Sebagai pengamal perubatan, Dr Amalina  yang merupakan pakar bedah, di London, pastinya sudah tahu tentang amalan dan gaya hidup, mana sesuai dan tidak untuk diamalkan oleh wanita selepas bersalin. Sejak bergelar ibu kepada Arabella Mia, Dr Amalina sering berkongsi tip buat ibu-ibu.

Dr Amalina Galak Ibu Lepas Bersalin Berjalan Perlahan

“Anda ingin tahu kenapa saya berjalan perlahan-lahan apabila mampu selepas bersalin? Jawapannya kerana saya ingin mengurangkan risiko darah beku. Tahukah anda wanita mengandung dan baru bersalin ada risiko lebih tinggi untuk mendapat darah beku di kaki (deep venous thrombosis – DVT) dan darah beku ini boleh pergi ke paru-paru yang menyebabkan pulmonary embolism (PE),” kata Dr Amalina.

Dr Amalina Galak Ibu Lepas Bersalin Berjalan Perlahan, Elak Penyakit Deep Venous Thrombosis & Pulmonary Embolism
Dr Amalina bersalin anak sulung, Arabella Mia pada Oktober 2022.

Elak Penyakit Deep Venous Thrombosis & Pulmonary Embolism

Berikut info tentang penyakit darah beku di kaki (deep venous thrombosis – DVT) dan pulmonary embolism (PE),

Apakah simptom DVT di kaki?
– sakit, bengkak pada 1 kaki, biasanya di bahagian belakang kaki (betis)
– sakit mungkin lebih teruk apabila anda berjalan
– kulit merah, terutamanya di bahagian betis

Jika darah beku itu pecah ke dalam aliran darah, keadaan ini boleh menyekat saluran darah di dalam paru-paru. Ini dipanggil PE dan memerlukan rawatan kecemasan.

Dr Amalina Galak Ibu Lepas Bersalin Berjalan Perlahan, Elak Penyakit Deep Venous Thrombosis & Pulmonary Embolism
Dr Amalina ketika bersiar-siar bersama puteri kesayangannya yang diletakkan di dalam kereta sorong bayi. Beliau kelihatan sihat dan bertenaga meskipun ketika itu baharu empat hari bersalin.

Apakah simptom PE?
– mengalami kesukaran bernafas secara tiba-tiba
– mengalami sakit atau sesak di dada atau belakang
– batuk berdarah

IKLAN

Anda lebih berkemungkinan mendapat DVT pada mana-mana peringkat kehamilan anda dan sehingga enam minggu selepas kelahiran berbanding orang yang tidak hamil pada umur yang sama.

Risiko anda mendapat DVT semasa kehamilan adalah lebih besar jika anda:
– anda atau ahli keluarga terdekat pernah mengalami DVT sebelum ini
– berusia lebih 35 tahun
– obesiti (BMI 30 atau lebih)
– pernah mengalami jangkitan teruk atau kecederaan serius, seperti patah kaki
– mempunyai masalah blood clots (trombofilia)
– sedang mengandung anak kembar atau multiple babies
– telah menjalani rawatan kesuburan
– menjalani pembedahan caesarean
– merokok
– mempunyai varicose veins yang teruk
– mengalami dehidrasi

“Mereka yang baru bersalin dan berisiko tinggi (selepas menjalani pembedahan caesarean) akan diberikan suntikan bagi mengelakkan darah beku. Digalakkan memakai TED stockings, menggerakkan kaki dan jari kaki seperti membuat bulatan bagi membantu pengaliran darah,” jelas Dr Amalina.

Dr Amalina Galak Ibu Lepas Bersalin Berjalan Perlahan, Elak Penyakit Deep Venous Thrombosis & Pulmonary Embolism
Dr Amalina menyarankan agar wanita selepas bersalin berjalan perlahan.

Untuk info, TED Stocking (Thrombo-Embolus Deterrent Stocking) juga dikenali sebagai Anti-Embolism Stockings. Biasanya berwarna putih. Digunakan untuk mengekalkan peredaran darah pada bahagian kaki.

IKLAN

Bagaimana untuk mencegah DVT?
-kekalkan berat badan yang sihat
– kekal aktif – berjalan kaki
– minum dua hingga tiga liter air kosong untuk mengelakkan dehidrasi
– jangan duduk untuk jangka masa yang lama, bangun dan bergerak setiap jam
– jangan menyilang kaki semasa anda duduk, perbuatan ini boleh menyekat aliran darah
– jangan merokok
– jangan minum alcohol

Paling penting, ibu dalam tempoh berpantang perlu makan makanan yang sihat.  Banyakkan pergerakan walaupun perlahan dan kekalkan minda yang positif.

IKLAN

Sumber: Dr Amalina dan myhealth.gov.my

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI