Jika kucing anda luka dan berkurap, boleh cuba buat minyak kunyit dan sapu pada bahagian luka dan kurap. Hendak beri ubat krim bimbang dijilat. Bahaya pula. Untuk lebih selamat boleh sapukan natural remedi yang dihasilkan daripada kunyit.
Hanya gunakan minyak kelapa dan juga kunyit sahaja. Cara hendak buatnya pun mudah sahaja. Minyak ini juga boleh kita gunakan untuk luka bukan terhad untuk si bulus sahaja. Kunyit adalah antifungal, antibakteria dan antiviral.
Begitu juga dengan minyak kelapa. Terlalu banyak khasiat dua bahan ini. Yang penting ia selamat dan tiada toksik. Luka pun cepat baik!
Kita perlukan cuma TIGA bahan:
1. Kunyit hidup
2 Minyak kelapa (coconut oil)
3. Botol
Nota: kalau guna virgin coconut oil lagi bagus.
Ads
Cara membuat:
1. Basuh kunyit bersih-bersih kemudian keringkan. Tak perlu kering beria, boleh lap dengan tisu dapur sahaja.
2. Letakkan dalam botol, tuang minyak kelapa tadi. Tak ada sukatan tepat untuk sebanyak mana kunyit dan minyak itu. Agak-agak sahaja. Yang penting kita bersederhana.
Ads
3. Tutup kemas dan siap. Simpan dan biarkan selama 2 minggu. Dalam tempoh ini minyak akan menyerap semua khasiat kunyit tadi.
4. Selepas 2 minggu warna sudah bertukar. Kunyit semakin gelap dan minyak semakin kuning. Penuh khasiat dalamnya. Terus boleh sapu pada luka kucing kesayangan. Tidak bahaya jika kucing jilat pada sapuan tersebut.
Ads
5. Tengok warna minyak sudah kuning. Luka kucing-kucing kita akan cepat sembuh dan mana-mana yang terkoyak itu akan cepat kering. Natural remedi tanpa bahan sintetik. Sesuai juga untuk kegunaan manusia.
Selama mana minyak ini elok?
Selagi tiada bau hapak. Kalau sudah bau hapak itu maksudnya sudah expired jadi bolehlah dibuang, jangan gunakan lagi ya. Jadi boleh buat dalam kuantiti yang sikit sahaja dulu supaya tidak membazir.
Siapa je yang tak nak rumah kelihatan cantik dan kemas. Betul tak? Sekarang ni pantang buka telefon pintar, scroll sosial media mesti akan ada yang berkongsi idea dan hasil dari dekorasi yang mereka buat.
Nak mendeko ni, ada yang jenis akan mencari barangan yang dah siap, balik terus hias je! Malah bagi yang ada bakat tangan berseni, pastinya akan memborong barangan untuk menghasilkan barangan dekorasi mengikut citarasa mereka.
Misalnya DIY yang dikongsikan oleh Norpadilah Binti Afandi ini. Bukan sahaja bajet yang sangat murah, hasilnya juga setanding dengan barangan yang dijual siap dan tidak paling penting cantik! Jom lihat cara untuk membuatnya!
“Orang kata ini ujian, tetapi saya kata ini adalah cabaran dan gurauan Allah kepada saya… kenapa kata gurauan, kerana kita hanya bergurau dengan orang yang kita sayang… bila anggap ujian ini sebagai gurauan kita akan rasa Allah sayangkan kita.”
Itu kata-kata yang dilontarkan oleh Masitah Mohd Afandy, 32, yang diduga hilang penglihatan akibat kemalangan yang berlaku lebih sebulan lalu.
Kecacatan kekal itu mendorong Masitah yang juga Ketua Pegawai Eksekutif NM Aircond Sdn Bhd lebih bersemangat memberikan motivasi kepada orang lain dan tidak patah semangat walaupun ujian yang dihadapi amat besar.
“Saya tak anggap ujian ini sebagai bala atau musibah tetapi hadiah daripada Allah SWT dan tanda sayangNya dengan cara yang berbeza,” kata usahawan, Masitah Mohd Affandy.
Dahulunya wanita ini normal namun buta kedua matanya selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya pada 21 Mac lalu iaitu dua hari sebelum Ramadan yang mengorbankan seorang pekerjanya.
“Ketika baru kemalangan dan mengetahui seorang pekerja saya meninggal dunia akibat kemalangan itu saya ada beritahu kepada suami bahawa Allah lebih sayangkan Mok. Disebabkan itulah Allah ambil dia.
“Namun dalam hati saya ada cakap, mungkin Allah tak sayangkan saya tu sebab dia tak nak ambil saya, namun belum sempat saya rasa sedih suami terus kata yang memang betul Allah sayangkan Mok namun Allah sayangkan saya dengan cara berbeza dan ia menjadi sumber positif saya sehingga sekarang.
Aura positifnya dapat dilihat menerusi perkongsian video di TikTok dengan rata-rata netizen kagum dan memuji Masitah yang nampak tenang walaupun selepas berdepan ujian hebat.
Mengimbas detik hitam itu, Masitah berkata, kemalangan berlaku ketika dia menaiki kereta dipandu oleh kakitangannya dan suaminya, Nik Nazri Abidin, 36, tiada bersama kerana ada urusan di Batu Pahat, Johor.
“Kejadian berlaku ketika saya dalam perjalanan pulang dari Sabak Bernam, Selangor ke Johor Bahru, Johor selepas kereta dinaiki saya hilang kawalan sebelum terbabas ke lori di laluan bersebelahan.
“Saya sedar selepas kemalangan cuma serta merta buta dan berulang kali tanya kepada kakitangan apa yang berlaku.
“Di hospital, doktor beritahu suami ada kebarangkalian untuk saya melihat tetapi 20 peratus saja dan peratusan semakin menurun hingga disahkan buta sepenuhnya.
“Selepas dapat tahu, saya beritahu suami yang saya okay saja, malah selama 24 hari di wad, hanya 12 hari saja saya berehat.
“Selebihnya, saya buat kerja macam biasa walaupun tak berada di pejabat.”
Masitah mengakui sedih dengan apa yang berlaku namun menganggap ia bukan pengakhiran buatnya, malah bersyukur kerana diberi peluang kedua untuk terus hidup.
“Tipu kalau saya katakan tak sedih langsung namun hidup perlu diteruskan dan saya percaya Allah SWT tak ambil nyawa saya kerana ada tugas besar menanti buat saya di hadapan.
“Ikutkan, saya memang tak dapat dibantu kerana masalah membabitkan saraf mata jadi saya reda dan selepas buta, saya pernah mimpi dapat melihat tetapi anggap ia rezeki yang Allah SWT beri walaupun bukan dalam dunia nyata.
“Alhamdulillah, suami sentiasa ada di sisi malah dia kini yang memasak dan buat kerja rumah jadi saya berdoa semoga Allah beri ganjaran baik buatnya,” katanya.
Bagaimanapun Masitah berkata, sekiranya masih ada rasa sedih itu dalam dirinya, beliau tidak akan membiarkan ia berlarutan.
“Orang terdekat amat mengenali saya dan saya adalah seorang yang susah nak rasa sedih.
“Kalau ada pun, saya akan lihat kembali tujuan dan impian saya antaranya saya mahu beri manfaat kepada orang ramai jadi kalau saya ‘down’ saya akan tanya balik diri saya.
“Saya juga akan hadkan masa sedih itu, beri masa kepada diri saya berapa minit atau berapa jam boleh bersedih. Sebab saya rasa berapa jam yang saya ada untuk bersedih itu sebenarnya banyak orang yang boleh saya bantu dan beri manfaat kepada mereka.
“Saya juga tidak akan tenggelam dalam fasa ‘down’ itu terlalu lama,” katanya.
Dalam pada itu, Masitah menasihatkan orang ramai supaya mencari setiap hikmah dalam cabaran diberikan Allah.
“Kalau kita sentiasa mencari hikmah atau mencipta hikmah dalam perspektif positif, insya-Allah kita akan lebih kuat menghadapi kehidupan serta bersyukur atas segala nikmat diberikan.
