Doa ibu senjata utama kepada kehidupan anak-anak. Jadi jangan lupa selitkan doa ini setiap hari dan setiap masa agar anak kita sentiasa dilindungi dan berjaya dalam hidupnya.
Doa bagaimana yang menjadi pilihan kita? Senarai perkongsian ini boleh anda jadikan panduan untuk mendoakan anak setiap hari. Jangan terlepas.
Ruginya kalau sebagai ibu, kalian tak gunakan kelebihan ni untuk sentiasa mendoakan anak-anak. Doa ibu itu tiada hijabnya.
Setiap hari tak kira pagi atau malam, ambil peluang berdoa untuk anak-anak kita sejak mereka lahir sampailah ke akhir hayat kita.
1. Doakan anak suka solat dan baca al-Quran.
Ads
2. Doakan anak kita halus tutur katanya dan beradab.
3. Doakan anak kita terlindung matanya dari perkara lucah dan terjaga lidahnya dari berkata perkataan yang kotor.
4. Doakan anak kita sentiasa sayang pada adik beradik dan saling melindungi ahli keluarganya.
5. Doakan anak lelaki kita menjadi pemimpin yang bertanggungjawab dan rajin membantu di rumah.
6. Doakan anak kita untuk menjadi anak yang taat, lembut hati dan mudah mendengar kata.
Ads
7. Doakan anak perempuan kita supaya boleh melindungi diri, sentiasa menjaga maruah dan pandai berdikari.
8. Doakan anak kita menjadi manusia soleh, solehah yang tenang dan tenteram jiwanya.
9. Doakan anak kita akan saling memaafkan dan saling berdamai antara adik beradik bila berlaku salah silap.
Ads
10. Doakan anak kita sentiasa mendoakan kita dalam setiap solatnya setiap hari.
Ulang dan ulang doa anda setiap hari tanpa rasa jemu. Ingat, ada orang yang berjaya luar biasa pada hari ini, bukanlah disebabkan usaha atau amalannya semata tetapi mereka berjaya disebabkan doa ibunya (dengan izin Allah).
Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat buat semua ibu di luar sana.
Lumrah kehidupan sebagai suami isteri memang tidak lari daripada pelbagai jenis tanggungjawab. Suami memberi nafkah zahir dan batin manakala isteri melayani suami secara zahir mahupun batin, contohnya.
Namun, sebagai seorang isteri anda perlu bijak mengetahui hak anda sebagai seorang isteri.Jom ikuti perkongsian dari Peguam Syarie dan Konsultan Perundangan Islam Fahmi Ramli ini tentang 7 hak diri anda sebagai seorang isteri.
7 HAK DIRI SEBAGAI ISTERI, JANGAN SAMPAI TERLEPAS PANDANG!
Bahaya jika isteri terlepas pandang 7 perkara ini tentang hak dirinya sendiri.
1. TEMPAT TINGGAL ASING & SELESA
Seorang wanita yang dah bernikah, wajib untuk suami sediakan rumah berasingan daripada keluarganya atau keluarga lelaki itu sendiri. Tak kisah jika rumah itu sewa ataupun beli, yang penting selesa dan bukan isteri itu yang bayar.
Kalau suami yang tinggal di rumah isterinya, suami itu wajib bayar sejumlah wang yang dipersetujui kepada isterinya untuk rumah kelamin tersebut.
2. BELANJA UTILITI RUMAH
Bila dah sediakan rumah, jangan lupa pula, bil elektrik dan bil air juga perlu suami tanggung. Ini benda asas di dalam rumah. Kalau tak ada elektrik dan air, apa guna rumah kalau macam tu.
Ini juga sebahagian daripada nafkah tempat tinggal yang isteri berhak dapat daripada seorang suami. Bukan menjadi kewajipan isteri untuk bayar utiliti.
Melainkan, bil internet ke bil telefon rumah ke atau bil astro ke, ini bukan keperluan.
3. MAKAN & MINUM
Seorang suami wajib sediakan barang-barang keperluan dapur khasnya. Bahkan, dalam Islam, suami juga sebenarnya yang wajib sediakan makan dan minum. Maksudnya suami yang patut masak, bukannya isteri.
Kalau isteri yang buat, itu dikira sebagai ihsan atau sedekah daripada isteri. Kalau suami itu tak pandai masak, boleh la isteri itu nak masakkan.
Cuma, jangan ingat bila kahwin sahaja, lelaki buat isteri ini macam orang gaji. Masak, basuh baju, cuci rumah semua dia yang buat.
4. PAKAIAN ITU BUKAN BAJU SEMATA-MATA
Banyak orang fikir, takkan setiap bulan nak beli baju pada isteri. Kalau ikutkan, pakaian sememangnya nafkah wajib setiap bulan, tapi bukan baju atau kain semata-mata.
