Sebut saja kanser payudara pasti menggerunkan mana-mana wanita apatah lagi jika penyakit pembunuh nombor satu wanita itu didiagnosis berlaku kepada diri sendiri. Lebih memilukan apabila doktor mengesahkan perlu buang payudara dek kerana penyakit tersebut.
Bukan mudah untuk menerima hakikat aset penting sebagai seorang wanita, lebih-lebih lagi yang sudah berumah tangga. Justeru, dalam hal ini suami memainkan peranan penting dalam memulihkan kembali semangat isteri untuk terus berjuang.
Ini yang dikongsikan oleh saudara Muhd Iqbal Samsudin di laman twitternya bagaimana seseorang suami perlu buat andai isterinya terpaksa membuang payudara akibat penyakit tersebut.
Menjadi anak petani bukanlah kehidupan yang mudah. Sementelah ibu pula hanya seorang suri rumah sepenuh masa yang hanya menunggu hasil titik peluh suami di kebun sayur untuk membesarkan anak-anak.
Tidak seperti kanak-kanak seusianya, dia membesar dalam suasana serba kekurangan. Ditambah dengan bilangan adik-beradik yang ramai memerlukannya sentiasa berusaha mendapatkan sendiri apa yang diimpikan
Tekad untuk mengubah nasib keluarga, Mohamad Anas Zahrin Atan, 31, yang dahulunya mengelilingi kampung menjual hasil tanaman sayuran, kini mampu menarik nafas lega apabila berjaya menubuhkan syarikat kosmetik sendiri.
“Darah berniaga memang dah diterap daripada kecil. Bapa sendiri ajar supaya jangan malu untuk berniaga dan cari duit sendiri. Dulu dapat RM2, RM3 sehari pun dah gembira tak terkata. Jadilah, untuk buat duit belanja dan simpan sedikit.
“Namun, terdetik di hati sampai bila keluarga perlu lalui semua ini? Dari situ, saya nekad untuk ubah kehidupan keluarga dengan menimba ilmu sebanyak mungkin. Kerana bagi saya, hanya ilmu dan pengalaman, mampu menjadikan seseorang itu berjaya dan dipandang mulia,” kata anak keenam daripada sembilan adik beradik ini.
Mengimbau detik awal, tamat persekolahan, beliau terus mengorak langkah menyambung pelajaran ke tahap lebih tinggi dengan mengambil jurusan Diploma Pengurusan Perniagaan dan seterusnya Sarjana Muda Pengajian Pemasaran di Univerisiti Teknologi Mara (UiTM) dan selepas itu, menimba ilmu “Short Course” di London Fashion School selama tiga bulan pada 2013, dengan tajaan sendiri.
Ketika di universiti, Anas yang turut dikenali dengan nama Annas Easkey sentiasa mencari peluang untuk menambah duit poket dengan mengambil upah menangkap gambar rakan-rakan dengan kadar bayaran serendah RM50 untuk satu sesi
“Pada peringkat awal, dengan bermodalkan kamera yang dipinjam daripada rakan, saya galak mencari duit poket sendiri. Sampai satu masa, pendapatan sebulan saya mencecah sehingga RM4,000 ke RM5,000.
“Tamat pengajian saya nekad untuk buka studio sendiri dan berkolaborasi dengan rakan-rakan artis di samping aktif di media sosial,” katanya
Mengakui gemar dengan sesuatu benda yang cantik dan suka bermain dengan warna, beliau akhirnya nekad melancarkan produk kosmetik sendiri, ANAS Cosmetics pada Ogos 2017
Selain mahu mencabar diri melakukan sesuatu yang baru, Anas mahu jenama kosmetiknya melengkapi warna-warna wanita ASIA, yang susah untuk didapati pada jenama-jenama antarabangsa lain.
“Saya tidak mahu bangunkan produk semborono sahaja tetapi saya akan pastikan ia sesuai dengan wanita kita dan wanita daripada kalangan pendapatan sederhana dan rendah turut mampu menggunakan produk berkualiti yang ANAS tawarkan,” katanya
Hasil keringat hampir setahun membuahkan hasil apabila produknya mendapat pengiktirafan daripada SaSa Malaysia, peruncit kosmetik terkemuka berasal daripada Hong Kong, untuk membeli produknya untuk dijual di rangkaian butiknya
Setiap kejayaan pastinya berdepan badai, begitu juga Anas yang sebelum ini pernah dibebani hutang dengan pembekal hampir RM1 juta.
“Ketika itu, saya hampir putus asa dan mahu tinggalkan apa yang saya usahakan selama ini dan pulang ke kampung menemani ibu. Hampir sebulan saya kumpul kekuatan diri dan ibu adalah sumber kekuatan saya untuk bangkit dan capai apa yang saya ada sekarang ini.
“Semenjak arwah abah dah tak ada. Kami adik beradik bergilir ke sana ke mari bawa mak. Happy kan mak. Pastikan mak tak sunyi. Saya rela penat memandu, penat ke hulu Ke hilir janji dapat tengok mak. Tak kisahlah call sampai 5- 6 kali sehari tanya benda yang sama “mak buat apa tu” pun dah cukup. Mak tu ada jelah cerita dia, pokok orkid lah, ayam lah, kucinglah.
‘Takpelah asal ada teman berborak kan. Sebenarnya duit bukanlah benda utama yang dia nak dari kita tapi perhatian dan juga cukuplah sekadar kita ingat pada mak. Tu sudah memadai serta buat mak gembira. Cinta hati saya, ratu hati saya. Kekasih dunia akhirat saya… Mak,” katanya yang turut mengusahakan perniagaan pakaian dengan jenama ASHH&ANNAS
Berkongsi kejayaan perniagaannya, Anas berkata, beliau bernasib baik kerana memiliki ramai rakan artis yang tidak kekok untuk mempromosi dan menyokong produk beliau
“Prinsip yang pegang sehingga hari ini, jika buat baik pada orang, perkara itu datang balik kepada kita. Sebab tu saya tidak ramai kawan tetapi kawan yang saya ada sangat menyokong usaha saya dari dahulu hingga kini,” katanya sambil menyebut beberapa nama seperti Ayda Jebat, Izara Aishah, Hanis Zalikha dan Rozita Che Wan serta ramai lagi.
Pemindahan hati Chempaka Naura benar-benar menyentuh hati ramai apabila kisah perjuangan si kecil ini dikongsikan oleh pertubuhan kebajikan, Nadi Permata Malaysia di Facebook.
Di sebalik tubuh kecil dan wajah polosnya, Chempaka Naura rupa-rupanya sedang melalui satu ujian kesihatan yang sangat besar. Lebih meruntun jiwa, perjalanan rawatan yang ditempuh bukan sahaja penuh debaran, tetapi turut dihiasi dengan air mata, doa dan pengorbanan luar biasa daripada seorang ibu.
Segalanya bermula pada 6 Februari 2026 apabila Chempaka Naura dibawa ke Shanghai, China demi mendapatkan peluang rawatan yang lebih baik. Bagi mana-mana ibu bapa, keputusan membawa anak ke luar negara untuk menjalani pembedahan besar bukan sesuatu yang mudah.
Namun demi melihat anak kembali sihat, keluarga ini nekad menempuh apa jua cabaran. Perjalanan pemindahan hati Chempaka Naura sepanjang berada di sana pastinya bukan calang-calang. Setiap hari dilalui dengan penuh harapan, menanti saat yang mampu mengubah masa depan anak kecil itu.
Dalam diam, ramai juga yang mengikuti perkembangan Chempaka dan tidak putus-putus mengirimkan doa agar segala urusan dipermudahkan.
Tanggal 6 Mac 2026, tibalah hari paling mendebarkan buat keluarga ini apabila Chempaka menjalani pembedahan pemindahan hati. Apa yang membuatkan kisah ini lebih menyentuh hati, ibunya sendiri iaitu Puan Puteri tampil sebagai penderma dengan mendermakan kira-kira 10 peratus daripada hatinya untuk anak tersayang.
Pengorbanan itu bukan sekadar satu prosedur perubatan, tetapi lambang kasih sayang seorang ibu yang tiada penghujung. Dalam dunia ini, tiada siapa mampu menandingi kekuatan hati seorang ibu apabila melibatkan nyawa dan masa depan anaknya.
Puan Puteri membuktikan bahawa kasih seorang ibu bukan hanya pada kata-kata, tetapi hadir melalui pengorbanan yang sangat besar dalam proses pemindahan hati Chempaka Naura ini.
Syukur ke hadrat Ilahi, pembedahan tersebut dilaporkan berjalan lancar. Lebih melegakan, kedua-dua mereka menunjukkan perkembangan pemulihan yang positif. Berita itu menjadi sinar buat semua yang sejak awal mengikuti kisah Chempaka Naura.
Namun begitu, proses pemulihan Chempaka masih memerlukan pemantauan rapi. Doktor mengambil keputusan untuk terus menempatkannya di Unit Rawatan Rapi (ICU) bagi memastikan keadaannya benar-benar stabil.
Dalam keadaan itulah, ibu dan ayahnya terpaksa akur dengan nasihat doktor untuk pulang terlebih dahulu ke Malaysia. Situasi meninggalkan anak kecil di negara orang bukan sesuatu yang mudah untuk dilalui oleh mana-mana ibu bapa.
