Sudah tentu ada yang suka makan donut, terutamanya anak-anak. Ketika PKP ni boleh buat untuk hidangan seisi keluarga.
Cuma nak buat donut ni jika salah caranya donut jadi tak gebu, keras dan sebagainya. Boleh cuba resipi yang dikongsikan ini.
Tentu dijamin jadi, naik kembang, gebu dan lembut donutnya. Nak buat pun senang dan cepat. Menurut puan Yana Henna sukatan berikut mampu menghasilkan 15 hingga 18biji donut.
Bahan-bahannya:
4 cawan tepung gandum
Telur kuning 2 biji
Baking powder 2 sudu kecil
Garam 1 sudu kecil
Majerin 2 sudu besar (masukkan 1sudu majerin dulu.. dah campurkan semua bhn.. Than uli sekejap.. Baru tambahkan 1 sudu majerin lagi)
Kembangkan yis (10 minit)
-air suam 1cawan
-gula 2 sudu besar
-Susu pekat 2 sudu besar
(kacau)
-masukkan 1 pkt yis
(kacau)
Ads
Uli adunan
Dah uli dalam 10-15mnt
(tutup dgn kain lembab)
Selepas perap 1jam
Ads
Selepas itu, adunan tadi dibentuk jadi bulat. Rujuk gambar untuk membentuk jadi bulat.ada sis. Sebelum itu, mesti tumbuk-tumbuk adunan untuk keluarkan angin.
Setelah siap buat bulat-bulat, kembangkan dalam 15minit. ( Ikut keadaan cuaca jgak) kdg2 lambat kembang. Ambil masa 20 minit. Jangan biar terlalu kembang itu boleh menyebabkan doh jadi kempis bila buat lubang. Kena pandai set masa.
Untuk buat lubang tu tak guna acuan, sis buat bulat2 je.. Lubang tengah tu pakai tutup botol je. Kalau nak guna jari pun boleh. Time nak goreng tu baru buat lubang terus goreng.
Ads
Hasilnya. Goreng dgn minyak yang panas.. Dengan api yang pelahan.
Wow tengok pun dah sedap dan gebu! Selamat mencuba.
Sebulan raya makan itu ini, baru jumpa penimbang. Mak oi, banyaknya naik kilo! Nak menyesal pun dah tak guna dah.. Jadinya, dari terus naik kilo bolehlah cuba menu sihat bermula hari ini.
Sudah menjadi kebiasaan apabila diet pasti makanan manis dan bergula akan ditinggalkan kerana bimbang akan menganggu proses penurunan berat badan.
Bagi anda yang ingin menambah peanut butter dalam hidangan harian, apa kata cuba satu resepi iaitu peanut butter homemade. Sesuai untuk mereka yang mengamalkan gaya hidup sihat kerana tanpa ada gula, garam dan minyak. Jom cuba!
CARA BUAT PEANUT BUTTER VERSI SIHAT, SESUAI UNTUK DIET
Alhamdulillah menjadi jugak peanut butter homemade. Tak ada gula, tak ada garam dan tak ada minyak.
Cara penyediaan:
1. Sangai kacang dalam air fryer mengikut kesesuaian air fryer masing-masing.
Menghidangkan juadah untuk keluarga tercinta dengan makanan bercita rasa kampung, seperti menu ikan pekasam, memang boleh buat makan berselera. Sama ada untuk juadah sarapan untuk dimakan bersama pulut mahupun dijadikan sebagai menu pelengkap untuk juadah tengah hari.
Bahkan ada sesetengahnya jika membayangkan sahaja menu ikan pekasam yang digoreng bersama hirisan cili, bawang, serai dan kemudian bersama perahan limau, sudah kecur liur dibuatnya.
Pun begitu, buat yang tidak biasa menggoreng ikan pekasam tentu pernah berdepan dengan hasil gorengan ikan yang hancur dan sekali gus menjadikan hidangan nampak kurang berselera bentuknya.
Jadi untuk itu jom ketahui tip menggoreng ikan pekasam agar elok sempurna dan tidak hancur sepertimana yang dikongsikan oleh Raja Rohaizan Raja Muhaiddin.
Tip goreng ikan pekasam
1. Kikis ikan dan asingkan berasnya
2. Goreng ikan dengan api yang perlahan
3. Biar sampai garing baru terbalikkan ( jangan kerap terbalikkan nanti hancur, 2 kali cukup)
4. Apabila ikan dah garing angkat dan toskan
5. Goreng beras tadi pula. Goreng sampai ringan dan garing. Toskan
6. Goreng cili kering (potong halus). Goreng sampai garing
7. Selepas itu masukkan bawan besar. Kacau sekejap sahaja, angkat.
8. Letak limau kasturi dan hidang.
Pun begitu jika anda ingin mencuba untuk hasilkan sendiri ikan pekasam Nur AqyLa ada berkongsi resipinya.
Kata orang menuntut ilmu carilah cikgunya atau orang yang pakar dalam bidangnya. Begitu jugalah bila bab menanam cili walaupun sekadar untuk suka-suka.