Tuala wanita, peralatan mandi, peralatan solek, dan macam-macam lagi perkara yang berkaitan dengan keperluan wanita, adalah tanggungjawab wajib seorang suami.
Sesetengah orang dia hanya beli baju raya sahaja setahun sekali, tetapi pakaian bulanan langsung diabaikan.
5. TAK BOLEH DIPUKUL
Haram seorang suami memukul isterinya walaupun niat suami itu untuk mengajar. Tidak ada perkara tersebut dalam Islam.
Sekalipun isteri tersebut mungkin tidak hormati suami, tapi bukan cara mengajar isteri tersebut dengan tumbuk, tampar, tarik rambut, tendang dan macam-macam lagi.
Mendidik isteri dalam Islam dimulakan dengan nasihat secara baik, kemudian pisahkan tempat tidur dan kemudian memukul dengan pukulan yang tidak menyakitkan menggunakan hujung kain lembut sahaja.
Jika berlaku pukulan, isteri tersebut boleh buat laporan polis atas keganasan rumahtangga.
6. DILAYAN DENGAN CARA BAIK
Suami wajib bercakap dengan percakapan yang baik. Perbuatan seperti memaki hamun, mencarut, bercakap kasar adalah satu bentuk layanan yang tidak baik.
Meskipun hendak bersama dengan isteri, ia tidak boleh datang dalam bentuk paksaan. Apatah lagi apabila isteri berada dalam keadaan haid atau suami nak meliwat isteri sendiri melalui dubur. Haram perbuatan yang melayani isteri seperti itu dalam Islam.
7. GILIRAN BERMALAM YANG ADIL
Bagi wanita yang bermadu, hak mereka dalam perkahwinan adalah mendapat giliran bermalam yang adil. Seorang suami yang berpoligami, tidak boleh melebih-lebih isteri yang disukai dan mengenepikan hak isteri yang kurang disukai.
Walaupun mungkin ada isteri yang telah putus haid, tapi dia masih berhak untuk mendapat giliran bermalam. Bukan suami hanya balik waktu siang atau balik sekali sekala sahaja.
Ajarkan juga ilmu ini kepada kawan perempuan atau ahli keluarga anda yang tersayang kerana seorang wanita yang sedang berkahwin atau baru berkahwin perlu tahu hak dirinya sebagai isteri. Kerana kekuatan seorang wanita terletak kepada ilmunya.
Lumrah hidup berjiran, perlu tahu batas, adab dan tolak ansur barulah hidup ini lebih rasa tenang dan harmoni.
Apatah lagi andai tinggal di dalam kawasan perumahan yang padat, sah-sah bukan jiran yang tinggal di kiri dan kanan rumah sahaja perlu disantuni. Bahkan ada juga jiran yang tinggal di rumah atas dan jiran rumah bawah, itu jika tinggal di rumah jenis tinggi seperti flat, apartment dan sebagainya.
Disebabkan tidak cakna dengan adab berjiran, sering kali juga kita lihat ada sahaja masalah dihadapi dalam kejiranan. Lebih-lebih lagi dalam hal parking kenderaan, walau nampak simple tapi kesannya boleh buat orang marah dan hilang sabar.
Bila Geram Dengan Perangai Jiran
Terbaru di TikTok, seorang wanita bernama Nur Farhana telah berkongsi tentang perangai salah seorang jiranya yang sering sahaja meletakkan kenderaan di hadapan pagar rumahnya.
Tindakan tersebut menyukarkannya untuk keluar masuk dan gara-gara telah ditegur berkali-kali namun jiran sengaja buat-buat tak faham, akhirnya si suaminya nekad meletakkan iklan jual kereta d atas kenderaan tersebut.
Kereta Tak Jadi Jual
Melihat tindakan tersebut, akhirnya barulah jiran tersebut mengalihkan kenderaannya dan tidak lagi bertindak meletakkan kenderaan sesuka hati di kawasan rumah orang lain.
Farhana juga ada menjelaskan, kalau boleh dia tidak mahu bergaduh dengan individu tersebut. Cuma lakukan perkara tersebut agar kejadian itu tidak berulang lagi dan dapatlah dijadikan pengajaran.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut terpanggil untuk berkongsi pengalaman yang hampir sama. Bahkan tidak kurang kurang juga ingin mempraktikkan idea Farhana bagi memberi faham kepada jiran yang tiada common sense berkaitan masalah parking tersebut.
Jangan pandang ringan jika ada sebarang simptom tau! Lebih-lebih lagi yang membawa ke arah kanser. Jangan ambil mudah! Jom dengar perkongsian dari Dr Salmi Daraup tentang kanser serviks.
Jom saksikan juga video tentang penjagaan gigi. Katanya ada cara berus gigi yang betul. Jadi nak tahu detail, kenalah tonton video ni ye!
Tonton juga video ini bagi anda yang mempunyai airfryer. Rupanya macam-macam aksesori ada untuk memudahkan kita memasak menggunakan airfryer.
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...