Kalau dulu seorang, kini sudah punya dua cahaya mata membuatkan usahawan dan pelakon, Neelofa mengakui masanya kini agak terbatas malah seakan tidak cukup masa menguruskan dua anaknya, Bilal dan Abbas.
Tambah pula kata Neelofa, kehidupannya bertambah sibuk selepas mahu kembali aktif dalam bidang seni dan perniagaannya secara aktif.
Akui isteri kepada Haris Ismail ini lagi, tidak mudah menguruskan kedua anaknya pada masa yang sama tanpa dibantu oleh orang lain untuk menguruskan pelbagai perkara.
“Bermula minggu pertama September saya sudah agresif bekerja tapi sekarang musim anak-anak sakit, jadi kena duduk rumah pula jaga anak.
“Saya akui menjaga dua anak lebih mencabar, saya rasa tak cukup 24 jam, saya perlukan lebih jam.
“Cuma sekarang alhamdullillah saya ada jururawat malam yang datang untuk bantu si kecil supaya saya dapat tidur yang cukup,” katanya berkongsi.
Ujar Neelofa lagi, walaupun punya pembantu, pada awalnya dia menguruskan sendiri dua anaknya namun mengalah kerana keletihan dan meminta persetujuan suami untuk mendapatkan seorang jururawat untuk membantunya.
“Bulan pertama saya jaga anak sendiri walaupun ada ‘maid’. Tapi selepas sebulan saya rasa tak boleh, jadi saya minta pada suami untuk ada jururawat malam,” tambahnya lagi.
Terdahulu, Neelofa mendirikan rumah tangga bersama pendakwah terkenal, Haris Ismail pada 27 Mac 2021. Pasangan ini dikurniakan dengan dua anak cahaya mata, Muhammad Bilal dan Abdullah Abbas.
Pelakon Elisya Sandha berkongsi berita gembira apabila bakal menimang cahaya mata perempuan dan dijangka bersalin 16 Jun depan.
Berita tersebut dikongsikan pasangan sama cantik sama padan ini usai mengadakan majlis baby shower.
Pemilik nama sebenar, Nur Elisya Sandha Hassan berkata, sepanjang tempoh kehamilan dia mempersiapkan diri dengan membaca buku mengenai keibubapaan dan penyusuan ibu.
“Persiapan saya banyak baca buku, macam mana nak menjadi ibu bapa, macam mana nak susukan anak. Sebab ini pengalaman pertama, jadi tak tahu apa-apa. Banyak kena belajar.
“Kalau boleh nak bersalin normal, tapi kalau ditakdirkan kena menjalani proses pembedahan saya tak kisah. Apa yang penting bayi keluar dengan selamat.
“Sekarang ini usia kandungan sudah mencecah 36 minggu. Dari segi persediaan dan kebimbangan sebagai ibu muda, sebenarnya saya dan suami ‘go with flow’ saja. Untuk anak pertama memang tak nak merancang,” ujarnya lagi.
Sementara itu, Uzair Haqimy atau mesra disapa Haq mengakui gementar namun sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab seorang ayah.
“Perasaan sekarang adalah gementar sikit sebab saya tahu situasi yang bakal dilalui isteri, bertarung nyawa dan akan banyak darah.
“Bapa saya sendiri pun sudah pesan kena ada di sisi isteri ketika dia bersalin. Sebab dia cakap, kalau ada niat buruk saya kena ingat semula pengorbanan isteri bertarung nyawa ketika bersalin.
“Dalam masa sama saya sudah bersedia menjadi bapa,” kata anak kepada pelakon dan pengarah terkenal Sheila Rusly.
Umum mengetahui banyak manfaat amalan menabung ini. Namun masih ada yang sukar untuk displin lantaran gaya hidup yang mewah.
Berbelanja tanpa ‘mengukur baju dibadan sendiri’ mengakibatkan ramai yang culas untuk menguruskan kewangan dengan baik.
Sedangkan ramai yang tahu kewangan ialah suatu aspek yang sangat penting dalam kehidupan. Semua orang perlu merancang kewangan masing-masing tidak kira sama ada kaya atau miskin.
Pengurusan kewangan bukanlah perkara yang sepatutnya diambil ringan. Jika tidak diurus dengan baik, isu kewangan ini akan membawa kepada kemudaratan.
Masalah pengurusan kewangan ini terjadi kepada mereka yang makan gaji ataupun yang bekerja sendiri. Tidak kisahlah berapa banyak pun pendapatan yang ada, jika tidak diuruskan dengan baik memang akan berasa sesak sebelum sampai hujung bulan.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Cakna mengenai hal ini, pada 25 Februari lalu, Majalah Keluarga telah mengajurkan program Hi Tea dengan tajuk Rahsia Ubah Hidup Lebih WOW yang dibawakan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Program itu mengupas topik pengurusan kewangan dengan tiga ahli panel membincangkan topik kewangan ini iaitu Ketua Eksekutif PTPTN, Encik Ahmad Dasuki, Pensyarah Kanan, Jabatan Ekonomi & Pengajian Kewangan UiTM Shah Alam, Dr Hajah Leylawati Joremi dan selebrti, Datin Almy Nadia.
Program ini yang dihadiri oleh 50 orang peserta teruja dengan infomasi mengenai pengurusan kewangan dan perkongsian daripada selebriti.
Pensyarah Kanan, Jabatan Ekonomi & Pengajian Kewangan UiTM Shah Alam, Dr Hajah Leylawati Joremi menasihati orang ramai untuk kekal menguruskan kewangan dengan baik.
Katanya ramai yang mengeluh sukar menabung, malah perbelanjaan harian pun tidak mencukupi.
Namun menasihati supaya ia bukan alasan untuk tidak menabung. Tegurnya bahawa dalam diri perlu ada sikap untuk menyimpan demi memastikan kewangan keluarga kukuh.
Manakala Ketua Eksekutif PTPTN, Encik Ahmad Dasuki turut berkongsi manfaat tabungan SSPN. Katanya untuk menggalakan orang ramai menabung, telah melakukan pelbagai inisiatif dengan menawarkan hadiah lumayan.
“Pada 16 Januari 2023 Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) meneruskan kempen Cabutan WOW!
“Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) 2023 bagi edisi tahun ini dengan nilai keseluruhan hadiah wang tunai bernilai hampir RM500,000 menanti 138 pemenang dengan hadiah lumayan.
“Tujuan kempen ini dengan hadiah menarik untuk mendidik dan memberi semangat untuk orang ramai menabung. Rebutlah peluang ini,” nasihatnya
Dalam pada itu, selebriti Almy Nadia juga berkongsi pengalaman sebagai pengguna SSPN. Beliau mengakui sudah sekian lama menabung untuk anaknya setiap bulan RM30. Bahkan, turut mendidik anaknya konsep menabung sejak kecil lagi.
“Saya ni simple je janji rancang awal. Contohnye SSPN ni dah lama dah saya melabur tapi orang tak tahu. Setiap anak saya semua dah ada. Rancangan awal itu sangat penting, kena ada tabung kecemasan.”
“Tak kisah berapa pun janji menabung. Macam contoh anak saya, saya bagi RM5 si kakak la.. i dont care balik you kena bawa duit tu balik.. baki i dont care. Sebab duit tu akan masuk tabung, Sepuluh sen pun you kena bawa balik.
Namun katanya, hujung tahun wang yang dikumpul itu akan disimpan dalam bank dan pembelian barang kemas. Bahkan anaknya juga akan diberi ganjaran sebanyak RM100 hasil usaha menabung.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...