Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, peluasan BAP kepada pelajar Tingkatan Enam akan memberi manfaat kepada lebih 100,000 pelajar dengan implikasi kewangan kira-kira RM15 juta.
“Ini peluang yang sangat baik, BAP diberikan kepada pelajar Tingkatan Enam buat kali pertamanya dalam sejarah, dan kita mahu anak-anak Tingkatan Enam ini terus bersemangat.
Pelajar Tingkatan Enam Terima Februari 2025
“Kita harap inisiatif untuk Tingkatan Enam akan dapat kita tambah baik lagi kerana Tingkatan Enam ini sangat penting, ia pasca-Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan khususnya untuk menjamin akses pendidikan kepada semua,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Fadhlina berkata, agihan BAP kepada pelajar Tingkatan Enam sedia ada akan dilaksanakan pada Februari 2025 manakala pelajar baharu akan menerima BAP pada Julai 2025.
Beliau berkata, peluasan pemberian BAP kepada pelajar tingkatan enam juga adalah cerminan keprihatinan kerajaan Madani untuk meringankan beban kewangan ibu bapa dan penjaga dalam melakukan persediaan keperluan persekolahan.
Ads
Inisiatif itu juga membuktikan komitmen berterusan Kementerian Pendidikan untuk terus memperkasakan pendidikan selain untuk menggalakkan pelajar memilih pendidikan Tingkatan Enam, selepas SPM, katanya.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat pada 18 Oktober lepas, mengumumkan BAP diteruskan, dengan hampir RM800 juta diperuntukkan kepada 5.2 juta murid Tahun Satu hingga Tingkatan Lima tanpa mengira pendapatan ibu bapa.
Poligami menjadi isu panas yang tiada kesudahan. Sesuatu yang dihalalkan agama dan mengharamkan poligami barangkali menafikan hukum Tuhan.
Namun, jarang ditekankan soal bahayanya poligami yang mampu memperjudikan nasib dan masa depan diri, isteri dan anak jika sang suami tidak mampu berlaku adil.
Aku pernah dah tulis sebelum ni. Poligami ini bukan perkara kau boleh buat suka-suka.
Isteri yang kau ada sekarang, hati dia kau kena jaga sungguh. Ummi pernah pesan ke aku;
“Jangan permainkan hati perempuan.” (Dia merujuk kepada isteri)
Lagi pula isteri itu isteri pertama kau.
Baik, dia begini;
1. Iya, Islam tidak mensyaratkan kau mesti mendapatkan izin isteri pertama untuk kau kahwin 1 lagi. Tapi mendahulukan hati seorang yang bernama isteri itu keadilan yang kau kena buat.
2. Kalau berlaku dia tidak setuju, hormati keputusan itu. Berbincang habis-habis dulu. Fahamkan dia apa sebab kau nak berbuat begitu. Apa pula perancangan kau nak handle 2 hati lepas ini.
3. Kalau sampai masa dia setuju, kau buatlah. Andai sampai ke sudah dia masih belum bersetuju, dan dalam masa yang sama dia masih taat sebagai isteri, kau jagalah dia seorang sahaja.
Percayalah, kau tak akan jumpa hati yang sama seperti itu di tempat lain.
4. Menjaga dan mendidik 1 hati pun berat. Lebih lagi lah mendidik 2 hati. Kan? Keperluan 2 orang isteri ini kau mesti penuhi. Kau dah ukur kemampuan sendiri? Persoalan ini semua kau kena jawab dulu.
5. Menceraikan isteri pertama yang tidak setuju dengan kehendak kau nak berkahwin lain adalah 1 perbuatan yang cukup tidak bertanggungjawab. Lagi pula kau baru kahwin bang dengan dia. Ya ampun. Pesan aku, baca balik poin nombor 2 dan 3.
Kalian, rumahtangga ini dibina bersama. Suami dan isteri ibarat 2 sayap burung. Untuk terbang, keduanya perlu bergerak serentak. Ke atas ke bawahnya sama. Mesti sepakat dan sekata.
Kalau satu ke atas, satu ke bawah, percayalah kau akan menjunam ke bawah dengan cukup laju. Hah! Faham?
Termasuklah kalau kau rasa kau mampu untuk mengemudi 2 isteri, tetap kau kena pastikan isteri yang ada sekarang faham juga. Dia juga yakin dengan kemampuan kau.
Kawan-kawan, isteri itu anugerah Tuhan buat kita. Kenapa mudah sangat kita sia-siakan hati mereka?
Atas kapasiti apa aku bercakap semua ni? Aku poligami ke? Oh tidak tuan-tuan puan-puan.
Cuma aku anak sulong kepada isteri pertama ayah aku. Dan ummi aku ada 3 adik madu yang boleh hidup 1 bumbung bersama.
