Kulit pisang dan kulit telur jangan dibuang. Sebenarnya kulit pisang dan kulit telur boleh digunakan untuk menghasilkan baja yang berfungsi untuk menyuburkan pokok tanaman.
Berikut dikongsikan diy baja bagi menyuburkan pokok tanaman. Bahan yang diperlukan hanyalah kulit pisang dan kulit telur.
DIY Baja Kulit Pisang & Kulit Telur
Kisar kulit pisang. Kulit telur pula ditumbuk hancur. Bolehlah dijadikan baja.
*Di dalam botol penyembur itu ialah kulit pisang yang telah dikisar.
Hasilnya pokok tanaman subur menghijau. (Boleh rujuk gambar)
Ads
Pokok Kunyit, Kari Membiak Subur
Pokok kunyit dan pokok kari yang hampir mati pun boleh tumbuh semula.
Ads
Baja adalah sumber nutrien penting untuk tumbuhan. Ia menyuburkan tumbuhan dengan menyediakan nutrien penting yang diperlukan oleh tumbuhan untuk pertumbuhan dan perkembangan yang sihat.
Beberapa fungsi baja untuk menyuburkan tumbuhan:
1. Membekalkan nutrien penting: Baja mengandungi pelbagai nutrien penting seperti nitrogen (N), fosforus (P), dan kalium (K), yang dikenali sebagai NPK. Nutrien ini diperlukan oleh tumbuhan untuk pelbagai proses biologi seperti fotosintesis, pembentukan protein, perkembangan akar dan pembentukan buah.
2. Menggalakkan pertumbuhan tumbuhan: Baja yang digunakan dengan betul boleh merangsang pertumbuhan tumbuhan, termasuk pertumbuhan daun, batang dan akar. Ini membantu tumbuhan menjadi lebih kuat dan lebih tahan terhadap pelbagai tekanan persekitaran.
3. Meningkatkan pengeluaran buah dan bunga: Baja yang baik boleh meningkatkan bilangan dan kualiti buah dan bunga yang dihasilkan oleh tumbuhan. Ini penting terutamanya dalam penanaman tanaman hortikultur dan pertanian.
Ads
4. Mengatasi kekurangan nutrisi: Baja juga boleh digunakan untuk mengatasi kekurangan nutrisi dalam tumbuhan. Tumbuhan yang mengalami kekurangan nutrisi mungkin menunjukkan gejala seperti daun kuning, pertumbuhan perlahan dan pengeluaran buah yang rendah. Menyediakan baja yang betul boleh mengatasi masalah ini.
5. Mengekalkan keseimbangan pH tanah: baja boleh digunakan untuk mengawal keseimbangan pH tanah. Tanah yang terlalu berasid atau terlalu beralkali boleh menghalang tumbuhan daripada menyerap nutrien. Baja boleh digunakan untuk melaraskan pH tanah agar sesuai dengan keperluan tumbuhan.
Adalah penting untuk ambil perhatian bahawa penggunaan baja mesti dilakukan dengan betul dan mengikut keperluan tanaman. Terlalu banyak atau terlalu sedikit baja boleh memberi kesan negatif kepada tumbuhan. Selain itu, perhatikan juga jenis tanaman yang anda tanam kerana pelbagai tumbuhan memerlukan jumlah dan jenis nutrien yang berbeza.
Menyediakan stok cili yang dikisar mestilah tujuannya untuk memudahkan kita memasak dan kalau boleh sekali buat biarlah tahan berminggu-minggu boleh digunakan.
Pun begitu, tidak dinafikan kalau silap gaya menyimpan stok cili kisar ini pasti akan ada seakan kulat putih di bahagian atas.
Bila jadi begitu, mesti ragu-ragu juga untuk digunakan. Masih boleh digunakan ke? Atau perlu dibuang sahaja?
Tidak mahu dibelenggu dengan perasaan dan masalah tersebut, apa kata anda cuba teknik yang dikongsikan oleh Huda Zainal. Menurutnya telah setahun mempraktikkan kaedah tersebut dan terbukti berkesan.
Ini perkongsiannya.
Semenjak kahwin memang tak pernah beli cili boh atau cili giling ready made. Ni sebab terinspirasi dengan ibu mertua.
Cuma masalah utama kalau dah buat stok banyak-banyak cili blend ni akan naik kulat putih bahagian atas.
Bukan tak pernah cuba macam-macam petua. Blend dengan minyaklah, masuk bawang putihlah, letak asam kepinglah. Namun lebih daripada 3 minggu kulat putih tu tetap akan muncul.
