Bagi pengguna pengangkutan awam, anda pasti berdepan dengan perasaan takut dah ragu-ragu apabila kenderaan awam yang anda naiki bergerak terlalu laju atau bergerak memasuki lorong sebelah.
Pasti akan terdetik di hati, adakah pemandu ini benar-benar mampu untuk membawa anda ke destinasi yang dituju ataupun sebaliknya.
Seorang wanita berkongsi pengalaman di mana dia menaiki bas yang dipandu oleh seorang pemandu bas yang diambil kesempatan oleh majikan untuk berkerja lebih masa sehingga kurang tidur selama hampir 6 hari.
Wanita dikenali sebagai Shu Ling itu dalam perjalanan dari Johor ke Perak menuju ke Thailand bagi bertemu keluarganya untuk pergi bercuti.
Dia telah membeli tiket bas yang sepatut bergerak pada jam 10.30 malam, tetapi bas hanya tiba pada pukul 2 pagi. Semasa dalam perjalan, wanita itu terjaga daripada tidur untuk melihat lokasi di mana dia berada pada ketika itu.
Shu Ling terkejut apabila menyedari bas itu tidak bergerak jauh kerana pemandu itu membawa bas pada kelajuan 30km/j dalam keadaan keletihan.
Dia mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena dengan pemandu kerana ada ketika bas itu terhoyong-hayang ke lorong kanan sehingga ada kenderaan membunyikan hon ke arahnya.
“Melihat pemandu tersebut memandu pada kelajuan perlahan dan tidak duduk di lorongnya, saya bertambah gementar dan tidak berani tidur. Saya terus memerhati dan merasakan kami hampir mengalami kemalangan beberapa kali,” katanya.
Ads
Selepas beberapa ketika, pemandu bas memberitahu penumpang bahawa dia tidak lagi boleh berjaga dan meminta izin untuk tidur sebentar selama 30 minit. Kesemua penumpang bersetuju kerana pemandu tersebut dilihat sangat letih.
Selepas berehat, pemandu bas tersebut telah meneruskan perjalanan tetapi pada pukul 8 pagi, dia mula memandu dengan tidak berhemat.
“Seorang makcik yang baru bangun tidur juga menyedari pemandu bas itu memandu secara berbahaya. Dia bersama seorang kanak-kanak berusia tiga tahun (ketika itu),” kongsi Shu Ling.
“Jadi, kami meminta pemandu berhenti untuk menukar pemandu lain dan mendapati hanya seorang pemandu di dalam bas. Bas jarak jauh sebenarnya memerlukan dua pemandu! Kami juga berasa tidak berdaya untuk membantunya.
“Tidak lama kemudian, pemandu itu memanggil pemandu bas lain untuk mengambil alih dan membantu mengambil penumpang. Akhirnya, (kebanyakan) penumpang bas itu bertukar ke bas lain,” jelas wanita itu.
Ads
Bagaimanapun, Shu Ling terpaksa duduk di dalam bas itu bersama dua penumpang lain, kerana ‘bas bantuan’ tidak dapat membawanya ke destinasi yang dia hendak pergi — 30 minit dari destinasinya, yang lebih dekat daripada Sitiawan, Perak, di mana dua penumpang lain juga ingin pergi.
Walaupun ia adalah laluan terakhir, pemandu bas itu berkata dia tidak dapat meneruskan perjalanan selama lagi 45 minit untuk tiba di Sitiawan.
Jadi beliau mencadangkan membayar RM80 kepada dua penumpang itu untuk mereka menaiki Grab ke Sitiawan.
Kemudian, pemandu itu menawarkan untuk membawa Shu Ling ke destinasi yang lebih dekat.
Ads
“Kami semua bersetuju demi keselamatan kami. Dengan jarak tidak berapa jauh, saya duduk di hadapan bas untuk memulakan perbualan dengan pemandu bas.
“Pemandu itu berkata sudah enam hari dia tidak tidur, hanya tidur siang selama satu hingga dua jam sehari. Pemandu itu berkata, dia sudah sampai tahap berasa seperti ada jalan di hadapan walaupun tiada. Semakin saya mendengarnya, semakin saya takut,” kata Shu Ling.
Wanita itu turut menanyakan mengapa pemandu itu memaksa diri untuk terus bertugas. Pemandu itu menyatakan pihak syarikat memintanya untuk meneruskan perjalanan dengan perlahan untuk melawan rasa penat serta mengantuk.