Sembahyang sama-sama, masak bergilir, buat kerja rumah sama-sama.
Ummi dengan adik madu yang lain memang macam adik beradik. Anak jaga sama-sama. Sekali pun anak daripada madu dia sendiri.
Namun begitu ingat ini, aku jadi mata yang menyaksikan poligami bukan mudah. Kau kena jadi manusia yang sangat sangat sangat sabar.
Wajib menjadi hamba yang hidup penuh dengan air mata. Merintih dan mengadu cuma pada Tuhan. Abah sebagai seorang suami yang tak pernah tinggal sembahyang malam sekali pun.
Sembahyang fardhu mesti berjemaah. Disiplin beragama sangat tinggi. Bukan Abah seorang diri. Semua isterinya juga diajak mendahulukan agama lebih daripada segalanya.
Abah sedia untuk sembahyang, isteri-isteri dah dalam saf di tikar sembahyang. Sampai tahap itu.
Dan aku berani cakap, gelaran PU bukanlah tanda kau dah cukup sabar untuk semua itu.
Sekian.
Firdaus Mokhtar, Bukan siapa-siapa.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Anak adalah harapan buat ibu bapa. Lantaran itu, pelbagai usaha yang dilakukan supaya anak menjadi seorang yang cerdik pandai. Memperkenalkan pelbagai bahan bacaan supaya anak boleh membaca dan menghafal pada usia seawal satu atau dua tahun!
Namun, hakikatnya, ada yang alpa bahawa perkembangan seorang kanak-kanak adalah bermain dengan persekitarannya termasuk mempunyai kemahiran motor seperti melompat, berlari dan menangkap bola. Sebagaimana luahan hati seorang ibu Wawa Shauqi melalui paparan facebooknya, menjelaskan bahawa dirinya terkejut apabila anaknya yang seorang pandai tetapi tidak mampu menangkap bola, takut memijak pasir dan tidak boleh bergayut. Mujur cepat bertindak setelah menyedari anaknya mengalami sensory processing disorder (spd) atau kata lain, masalah sensori sentuhan, bahawa jika dibiarkan akan menjejaskan pembelajarannya apabila memasuki sekolah nanti. Ikuti perkongsiannya.
JANGAN ULANGI SILAP SAYA. ANAK SAYA PANDAI TETAPI…
Ini Ammar, anak sulung saya. Dia seorang yang cepat berjalan dan cepat bercakap. Pada usia dia 2 tahun, dia telah mengenal huruf dan dapat memadankan kesemua huruf kecil dan huruf besar.
Pada usia 3.5 tahun, dia mula membaca dan menghafal lebih dari 20 surah. Sekarang usianya 4 tahun, telah masuk separuh buku Iqra’ kedua.
Nampak macam perkembangannya cepat, tetapi ada perkara yang dia tidak mahir kalau nak dibanding dengan teman seusianya yang lain.
Pandai tetapi tidak mempunyai kemahiran penerokaan
Pada usia 3 tahun, dia masih belum boleh menangkap bola pada paras dada. Malah tangannya tak cukup kuat untuk menyepit objek menggunakan forcep mainan. Tangannya juga tak mampu bergayut walau 2 saat di ‘monkey bar’.
Saya sangka, mungkin kekurangannya itu kecil dan biasa. Mungkin pencapaian motor kasarnya tak mengikut carta milestone kerana dia bukan kategori ‘body intelligence’.
Yalah, sangka saya setiap budak ada kelebihan dan kekurangannya.
Tapi bukan itu sahaja. Ammar seorang penggeli. Dia geli memijak pasir, geli duduk pada kerusi kulit (atau pvc) dan menjerit bila memegang ais.
Gelinya kadang-kadang keterlaluan. Pernah dia menjerit waktu kami lalu di sebuat kedai mainan. Ingatkan apa yang ditakutnya, rupanya ‘Magic Stretch Ball’. Seronok betul kami menyakat dia dengan bola tu.
Saya tak pernah sangka kesemua masalah ini mempunyai perkaitan yang sama. Malah masalah dia meraung bila mencuba kasut baru di mall dulu juga, ada kaitannya.
Rupanya ada masalah sensori sentuhan
Dia mempunyai tanda-tanda yang kebiasaan ada pada anak-anak yang ada kecelaruan neurologi. Tanda-tanda yang disebut OT Maryam itu mengesahkan yang Ammar mempunyai masalah sensori sentuhan, atau dalam istilahnya Sensori Processing Disorder (SPD) terhadap deria Tactile (Hypersensitif).
Ammar mungkin membaca awal dan cepat tangkap dalam pembelajaran, tapi masalah ini jika saya tak sedar dari awal, akan mengganggu pembelajarannya bila dia mula bersekolah nanti.
