Barangan Eco semua sudah sedia maklum, murah dan jimatkan kos. Lagi-lagi jika ibu-ibu nak deko rumah dengan bajet murah tetapi hasilnya memuaskan.
Dekorasi bajet kediaman ini meraih perhatian ramai kerana ia menggunakan rod dengan kayu yang lebih mudah dipasang selain tidak perlu mengeluarkan modal yang banyak. Barang yang digunakan pun mudah didapati dan murah harganya.
Inilah yang dikongsikan oleh puan Eliyana IraWati. Cukup mudah dan menjimatkan. Yang penting hasilnya sedap mata memandang!
Deco jimat guna barang dari kedai eco ada juga yg sy beli dari shoppe. Sebelum ni sy pakai yg jenis Hook tu nampak mcm kurang menarik dimata sy hehe
Nak beli rod dgn kayu yg siap dah tu mahal nya sayang duit 🤣 diy dengan barang eco je , batang mop balut dengan wallpaper kayu cantik je ,Penyangkut dia tu sy beli dalam shoppe 1pcs rm1,50 dgn penyekat hujung tu pun rm1.20 .. langsir rm9.90 😅 .. total lebih kurang dalam rm170 sbb untuk 2pintu dan 2 bilik tidur ,
Pokok monstera tu sy diy dari barang eco juga 1 dah siap 1 lagi belum sbb tak ingt nk beli rumput bawah nya tu hehe.
Ok lah kan untuk rumah kami yg kecil ni hehe inshaallah ada rezeki nak tambah cabinet tv doakan ya ❤️
Saat hadirnya cahayamata di dalam keluarga, pastinya detik itu menjadi momen terindah buat ibu ayah yang sukar diucapkan dengan kata-kata. Begitu besar rahmat dan nikmat Allah kurniakan.
Terbaharu begitulah pengalaman yang dilalui oleh pelakon Raya Ilya yang selamat melahirkan puteri sulungnya, pada Jumaat 1 Julai yang lalu.
Melahirkan rasa syukur, Raja Ilya atau nama sebenarnya Raja Ramilah Begum Raja Mohammad menyifatkan pengalaman baharu yang dilaluinya itu satu rahmat dan memberi makna yang tersendiri dalam hidupnya.
Raya Ilya berkonsi berita gembira itu menerusi akaun instagramnya dengan memuat naik beberapa keping gambar dengan menitipkan rasa keterujaan dan kesyukurannya.
“Syukur Alhamdulillah our baby girl is here , If you had of said to me I’ll be pregnant in 3 years I would have laughed.
“Today I experienced a miracle, a magical moment, the birth of my baby girl Talita Love. There were tears, I’m still in shock.
“Thank you for all your love, support and Doa , it’s greatly felt. Tak sabar nak balik MALAYSIA awal tahun depan dengan baby, Wait for us okay ..
Raja Ilya juga turut sama mengucapkan terima kasih keapda sokongan dan doa yang baik-baik dititikan kepadanya selama ini.
Slogan pertanian adalah perniagaan, merupakan slogan yang sering kita dengar dan ramai telah membuktikannya. Malalui aktiviti bercucuk tanam telah memberi peluang perniagaan yang menguntungkan hingga mampu melebihi keperluan sara hidup untuk seisi keluarga.
Bahkan bila dicongak-congak pendapatan bulanan seorang petani boleh setanding malah melebihi jumlahnya daripada seseorang yang makan gaji.
Ini sebagaimana yang didedahkan oleh Ribwan Ayob, berkongsi pengalaman sendiri dan apa yang dirasakan dengan 20 tahun dalam perniagaan, sebagai bandingan.
Ini perkongsiannya.
Tanam Tanam durian sebagai kerjaya lepasan universiti. 2 ekar tanah sahaja boleh tanam 100 pokok. Selepas 5 tahun dah mula berbuah.
+ sepokok boleh hasilkan minima rm 2k
+ 100 pokok = rm 200k
+ purata sebulan = rm 16k
+ maksima kos pekerja, racun, baja = rm 6k
Bersih sebulan rm 10k = jawatan apa yang boleh beri gaji 10k?