“Sebab kadang-kadang apa kita rasa itu seronok namun ia bukanlah terbaik untuk kita namun yang kita tidak suka itulah sebenarnya yang terbaik,” katanya.
Sementara itu, suaminya, Nik Nazri berkata, apa yang berlaku tidak mengubah perasaan cintanya terhadap isteri malah menambah rasa sayang.
“Kehidupan perlu diteruskan dan saya tak pernah terlintas untuk cari wanita lain hanya kerana keadaannya (isteri) begitu atau putus asa.
“Bagi saya, dia (isteri) masih orang yang sama, tiada kekurangan pun cuma tak dapat melihat, itu saja.
“Jadi, biar saya menjaganya dan memang itu yang dilakukan daripada awal dia bangun hingga tidur,” katanya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kejayaan takkan datang bergolek andai tidak disusuli dengan usaha. Malah, dia membuktikan anak kampung juga boleh berjaya jika ada keinginan dan juga usaha.
Itulah yang ingin dikongsikan oleh seorang usahawan wanita yang berjaya mengubah daripada sebuah tapak kilang ayam, akhirnya terbinanya sebuah banglo mewah di situ.
Itulah yang dikongsikan oleh seorang wanita yang berjaya sebagai usahawan perniagaan ayam sehingga dapat mendirikan sebuah banglo mewah di Kelantan.
Amyza Ismail, 30, menceritakan kisah pahit manisnya selama 11 tahun menjalankan perniagaan bersama suaminya. Mereka telah berkahwin pada tahun 2008 ketika Amyza berusia 19 tahun manakala suaminya berusia 22 tahun.
Buktikan dulu depan mata
.Suprise selama setahun mek mendirikan mahligai cinta dalam diam tanpa upload kat fb tanpa bagitau rakan2 dan folower fb. Sebab apa mek selalu berpesan, berangan tak salah bercita2 tinggi juga tak salah tapi jangan bagitau org. Set minda kita diam2 aku nak usaha nak kejar cita2 aku matlamat aku.Buktikan dulu depan mata.baru sebarkan. baru ore salute kt kita. sekarang mek dah buktikan impian dan cita2 mek yg ingin mendirikan banglo mewah diusia muda berjaya.. (Sinopsis kami anak kampung) Siapa kata kahwin muda hidup sempit!!! Siapa kata org xde sijil tinggi xbleh berjaya!!! Siapa kata ank kampung xbleh maju!!! Bermula kisah kami dialam perkahwinan bila imam jawab sah akad nikah…tanggal 3/1/08
Bantu mak di warung Saat tue aku berusia 19 tahun dan suami berusia 22 tahun masing xde pekerjaan tetap …tp jodoh kami disatukan.. Aku cuma bantu mak aku berniaga diwarong dan laki aku bantu mak dia berniaga satay kt pasar malam … Masing2 dr keluarga yg sederhana.. aku ank yatim mati ayah dr umur 9 tahun.. Lepas kahwin kami nekad nk buat bisness sendiri..bisness pertama kami berniaga satay dikaki lima kedai org … modal dr hantaran kahwin… Setiap hari Rutin harian pagi beli ayam tuk dijadikan satay tetiba terlintas nk berniaga ayam untuk tambah pendapatan..
Kami buat kedai dgn kayu hutan ditanah peninggalan arwah ayah aku …pagi berniaga ayam mlm kami berniaga satay.. bayangkan masa tue buat dua kerja letih yg amat tp kami bahagia dgn kasih sayang …jatuh bangun kami laki bini xpernah mengeluh… tahun 2009 kami dikurnia seorang putri.. Bisness pun berjalan lancar kami kumpul aset ckit2 dr sewa upgrade ke rumah sendiri muatla 3 beranak dr kedai kayu hutan kami upgrade ke batu dr moto ke kereta blehla kami berteduh..
