Kata orang menuntut ilmu carilah cikgunya atau orang yang pakar dalam bidangnya. Begitu jugalah bila bab menanam cili walaupun sekadar untuk suka-suka.
Umumnya, kita sebagai mak-mak ni antara yang sering kita cuba untuk tanam adalah menanaman pokok cili.
Mungkin sebab kita rasa mudah, campak saja biji cili, selang beberapa hari nampak tunas.
Persoalannya, begituke cara orang pro tanam? Pasti bukan, jadi itu sebablah pokok cili kita tanam biasanya nampak tak subur, buah cili pun tak berapa menjadi.
Perkongsian dari nursery ni bolehlah jadikan panduan. Barulah orang kata, walaupun tanam cili tepi rumah tapi gaya dan skil macam profesional.
Cara Mudah Tanam Cili Di Rumah.
1. Pilih kawasan yang menerima cahaya matahari yang banyak di rumah.
2. Pilih kawasan yang redup akan menyebabkan pokok menjadi tinggi daripada biasa dan saiz buah menjadi kecil.
3. Cara pemilihan medium penanaman bergantung kepada kaedah penanaman yang dipilih sama ada tanaman dalam pasu atau terus dalam tanah.
4. Medium penanaman untuk pasu yang sesuai adalah tanah campuran tiga bahagian tanah merah, dua bahagian tanah hitam dan satu bahagian pasir.
5. Saiz pasu yang sesuai adalah 16 inci x 20 inci bagi musim penanaman enam bulan.
6. Sekiranya bercadang untuk musim penanaman yang lebih panjang dari enam bulan, sila guna saiz pasu yang lebih besar seperti 30 inci x 50 inci.
7. Kaedah penanaman secara terus di tanah bagi kawasan rumah teres adalah tidak digalakkan kerana tanah tidak subur.
Ads
8. Sekiranya ingin meneruskan hasrat menanam di tanah kawasan rumah teres, tanah perlu diganti dengan tanah yang baru.
9. Pastikan tiada pokok buah-buahan seperti mangga, belimbing dan jambu berdekatan dengan kawasan tanaman. Ini bagi mengelakkan serangan lalat buah.
10. Umur paling sesuai untuk memindah tanam anak pokok atau tanah adalah ketika anak pokok sudah berusia tiga ke empat minggu.
11. Kelewatan memindah tanam anak pokok yang sudah cukup umur boleh menyebabkan pokok terbantut.
12. Waktu yang sesuai pindah tanam adalah pada waktu lewat petang.
13. Jangan pindah tanam anak pokok pada waktu tengah hari kerana pokok boleh terkena kejutan haba dan layu seterusnya mati.
14. Waktu yang sesuai untuk menyiram pokok adalah pada waktu awal pagi dan lewat petang.
Ads
15. Pokok cili harus disiram dua kali sehari, sekiranya waktu hujan tidak perlu disiram.
16. Pastikan kawasan penanaman tidak menyebabkan air bertakung. Air bertakung boleh menyebabkan lembap dan menggalakkan pertumbuhan kulat.
17. Kayu pancang perlu dipasang ketika peringkat awal selepas pindah tanam untuk mengelakkan kerosakan pada akar sekiranya dipasang pada umur matang.
18. Jenis kayu pancang yang sesuai adalah seperti buluh yang boleh bertahan sehingga lebih enam bulan.
19. Pemasangan kayu pancang bertujuan untuk mengelakkan pokok rebah apabila sudah berbuah lebat.
20. Baja organik seperti baja tahi ayam amat sesuai diberikan kepada pokok untuk menggalakkan tumbesarannya.
21. Sekiranya menggunakan baja kimia, pastikan mengikut kuantiti yang disarankan.
Ads
22. Pemberian baja kimia secara berlebihan boleh menyebabkan pokok mati kepanasan daripada baja.
23. Tempoh pemberian baja yang sesuai adalah setiap 10 hingga 14 hari.
24. Kehadiran semut yang banyak pada pokok cili adalah disebabkan ia menghurungi aphid atau bena putih yang terdapat di bahagian bawah daun.
25. Gunakan larutan pencegah serangga yang dirumus daripada bahan semula jadi seperti ekstrak semambu dan bawang putih.
26. Larutan mencegah serangga daripada bahan semula jadi mudah hilang apabila hujan.
27. Selepas hujan berhenti, larutan haruslah disembur semula.
28. Waktu paling sesuai untuk menyembur larutan pencegah serangga adalah pada waktu petang menghampiri Maghrib.
29. Tahap umur cili paling sesuai untuk dituai adalah apabila 80 peratus daripada cili yang matang sudah mencapai warna kirau (warna hijau bertukar sedikit merah).
30. Waktu paling sesuai untuk menuai adalah pada jam 9 pagi ke atas iaitu ketika embun sudah kering.
31. Sekiranya cili ingin disimpan lama, jangan basuh hasil tuaian cili. Sekiranya perlu dibasuh, harus dikeringkan segera.
32. Selepas cili dituai, baja perlu segera diberikan pada waktu petang yang sama atau keesokan harinya bagi mengelakkan pokok tertekan.
sumber :Ara Haniey
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tak ada ruang untuk tanam sayur, itu bukan masalah. Guna polybag pun boleh dapat sayur hijau yang sedap. Contohnya sayur bendi. Nak cuba tanam sendiri, nah ikut cara yang dikongsikan oleh Lebai Kudin ini.
