Berkhatan merujuk pada proses memotong lebihan kulit pada bahagian alat sulit sama ada lelaki atau perempuan. Jika dahulu, mendengar nama Tok Mudim saja sudah cukup menggerunkan, apatah lagi membayangkan proses berkhatan tradisional menggunakan pisau dan batang pisang.
Sekarang ini musim cuti sekolah. Inilah masa yang sesuai untuk anak-anak berkhatan. Berdasarkan pandangan Imam Syafie, berkhatan wajib dilakukan ke atas mereka yang beragama Islam.
Doktor Kongsi Tip Jaga Luka Lepas Berkhatan Supaya Tak Bentan Bernanah & Cepat Sembuh
Selari dengan perubahan zaman, kanak-kanak kini tidak lagi dapat membayangkan kelibat Tok Mudim dengan pisaunya. Hanya doktor dengan peralatan khas untuk berkhatan. Teknik berkhatan yang digunakan kini juga ada beberapa kaedah iaitu biasa, laser dan clamp.
Ramai ibu bapa yang memilih untuk menggunakan teknik clamp kerana cara penjagaannya yang lebih mudah dan tempoh penyembuhan juga lebih cepat. Ibu bapa perlu memastikan anak-anak mereka bersedia secara mental untuk menghadapi prosedur berkhatan.
Berikut dikongsikan tip tentang penjagaan luka selepas berkhatan.
Sebagai ibu bapa amat penting untuk mengetahui tip penjagaan selepas berkhatan agar tidak bentan atau bernanah dan luka cepat sembuh.
1. Jangan biarkan balutan luka tidak dibuka lebih 72 jam. Ia perlu dibuka, untuk pantau komplikasi berikut:
*Jangkitan/nanah
*Bengkak/bentan
*Jahitan terbuka
*Keruping melekat pada balutan
Ads
2. Luka berkhatan perlu dicuci 2-3 hari sekali menggunakan normal saline. Caranya:
*Bersihkan daki / darah beku sekitar luka
*Cuci luka dengan normal saline
*Periksa jika ada jahitan & tanda jangkitan
*Tutup semula luka jika tiada tanda-tanda
3. Ada beberapa ubat yang dibekalkan oleh doktor selepas prosedur berkhatan:
*Tahan sakit: diambil bila perlu
*Antibiotik: perlu diambil ikut jadual
*Ubat cucian: lazimnya normal saline
*Elak sapu minyak/herba pada luka
Ads
4. Anak-anak kadangkala mengadu berasa ngilu bila kepala zakar bergesel dengan pakaian(seluar/kain). Itu perkara normal kerana ia bahagian yang sensitif dan sebelum ini ia dilitupi kulit, tetapi kini terdedah. Ngilu itu akan beransur-ansur hilang.
5. Pakai pakaian yang longgar dan selesa supaya aliran darah tidak terganggu dan dapat pengudaraan yang secukupnya. Ini membantu proses penyembuhan luka. Boleh pakai seluar, asalkan tidak terlalu ketat.
6. Selepas berkhatan, anak-anak dibenarkan berjalan. Malah mereka tidak digalakkan hanya berbaring sahaja. Aktiviti ringan ini membantu pengaliran darah dan mengurangkan tempoh penyembuhan luka. Cuma jangan lasak sangatlah.
7. Pastikan minum air secukupnya. Ada petua lama yang mengatakan minum air banyak selepas berkhatan menyebabkan bentan. Itu tidak benar. Air yang cukup adalah satu faktor yang penting untuk penyembuhan luka.
Ads
8. Jaga pengambilan makanan. Perlu ambil makanan yang mengandungi protein, serat, vitamin secukupnya. Boleh makan: ayam, telur, ikan, kicap, sayur. Ia tidak akan menyebabkan kegatalan atau kehitaman pada luka berkhatan.
9. Luka berkhatan akan sembuh dalam masa 10-14 hari. Jika ada tanda-tanda berikut, jumpa doktor:
*Sakit/bengkak melampau
*Nanah yang banyak
*Demam tinggi
*Tak boleh kencing
10. Bergantung pada teknik khatan, mungkin perlu bawa anak berjumpa doktor untuk rawatan susulan.
*Jahitan konvensional: tak perlu dibuka
*Klamp: perlu jumpa doktor untuk dibuka
*Gam: tak perlu jumpa doktor semula
Semoga tip ini dapat membantu ibu bapa memudahkan urusan menjaga anak-anak selepas melalui proses berkhatan.
Sungguh menyedihkan perkhabaran ini apabila homework yang banyak dipercayai menjadi punca seorang pelajar berusia 13 tahun maut setelah mengantungkan diri dalam bilik air rumahnya pada malam sabtu.
Kejadian berlaku kira-kira jam 10.55 malam di flat Jalan Paya Terubong, Taman Sri Relau, di sini. Mangsa meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.
Sebuah berita yang amat menggemparkan dan membimbangkan ibu bapa. Lantaran tertekan, anak yang masih muda ini mengambil keputusan drastik.
Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, sebelum kejadian ibu remaja itu yang berusia 51 tahun mahu keluar rumah dan meminta anaknya menyiapkan kerja sekolah.
“Remaja itu bagaimanapun memberitahu ibunya dia tak dapat menghabiskan kerja sekolah sebelum masuk ke bilik air untuk mandi.
“Ketika itu, hanya bapa remaja terbabit berada di rumah namun dia hairan kerana anaknya tidak keluar bilik air selepas 30 minit selain hanya mendengar bunyi air,” katanya.
Che Zaimani berkata, bapanya yang berusia 49 tahun dan bekerja sebagai juruelektrik itu mengetuk pintu bilik air namun tiada jawapan.
“Bimbang sesuatu berlaku, bapa remaja itu menolak pintu bilik air sebelum terlihat anaknya menggantung diri dengan menggunakan tuala.
“Bapanya kemudian menurunkan anaknya dan memberi bantuan pernafasan sehingga anaknya itu termuntah sebelum dia meminta bantuan jiran menghubungi ambulans,” katanya.
Hasil siasatan, Che Zaimani berkata, remaja terbabit dikatakan kurang berminat untuk belajar selain prestasi pelajarannya yang agak lemah.
Soal siasat bersama ibu bapa mangsa juga mendapati, mangsa sering merungut kerana kerja sekolah yang terlalu banyak.
SEPUCUK SURAT TERIMA KASIH
Lebih menyedihkan lagi, pelajar tingkatan satu itu meninggalkan sepucuk surat kepada ibu bapanya. Polis turut menemui sekeping nota yang ditulis remaja itu yang mengatakan dia mengucapkan terima kasih kepada ibunya yang menjaga selama 13 tahun.
Dalam laporan lain, remaja yang maut itu, disifatkan sebagai pelajar yang baik dan tidak mempunyai masalah di sekolah.
PELAJAR YANG BAIK DAN TIDAK HADIR SEHARI SAHAJA SEJAK SESI PERSEKOLAHAN BERMULA.
Guru sekolahnya yang enggan dikenali berkata, pemeriksaan rekod kehadiran pelajar tingkatan satu terbabit di sekolah mendapati dia hanya tidak hadir sehari sejak sesi persekolahan bermula Januari lalu.
“Pelajar terbabit tidak mempunyai sebarang masalah disiplin di sekolah dan dia tidak pernah ponteng kelas atau sebagainya.
“Jika dia tertekan dengan kerja sekolah, itu tidak mungkin kerana untuk pelajar tingkatan satu, kerja sekolah diberikan guru adalah normal dan tidak terlalu membebankan pelajar,” katanya.
Menurutnya, pihak sekolah akan bertemu dan berbincang dengan guru kelas serta ibu bapa yang lebih mengetahui sikap pelajar itu.ak serta komunikasi itu penting agar anak tidak memendam rasa.
Guru sekolah pelajar terbabit sebelum ini ada menghubungi ibu bapanya dan memberitahu yang dia tidak menyiapkan kerja sekolah diberi.
Semoga menjadi iktibar bersama danan awasi anak-
Sumber: Harian Metro
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Semua pasangan suami isteri inginkan sebuah rumahtangga yang bahagia. Sesungguhnya alam rumah tangga menuntut suami isteri untuk memberikan komitmen sepenuhnya dan berkongsi hidup dalam pelbagai aspek.
Suami yang ringan tulang akan memastikan isteri tidak dibeban dengan tanggungjawab yang berat kepada keluarga.
Sebagaimana perkongsian oleh Mohd Fhais begitu bermanfaat untuk dikongsi bersama.
Jangan biar isteri penat sorang diri buat 5 perkara ini walau dengan alasan mencari rezeki sekalipun.
1. Penat mengurus rumah
Sesibuk macam mana pun keluar mencari rezeki ia bukan tiket untuk suami lepas tangan, balik kerja duduk goyang kaki tengok berita.
Sedangkan isteri pun bekerja di siang hari, malam masih tak dapat duduk, sambung siapkan kerja di rumah lagi.
Bantulah isteri sedikit pun boleh asalkan dapat isteri meluruskan kaki sekejap. ” Berat sama di pikul, ringan sama di jinjing “
2. Penat melayan kerenah anak-anak
Jangan buat acuh tak acuh bila anak menangis, ringankan tulang lihat anak sendiri. Tolong buat susu ke, dukung ke..
Dah sepanjang hari isteri “handle” anak seorang diri, suami gantilah sekejap 5 minit pun dah cukup untuk isteri tu “release” stress.
Jangan di pertikai pula kalau anak dah besar nanti lebih rapat dengan mak.
3. Penat mendidik anak-anak
Suami mesti lebih sibuk dari isteri dalam hal mendidik anak lebih-lebih lagi didikan disiplin, hormat dan sayang pada orang tua.
