DIY Batang Langsir Semudah ABC Guna Barang Eco Je. Balut Dengan Wallpaper Terus Nampak Cantik. Senang, Jimat!

Share

Barangan Eco semua sudah sedia maklum, murah dan jimatkan kos.  Lagi-lagi jika ibu-ibu nak deko rumah dengan bajet murah tetapi hasilnya memuaskan.

Dekorasi bajet  kediaman ini meraih perhatian ramai kerana ia menggunakan rod dengan kayu yang lebih mudah dipasang selain tidak perlu mengeluarkan modal yang banyak. Barang yang digunakan pun mudah didapati dan murah harganya.

Inilah yang dikongsikan oleh puan Eliyana IraWati.

 Cukup mudah dan menjimatkan. Yang penting hasilnya sedap mata memandang!

Deco jimat guna barang  dari kedai eco ada juga yg sy beli dari shoppe. Sebelum ni sy pakai yg jenis Hook tu nampak mcm kurang menarik dimata sy hehe

Nak beli rod dgn kayu yg siap dah tu mahal nya sayang duit 🤣 diy dengan barang eco je , batang mop balut dengan wallpaper kayu cantik je ,Penyangkut dia tu sy beli dalam shoppe 1pcs rm1,50 dgn penyekat hujung tu pun rm1.20 .. langsir rm9.90 😅 .. total lebih kurang dalam rm170 sbb untuk 2pintu dan 2 bilik tidur ,

Pokok monstera tu sy diy dari barang eco juga 1 dah siap 1 lagi belum sbb tak ingt nk beli rumput bawah nya tu hehe.

Ok lah kan untuk rumah kami yg kecil ni hehe inshaallah ada rezeki nak tambah cabinet tv doakan ya ❤️

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

IKLAN