Ketika ini masyarakat beberapa negeri di pantai timur seperti Terengganu, Kelantan dan Pahang sedang menghadapi dugaan apabila dilanda bencana banjir. Ramai yang mengakui bahawa banjir pada kali ini lebih teruk berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Keadaan cuaca dan hujan lebat tanpa henti menyebabkan paras air nak dengan cepat sehingga memasuki kediaman penduduk dan merosakkan harta benda mereka.

Namun dalam keperitan menghadapi bencana ini, berlaku satu keajaiban apabila sehelai sejadah yang terdapat di ruang solat imam langsung tidak terkena lumpur dan kelihatan bersih walaupun surau tersebut dilanda banjir teruk dan berlumpur.

Video yang dikongsikan oleh seorang pemuda di laman Tiktok @yahibrahimkhan, kejadian ini berlaku di sebuah surau di Padang Kubu di Kampung Padang Kubu di Kemaman, Terengganu.

‘Seluruh tempat beribadat itu dan kawasan sekitarnya dilanda banjir serta berlumpur selepas surut, tapi ruang solat imam kelihatan kering seperti tidak terusik.’

Menerusi perkongsian di laman sosial, dua foto menunjukkan keadaan di dalam surau berkenaan yang mempunyai kesan lumpur berwarna coklat.

Wajib Baca : ‘Mungkin Ini Hikmah Allah Hadiahkan Pada Aku’ – Rita Rudaini

IKLAN

Bagaimanapun, ruang solat imam yang menempatkan sehelai sejadah beserta alasnya tidak mempunyai walau secalit lumpur, malah kelihatan baharu.

Seorang pemuda yang membersihkan kawasan surau menunjukkan ruang solat imam yang tak berlumpur, tidak seperti ruang di sekelilingnya.

“Allahurabbi, hebat caturan. Tak sikit pun tempat solat imam tak kena selut. Padahal kawasan ni 100 peratus masuk air dan berselut.

Menurut individu itu yang memaklumkan banjir mulai surut pada Isnin, air mulanya naik mencecah paras pinggang.

“Kalau fikir logik, memang tak masuk akal sedangkan air paras pinggang,” katanya di ruang komen bagi mengulas respons netizen.

IKLAN

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan kebesaran Allah SWT terhadap kejadian yang menakjubkan itu.

Segelintir mereka seperti tidak percaya dengan apa yang dilihat, tetapi akur dengan kekuasaanNya.

Macam tak percaya… tapi itulah bukti Allah Maha Kuasa.

Sementara itu, beberapa netizen turut berkongsi pengalaman mereka selepas kediaman dilanda banjir, yang menunjukkan tanda kebesaran Allah SWT.

IKLAN

“Rumah saya pun sama, sejadah dan telekung tak basah. Allahuakbar.

“Masa rumah saya banjir tahun lepas, al-Quran dalam rumah dalam keadaan baik sedangkan almari yang berat boleh jatuh. Besar kuasa Allah.

“Masa rumah terbakar hari tu, semua terbakar kecuali al-Quran. Ayat tepi-tepi kertas tu terbakarlah kecuali ayat-ayat al-Quran. sungguh kebesaran Allah,” komen beberapa netizen.

Namun ada juga yang tidak mempercayai dan menganggap pengguna TikTok tersebut meletakkan sejadah baru di atas sejadah sebenar. Ini jawapannya dari pemilik TikTok tersebut.

Allahuakbar! Ruang Solat Imam Tidak Berlumpur Sedangkan Satu Surau Banjir Teruk

Mesti Baca :

Allahuakbar! Ruang Solat Imam Tidak Berlumpur Sedangkan Satu Surau Banjir Teruk

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI