Terkadang bila kita mengamati wajah orang lain yang terlihat bersih, cerah dan segar meskipun tanpa secalit makeup, seakan timbul rasa cemburu. Malah terbit juga perasaan ingin tahu, bagaimana rutin penjagaan dan perawatan kulit wajah yang diamalkan hingga menjadikan kulit wajahnya begitu sempurna.
Cantik natural memang menjadi impian setiap wanita. Namun kekurangan pada kulit wajah terkadang membuatkan kita ingin mencari solusi dengan menggunakan solekan sebagai cara terbaik untuk tampil menawan.
Bertepatan dengan fungsi makeup adalah untuk memperindah penampilan dan menutup kekurangan pada kulit wajah. Bahkan cara merias wajah pun tidak sama,boleh disesuaikan dengan acara yang hendak kita lakukan. Misalnya makeup tipis dan natural untuk kegiatan sehari-harian seperti ke tempat kerja dan makeup glamor untuk acara gemilang.
Ternyata, makeup sudah menjadi sesuatu keperluan utama bagi sebahagian besar wanita untuk menyempurnakan penampilan. Pun begitu, JANGAN pula mengambil mudah dalam bab menanggalkan dan membersihkan makeup. Jika tidak diberi tumpuan dalam hal ini, bimbang akan menimbulkan masalah pada kulit wajah.
Oleh itu, PASTIKAN menggunakan pembersih wajah atau make up remover terlebih dahulu setiap kali ingin menanggalkan makeup. Produk makeup remover memang banyak pilihan di pasaran, namun jika anda lebih suka menggunakan bahan yang lebih alami dan natural, anda sendiri boleh menghasilkan makeup remover anda sendiri.
Ads
Ini dikongsi sendiri oleh Che Mira di dalam laman sosialnya, terbukti kulit wajahnya cukup cantik dan berseri. Jadi jom kita tengok apa bahan-bahan yang digunakan olehnya untuk menghasilkan Makeup remover ini.
Bahan-bahan :
Ads
Madu
Limau nipis
Air mawar (mustika ratu)
Soda berkarbonat
Caranya :
Campur ke semua bahan-bahan.
Gaul sehingga soda berkarbonat sebati dengan perahan limau, madu & air mawar.
Sedia untuk digunakan.
KEISTIMEWAAN lain makeup remover ini.
Ads
Menghilangkan flek hitam pada wajah.
Menghilangkan blackhead & whitehead
Mencerahkan kulit
Mengurangkan kesan parut pada wajah.
[su_quote]Ini yang selalu saya amalkan. Wajib buat tau seminggu 2 kali tak kira la malam ke, pagi ke bila-bila pun boleh![/su_quote]
Rambut adalah mahkota wanita yang sangat berharga. Setiap wanita ingin memiliki rambut yang sihat dan cantik termasuklah wanita yang bertudung.
Petua Hebat Untuk Ibu Yang Ada Masalah Rambut Gugur. Guna Bahan Dari Rumah Aje
Rambut dijaga rapi tentu sudah tentu membuatkan rambut yang tidak kering, sihat, lebat dan bersinar.
Namun tiada jalan pintas untuk mendapatkan rambut seperti yang diidamkan jika kita tidak tahu menjaga dan merapikan rambut dengan baik.
Selain menggunakan pelbagai jenis produk kecantikan yang berada dipasaran, boleh mencuba menggunakan beberapa petua penjagaan rambut cara ilami. Penjagan rambut termasulah petua yang sering diamalkan untuk merawat masalah keguguran seperti limau nipis, daun bunga raya, kulit tembikai dan lidah buaya.
Petua rawat keguguran rambut
. Petua 1: Ambil perahan air limau nipis dan sapu rata-rata di kulit kepala. Amalkannya untuk selama 2 minggu. Seterusnya anda ambil santan untuk menyuburkan rambut anda. Lumurkan keseluruhan rambut hingga ke kulit kepala bagi mendapatkan hasil yang baik. Jangan cepat-cepat hendak membasuh rambut anda. Perapkan rambut anda dengan tuala untuk ½ jam. Biarkan ia berminyak dan meresap. Kemudian basuh dengan air suam. Amalkannya selama 2 bulan.
. Petua 2: Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama 1 jam. Lakukan 2 kali seminggu. Anda akan memperolehi rambut lebat, hitam dan berkilat semulajadi.
.