Usia 10 tahun = hasil rm 5k/pokok
Usia 15 tahun = hasil rm 10k/pokok
dan seterusnya…
Boleh cuba pada tanah orang tua di kampung atau sewa saja tanah sebagai percubaan. Jika beli tanah pun bagus sebab hartanah tak akan turun harga, boleh jual semula.
Tanam durian lebih mudah dan sangat jimat kos berbanding niaga biasa. Baik dari segi wang mahu pun karenah sakit kepala.
Photo by Mufid Majnun on Unsplash
Sebelum pokok durian matang…. boleh usahakan tanah antara ruang pokok durian sebagai hasil jangka pendek tampung kos bulanan.
1. semai dan jual anak durian penanti.
2. semai dan kawin pokok klon.
Fokus dua perkara ini pun sudah cukup bagus. Ini belum ambilkira tanam pisang, avocado, ubi dan macam macam lagi.
Anak muda boleh berfikir secara serius potensi bidang ini. Ada yang akan nampak macam ‘sembang gajah pun boleh terbang’. Ada yang melihatnya sebagai peluang untuk diteliti… terpulang.
Sekadar perkongsian apa yang dibuat, pengalaman sendiri dan apa yang dirasakan dengan 20 tahun dalam niaga, sebagai bandingan.
Meninjau di ruangan komen menurut Masidah Binti Mat Nasir, “Saya setuju. Tetapi, tak ramai anak muda yang suka. Jika boleh undur masa, lepas abis U dulu, saya terus tanam durian atau ceburi bidang pertanian. Ramai masih tak nampak. Maklumlah, berpanas, bukan dalam aircond.”
Manakala menurut Abdul Ghopar Zakarian Ansari , tulisnya “Orang lain sedang mengikut trending menukar tanah kebun menjadi campsite.
“Saya menongkah arus transformasi tanah kebun milik bapa dengan tanaman durian yang tersusun. Keluasan hampir 2 ekar jumlah pokok mengikut spesifikasi jarak yang dicadangkan oleh Jabatan Pertanian maksimum boleh masuk 50 pokok.”
Namun Afnaz Ayub Amin pula menyatakan pandangannya, berkenaan tanah. Ujarnya, “Kalau anak org kaya ada wasiatkan tanah berekar2 boleh la…klu tanah peninggalan org tua tp seekar je adik beradik ramai..makan gaji mudah.”
Apa yang pasti lain orang lain pandangannya, namun apa yang pasti berbudi pada tanah pasti ada pulangannya.
Kuali jenis tak lekat atau Non Stick ini antara barang kesayangan ibu-ibu. Nak nak lagi jenis yang mahal. Nak dapat bukan senang kan. Harganya boleh tahan juga. Sebab itu, ada yang sangat sayang dan cukup cermat bila guna.
Tetapi, macam mana sayang dan cermat sekali pun, adakalanya boleh tercalar. Pasti ibu-ibu sayang sangat nak buang, jadi terus menggunakannya tanpa sedar ia boleh membahayakan kesihatan.
Berikut perkongsian dari Hadihaizil Din sebagai panduan untuk ibu-ibu.
Saya adalah antara penggemar kuali tahan lekat atau kuali non stick yang memudahkan untuk kerja-kerja memasak di dapur. Andai nak goreng telur tak melekat, andai nak sauté bahan-bahan pun mudah.
Namun satu perkara yang perlu kita ambil berat sekiranya kita menggunakan kuali non stick ini, adalah untuk elakkan daripada ianya tercalar. Ya CALAR yang merbahaya.
Calar pada permukaan kuali non stick ini akan menyebabkan lapisan yang digunakan untuk menjadikan permukaan kuali itu tidak melekat akan terdedah ke dalam masakan yang kita ingin masak.
Bermakna, ada bahan-bahan yang tidak sesuai untuk kita makan, akan bercampur dengan masakan yang kita masak, tanpa kita sedar. Adalah penting untuk kita gunakan peralatan yang sesuai seperti sudip kayu atau sudip yang tidak mencalarkan permukaan kuali ini.
