Ads

Dr Heama Peluk Islam Demi Cinta Zubir Khan, Kini Teruja Dalami Agama

Zubir Khan bersama isterinya, Dr Heama Maleni ketika majlis resepsi perkahwinan di Cinta By The Lake Glasshouse. FOTO RAIHANA MANSOR

Bukan mudah membuat keputusan besar yang melibatkan soal agama, keluarga dan masa depan. Namun demi membina kehidupan bersama insan dicintai, Dr Heama memulakan lembaran baharu selepas berkahwin dengan penyanyi Zubir Khan.

Dr Heama Maleini, 27, mendedahkan bahawa dia mengambil masa untuk meyakinkan ahli keluarganya sebelum memeluk agama Islam dan mendirikan rumah tangga bersama Zubir Khan, 26.

Keputusan tersebut bukanlah sesuatu yang mudah memandangkan beliau telah dibesarkan sebagai penganut agama Hindu selama 27 tahun sebelum memilih untuk memeluk Islam.

Dr Heama Peluk Islam Demi Cinta Zubir Khan, Kini Teruja Dalami Agama

Dr Heama Peluk Islam Selepas Yakinkan Keluarga

Menurut Dr Heama, keluarganya pada awalnya menghalang hasratnya kerana bimbang dengan perubahan besar yang bakal dilalui.

“Selama 27 tahun saya menganut agama Hindu dan ingin memeluk Islam untuk berkahwin, sudah pasti keluarga menghalang.

Saya berjaya meyakinkan keluarga untuk memeluk agama Islam selepas mereka melihat keperibadian Zubir yang sangat bertanggungjawab serta mengambil berat tentang saya. Itu yang membuka mata keluarga,” katanya.

Bagaimanapun, keadaan berubah apabila ahli keluarganya sendiri melihat sikap baik, tanggungjawab dan keikhlasan Zubir sepanjang mereka mengenali antara satu sama lain.

Ads

Keluarga Akhirnya Memberikan Restu

Walaupun berdepan tentangan pada peringkat awal, keluarga Dr Heama akhirnya menerima keputusan tersebut selepas yakin dengan keperibadian Zubir.

Malah, ibunya sendiri mengakui bahawa Zubir merupakan lelaki yang tepat untuk dijadikan pasangan hidup anaknya.

“Pada satu tahap, ibu beritahu sebenarnya saya sudah menemui seorang lelaki yang tepat untuk dijadikan suami.

Mereka percaya pada akhirnya saya akan hidup bersama dengan orang yang saya sayang,” katanya ketika ditemui pada majlis resepsi perkahwinan mereka di Glasshouse Puchong.

Sokongan daripada keluarga akhirnya menjadi penguat semangat buat pasangan ini untuk meneruskan kehidupan bersama sebagai suami isteri.

Dari Cinta, Kini Teruja Belajar Islam

Mengulas mengenai penghijrahannya sebagai saudara baharu, Dr Heama peluk Islam kerana mahu membina rumah tangga bersama insan yang dicintainya, namun pada masa sama dia turut mempunyai keinginan untuk mengenali agama Islam dengan lebih mendalam.

Ads

“Sebab utama saya memeluk Islam kerana saya sayang Zubir dan mahu berkahwin dengannya.

Pada masa sama, saya juga tertarik untuk mendalami dan belajar tentang agama Islam. Belajar sesuatu perkara yang baharu dalam hidup, termasuk tentang Islam, juga perlu,” katanya.

Beliau berkata proses mempelajari agama Islam akan dilakukan secara berperingkat agar dapat memahami setiap ajaran dengan lebih baik tanpa memberi tekanan kepada dirinya sendiri.

Menurutnya lagi, ramai yang berkongsi bahawa Islam merupakan agama yang mudah serta tidak membebankan penganutnya.

“Saya sering dengar ramai orang beritahu Islam itu agama yang mudah. Jadi kenapa nak menyusahkan?

Saya akan belajar tentang Islam secara perlahan-lahan. Dari cinta kepada Zubir, kini saya teruja untuk belajar agama Islam,” ujarnya.

Dr Heama Peluk Islam Demi Cinta Zubir Khan, Kini Teruja Dalami Agama

Kesetiaan Zubir Khan Menambat Hati

Berkongsi mengenai ciri yang membuatkan dirinya memilih Zubir sebagai suami, Dr Heama berkata kesetiaan merupakan perkara paling penting yang dicari dalam diri seorang lelaki.

Ads

Selain itu, penyanyi tersebut juga disifatkan sebagai seorang yang bertanggungjawab serta sentiasa mengambil berat terhadap dirinya dalam apa jua keadaan.

“Sebagai wanita, perkara paling utama yang saya cari daripada pasangan adalah kesetiaan.

Zubir memiliki sifat itu, selain sangat bertanggungjawab. Itu antara sebab saya jatuh cinta dengannya,” katanya.

Permulaan Baharu Sebagai Suami Isteri

Dr Heama dilaporkan memeluk agama Islam pada Mei lalu sebagai sebahagian daripada persiapannya sebelum melangkah ke alam perkahwinan.

Terdahulu, Zubir Khan dan Dr Heama sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz dalam satu majlis pernikahan yang berlangsung pada Jumaat lalu.

Perjalanan Dr Heama memeluk Islam memperlihatkan bahawa setiap keputusan besar dalam kehidupan memerlukan keberanian, kesabaran dan sokongan daripada insan tersayang. Daripada rasa cinta terhadap pasangan, kini beliau membuka hati untuk mengenali Islam dengan lebih dekat sambil membina kehidupan baharu bersama suami tercinta.

BACA LAGI : Ozlynn Kongsi Giya Peluk Islam Atas Pilihan Sendiri, Nasihat Ariq Jaga Batas Pergaulan

Sumber : Harian Metro
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Keluarga Lain

11 Bantuan Warga Emas Malaysia Yang Ramai Tak Tahu, Anak Perlu...

Ketahui 11 bantuan warga emas di Malaysia yang ramai masih tidak tahu termasuk bantuan JKM, diskaun pengangkutan, pasport, rawatan kesihatan dan pelbagai kemudahan lain untuk mak ayah.