Rindu, bimbang dan doa menjadi peneman setiap hari. Video perkembangan Chempaka yang dikirimkan dari sana menjadi pengubat rindu buat keluarga di tanah air.
Berita yang diterima dari hari ke hari bagaimanapun cukup melegakan. Chempaka menunjukkan perkembangan yang semakin baik dan terus memberi harapan baharu kepada semua yang mendoakannya.
Kekuatan anak kecil ini benar-benar luar biasa, seolah-olah mengajar ramai bahawa semangat untuk hidup boleh hadir walaupun dalam tubuh yang sangat kecil.
Akhirnya pada 6 April 2026, detik yang dinanti-nantikan tiba apabila Chempaka Naura selamat pulang ke Malaysia. Kepulangannya disambut dengan penuh rasa syukur kerana dia kembali ke tanah air dalam keadaan yang semakin sihat.
Walaupun perjalanan rawatannya belum selesai sepenuhnya, kepulangan Chempaka membawa sinar baharu buat keluarganya. Dia masih perlu menjalani rawatan susulan serta pemantauan rapi bagi memastikan proses pemulihan berjalan dengan baik.
Namun, perkembangan positif ini sudah cukup melegakan hati ramai yang mengikuti kisah pemindahan hati Chempaka Naura sejak awal.
Kisah pemindahan hati Chempaka Naura ini mengingatkan kita bahawa setiap ujian datang bersama hikmah yang besar. Dengan kesabaran, tawakal dan doa yang tidak pernah putus, sesuatu yang kelihatan mustahil juga boleh bertukar menjadi harapan yang nyata.
Semoga Chempaka Naura terus membesar dengan sihat, ceria dan kuat. Semoga juga keluarga kecil ini sentiasa diberikan ketabahan, kekuatan dan dipermudahkan setiap urusan dalam meneruskan fasa pemulihan yang seterusnya.
Minum air rebusan halba memang diakui akan kelebihannya. Namun menggabungkan halba yang berkhasiat dengan kurma yang sememangnya berganda khasiatnya buat tubuh rasa lebih hebat.
Paling menarik gabungan dua bahan ini bukan hanya sihat malah buat tubuh lebih awet muda. Jom ikut langkah yang dikongsikan Dr Malinda ini.
” First time saya minum masa ziarah rumah saudara tempoh hari. Serius sedap dan menyegarkan! Khasiat kurma dah tidak dapat disangkal lagi dan rasanya ramai dah tahu.
Berbeza dgn halba, biasanya kita gunakan sebagai masakan tetapi tak sangka pula bila direbus dengan kurma, rasanya seakan-akan air mata kucing. Memang sedap!
Saya kongsikan sikit kebaikan Halba ataupun Fenugreek yang telah terbukti melalu pelbagai kajian sains, antaranya 7 kebaikannya ialah :
1. Anti keradangan atau Anti-Inflammasi.
Inflammasi kronik adalah penyebab berlakunya banyak penyakit kronik seperti Kanser, Penyakit Jantung, Diabetes, Darah Tinggi, Arthritis dll.
2. Membantu sistem pencernaan – kembung dan ulser.
3. Mengurangan sembelit
4. Menurunkan paras kolestrol
Satu kajian di India mendapati pengambilan 2.5grm Halba, 2 kali sehari selama 3 bulan dapat membantu pesakit Diabetes menurunkan paras kolestrol jahat, LDL dan Trigeliserida tanpa mengurangkan jumlah kolestrol baik.
5. Meningkatkan sensitiviti insulin dan mengawal tahap gula dalam darah.
6. Baik untuk kesihatan lelaki – Improve libido dan masalah Erectile dysfunction.
7. Memperbanyakkan susu ibu. Ada juga kawan-kawan yang berkongsi pengalaman, minum halba ni membantu membesar dan menegangkan apa yang dah mula kendur ??
Simple je cara membuatnya:
Bahan-bahan:
1 sudu halba (Fenugreek)
7 biji kurma (saya prefer guna Kurma Mariami sebab tak manis, kalu tak just guna kurma biasa yang tak manis )
Air – setengah cerek
Caranya:
1. Masukkan air dalam cerek utk merebus.
2. Masukkan halba dan kurma tadi.
3. Rebus sampai warna air kelihatan seperti teh.
4. Siap! Ambil airnya dan minum seperti teh biasa.
Anda tak perlu tambah gula sebab manisan dari kurma tu dah cukup. Minum 2 kali sehari untuk kesihatan yang lebih baik.
– Dr Malinda
Selamat Mencuba!
Sumber: Dr Malinda Health & Beauty Academy
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.