Andai telah tercalar? apa perlu kita buat adalah untuk melupuskan sahaja kuali tersebut walaupun mungkin ianya kuali kesayangan kita. Atau bolehlah buat hiasan di dinding-dinding bukannya untuk digunakan sebagai peralatan memasak.
Jika sebelum ni kita belum tahu, mungkin kita akan terus gunakan, selepas ini, silalah tukar kepada kuali baru. Kesihatan kita lebih berharga. Rugi kiranya kita sediakan bahan-bahan berkualiti tinggi untuk memasak, tetapi kesudahannya menggunakan kuali yang berbahaya.
6 Tip Guna Kuali Non Stick
Untuk elakkan kuali non stick daripada calar balar mahupun rosak permukaannya dan tahan lebih lama, sebenarnya mak-mak boleh ikut 6 tip ini.
1. Jangan Biar Kuali Terbiar Panas
Sebaik meletakkan kuali diatas dapur, tuang minyak dengan segera dan jangan biarkan kuali panas sehingga berasap. Ini kerana jika kuali non stick dibiarkan panas begitu, ia akan menghasilkan toksik yang boleh membahayakan kesihatan.
Menurut Professor Robert L. Wolke, dari University of Pittsburgh kuali non-stick selamat digunakan selagi ia tidak dibiarkan terlalu panas.
2. Masak Guna Api Sederhana
Gunakan api perlahan atau api sederhana jika menggunakan kuali jenis ini. Elakkan menggunakan api besar dan masak dalam jangka masa yang lama. Pastikan suhu kuali anggaran dibawah 500C bagi mengelakkan lapisan non stick yang menyadur kuali rosak.
3. Jangan Keringkan Air Dalam Kuali
Jangan biarkan air dalam kuali tersejat ketika panaskan kuali. Sebaiknya selepas kuali dicuci, lap menggunakan kain lembut bagi mengeringkan air didalam kuali tersebut.
4. Elak Guna Peralatan Logam
Perlu tahu satu ‘kepantangan’ bagi kuali jenis non stick ini menggunakan senduk, sudip atau sudu sekalipun yang diperbuat daripada logam. Ini kerana bila bergesel, ia akan menghakis permukaan kuali dan mengakibatkan kuali bercalar. Sebaiknya gunalah alatan memasak yang diperbuat daripada kayu atau plastik tahan panas.
5. Cuci Guna Span Lembut
Salah satu kelebihan kuali non stick ialah ia cukup mudah dicuci tak perlu disental dengan kasar. Memadai menggosok perlahan permukaan kuali dengan span lembut, kotoran cukup mudah ditanggalkan. Jangan sesekali menggunakan berus dawai besi pulak iya!Rosak kuali nanti.
6. Elak Susun Secara Berlapis
Sewaktu mahu menyimpan kuali jenis ini, elakkan daripada menyusun kuali non stick ini secara bertindan-tindan atau berlapis-lapis. Sebaiknya gantung atau biarkan tanpa ada benda lain yang disusun diatasnya.Jika mahu susun berlapis juga, pastikan alas dahulu permukaan kuali dengan tuala lembut atau apa-apa sahaja lapi agar permukaan non sticknya tidak tercalar.
Semoga bermanfaat!
Sumber : Hadihaizil Din & Petua Ibu (Facebook)
Salah satu punca kuali jenis non stick ini cepat rosak kerana cara kita membersihkannya salah, disini kami kongsikan cara untuk anda bersihkan kerak dari kuali non stick yang boleh menjamin hayat kuali tu lebih lama lagi:
Digilis lori simen ketika berhenti di lampu isyarat, warden penjara maut. Seorang warden penjara maut dalam tragedi menyayat hati apabila motosikal ditunggangnya digilis sebuah lori simen ketika berhenti di lampu isyarat di Lebuh SPA berhampiran persimpangan pusat pelupusan sampah Sungai Udang petang semalam.