Dia rasa simpati dengan pemandu itu dan berharap agar ada pihak-pihak bertanggungjawab dapat tampil memberikan keadilan bukan sahaja demi keselamatan penumpang, bahkan untuk kesejahteraan dan kesihatan pemandu bas.
Dalam zaman yang serba canggih ini, boleh dikatakan ramai yang sudah tertipu dengan penjual di atas talian (online). Ada penjual yang mengaku barang ori, siap beriklan dengan menggunakan jenama produk terkenal. Tetapi bila kita dah beli, barang yang sampai dekat kita adalah barang tiruan dan tidak berjenama.
Untuk pengetahuan korang, para peniaga seperti ini akan mengambil kesempatan atas kepercayaan pelanggan yang membuat bayaran tanpa melihat barangan secara bersemuka.
Malahan, ada bermacam-macam kes penipuan sebegini kita boleh tengok di media sosial, tak kurang juga pada ruangan review kedai online itu sendiri.
Salah satunya yang korang boleh tengok sendiri ialah penjual vakum atas talian yang menggunakan jenama terkenal seperti di bawah ini. Jika korang lihat, ramai pembeli meluahkan rasa tidak puas hati dipercayai ditipu.
Bagi korang yang pernah menjadi mangsa, korang boleh terus membuat aduan kepada KPDNHEP dan membuat tuntutan sama ada kepada platform e-dagang, Mahkamah Tuntutan Kecil (Bawah RM5k) mahupun Tribunal Tuntutan Pengguna (RM25,000).
Korang juga boleh hadir sendiri ke Pejabat Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) di seluruh Malaysia atau layari ttpm.kpdnhep.gov.my untuk membuat aduan.
Pastikan korang simpan bukti-bukti yang perlu ada bagi membolehkan korang membuat tuntutan ganti rugi. Antaranya ialah:
Rekod komunikasi antara korang dengan penjual
Maklumat barang seperti yang diiklankan oleh penjual
Resit pembayaran atau transaksi
Maklumat kurier dan nombor pengesahan kurier
Diharapkan agar korang sentiasa berhati-hati ketika membuat transaksi jual beli atas talian ni.
Setiap kali korang buat transaksi, pastikan rekod-rekod maklumat seperti yang dinyatakan di atas ni sebagai bukti jika berlaku penipuan.
Bagi yang pernah merasa kehilangan, pasti anda tahu betapa peritnya hati ini menahan kerinduan.
Kehilangan ketika masih hidup lain perasaannya dengan kehilangan sesuatu buat selama-lamanya lebih-lebih lagi insan yang paling kita sayangi.
Baru-baru ini, seorang lelaki bernama Nurnaif telah berkongsikan pengalaman dan perasaannya selepas pemergian isteri tercinta akibat kanser.
Menerusi laman Twitternya, Nurnaif menjawab soalan-soalan dari pengikutnya yang ingin tahu perasaannya ketika ini dengan begitu tenang sekali.
Jawapan yang berbentuk luahan itu mengundang sebak lebih-lebih lagi yang pernah merasai kehilangan.
“Memandang isteri saya selalu membuatkan saya gembira. Dialah hadiah dari Allah kepada saya.
“Kami sudah berkahwin selama 24 tahun. Baru saja kehilangannya kerana kanser.
“Reda. Tetapi saya masih menangis di waktu pagi ketika anak saya sedang tidur. Saya sangat merinduinya,” kata Nurnaif yang kini merupakan bapa tunggal kepada 2 cahaya mata.
Apabila ditanya apa yang akan dilakukan untuk mengubat rindu yang tidak terhingga kepada arwah isteri.
“Saya tengok gambar dan video dia, rindu nak bercakap dengan dia… dengar gelak tawa dia.”
Nurnaif menjelaskan cara yang diamalkannya untuk mencari ketenangan ketika perasaan rindu membebani isi hati ialah dengan sedekahkan al-Fatihah.
“Kalau macam saya, saya akan peluk bantal kepunyaan arwah isteri. Saya akan peluk baju-baju dia.
“Tengok gambar dan video dia. Penting untuk ada video sebab boleh dengar suara dia. Saya rindu nak bercakap dengan dia, untuk dengar gelak tawa dia.
“Saya juga akan baca semula mesej WhatsApp dia,” cerita Nurnaif.