Umumnya, kita sebagai mak-mak ni antara yang sering kita cuba untuk tanam adalah menanaman pokok cili.
Mungkin sebab kita rasa mudah, campak saja biji cili, selang beberapa hari nampak tunas.
Persoalannya, begituke cara orang pro tanam? Pasti bukan, jadi itu sebablah pokok cili kita tanam biasanya nampak tak subur, buah cili pun tak berapa menjadi.
Perkongsian dari nursery ni bolehlah jadikan panduan. Barulah orang kata, walaupun tanam cili tepi rumah tapi gaya dan skil macam profesional.
Cara Mudah Tanam Cili Di Rumah.
1. Pilih kawasan yang menerima cahaya matahari yang banyak di rumah.
2. Pilih kawasan yang redup akan menyebabkan pokok menjadi tinggi daripada biasa dan saiz buah menjadi kecil.
3. Cara pemilihan medium penanaman bergantung kepada kaedah penanaman yang dipilih sama ada tanaman dalam pasu atau terus dalam tanah.
4. Medium penanaman untuk pasu yang sesuai adalah tanah campuran tiga bahagian tanah merah, dua bahagian tanah hitam dan satu bahagian pasir.
5. Saiz pasu yang sesuai adalah 16 inci x 20 inci bagi musim penanaman enam bulan.
6. Sekiranya bercadang untuk musim penanaman yang lebih panjang dari enam bulan, sila guna saiz pasu yang lebih besar seperti 30 inci x 50 inci.
7. Kaedah penanaman secara terus di tanah bagi kawasan rumah teres adalah tidak digalakkan kerana tanah tidak subur.
8. Sekiranya ingin meneruskan hasrat menanam di tanah kawasan rumah teres, tanah perlu diganti dengan tanah yang baru.
9. Pastikan tiada pokok buah-buahan seperti mangga, belimbing dan jambu berdekatan dengan kawasan tanaman. Ini bagi mengelakkan serangan lalat buah.
10. Umur paling sesuai untuk memindah tanam anak pokok atau tanah adalah ketika anak pokok sudah berusia tiga ke empat minggu.
11. Kelewatan memindah tanam anak pokok yang sudah cukup umur boleh menyebabkan pokok terbantut.
12. Waktu yang sesuai pindah tanam adalah pada waktu lewat petang.
13. Jangan pindah tanam anak pokok pada waktu tengah hari kerana pokok boleh terkena kejutan haba dan layu seterusnya mati.
14. Waktu yang sesuai untuk menyiram pokok adalah pada waktu awal pagi dan lewat petang.
15. Pokok cili harus disiram dua kali sehari, sekiranya waktu hujan tidak perlu disiram.
16. Pastikan kawasan penanaman tidak menyebabkan air bertakung. Air bertakung boleh menyebabkan lembap dan menggalakkan pertumbuhan kulat.
17. Kayu pancang perlu dipasang ketika peringkat awal selepas pindah tanam untuk mengelakkan kerosakan pada akar sekiranya dipasang pada umur matang.
18. Jenis kayu pancang yang sesuai adalah seperti buluh yang boleh bertahan sehingga lebih enam bulan.
19. Pemasangan kayu pancang bertujuan untuk mengelakkan pokok rebah apabila sudah berbuah lebat.
20. Baja organik seperti baja tahi ayam amat sesuai diberikan kepada pokok untuk menggalakkan tumbesarannya.
21. Sekiranya menggunakan baja kimia, pastikan mengikut kuantiti yang disarankan.
22. Pemberian baja kimia secara berlebihan boleh menyebabkan pokok mati kepanasan daripada baja.
23. Tempoh pemberian baja yang sesuai adalah setiap 10 hingga 14 hari.
24. Kehadiran semut yang banyak pada pokok cili adalah disebabkan ia menghurungi aphid atau bena putih yang terdapat di bahagian bawah daun.
25. Gunakan larutan pencegah serangga yang dirumus daripada bahan semula jadi seperti ekstrak semambu dan bawang putih.
26. Larutan mencegah serangga daripada bahan semula jadi mudah hilang apabila hujan.
27. Selepas hujan berhenti, larutan haruslah disembur semula.
28. Waktu paling sesuai untuk menyembur larutan pencegah serangga adalah pada waktu petang menghampiri Maghrib.
29. Tahap umur cili paling sesuai untuk dituai adalah apabila 80 peratus daripada cili yang matang sudah mencapai warna kirau (warna hijau bertukar sedikit merah).
30. Waktu paling sesuai untuk menuai adalah pada jam 9 pagi ke atas iaitu ketika embun sudah kering.
31. Sekiranya cili ingin disimpan lama, jangan basuh hasil tuaian cili. Sekiranya perlu dibasuh, harus dikeringkan segera.
32. Selepas cili dituai, baja perlu segera diberikan pada waktu petang yang sama atau keesokan harinya bagi mengelakkan pokok tertekan.
sumber :Ara Haniey
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Isu bawa anak naik stroller di tempat sesak mencetuskan perdebatan hangat di media sosial apabila ada yang mengecam tindakan ibu bapa, namun ramai tampil mempertahankan mereka.