Dihalau dari tapak berniaga Tahun 2011 Allah nk menduga kami Kami dihalau dr tapak berniaga dan rumah kami krn tanah peninggalan arwah ayah bertukar milik kpd mak sedara aku .. tergiang2 lg ditelinga aku ketika arwah ayah aku nk menghembuskan nafas terakhir katanya Ayah bagi rumah dan tanah kt kakak ng adik Ermaa Ismail jagala elok2.. mcm mne bleh bertukar hak milik kt orang lain..hasil selidik arwah ayah beli tanah tanpa tukar nama dan tanpa buat surat hitam putih tiada bukti yg kukuh tanah itu milik ayah…masa tue Allah jer tahu kaki tangan mengigil sedih sebak terkejut xsangka mcm2 dlm otak ni kecewa darah daging sendiri aniaya aku..mereka inginkan 60k cash baru tanah tadi bertukar jd hak milik aku.. Allahu duit dlm poket cuma ad berapa ribu jer..mne aku nk cari.. bermula dr haritue kami mula menabung ..kami buat 4 kerja ..pagi aku letak satay yg siap bungkus dekat kedai2 kopi.. siap letak satay aku berniaga ayam.. laki aku trun pagi lepas siap satay dan ayam dia kerja bawak lori tanah sampai ptg malam kami berniaga satay ..makan tahun juga kami bertungkus lumus bekerja berniaga kami mampu byar lunas tanah ..urusan turun naik pejabat tanah dibantu oleh Sarimah Mustapha dan lawyer Ashiah Rahman Kak Yah .. Alhamdulillah Allah betul2 permudahkan urusan sampaikan bertukar sttus hak milik digeran tanah..
Wang ringgit boleh putus saudara Pengajaran dr pengalaman aku klu melibatkan harta tanah wang ringgit ank beranak adik beradik bleh jd putus jd letakla sedikit keraguan dan tidak kepercayaan untuk mengelak sebarang kemungkinan.. Allahuakbar kuasa Allah pemberi rezeki kpd org yg bersabar klu dh tertulis harta itu milik kita ia tetap akan jd milik kita… Doa org2 teraniaya dimakbulkan…
Bina banglo idaman dalam usia muda
Sekarang dh 11 tahun kami berniaga dh mcm2 dugaan dan ujian kami tempuh alhamdulillah berjaya… Sujud syukur diatas rezeki yg dikurniakan oleh yg Maha kuasa Allah SWT…air mata gembira mengalir di pipi tanpa sedar terasa macam mimpi anggan anggan jd kenyataan.. Siapa sangkakan dengan hanya berniaga tepi jalan berniaga dikampung.. kami suami isteri tidak mempunyai sijil tinggi buleh bina rumah banglo idaman dlm usia muda..
Dihina tak ada masa depan
hasil titik peluh kami terdirilah mahligai cinta kami… banglo idaman yg kami dirikan nie adalah tunai tanpa sebarang pinjaman..kami dirikan banglo impian kami dgn hasil dr pekerjaan yg selalu dihina oleh masyarakat ,dihina krn busuk krn tidak ada masa depan.. tidak seperti bekerja goverment yg diagung agungkan segelintir pihak…pekerjaan kami tiada pencen tiada kwsp tiada socso.bukan setakat setengah masyarakat malah ad sanak saudara serta keluarga juga pernah pandang rendah pd pekerjaan kami..
Tapi itu bukan alasan untuk aku dan suami menyerah kalah… kami nekad dan berjanji akan mengubah tanggapan yg dilemparkan bahawa pekerjaan kampung juga ad masa depan klu kita berusaha tanpa mengira masa tanpa penat dan lelah..sekarang umur aku 30tahun suami 33tahun kami dh byk kumpul aset2 yg bernilai seperti tanah2 lot,rumah,kedai sewa,lori transport, cawangan2 perniagaan…
siapa sangka kan tuah ayam nampak dikaki tuah manusia siapa tahu… tujuan aku buat statement macam nie bukan nak riak atau nak bangga diri atau mengaibkan sesiapa tapi kami suami isteri ingin menyeru anak2 muda supaya berusaha jangan malu jangan segan jangan malas berniagalah apa pun sesuai dengan minat kita pedulikan kata2 buruk disekelili