Diduga dengan pelbagai ujian sebelum ini, pengacara jelita, Amyra Rosli bagaimana pun tidak mengeluh, sebaliknya dia menganggap apa yang berlaku adalah takdir Yang Maha Esa.
Bermula dengan kesihatan diri sendiri diuji dek penyakit misteri, situasi kian merumit bila mana anak keduanya, Ayra Aryssa pula menghidap penyakit keradangan saluran darah dikenali dengan nama Kawasaki.
Namun,semuanya ditempuhi dengan penuh reda dan sesekali tidak melemahkan dirinya.
Mendung hitam berarak ,datang pula cahaya indah yang menyinari isteri kesayangan Amar Baharin ini.
Ads
Hos Nona itu baru-baru ini dipilih Pengacara Televisyen (TV) Paling Dipercayai pada Anugerah Jenama Dipercayai Reader’s Digest 2022 atau Reader’s Digest Trusted Brands and People Awards.
Terbaru, dia disunting pula sebagai wajah kempen tudung, MINAZ Blooming Adha 2022, Kembara Cinta untuk sambutan Aidiladha.
“Benar, ujian yang tiba mematangkan diri. Allah uji kita, tanda sayang. Begitulah resam kehidupan. Tuhan menguji kita takkan berhenti.
Ads
“Di sebalik semua kepahitan dan pergelutan itu, saya beroleh kemanisan. Dalam kesibukan mengacara Nona dan memberi tumpuan keluarga, saya yang setahun jagung jadi pengacara diiktiraf.
“Kemudian, rezeki menerpa apabila MINAZ menawarkan kerjasama untuk kempen ini,” kata Amyra.
Ads
Pemilik nama penuh, Nur Amira Izzati Rosli ini tertarik dengan tema diketengahkan.
“Kembara Cinta yang dipilih untuk kempen raya haji ini bagai tepat memberikan terjemahan apa yang saya lalui sejak lebih 13 tahun menceburi liga seni.
“Termasuk ketika diuji, saya sedar ramai sayang dan cinta diri ini,” katanya
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tiada yang mustahil dalam membentuk dan mendidik anak menghafal al-Quran dalam usia muda. Yang penting disiplin.
Biarpun dibesarkan oleh nenek dan datuknya, adik Haikal Firdaus Mohd Jaafarudin membuktikan kesungguhan dan dispilin yang tinggi membolehkan dia muncul juara Qari Junior 2017. Sekali gus memenuhi impian neneknya, Asmah Jusoh, 59 dan datuknya Mohd Nasir Mohd Din, 60 yang mahu menjadikannya seorang tahfiz akhirnya menjadi kenyataan.
Ibu-ibu di luar sana boleh menjadikan petua nenek Haikal ini sebagai panduan:
Petua Nenek Latih Cucu Cintakan Al-Quran
Mulakan pendedahan pada al-Quran seawal usia 4 tahun. Haikal mampu khatam dalam tempoh 2 bulan dan menghafaz 30 juzuk al-Quran ketika usia 8 tahun.
Setiap bulan khatam al-Quran 2 kali.
Setiap pagi bangun seawal 4.45 pagi untuk solat sunat, mengaji satu juzuk sebelum ke sekolah. Pada hari cuti, perlu habiskan 7 juzuk al-Quran. Sambil siapkan kerja sekolah, Haikal akan mengaji.
Tak mengambil sebarang makanan ringan. Setiap hari bawa bekal yang dimasak nenek ke sekolah.
Merakam surah dan membaca semula surah yang dirakam
Sejarah Sukar Haikal
Ketika usia setahun setengah, Haikal tidak boleh meniarap dan bercakap serta alami masalah saraf dan hampir menjadi orang kurang upaya.
Sejak itu, nenek latih Haikal menulis agar tangannya kuat. Diurut kaki dan tangan cucunya sambil tak henti berdoa pada Allah.
Umur 2 tahun, Haikal baru boleh berjalan tapi belum boleh bercakap.
Disebabkan tidak lekat nak sebut nama mama mahupun babah, nenek ajar Haikal sebut Allah. Sebut berulangkali sampai “Allah’ menjadi sebutan pertama anak kecil ini.