Semenjak guna method Youtuber Melisa Maker ni. Alhamdulillah, lebih daripada sebulan pun lansung tak naik kulat.
Teknik ni Melisa Maker guna untuk simpan cheese dan yogurt. Sebab cheese dan yogurt pun akan muncul kulat bahagian atas.
Jadi terfikir untuk buat simpanan terbalik ni untuk cili blend. Sekarang dah nak hampir setahun guna teknik simpan terbalik ni.
Bila terbalik, udara akan berada diatas. Ruang vakum akan terbentuk. Itulah punca kulat tak muncul.
Cuma masalah nak simpan terbalik ni, memang kena cari balang yang betul-betul kedap supaya tak terkeluar atau meleleh air cili tu.
Mula-mula dulu sebelum betul-betul nak pastikan penutup balang jenis kedap. Akan terbalikkan dalam bekas lain dulu. Kalau ada air meleleh keluar maknanya, penutup tu tak cukup kedap.
Sekurang-kurangnya dia meleleh atau terkeluar pun dalam bekas. Tak lah jenuh kita nak mengelap satu peti ais kan?
Ni saya guna balang kaca paste tomyam Thai aje. Alhamdulillah elok kedap tak meleleh air cili blend tu.
Dah lebih setahun saya buat teknik ni. Maaf sangat sebab baru share. Nak bagi betul-betul yakin teknik ni memang berkesan. Baru boleh kongsi dengan orang lain.
Bila bergelar anak tunggal umum membayangkan pastinya anak tersebut akan menerima kasih sayang yang tidak berbelah bahagi dari ibuayahnya. Anak tunggal juga tidak perlu berkongsi kasih sayang dengan adik-beradik yang lain malah kebanyakan dari anak tunggal ini lebih manja sifatnya.
Mungkin ini jugalah yang pernah dirasai oleh seorang anak remaja ini yang dikenali sebagai Muhammad Akmal Danial, menjadi anak tunggal selama 17 tahun! Pun begitu pada bulan Ogos yang lalu ibunya telah selamat melahirkan anak perempuan yang diberi nama Nur Ayra Delisha.
Benarlah rezeki itu datang tanpa diduga, pasangan suami isteri, Norhafizi Mohamed dan Siti Aisyah Ibrahim telah dikurniakan bayi perempuan selepas 17 tahun menunggu.
Kegembiraan itu telah dikongsikan bersama wargamaya dan kisahnya tular di TikTok selepas Siti Aisyah, 40, memuat naik video anak sulung, Muhammad Akmal Danial, 17, dan Nur Ayra Delisha yang dilahirkan pada 28 Ogos lalu.
Bukan sahaja jarak usia antara anak pertama dan kedua yang begitu jauh menarik tumpuan warganet, malah warga TikTok tertarik melihat abang mengasuh adik dan keakraban hubungan dua beradik tersebut yang cukup membahagiakan di lihat hingga video ini mencecah 1M tontonan.
Memetik kisah lanjut berkenaan keluarga ini di Harian Metro, Norhafizi, 44, yang menetap di Kampung Gong Kepas di sini berkata, anak sulungnya dilahirkan pada 2004 iaitu tahun pertama perkahwinan mereka.
Menurutnya, dia dan isteri memang mengimpikan zuriat lagi cuma tiada rezeki buat mereka selepas itu.
“Kami tidak merancang dan isteri pernah hamil pada 2008 tetapi kandungannya itu keguguran dan dianggap kami tiada rezeki untuk menimang cahaya mata kedua ketika itu.
“Selepas mengalami keguguran, isteri tidak hamil dan bagi mendapatkan kepastian, kami bertemu pakar di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu, Kelantan selain berikhtiar dengan menjalani rawatan kesuburan, Inseminasi Intrauterine (IUI).
“Bagaimanapun, masih tiada hasil namun kami tidak berputus asa malah teruskan hidup dengan membesarkan dan beri kasih sayang kepada Muhammad Akmal Danial,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Berkongsi pengalamannya sejak ada cahaya mata kedua, Norhafizi mengakui agak kekok kerana sudah lama tidak menjaga dan menguruskan keperluan bayi.
Bagaimanapun, Norhafizi bersyukur kerana ada banyak waktu bersama anak keduanya itu memandangkan sudah bersara sebagai anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada Mei tahun lalu.
“Bukan hanya saya malah isteri juga kekok kerana sudah lama tidak menguruskan bayi dan berjaga malam untuk menyediakan keperluannya.
