Ibu bapa mana tak luluh hati apabila anak yang dikendung selama 9 bulan dalam perut dan sejak kelahirannya ditatang bagai minyak yang penuh tiba-tiba diduga dengan dugaan yang sangat hebat.

Lebih memilukan, setiap hari progress kesihatan anaknya semalam merosot dan yang hanya mampu dilakukan hanyalah doa.

Sejak video mengenai adik Iman yang mempunyai penyakit saraf otak tular di TikTok, saban hari ramai yang melewati akaun milik ibunya itu untuk mengetahui perkembangan adik Iman.

Sebak apabila melihat kembali videonya yang ceria seperti kanak-kanak lain, berlari dan saling kejar- mengejar kini hanya mampu duduk di atas kerusi sahaja.

Menurut ibunya, Iman mula menghidap penyakit ini sejak setahun yang lalu.

Wajib Baca : ‘Mungkin Ini Hikmah Allah Hadiahkan Pada Aku’ – Rita Rudaini

Dia dan suaminya sudah mencuba pelbagai rawatan untuk Iman sembuh seperti sedia kala.

‘Kami pernah pergi berubat secara neuropathic di Pulau Pinang namun terpaksa menghentikan rawatan kerana jarak perjalanan yang jauh memandangkan kami tinggal di Jerantut, Pahang.’

Permulaan Iman Sakit
Menurut ibunya, Iman tidak demam, tidak ada sawan. Semuanya berlaku secara tiba-tiba.

‘Sampai terjatuh dia usaha nak pakai baju tapi tak boleh.’

Sebak mengenang kembali detik dimana Iman mula-mula menghidap penyakit ini.

@nysahaswan Sampai terjatuh dia nak usaha pakai baju tak boleh Allahu sedihnya ibu jumpa vid ni #fypシ゚viral #fypdongggggggg #esekeli #shouldbeme ♬ original sound – MulianaMikayla

Keadaan Terkini Iman
Iman kini sudah tidak boleh melihat, boleh mendengar tetapi tidak mampu membuat sebarang maklumbalas. Dia hanya mampu terlantar dan kerap kejang.

IKLAN

Namun Imam masih boleh menelan (makan bubur).

Solusi rawatan bagi Iman kini adalah melakukan terapi tetapi kosnya agak tinggi.

@nysahaswan Iman da xboleh nampak tp deria mendengar tu masih ada. Fikiran iman mungkin kosong tp ibu abah akan trs berborak dgn iman utk pulihkn semula ingatan iman inshaa Allah #fypシ゚viral #fyp #fypdongggggggg #artistsoftiktok ♬ original sound – piagembil

@nysahaswan Kami tak pernah berhenti berusah berubat iman. Inshaa Allah walaupun sukar pasti ada sinar #foryoupage #esekeli #contentcreator #fypdongggggggg #artistsoftiktok ♬ suara asli – MUSIC ROOM

Mesti Baca :

Erti Kerinduan Seorang Ibu
Ibu mana yang tidak rindukan kemanjaan anak. Anak yang selalu membuatkan kita ketawa, yang riang dan sangat menyenangkan. Itulah yang dirasai oleh Puan Norhanisah kini apabila Iman hanya mampu berlantar.

Kerap memuatnaik video-video Iman sewaktu sihat, para pengikut yang mengikuti perkembangan Iman turut sebak melihatnya.

Menyaksikan bagaimana kanak-kanak ini yang dalam keadaan sihat secara mengejut kesihatannya merosot.

‘Hargai Anak Ketika Mereka Masih Sihat, Masih Ada. Cipta kenangan sebanyak yang boleh.’

IKLAN

Terlalu mendalam kata-kata ini. Dan pastinya sebagai seorang ibu tidak akan lari dari perasaan bersalah apabila sesuatu terjadi kepada anaknya.

@nysahaswan Walaupun abg sa sakit tak boleh tinggal abg ok? Jg sampai bila2 #foryoupage #fypdongggggggg #fypシ゚viral #esekeli ♬ suara asli – 💥SOUND💥AHMAD PULUNGAN

Adik Jumpa Kembar Iman
Setiap kali mengambil anak keduanya iaitu adik kepada Iman, adiknya akan cakap,

‘Ibu, dekat sekolah ada muka macam abang Iman. Adik selalu tengok dia sebab rindu dekat abang Iman.’

Puan Norhanisah berpeluang melihat sendiri kanak-kanak yang dimaksudkan oleh anaknya itu.

‘Allahu.. Memang ada gaya. Muka anak soleh. Macam itulah Iman waktu di sekolah. Suka buat hal sendiri. Tak pernah ganggu orang.’

‘Saya sanggup ke sekolah untuk jumpa Harraz yang seiras Iman.’

‘Ya Allah, menitik airmata. Seirasnya Iman.’

IKLAN
@nysahaswan Taknak tanya apa yang dia fikirkan. Biarlah dia cari ketenangan diri #foryou #esekeli #artistsoftiktok #foryoupage #fypdongggggggg ♬ original sound – 𝙨𝙯𝙖𝙣 𝙢𝙖𝙧𝙩𝙞𝙣⚡️

Takkan Putus Asa
Sebagai ibu bapa, mereka tetap berharap agar iman akan sembuh.

Seperti bapanya, dia tetap akan membuat rutin yanh selalu dilakukan dengan Iman sewaktu Iman sihat.

Tetap akan berborak dengan Iman walaupun kini Iman tidak mampu memberikan apa-apa maklumbalas untuk memulihkan ingatan Iman.

‘Iman sudah tidak boleh nampak tetapi deria mendengar itu masih ada. Fikiran Iman mungkin kosong tapi ibu dan abah akan terus berborak dengan Iman untuk memulihkan ingatan Iman. Insya Allah.

@nysahaswan Iman fokus dgr suara ibu tu kan #fyp ♬ original sound – NisaaHaswan


Iman Perlukan Rawatan Segera
Menerusi info yang diberikan oleh ibunya, Iman kini memerlukan kerusi mandi dan perubatan Iman ke Sabah.

Bagi yang ingin membantu, anda boleh memberikan sumbangan ke akaun ibunya.

Sumbangan kilat untuk adik Iman
Norhanisah Haswan
7616691430 (Cimb)
Bagi yang nak melawat Iman di Jerantut, Pahang,
boleh hubungi ibunya di talian 01139124623

Sama-sama kita doakan agar keajaiban berlaku. Adik Iman akan sembuh seperti dulu dan berlari riang seperti kanak-kanak lain.

@nysahaswan Cantik betul mata anak ibu ni kan #fyp #fypdongggggggg #esekeli #artistsoftiktok ♬ Doaku_untukmu_sayang_ – Nana

Artikel Berkaitan

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

‘Sekelip Mata Sahaja Awak Jadi Macam Ini.’ Iman Kini Hanya Mampu Terlantar, Sudah Tidak Boleh Melihat’. Doakan Iman Segera Sembuh

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI