Skrub daripada barli dan beras merupakan antara amalan untuk menjaga kecantikan kulit tanpa perlu menggunakan produk komersial yang mahal. Nak jadi cantik tak semestinya perlukan produk berjenama terkenal.
Hanya menggunakan bahan dapur, skrub ini berasaskan beras dan barli. Skrub ini boleh digunakan setiap hari. Sesuai digunakan untuk kulit wajah dan tubuh. Hasilnya kulit terasa licin dan flawless.
1. Basuh beras dulu lepas tu toskan air dan goreng tanpa minyak sampai beras kering.
2. Sudah kering masuk dalam blend kering.
3. Kisar beras bersama garam sampai halus. Garam berfungsi untuk matikan kuman.
Ads
Langkah B:
1. Kisar barli sampai halus macam beras.
Langkah C:
1. Selepas kisar beras, garam dan barli, campurkan semuanya sekali. Kacau sampai sekata.
2. Sudah siap boleh pakai pada kulit muka dan badan. Skrub perlahan-lahan dan jangan terlalu kasar.
3. Untuk mereka yang ada jerawat teruk jangan skrub kawasan jerawat. Nanti lagi teruk jerawat. Hanya tempek sahaja skrub ini di kawasan berjerawat.
4. Untuk kulit yang tak ada jerawat boleh gosok perlahan-lahan.
5. Jika mahu biarkan lama mana pun boleh, nak pakai sampai pagi esok pun tak ada masalah.
6. Selepas wajah/kulit badan dicuci, rasailah kulit rasa bersih dan licin sangat! Kemudian kelihatan cerah dan berseri-seri.
Ads
Sebenarnya barli itu sendiri mempunyai banyak khasiat. Malah penggunaannya bagus untuk kulit jadi lebih cerah, anjal dan awet muda.
Antara kelebihan lain barli adalah:
Ads
*Kulit jadi lembut sangat
*Blackhead dan whitehead hilangg dari radar
*Kulit licin nak mekap pon rasa smooth saja
*Cerahkan kulit
*Buang sel-sel kulit mati, berseri-seri muka lepas skrub
*Elak jerawat
Mencantikkan wajah secara semulajadi memang payah. Selain menjaga tiga perkara iaitu mencuci wajah dengan bersih, menyegar melembapkan wajah sebagai rutin harian, amalan pemakanan yang tepat juga membantu untuk kekal cantik.
Selain pemakanan sihat, petua tradisional juga membantu untuk mencantikkan lagi rumah. Halia dan cuka antara dua bahan mujarab untuk menaikkan seri dan buat kulit wajah lebih flawless.
Perkongsian Cik Mira Kimora di facebooknya ini menarik untuk kita cuba. Nampak mudah dan paling penting tak perlukan kos mahal untuk cantik. Cuma perlukan sedikit kerajinan dan tahap kesabaran yang tinggi untuk lakukan petua ni setiap hari. Jom cuba!
Inilah rahsia dan cara saya untuk menjaga kulit agar sentiasa nampak flawless dan awet muda.
Bahan-bahan:
1 cawan cuka
2 ketul halia
Caranya:
1. Hiris halia nipis.
2. Rendamkan dalam air rendaman cuka selama 10 minit.
3. Kemudian gosokkan pada permukaan muka yang sudah dibersihkan.
4. Boleh juga diletakkan seketika beberapa minit di kulit muka.
5. Bilas dengan air bersih.
Halia dan cuka yang telah diperap ini boleh disimpan lama di dalam peti sejuk. Boleh tahan sampai 3 minggu.
Semua amalan ni saya amalkan 2 hingga 3 kali seminggu. Senang dan ringkas untuk saya yang mempunyai anak ramai. Nak pergi spa memang tak sempat. Konsisten amalkan akan dapat kesan yang yang sangat-sangat mulus.
Selamat mencuba!
Sumber: Cik Mira Kimora
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Meskipun amalan mengambil jamu begitu sinonim dengan wanita Melayu, namun siapa sangka wanita berbangsa cina ini juga tidak terkecuali. Malah dirinya begitu selesa dilabel sebagai Amoijamu.
Terbukti amoi ini bukan sebarang amoi, dia miliki bentuk tubuh yang cantik, sihat dan bertenaga hasil daripada mengamalkan jamu semenjak 15 tahun yang lalu. Menurutnya, ramuan jamu tersebut telah dikongsikan oleh mak bidan yang merawatnya ketika berpantang dan hingga kini terus diamalkan.
Nyata, apabila diamalkan menampakkan kesannya yang cukup hebat. Jadi usah tunggu lagi, buat anda yang belum berjinak-jinak dengan amalan jamu ini ada baiknya mencuba dan rasai sendiri kesannya.
Bagi ibu-ibu yang biasa mengambil jamu, apa kata kali ini anda sediakan sendiri ramuannya sebagaimana yang dikongsikan oleh Amanda Tan ini. Jom semak!
Hari ni saya kongsikan satu resipi mak bidan saya buatkan utk saya 15tahun yang dahulu. Sekali sekala memang saya amalkan petua ini. Syukur masih diberikan rezeki utk mencari bahan bahan dan kesihatan yang ampuh melalui pengamalan jamu dari usia muda sampai sekarang yang nak masuk usia 40an. Berikut adalah resipinya.
Jamu Asam Kunyit Herba
Resipinya:
→Segenggam Kunyit matang.
→Segenggam Halia Bentong. Kalau tiada halia bentong, boleh pakai halia tua. Makin tua, makin pedas makin tinggi zat nya.
→Segenggam Temukunci. Ambil ubi dan jari jemari sekali
→Segenggam cekur / kencur. Sama aje kedua duanya. Sini panggil cekur. Indonesia panggil kencur.
→Daun Mengkudu 3 helai kalau besar.
→Daun Sirih 3 ke 5 helai ikut saiz.
→Air 1 liter
Perisa ikut selera memasing:
Asam Jawa
Gula Melaka
Garam
Lada Hitam untuk yang lepas bersalin boleh tambahkan ketika fasa memblender tu.
Cara olahan:
1. Cuci bersih kesemua bahan bahan.
2. Potong kecil dan masukkan ke dalam blender.
3. Masukkan air secukup nya dan kisar semua bahan hingga sebati.
4. Dah sebati tu, tapiskan. Asingkan air dengan hampas. Hampas jangan buang. Boleh buat lulur badan nanti.
5. Ambil air yang sudah dikisar dan masukkan ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih. Boleh tambah air ikut keperluan.
6. Waktu memasak boleh ditambah perisa seperti asam jawa, gula melaka atau garam. Ikut citarasa masing-masing ya. Saya tidak meletakkan gula. Untuk mereka yang baru bersalin, boleh tambah satu sudu kecil lada hitam yang telah ditumbuk. Lada hitam bagus untuk memanaskan badan.
Cara minum:
Minum satu cawan pagi dan satu cawan malam. : Amalkan lepas makan. Jangan minum jamu ketika perut kosong, kang tak pasal pasal kena gastrik atau perut sebu.
Baki jamu boleh simpan dalam peti. Sebelum minum, panaskan suam suam kuku.
Boleh amalkan seminggu dua kali.
Untuk yang lepas bersalin, amalkan dua minggu selepas bersalin. Biar hormon badan lepas bersalin stabil dahulu sebelum amalkan jamu.
Rajinkan minum air suam bila amalkan jamu supaya lawas.
KHASIAT:
: Memulihkan tenaga
: Memanaskan badan
: Melancarkan peredaran darah
: Membuang angin
: Atasi lenguh lenguh , sengal badan
: Mengurangkan bau badan
: Mencuci dalaman badan dan menyah toksin
: Menghilangkan keputihan
: Memulihkan luka dalaman
: Mengecutkan peranakkan
: Melawaskan pembuangan
: Menyerikan wajah
: Mencantikkan kulit
: Khasiat tinggi
: Agen awet muda
: Sesuai untuk wanita dan lelaki
Tidak sesuai ketika:
*Waktu haid
*Sedang hamil
*Anak kuning / jaundis
*Kalau kencing manis, jangan letakkan gula melaka. Boleh gantikan dengan daun stevia kering.
*Kalau darah tinggi, jangan masukkan garam. Gula pun kurangkan.
“Kita dah nak masuk umur 40an dah. Masih lagi rajin amalkan jamu…jangan sesekali pandang remeh hal kesihatan. Tak kira bangsa , agama atau usia, jamu lah pilihan ku.”-Amanda Tan
Ayat Magis Pahlawan Mat Kilau, Coretan Lelaki Ini Bikin Sebak Perjuangan Demi Negara.
Sejarah adalah peristiwa yang telah berlaku menjadi iktibar buat diri dan negara. Sejarah akan menjadikan diri kita lebih matang untuk berfikir dengan kritis untuk membuat tindakan dengan betul dan dijadikan iktibar.
Malah sejarah juga menjadi semangat untuk kita menjadi lebih baik dan mengubah sikap dalam diri.
Kisah perjuangan pahlawan sebelum kemerdekaan harus menjadi cerita harian buat anak-anak agar mereka mengerti bahawa semangat juang itu harus ada dalam diri.
Dengan ini semangat jati diri akan terus melekat dalam sanubari anak-anak hingga dewasa.
Perkongsian saudara Khairy Tajudin membuat coretan mengenai Mat Kilau, tokoh kemerdekaan pastinya akan membuatkan kita dan anak-anak kagum dengan semangat pejuang ini. Bahkan coretan ini meruntun jiwa melihat kegigihan pahlawan silat Mat Kilau ini demi perjuangannya.
Kata magis Mat Kilau
“Jaga agama, bangsa dan negara. Jangan sampai bangsaku tiada negara.”
Sempena di ambang merdeka ini, aura pahlawan hebat ini akan terus ada dalam diri setiap anak Malaysia.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
MAT KILAU: Sebuah Fakta
1. Setelah lama menghilang, Mat Kilau muncul kembali pada tahun Hari Jumaat, 27 Disember 1969 dan mengisytiharkan bahawa dirinya ialah Mat Kilau di mimbar Masjid Pulau Tawar, Jerantut selepas solat Jumaat.
“Saya Mat Kilau, anak Dato Indera Gajah Rasu bin Syarhum.”
2. Mat Kilau ialah anak Tok Gajah. Mereka adalah pahlawan Pahang yang menerajui pemberontakan menentang penjajah Inggeris.
3. Ketika diburu oleh Inggeris pada zaman sebelum merdeka, Mat Kilau telah menghilangkan diri. Dan akhirnya muncul semula pada tahun 1969. Berita Mat Kilau muncul kembali ini tersebar luas sehingga mendapat liputan akhbar.
4. Tidak lama selepas itu, beliau telah menyampaikan nasihat kepada orang Melayu di Kg
Kedondong, Pulau Tawar. Kata beliau, sebab orang Melayu kalah kepada Inggeris dalam perang 1891 adalah kerana terdapatnya pengkhianat. Hugh Clifford, Residen Inggeris di Pahang sendiri mengakui bahawa orang Melayu mudah terpesona dengan tawaran harta dan kekayaan sehingga sanggup membocorkan rahsia.
5. Begitulah kelemahan orang Melayu, tak amanah dan tak boleh simpan rahsia. Mungkin kritikan ini ditujukan kepada tali barut Inggeris daripada kalangan orang Melayu.
6. Tidak berapa lama kemudian, Mat Kilau meninggal dunia dan dimakamkan di kampung ini.
7. Menurut keterangan orang-orang tua, tapak asal pembinaan masjid lama itu dilakukan oleh Imam Perang Rasu (Tok Gajah), Mat Kilau serta orang-orang Melayu Pulau Tawar pada awal tahun 1880-an.
8. Masjid lama itu kemudiannya dibangunkan dengan wajah baru pada tahun 1923 tetap mengekalkan perspektif seni bina tradisional yang menggunakan kayu dan pelupuh dari hutan tempatan.
9. Dalam buku Sejarah Pahang ada menceritakan pembesar British, Hugh Clifford, pernah mendarat di tebing berdekatan masjid itu untuk mengadakan perundingan dengan Mat Kilau dan Tok Gajah serta penduduk Pulau Tawar supaya jangan mencampuri urusan pentadbiran Inggeris di Pahang.
10. Setelah mengalami kerosakan teruk diancam banjir besar tahun berikutnya, masjid lama itu mengalami sekali lagi perubahan dengan binaan simen di bahagian bawah serta lantainya supaya kelihatan lebih teguh.
11. Walaupun berhadapan dengan arus putaran masa, kubah dan mimbar masjid berkenaan masih lagi dalam bentuk binaan asal iaitu mempunyai ciri-ciri pengaruh seni bina Minangkabau.
12. Masjid tempat beliau memunculkan diri itu kini telah menjadi Madrasah Muallim Yunus yang dikendalikan oleh al-Fadhil Maulana Helmi.
13. Mat Kilau menceritakan bahawa beliau telah membunuh sekumpulan askar Inggeris berketurunan Sikh dalam peperangan di Kuala Tembeling. Beliau yang bersenjatakan sundang dan alat lain terpaksa menghadapi hujan peluru daripada askar Sikh. Akhbar Inggeris telah melaporkan bahawa Dato Bahaman dan Mat Kilau telah mati padahal Mat Kilau tidak mati biarpun jasadnya ditembusi peluru.
14. Setelah Hugh Clifford melabel Mat Kilau sebagai penderhaka dan menggelarnya ‘babi lemak’, Mat Kilau telah keluar dari Pahang dan merantau sehingga ke Patani. Di sana, beliau menjadi guru silat. Nama silat yang diajar oleh beliau ialah Silat Tapak Setia Suci.
15. Setelah beliau kembali ke Pahang, Mat Kilau menukar namanya kepada ‘Mat Siam’ atas arahan Sultan Abdullah kerana Inggeris telah melabel Mat Kilau sebagai penderhaka dan nyawa beliau dalam bahaya.
16. Menurut maklumat daripada cucu Mat Kilau iaitu Cikgu Mohd Alhamadi, datuknya itu tinggal di rumah ibunya (anak Mat Kilau) di Batu Lima, Kuantan semenjak tahun 1930 sehingga Mat Kilau meninggal dunia pada 16 Ogos 1970. Di sini ada masjid yang bernama Masjid Mat Kilau yang dijadikan markaz Jemaah Tabligh Kuantan.
17. Atas permintaan Mat Kilau semasa hidupnya, beliau dikebumikan di sebelah kubur ibunya iaitu Teh Mahda, isteri Tok Gajah di Kampung Kedondong, Pulau Tawar, Jerantut.
18. Mat Kilau mempunyai tiga orang isteri. Seorang di Pulau Tawar, seorang di Rompin dan seorang di Kuantan.
19. Antara pesanan Mat Kilau yang sangat penting, “Jaga agama, bangsa dan negara. Jangan sampai bangsaku tiada negara.”
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...