Malang tidak berbau, seorang Guru Besar berputih mata selepas wang bantuan awal persekolahan berjumlah lebih RM109,000 yang diperuntukkan untuk sekolah di Beranang, Selangor hilang, apabila dilarikan penjenayah.
Difahamkan sepertimana yang laporan akhbar, wang berkenaan baru saja dikeluarkan oleh Guru Besar tersebut sebelum cermin kenderaannya dipecahkan ketika pergi membeli minuman.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian pada jam 12.17 tengahari ketika guru berkenaan mengeluarkan wang bantuan awal persekolahan dari sebuah bank di pekan Semenyih yang sepatutnya diagihkan kepada pelajarnya.
“Guru berusia 50 tahun itu berseorangan mengeluarkan wang tunai berjumlah kira-kira RM109,000 dari sebuah bank di kawasan Kampung Baru Semenyih.
“Selepas mangsa mengeluarkan wang berkenan dan meletakkan di sebuah beg, mangsa meninggalkan beg di dalam kenderaan jenis Toyota di bahagian tempat duduk hadapan sebelah penumpang, sebelum ke sebuah restoran untuk membeli minuman.
Ads
“Selang hampir 10 minit apabila kembali ke kenderaan, mangsa mendapati cermin kereta milik mangsa dipecahkan di bahagian kanan penumpang belakang, dan beg yang berisi wang tunai dicuri, “katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurutnya, polis kini sedang menggiatkan usaha bagi mengesan suspek yang terbabit dalam kejadian berkenaan.
“Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kes berkenaan boleh berhubung dengan mana-mana balai polis atau berhubung terus dengan pegawai penyiasat kes Inspektor Ahmad Rahmat Adnan di talian 014-5156933 bagi membantu siasatan.
Ads
“Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan, “katanya.
Kronologi kejadian ini terjadi
– Cikgu sampai di Maybank Pekan Semenyih bersendirian
– Selesai urusan dan ambil wang bantuan pergi ke kenderaan yang diletakkan berhadapan bank. Kemudian meletakkan wang bantuan dalam beg di bawah kerusi penumpang hadapan.
– Cikgu pergi tinggalkan kereta ke Kedai mamak bersebelahan maybank untuk membeli air minum kerana dahaga.
– lebih kurang 10 minit pesan air dan patah balik ke kereta dapati cermin penumpang sebelah kanan belakang telah dipecahkan.
Meninjau di ruangan komen rata-rata warganet mempersoalkan tindakan guru besar tersebut dan tidak kurang pula ada yang turut bersimpati dengan nasib anak-anak sekolah tersebut yang mungkin tidak dapat menerima wang bantuan awal persekolahan dek kerana telah dicuri.
Ads
“Sedangkan soalan periksa atau jawapan periksa kene ambik.hantar tak boleh singgah singgah ini lagi duit,” komen salah seorang wargamaya.
“Agak2 anak2 tu blh dpt balik x duit tu? Kesian..mesti ramai yg dah excited nk duit tu,” kongsi yang lain yang turut bersimpati dengan nasib pelajar di sekolah tersebut.
“Serius la…..aku dlu nk bank in duit company belas2 ribu pun direct p bank…xberani singgah mana2 selagi duit xselamat masuk cdm…ni bawak ratus2 ribu tp mcm xdk rasa takut lgsg bleh mnyinggah beli minum plak…lain maciammmmm,” komen yang lain pula.
“Kesian. ibu bapa yg mngharap juga .. ingat dpt bantu rngan2 beli pakaian sekolah anak .. kesian anak2 juga … kesian cikgu tu juga terpaksa la cari duit ganti duit2 tu .. bukan sikit2 tu”, komen netizen yang lain.
Pada zaman sekarang ini, harga barang makin naik dari semasa kesemasa termasuklah barang-barang keperluan keluarga. Oleh itu, adalah sesuatu yang sangat penting bagi kita untuk tidak membazir dan menyimpan wang tabungan bagi kecemasan atau keperluan mustahak.
Menabung sememangnya satu tabiat yang baik bagi mengelakkan duit kita ‘hilang’ begitu sahaja. Hasilnya nanti mungkin boleh digunakan untuk bermacam-macam tujuan yang kita mahu.
Baru-baru ini tular mengenai perkongsian seorang wanita yang berjaya mengumpul atau menabung lebih RM4,000 atau lebih tepatnya RM4,436 pada tahun 2021. Cara yang digunakannya juga kelihatan tidak sukar dan boleh diikuti oleh kebanyakkan orang.
Berikut adalah perkongsiannya cara menabung RM4,436 setahun
Alhamdulillah berjaya konsisten 2021.