Petua 3: Setiap kali anda makan buah tembikai, jangan buang kulitnya. Ambil bahagian kulit tembikai dan gosok kulit kepala anda. Biarkan ia meresap ke kulit kepala dan tunggu dalam masa 20 hingga 30 minit. Selepas itu barulah anda cuci rambut anda sebersih-bersihnya. Jika anda ingin biarkan semalaman pun tak mengapa. Gunakan “shower cap” atau balut dengan kain supaya ia tidak meleleh ke bantal tidur anda. Anda hanya perlu amalkan petua ini sekali dalam seminggu.
. Petua 4: Bagi anda yang rajin selepas rawatan menyuburkan rambut gunalah daun lidah buaya untuk mendapatkan rambut yang lebih cantik lagi menawan. Caranya ambil lendir daun lidah buaya tu dan sapukan kepada rambut hingga kekulit kepala. InsyaAllah dalam masa 2 bulan rambut anda tidak akan gugur malah semakin cantik dan sihat
.
Insyaallah.. Semoga dengan tips yang dikongsikan ini dapat menjadi ilmu yang bermanfaat untuk semua.
Semakin usia meningkat, perubahan kulit wajah makin ketara. Kulit mula terasa kering dan berjelaga, kusam dan tak bermaya. Bintik-bintik hitam juga tanpa kita sedar makin banyak mula bertapak di kulit muka.
Mungkin boleh disorokkan dengan solekan tebal namun apabila tanpa solekan, wajah kembali jelas. Adakalanya buat kita rasa rendah diri di depan suami.
Jeragat dan bintik hitam adalah lumrah biasa. Malah kata pakar kecantikan ia sebenarnya berpunca daripada perubahan hormon. Buntu memilih produk untuk memulihkannya, ada cara tradisional yang boleh dilakukan untuk memudarkan bintik ini.
Halia antara salah satu bahan yang bertindak memulihkan bintik hitam ini. Caranya amat mudah. Hanya tiga bahan yang diperlukan iaitu halia segar, cuka dan madu.
Hilangkan Bintik Hitam Dengan Masker Halia
Caranya:
Cuci halia sehingga bersih lalu dipotong.
2. Masukkan ke dalam balang, tuangkan cuka dan tutup rapat balang tersebut (jangan melebihi paras leher balang)
3. Simpan balang di dalam peti sejuk, dan biarkan selama 1 hari.
4. Keluarkan balang dari peti sejuk, buka dan masukkan madu secukupnya, gaul sebati. Tunggu 30 minit. Masker campuran halia, cuka dan madu semula jadi siap untuk digunakan!
5.Ambil potongan halia tersebut, usapkan pada bahagian wajah yang yang berbintik hitam. Biar selama beberapa minit, kemudian bilas dengan air suam panas.
6. Jadikan ia sebagai rutin harian agar dapat melihat kesannya.
Sumber: How
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tak hanya punya kuasa luar biasa dalam masakan, kentang juga kalau nak tahu baik untuk kecantikan kulit. Terbaru, kentang dimanfaatkan untuk menghilangkan garis-garis halus dan kedutan pada wajah, memperbaiki tekstur kulit, mencerahkan, dan menegangkan kulit. Wow!
Disebabkan itulah ramai yang mencuba masker kentang ini sendiri di rumah. Kos pun jimat. Jom ikut cara menyediakan masker kentang yang dikongsikan oleh Anis Roduan di facebooknya.
Kentang selain sedap dimakan, elok jugak buat masker tau uols. Kalau korang ada masalah kulit kering, cepat cuba tips ni. Sesuai juga untuk semua jenis skin. Selamat mencuba.
Bahan-bahan:
1 biji kentang – kisar hingga hancur (tambah 1/4 cawan air kalau perlu)
Sebiji telur – ambil putih telur sahaja
Cara pakai:
1. Campurkan kentang yang dikisar dengan putih telur.
2. Sapukan pada seluruh muka. Biar kering selama 30 minit.
3. Cuci dan bilas muka dengan air suam atau sejuk.
Kebaikan Masker Kentang:
1. Mengatasi kulit kering dan membuang sel kulit mati/menggelupas.
2. Menghilangkan jerawat & bekas jerawat
3. Mencerahkan kulit wajah secara semulajadi
4. Menghilangkan blackhead/whitehead
5. Merawat kulit sunburn
6. Mengurangkan kedutan pada kulit muka
7. Mengatasi kulit berminyak
Kredit: Anis Roduan
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kongsi kejayaan di pentas konvokesyen, bapa genggam PhD, anak peroleh Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama. Seorang bapa mencipta mencipta legasi keluarga cemerlang bersama anaknya apabila beliau berjaya menamatkan Ijazah Doktor Falsafah (PhD).