Ini Cara Haikal Hadapi Tekanan
Didikan nenek yang kental disiplin ada ketikanya membuatkan Haikal alami tekanan. Subhanallah… sungguh hebat Haikal atasi tekanan dirinya.
“Rasa tu timbul pada awal dulu. Tapi saya dah ok, mula-mula saja rasa tertekan. Kalau saya penat, saya main basikal dalam 15 minit dan kembali mengaji. Tak susah pun, cuma perlu fokus.”
Sumber: Sinar Harian/GPS Bestari
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Mendirikan rumah tangga dan hidup bahagia bersama insan yang kita cintai pastinya harapan bagi setiap insan di muka bumi ini.
Rumah tangga yang bahagia tentu tidak dapat terjadi tanpa adanya proses dan pembelajaran dari masing-masing pasangan.
Begitu dengan perkongsian saudara Taufiq Razif yang boleh dijadikan panduan untuk kekal bahagia rumahtangga.
Taufiq Razif bersama anaknya
Ramai isteri tak tahu rahsia terbesar suami sendiri 1. Suami ni sebenarnya tak pernah membesar. Yang membesar cuma ego dan rasa tanggungjawab je. Suami masih seorang anak ummi, anak mama dan anak ibunya. Sebab tu mereka ni wajib taat ibunya sampai ke mati.
2. Suami masih perlukan pelukan kasih sayang dan masih perlukan belaian. Tak percaya cuba la belai rambut suami masa dia tengah nak tidur, keesokannya dia akan manja lain macam dengan isterinya sendiri. Silap-silap gelang emas menanti.
3. Suami perlukan ruang peribadi untuk si isterinya hormati. Pernah dengar istilah Man cave? Haa, lelaki ni memang secara psikologi perlukan ‘gua’ peribadi mereka sendiri walaupun dah berkahwin dan beranak pinak sekalipun. Dalam tu la biasanya mereka bertenang, menyusun strategi baru, dan melarikan diri daripada tekanan persekitaran dan emosi buat seketika.
Isteri hadam dan fahami rahsia suami
InsyaAllah kalau isteri boleh hadam dan faham rahsia suami masing-masing ni, senang la nak handle dan faham cara nak ceriakan kembali suasana rumahtangga yang mungkin dah pudar ditelan waktu dan kesibukan kerja. p/s : Cuba la tag suami korang tapi percaya la tak ramai sanggup nak mengaku. Hilang la macho kan..Amal tips saya bagi malam ni terus ye. Sambil belai ubun-ubun dan rambut suami masa tengah tidur tu bisik la kata-kata ni ” Abang, gelang omeh satu ye besok “. Kalau suami korang angguk kecil, rezeki raya korang la tu. Cuba tau!
Hantaran terbaharu pengarah dan pelakon hebat, Syamsul Yusof di Instagram (IG) yang ketika ini sedang bercuti bersama anak-anak dan keluarganya menyorot perhatian netizen media sosial.
Apa yang menarik perhatian pastinya kemesraan dan masa bersama yang diluangkan Syamsul buat dua anaknya, Syaikul dan Sumayyah selepas melalui episode gelap sebelum ini.
Menerusi hantaran yang dibuat, Syamsul dilihat berkongsi beberapa momen dirinya yang sedang bercuti di Switzerland bersama keluarga tercinta.
Banyak momen indah Syamsul bersama Syaikul dan Sumayyah yang turut dikongsikan olehnya.
Tiga beranak itu dilihat cukup bahagia dapat bercuti dan meluangkan masa bersama sepanjang di luar negara.
Lebih manis lagi, Syamsul juga turut memuat naik foto dirinya yang memeluk erat kedua ibu bapa iaitu Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail.
Selain Yusof dan Patimah serta dua anaknya, Syaikhul Islam dan Sumayyah, percutian keluarga ini turut disertai oleh bekas mentua Syamsul sendiri iaitu ibu bapa, Puteri Sarah serta adik beradik Syamsul sendiri.
Perkongsian tersebut kemudiannya meraih perhatian wargamaya yang rata-ratanya seronok melihat momen mesra antara Syamsul dan kedua ibu bapanya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di