Caranya : RM2 – setiap hari RM5 – setiap kali dapat RM10- 2 helai seminggu RM20 – 1 helai seminggu RM50 – Feb, Apr, Jun, Aug, Oct, Dec. RM 100 – Jan, Mar, May, Jul, Sept, Nov
Total : RM 4436.00
Jumlah setiap bulan tak sama sebab duit RM5, bergantung pada banyak mana RM5 yang dapat.
Dapat pegang cash macam ni, rasa sayang nak masuk dalam bank.
Bagi sesiapa yang pening kepala fikir cara nak menabung duit, mungkin anda boleh guna cara yang dikongsikan oleh wanita ini pula. Selamat mencuba semoga berjaya!
Siapa yang tidak suka dengan air milo. Dari kecil hinggalah yang dewasa menggemari minuman ini. Malah serbuknya ada yang dimakan begitu sahaja.
Bagi penjual air, letak sahaja air milo pasti akan beratur orang membelinya malah semasa di sekolah, pasti truck milo yang paling pelajar akan berkerumun.
Di laman sosial kini sedang hangat minuman ini telah diinovasikan menjadi ‘Milo Ais Mengigau.’ Istimewanya minuman ini lebih lemak berkrim dan sedap dari yang biasa dibancuh di rumah.
Perkongsian ini adalah untuk 6 hidangan. Jadi anda semua boleh hidangkan untuk seisi keluarga.
Cara membuatnya amat mudah. Hanya menggunakan bahan-bahan ini :
Bahan-bahan :
12 sudu Serbuk Milo Australia
2 gelas Air Panas
250 ml Susu Kotak Penuh Krim
6 sudu Susu Pekat Manis
4 gelas Kiub Ais
Cara Membuat :
1. Masukkan Milo dan air panas ke dalam blender – kisar selama 15 saat. * Proses mengisar ini akan menjadikan serbuk milo lebih ‘homogeneous’ atau sebati.
2. Masukkan susu kotak dan susu pekat manis – kisar lagi 15 saat. * Boleh juga diletakkan 1/3 camca kecil Nescafe untuk kelainan rasa.
3. Masukkan ais dan biarkan sebentar.
4. Rasanya lebih ‘sempurna’ selepas 5 – 10 minit.
Rasa sekali, pasti terbawa ke mimpi. Selamat Mencuba.
Buat penggemar kopi, anda tentu tidak kisah apabila terpaksa mengeluarkan wang yang banyak untuk mendapatkan kopi kegemaran anda setiap hari. Tetapi kalau hampir separuh dari wang harian terpaksa diperuntukan untuk minuman kegemaran anda ini, pastinya ia mendatangkan kebimbangan lebih-lebih lagi kos sara diri yang semakin meningkat.
Sebagai seorang pencinta kopi, anda tidak seharusnya hanya terikat dengan keistimewaan dan kelazatan sesuatu kopi sahaja sebaliknya anda perlu mempunyai tahap dan taste kopi sendiri. Jadi anda perlu merasai pengalaman mencipta dan membuat kopi sendiri. Mana tahu kombinasi kopi anda ini lebih sedap dari yang sedia ada.
Anda boleh mulakan dengan mencuba cara dan teknik ini untuk membuat air nescafe yang lembut lagi berkrim. Ianya telah dikongsikan oleh salah seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Safillah Alivi.
Perkongsian ini telah mendapat maklumbalas yang banyak dari pengguna Facebook. Ramai yang suka mencubanya dan memberi maklumbalas positif.
Terima kasih pada yang share coffee viral tu. Memang sedap amat. Saya suka minum versi panas (cappuccinos). Smooth texture coffee ni seakan coffee di barista yang ternama.
Saya buat banyak sikit. Extra boleh simpan seminggu dalam fridge. Saya sertakan step by step.
1. Guna coffee jenis decaff.
2. Guna Brown Sugar.
3. Masukkan 4 sudu coffee dan 4 sudu brown sugar ke dalam bekas atau cawan.
4. Kemudian masukkan air panas 4 sudu.
5. Sebatikan dan on kan mixer. Kalau nak naikkan muscle boleh juga guna tangan.
6. Mix sampai gebu macam ni. Bila nak pakai just ceduk je.
Hot cappuccino. Panaskan susu, letak mixture coffee tadi. Bancuh hingga sebati. Sedap smooth texture coffee ni. Guna susu segar macam farm fresh atau dutch lady ye. Bukan susu pekat manis. Diabetes pula nanti.
Bila dah pakar buat kopi, lepas ni boleh belajar buat art coffe pula ya.
“Pengebumian enam beranak tragedi Sungai Korok paling penyayat Hati"- Setiausaha Masjid kongsi detik sayu. Suasana hiba menyelubungi tanah perkuburan Islam Masjid At-Taqwa apabila enam sekeluarga yang ditemukan lemas dalam kereta di Sungai Korok dikebumikan serentak dalam satu liang lahad, baru-baru ini.