Untuk makluman, isteri Nurnaif meninggal dunia pada hujung Oktober lalu selepas hampir tiga bulan dimasukkan ke dalam wad di Hospital Pulau Pinang.
“Isteri saya baru meninggal dunia. Saya berasa sedikit terkilan sebab mungkin kami boleh bertindak dengan lebih baik untuk selamatkan dia.
“Saya menangis setiap hari terutamanya di waktu pagi. Rumah rasa sangat sunyi. Saya perlu jaga anak-anak saya.”
“Anak-anak adalah apa yang memberikan saya semangat untuk teruskan hidup,” katanya dalam satu ciapan lain.
Salah seorang pengikut Nurnaif sempat bertanya mengenai perasaannya ketika ini adalah sama seperti perasaan patah hati kerana bercinta.
“Rasa rindu pada dia tapi kita tahu dia bahagia dengan orang lain dan dia tak rindu kita pun.
“Rasa hati yang berat seperti hati ini dihiris nipis-nipis,” soal pelayar itu.
Seorang netizen telah menjawab bagi pihak Nurnaif dengan mengatakan perasaan rindu dalam dua situasi itu adalah berbeza.
“Saya jawabkan. Tak sama. Sekurang-kurangya kalau patah hati kerana cinta kita masih dapat lihat dia dan kita tahu dia masih hidup.
“Lama-kelamaan kita akan terima hakikat yang dia dah bahagia dengan orang lain.
“Tapi seorang isteri adalah teman sehidup dan semati bagi lelaki. Hidup kita harus bersama mereka dan apabila mereka dah tak ada, kita akan rasa kosong,” terangnya.
Ah Kai yang berasal dari Butterworth, Pulau Pinang mengatakan bahawa hobi mengumpul wang lama ini bermula sejak dia masih kecil lagi dan mula serius menjadikannya sebagai bisnes pada tahun 2012.
Berkongsi mengenai bisnesnya itu, Ah Kai menjelaskan bahawa RM1 yang masih digunakan sekarang tidak begitu istimewa kerana wang kertas yang ditandatangani oleh bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz masih terlalu banyak.
“Tapi dalam video itu, duit dia bernilai tinggi kerana nombor sirinya semua sama iaitu lapan, dan saya suka. Sebab itulah saya beli dengan harga tinggi.
“Saya tawar (nilai) dan dia bersetuju dan amat gembira sebab kedai lain hanya boleh beli antara RM300 hingga RM700. Tapi saya beri dia RM1,000,” katanya.
Mengulas lanjut, Ah Kai memberitahu, nombor siri lapan tersebut bukan sahaja dianggap bertuah, malah ia merupakan antara nombor pilihannya.
“Semua nombor yang sama memang susah dapat dan menjadi rebutan ramai pengumpul wang. Ini yang kita namakan nombor ‘solid’.
“Saya ada banyak koleksi nombor ‘solid’. Saya kumpul nombor siri satu, tiga, tujuh, lapan dan sembilan. Nombor lapan ini macam Huat Ong (kemakmuran dan tuah) bagi orang Cina,” ujarnya lagi.
Bercerita mengenai video yang tular sehingga mendapat lebih 3.4 juta tontonan di TikTok, Ah Kai menerima gambar wang kertas RM1 dengan nombor siri lapan menerusi WhatsApp daripada seorang pemuda sebelum mengadakan pertemuan di Kuala Lumpur.
“Saya pandu kereta dari Pulau Pinang untuk berjumpa dengan dia, dan jumpa beberapa pelanggan pada hari tersebut. Selepas itu, saya balik semula ke Pulau Pinang,” katanya.
Bagi pemuda ini, dia menganggap satu kepuasan setiap kali melakukan urus niaga dan memperoleh wang kertas lama yang menjadi pilihannya.
Setakat ini, Ah Kai mempunyai koleksi hampir 500 keping wang kertas Malaysia dan Malaya, termasuk beberapa negara lain seperti Singapura dan China.
“Saya jual juga (wang lama) tapi kepada ahli grup saja yang mempunyai hobi ini, kadang-kadang kita tukar… tukar jika saya ada lebih dan dapatkan yang belum ada.
“Memang sangat gembira apabila dapat barang yang disukai dengan harga mampu milik,” katanya lagi.
Berbanding tahun-tahun sebelum ini, pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka akan menerima kadar dividen KWSP 2024 melebihi 5.8% tahun ini.