Jangan lepas tangan dan biar isteri yang fikir dan buat keputusan hal didikan anak.
Jangan sesekali berkira dengan anak kerana semakin kita berkira dengan anak-anak semakin rezeki berkira dengan kita.
4. Penat runsing keperluan rumah
Jangan tunggu isteri membebel keperluan rumah tak cukup baru nak keluar mencari. Nak masak bawang habis. Anak berak pampers habis. Serabut tau kalau kena gini.
Suami sepatutnya sediakan keperluan rumah, bukan belikan bila di suruh.
Suami yang bertanggungjawab akan pastikan isteri dia tak membebel di rumah untuk perkara kecil.
5. Penat melayani diri sendiri
Jangan biarkan isteri melayan emosi diri sendiri seorang diri. Penat dengan kerja, penat dengan rumah dan penat dengan anak-anak lagi.
Tinggi risiko untuk isteri meroyan jika dibiarkan. Dapat bahu untuk bersandar dah cukup bersyukur bagi diorang.
Suami yang sayang isteri akan sentiasa tahu bila, bagaimana dan di mana nak hiburkan hati isteri.
Perkahwinan adalah perkongsian hidup yang berkongsi suka duka bersama.
Jika ikut budaya memang suami kena pandai layan isteri tapi jika ikut agama suami yang kena pandai layan isteri. Dua dua penting, dua dua berguna.
Mohd Fhais suami yang tak pernah goyang kaki tanpa isteri di sisi.
Kini, ramai wanita bekerjaya. Sehingga urusan menjaga anak diberikan sepenuhnya kepada pengasuh atau pembantu rumah. Namun, ada segelintir yang fobia iaitu tidak percaya kepada luar untuk menjaga anaknya akan mengambil jalan mudah dengan meminta bantuan ibu ayah menjagakan anak.
Hakikatnya, keputusan yang dibuat akan memberi kesan kepada ibu ayah.
Memang ibu ayah tak akan menolak permintaan kita, tetapi kita harus sedar bahawa diusia emas ini, ibu ayah kita perlukan rehat yang secukupnya.
Perkongsian suami ini, Muhammad Hassan mengenai cucu yang dijaga oleh datuk dan nenek. Deep perkongsian ini
Ada seorang makcik umur 56 tahun datang jumpa saya. Bawa 3 orang anak kecil. Umur 4 tahun,3 tahun dan 1 tahun. Saya tanya mana mak ayah mereka? makcik ini jawab Ibunya di sabah,Ayah di perlis. Masing masing kerja. Makciklah kena jaga.
Makcik ni bukan apa. Jika tak jaga cucu siapa lagi nak jaga. Tak sampai hati nak menolak permintaan anak.
Tapi itulah kadang kadang letih jaga anak kecil. siang hari oklah ada orang lain tolong tengokkan,waktu malam meragam itu yang penat,lagilah jika mereka demam,dengan makcik sekali demam.
Saya diam. Taknak lagi tanya berapa duit belanja mereka hantar,kenapa tidak hantar ke pengasuh sahaja,apa masalah mereka,apa pekerjaan mereka,kenapa mak ayah anak anak kecil ini tidak merancang.
Cukuplah dengan saya melihat wajah seorang nenek kepada 3 orang cucu yang sepatutnya rehat dari segala penat lelah membesarkan anak anak kecil ini.
Saya tidak berada pada situasi ini,jadi saya tidak tahu bagaimana cara untuk selesaikan masalah ini. Kebanyakkan yang menghadapi masalah ini apabila bertugas sebagai penjawat awam.
Rancang keluarga, barulah rasa anak bukan masalah
Cuma mungkin saya boleh cadangkan kepada mereka yang baru kahwin mungkin cukup seorang anak dahulu,selebihnya rancang keluarga sehingga kita benar benar bersedia. Jangan kerana ada orang lain sanggup menjaga anak anak kita,maka kita rasakan anak ramai bukan satu masalah.
Tak kesiankah ibu yang penat membesarkan kita selama ini? Hari ini tambah lagi satu beban dengan menjaga anak anak kita pula. Tak kesiankah anak ini perlukan kasih sayang ibu yang melahirkan mereka,kasih sayang seorang bapa? Lagi pun tanggungjawab mendidik anak anak budaklah tanggungjawab mak ayah kita,tapi tanggungjawab kita.
Mak ayah kita ni memang mereka tak kisah pun,Sebab mereka sanggup buat apa sahaja demi kita,lebih lebih lagi itu cucu mereka.
Tapi sampai bila? Saya doakan jika yang ada yang sedang mengalami situasi ini moga ada jalan penyelesaian.
Semoga kita menjadi anak yang tidak memberi beban kepada ibu bapa. Seharusnya kita memberikan kebahagiaan buat mereka meniti hari tua.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di