Ads

Dr Fie Kembali Bergelar Isteri, Selamat Bernikah Dengan Kapten Amrul!

Khabar gembira buat personaliti media sosial, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek atau lebih mesra disapa Dr Fie apabila kini sah bergelar isteri kepada usahawan pilihan hatinya, Kapten Amrul Nizar Anuar.

Pasangan sama cantik sama padan itu selamat disatukan dalam sebuah majlis akad nikah yang berlangsung kira-kira jam 10 pagi pada Ahad (1 November 2026).

Sah Bergelar Suami Isteri Dengan Sekali Lafaz

Lebih istimewa, Dr Fie dinikahkan sendiri oleh bapanya dan sah bergelar isteri kepada Kapten Amrul dengan hanya sekali lafaz.

Dalam majlis penuh bermakna itu, Dr Fie menerima mas kahwin berupa satu dinar emas daripada suami tercinta.

Dr Fie Kembali Bergelar Isteri, Selamat Bernikah Dengan Kapten Amrul!

Ads

Kedua-dua mempelai tampil anggun dan segak mengenakan persalinan serba putih, menyerlahkan lagi seri pengantin pada hari bahagia mereka.

Majlis pernikahan tersebut turut disaksikan ahli keluarga serta kenalan rapat yang hadir meraikan penyatuan dua hati berkenaan.

Buka Lembaran Baharu Kehidupan

Terdahulu, Dr Fie pernah mencuri perhatian apabila perkongsian di media sosialnya seolah-olah memberi bayangan bahawa dirinya sudah mengikat tali pertunangan.

Ads

Untuk rekod, Dr Fie pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi Nubhan pada 29 Ogos 2015, namun pasangan itu disahkan bercerai talak dua pada Disember 2025 selepas melalui prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Sepang, Selangor.

Hasil perkahwinan terdahulu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, Ahmad Aafan dan Afzan Nayille.

Ads

Kini, Dr Fie membuka lembaran baharu dalam kehidupannya bersama Kapten Amrul. Semoga ikatan perkahwinan yang dibina terus diberkati Allah SWT, dikurniakan kebahagiaan berpanjangan serta kekal hingga ke syurga.

Tahniah buat Dr Fie dan Kapten Amrul!

BACA LAGI : “Mak Mentua Tetap Mak Mentua”, Dr. Fie Doakan Mak Jenny Cepat Sihat

Sumber: IG lufyalaana

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Keluarga Lain

Nora Ariffin Sambung Master Usia 53 Tahun, Syukur Terima Restu Suami...

Nora Ariffin sambung pengajian Master di UPSI pada usia 53 tahun. Kisah inspirasi penyanyi ini membuktikan usia bukan penghalang mengejar impian.