Nasib baik saya cepat sedar. Mujur Allah cepat temukan saya dengan pakar.
Alhamdulillah setelah saya lakukan pelbagai aktiviti ransangan, sekarang ‘sensitiviti’ Ammar dah banyak berkurangan. Cuma dengan Magic Ball tu masih takut-takut. Fobia kesan dari kena sakat masa kecik agaknya.
Kadang-kadang kita terlalu mahukan anak pandai, lalu kita hulur anak buku, pensil & kertas dan kita nafikan fitrah anak bermain.
Sedangkan dari bermain itulah anak-anak membina asas akademik mereka. Dari bermainlah anak akan belajar komunikasi dan membina keyakinan diri.
Dan dari bermainlah kesemua deria mereka berstimulasi dan berintegrasi bersama dengan baik.
Apa kaitan DERIA ini semua dengan akademik? Eh penting sangat. Deria sentuhan yang baik adalah asas untuk anak kuasai kemahiran motor halus seperti menulis dan mengguna tangan dengan baik.
Deria rasa pula membantu memberi stimulasi awal untuk anak menggunakan mulut untuk bercakap, selain mengelakkan masalah ‘picky eater’ pada anak.
Deria visual dan auditori pula penting untuk memberi tumpuan yang baik semasa dalam kelas dan mengenal huruf, nombor, bentuk serta simbol.
Deria sendi dan kestabilan akan bantu anak-anak menguasai hampir kesemua kemahiran dalam hidup. . TAPI.
Tapi bermain pun perlu ada tujuan. Setiap permainan perlu betul caranya supaya merangsang perkembangan anak-anak.
Seperti yang diajar OT AisyahRozalli kelmarin, main pun perlu ada 5 target. Antara targetnya adalah supaya anak mahir berkomunikasi, mahir berdikari dan mahir guna tubuh.
Haa kau! Ajar anak main pon kena ada ilmu tau.
Ya, memang tak dapat dinafikan setiap ibu bapa ada cara didikan yang tersendiri. Tetapi ilmu masih perlu kita cari. Tempoh tumbesaran anak singkat untuk kita cuba-cuba dan buat silap.
Ikut rapat-rapat ikon-ikon keibubapaan ustaz ustazah dan para terapis, supaya kita tak silap mendidik anak.
Impian untuk meraih pendapatan hasil jualan pertama lumayan musnah dan kini hanya bergantung kepada jualan harian di sekitar Kemaman sahaja.
Siapa sangka dugaan menimpa pasangan suami isteri apabila tempahan nanas yang dijualnya dibatalkan apabila pelanggan meninggal dunia akibat Covid-19.
Hasil pertanian pertama sebanyak 500 kilogram itu merupakan nanas jenis MD2 telah siap dipetik.Dalam tempoh seminggu, jika dibiarkan buah ini akan mengalami kerosakan. Namun siapa kita untuk melawan takdirNya.
Ujian berat itu telah mengundang kesedihan seorang adik ipar menerusi satu hantaran di Twitter @syifamajid yang meluahkan rasa simpati dugaan dalam perniagaan. Memohon supaya ada warganet yang sudi membeli buah berkenaan.
“Dugaan abg ipar. First time baru nak rasa hasil nenas. Ada yang dah booking 500kg. Tetiba orang booking tu meninggal covid. Now buah banyak dalam seminggu tak jual rosak buah. Mintak RT tweet (ulang kicau) ni boleh?.”
Dugaan abg ipar 😭 first time baru nak rasa hasil nenas. Ada yg dah booking 500kg tetiba org booking tu meninggal covid. Now buah banyak dlm seminggu x jual rosak buah. Mintak RT tweet ni boleh?
Setelah dimuat naik kisah berkenaan, tak sampai 24 jam telah mendapat respon daripada warganet yang bersimpati. Hasilnya 200kg nanas telah berjaya dijual. Melahirkan rasa syukur dan terharu apabila ada yang sanggup membeli secara online biarpun tinggal jauh iaitu dari Kuala Lumpur dan Johor sanggup buat bayaran secara online.
Alhamdulillah alhamdulillah rakyat malaysia sangat berhati mulia. 200kg dah terjual. Ada yang call beli untuk hantaq dkt family. Ada yang beli untuk disedekahkan. Kami sekeluarga doakan yang bantu share dan membeli dimurahkan rezeki amin. pic.twitter.com/6jacB1ORY4
Harini abang ipar cod area jitra dulu tak sempat cod area alor setar sambung esok pulak. Permintaan terlampau banyak. Terima kasih semuaaaa!!!
Sehingga kini dua hantaran ini yang dimuat naik telah di ulang siar sebanyak 10.9K. Moga cara ini dapat membantu peniaga ini menjual nanasnya dengan segera sebelum mengalami kerosakan.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.