengan kawan-kawan. Saya pernah menghadapi masalah masa saya belajar dulu dekat Melbourne. Tiba-tiba kita jauh dengan family, memang saya menghadapi depression tak boleh tidur malam.
Jadi saya jumpa pakar terapi yang disediakan oleh universiti dan dia ajar saya untuk tulis setiap benda yang saya rasa. Alhamdulillah, memang it makes you feel better, menulis memang menolong dan bersenam. Saya tulis semua benda yang saya rasa. Mungkin sebab tu saya nampak macam orang gila.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan perkongsian yang diberikan oleh Ummi tentang cara menangani masalah depresi yang dialami. Ujar netizen, teknik menulis dapat meredakan emosi.
Bagi anda yang suka masakan yang simple, pastinya anda akan menyukai resipi ini. Amat mudah disediakan dan boleh dihidangkan bersama keluarga. Anak-anak anda pasti menyukainya kerana ianya boleh dimakan begitu sahaja.
Jika sebelum ini anda hanya menggunakan Crab Stick sebagai bahan penambah perencah di dalam masakan seperti nasi goreng, sup telur dan lain-lain, namun dengan resipi ini, anda boleh menjadikan ia sebagai menu utama keluarga.
Kalau anda nak tahu, Crab Stick ini sangat sedap apabila digoreng dengan salutan tepung istimewa dan sangat mudah disediakan.
Kerangupan diluar dan kelembutan isi crab stick yang perlahan mencair didalam mulut anda. Nak menyediakan salutan tepung ini sangat ringkas dan mudah.
Anda boleh ikuti perkongisian resipi oleh Syahidan Hisham ini. Jom ikuti perkongsian beliau dibawah ini.
RESIPI CRAB STICK CELUP TEPUNG
Sedap ni kalau makan waktu malam sambil layan drama
BAHAN-BAHAN :
* Crab stick
* 2 biji telur
* 1 mangkuk kecil tepung bestari
* 1 sdk garam
* 1 sdk serbuk lada hitam
* Sedikit brokoli yang sudah dicincang
* Oregano – optional
CARA MEMASAK :
1. Sediakan telur kemudian gaulkan bersama dengan tepung rangup (bancuhan perlulah tidak terlalu pekat, tidak terlalu cair)
2. Masukkan sedikit garam dan lada sulah ke dalam bancuhan tepung tadi.
3. Siapa nak letak sayur, masukkan sikit brokoli yang dicincang.
4. Menyadur dan menggoreng, warna kuning rangup yang cantik, selesai.
5. Elok tabur oregano. Tambah wangian
Ramai yang impikan rumah besar, luas, dan mewah. Tapi tahukah anda, semakin besar rumah, semakin tinggi kos penjagaannya? Bukan sekadar bayar bil utiliti, tapi...