SOP Semaian Bendi Untuk Tanaman Polybag
1. Pilih benih berkualiti keluaran Leckat, Baba atau Green World.
2. Rendam semalaman dalam air tanpa klorin dengan campuran larutan hydrogen peroxide.
3. Buang biji benih rosak yang timbul di permukaan air.
4. Semai dalam tray semaian guna potting soil.
5. Letak di tempat redup tapi bercahaya dengan pengudaraan yang baik.
6. Siram 2 kali sehari.
7. Pindah ke polybag 16×16 dengan medium 3 in atau 6 in 1, atau buat campuran sendiri topsoil, cocopeat, pasir dan tanah bakar.
Mudah je caranya, boleh dapat hasilnya dalam tempoh lima minggu, pokok mula berbuah. Tip berguna yang dikongsikan, kena pangkas pucuk masa ketinggian 0.6 meter supaya banyak cabang dan buah lebat.
Kemelut rumah tangga yang melanda pasangan ini belum menemui noktah. Fizo Omar sebelum ini ada mengeluarkan kenyataan walau apa yang berlaku hubungan dengan isteri terus baik demi anak, Wan Maryam.
Terbaru, Mawar Karim buat pertama kalinya memuat naik perkongsian mengenai kontroversi yang sedang melanda mereka.
Mengakui setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi, jelas Mawar mungkin ini adalah ujian berat untuk dia dan fizo hadapi.
Pertama kali sy ingin meminta maaf jika penulisan sy ada mana2 pihak terguris hati. Sebelum ini sy tidak pernah menggunakan media social satu platform untuk sy meluah kan perasaan,mencerita terutama kisah peribadi sy. Banyak pihak sy perlu jaga juga berhati2.Sebelum ini sy hanya kongsi kegembiraan,kerjaya,kerana kehidupan adalah satu ‘peribadi ‘untuk sy cerita.
Setiap apa jua berlaku pasti ada hikmah ,sudah tentu sy perlu muhasabah diri dekatkan diri dengan Allah. Allah menguji kita pasti ada sebab-Nya .kita tidak perlu asyik nampak kesalahan orang atau pasangan sahaja. Diri kita belum cukup sempurna.
Di sini bg sy sebaiknya setiap masalah dihadapi oleh pasangan biar la ‘hanya suami isteri ‘ dan jika tidak seeloknya hanya libatkan kedua orang tua kita sahaja. Jika ada pihak lain campur tangan perhubungan akan menjadi lain. Komunikasi antara suami isteri sangat penting kerana setiap apa yg berlaku sebelum atau kehadapan ‘tiada tanggapan negatif terhadap pasangan kita. Bila kurangnya komunikasi ‘benda kecil pun akan menjadi besar,” kata Mawar.
Ujarnya, apa yang berlaku kini hanya dia dan Fizo saja tahu dan merasai apa yang dilalui sekarang ni. Justeru, dia mengharapkan semua pihak tidak membuat apa-apa spekulasi mengenai rumah tangganya.
Apabila setiap pasangan dikurniakan zuriat, peganglah amanah,didik sebaik mungkin, hargai la setiap kurniaan kita di depan mata selagi ada. Kehidupan kita jgk akan berubah 360 darjah jika Allah memberi amanah rezeki ‘Anak’ untuk kita.
“Banyak benda kita perlu ‘korban’ demi anak dan tak semua ibu bapa sanggup berkorban demi anak. Mungkin kita kadang2 terlepas pandang banyak perkara sebelum ini. Insyaallah sy dan fizo sentiasa memberi kan yg terbaik buat Maryam. .
Jelasnya lagi, semua pasangan mengimpikan kebahagiaan,mempunyai keluarga ‘kehidupan sendiri ‘ dalam perkahwinan,impikan bahagia dunia akhirat serta mendapat barokah. Malah, semua pasangan mahu pertahankan perkahwinan masing-masing.
Mungkin ini ujian berat untuk Sy dan Fizo hadapi. Setiap kesulitan pasti ada jalan dari Allah. Pertemuan,Jodoh,ajal,maut semua di tangan Tuhan.
Semoga Allah memberi kami jalan yg terbaik. Insyaallah. Terima kasih kalian yg mendoakan yg terbaik buat sy,fizo dan amanah kami ‘Maryam ‘. Hanya Allah saja membalas jasa kalian.
Kepada yang suka makan kedai mamak tentu suka makan ayam gorengnya. Memang menjilat jari. Makan pula ketika masih panas aje bersama kuah kari mamak memang superb!
Malah tidak dinafikan, harga makanan menu ini agak mahal, tetapi ia tetap ada peminatnya. Malah anak-anak pun suka rasa ayam mamak ni.
Kepada penggemar ayam mamak, apa kata cuba resipi ayam goreng mamak ni.
Memang sedap dan rangup.
Resepi Ayam Goreng Mamak Yang Bikin Ketagih
Bahan-bahan:
1 ekor ayam
6 sudu makan tepung jagung
6 sudu makan tepung beras
3 tangkai daun kari
Bahan untuk dikisar:
6 ulas bawang putih
2 inci halia
5 tangkai cili kering
2 sudu makan rempah kari
1 biji telur
Garam secukup rasa
1 sudu makan serbuk lada sulah
Cara:
1. Perap ayam dgn bhn kisar, tepung jagung, tepung beras dan daun kari selama 1 jam. Perap lagi lama lagi sedap.
2. Panaskan minyak & goreng ayam hingga masak