“Seolah-olah kami baru pertama kali menimang cahaya mata walaupun pada hakikatnya pernah mempunyai pengalaman sebelum ini.
“Mujurlah saya sudah bersara jadi ada banyak masa bersama bayi kerana isteri bekerja sebagai jururawat di klinik kesihatan dan tidak lama lagi akan kembali bertugas selepas tamat cuti,” katanya.
Menceritakan penerimaan anak sulungnya, Norhafizi berkata, Muhammad Akmal Danial tidak gembira ketika kali pertama dapat tahu akan ada adik.
“Mulanya dia (Muhammad Akmal Danial) agak memberontak kerana bimbang kami beri perhatian lebih kepada adiknya kerana sebelum ini, dia anak tunggal jadi tumpuan untuknya saja.
“Bagaimanapun, segalanya berubah selepas Nur Ayra Delisha dilahirkan apabila Muhammad Akmal Danial yang paling teruja dan dia juga banyak menghabiskan masa melayan keletah adiknya itu di rumah.
“Sebagai bapa, saya suka melihat keakraban mereka berdua dan gembira apabila Muhammad Akmal Danial sudah ada teman baru di rumah lagipun kasihan juga kepadanya sebelum ini kerana sering diusik rakan gara-gara menjadi anak tunggal,” katanya.
Norhafizi menganggap kehadiran Nur Ayra Delisha dalam hidupnya dan isteri sebagai anugerah terindah yang menceriakan keluarga.
“Ini ketentuan Ilahi dan kelahiran Nur Ayra Delisha membuatkan seluruh keluarga teruja terutama keluarga belah saya kerana kebanyakan anak saudara sudah besar.
“Bagi pasangan di luar sana yang lalui perjalanan sama seperti saya dan isteri supaya bersabar, jangan putus asa dan terus berdoa kepada Allah,” katanya.
Meninjau di ruangan komen ada pelbagai reaksi diberikan malah ramai juga yang berkongsi kisah dan pengalaman peribadi berkenaan jarak kelahiran anak yang terlalu jauh. Antaranya adalah perkongsian daripada Puan Elin Hasekh, tulisnya, “alhamdulillah macam anak sulong saya juga sis tak boleh terima ada adik sebab 4 tahun dia dengan saya, tahu-tahu ada adik merajuk dia. Bila saya bersalin dia yang paling teruja sangat”
Komen Noorrasikin Mohamad pula, ” Anak saya yang sulong umur 21, yang nombor 2 17 tahun, ada adik umur 3 tahun.
Tidak dengan itu, malah ramai yang mendoakan agar keakraban adik beradik ini terus kekal bahagia buat selama-semalanya dan mengucapkan tahniah.
Siapa yang tak suka kat rumah ada kolam renang kan? Boleh katakan itulah wishlist yang rata-rata orang nak kalau cerita tentang rumah idaman ni.
Menerusi satu hantaran di Facebook Tukang Apa Hari Ini, pemilik akaun Azhar Bin Abd Rahman berkongsi beberapa gambar dan video dari awal pembikinan kolam renang tersebut sekaligus membuatkan ramai kagum.
”Kami tak pandai tapi kami cuba dengan semangat kental,” katanya yang menunjukkan proses penghasilan kolam renang dewasa yang dibuat bersama anak-anak.
Tambahnya, kolam berkeluasan 18 x 28 x 5.5 kaki itu mengambil masa selama tiga bulan untuk disiapkan dan merupakan kolam ketiga yang dibuat bersama anak-anaknya.
”Sekadar berkongsi kepuasan buat kolam mandi dengan anak -anak. Ini kolam ketiga yang kami buat, kolam berkeluasan 18 x 28 x 5.5 kaki.
”Sedikit gambar saya pamerkan proses-proses pembuatan. Tiga bulan juga la baru siap. Kolam pertama kolam mandi, kolam kedua kolam mandi kanak-kanak, kolam ketiga dan terbaru kolam mandi dewasa,” tulis Azhar.
Elak dari perkena serangan jantung, jom ikuti perkongsian dari Dr Zubaidi ni!
Comel betul adik-adik BK buat Challange kumpul marshmellow!
Tayang bahagia di social media, realiti ke fantasi? Nak tahu, jom tengok!
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pengusaha spa disimbah asid pelanggan berpurdah selamat jalani pembedahan. Pengusaha spa yang disimbah asid dalam kejadian di kedai spa dan salun miliknya di Beris Kubur Besar, Bachok, Kelantan selamat menjalani pembedahan selama enam jam.