Rasa pening kadang-kadang kita alami dalam hidup kita. Ia tidak berbahaya. Rasa pening ini kadang kala kita rasa seperti ‘kepala ringan’, rasa tidak seimbang tubuh dan adakala rasa seperti ‘mahu pengsan’.
Pening itu sendiri bukanlah penyakit. Ia adalah simptom (gejala atau tanda) seseorang itu mungkin mengalami masalah tekanan darah rendah, masalah lemah jantung, masalah saraf, masalah kekurangan darah merah, kekurangan gula dalam darah, jangkitan kuman dalam telinga, stroke, masalah penglihatan, migraine, kemurungan/keresahan melampau, kecederaan kepala, dan banyak lagi. Ia juga boleh berlaku akibat kekurangan air dalam tubuh (dehidrasi), terlalu banyak melakukan aktiviti fizikal, gegaran semasa dalam kapal terbang atau kenderaan darat (motion sickness), perubahan hormon dalam tubuh dan kesan sampingan dari ubat-ubatan sintetik.
Rasa pening yang biasa, selalunya cepat sembuh apabila kita berehat. Cuma kadang kala kita tidak tahan dengan keadaan seperti ini. Nasihat saya ialah agar buat pemeriksaan doctor bagi memastikan bahawa pening yang dialami bukanlah suatu yang berbahaya.
Jika sudah mendapat pemeriksaan doctor, selalu pesakit akan diberikan beberapa ubat untuk mengurangkan rasa pening ini. Ia bukan rawatan sebenar, hanya ubat yang membantu mengurangkan rasa pening. Rawatan dan ubat sebenar akan diberikan jika seorang pesakit dikenalpasti mengalami penyakit tertentu. Dengan merawat penyakit tersebut, rasa pening akan hilang.
Bagi mereka yang tidak mahu menggunakan ubatan sintetik bagi mengurangkan rasa pening, saya mencadangkan beberapa cara.
1. Menarik nafas dalam. Ia adalah teknik yang terbaik untuk mengurangkan pening kerana ia akan membekalkan oksigen pada otak secukupnya, membuatkan sistem saraf menjadi relaks, dan dengan perlahan-lahan ia mengurangkan rasa pening.
Ads
2. Duduk atau baring dalam keadaan yang selesa. Letakkan satu tangan pada abdomen, dan letakkan ibu jari dari tangan yang satu lagi untuk menutup satu lubang hidung. Tutup mulut. Bernafas perlahan-lahan melalui lubang hidung yang tidak ditutup itu. Cuba bernafas secara maksima hingga terasa tangan yang menyentuh abdomen bergerak ke hadapan.
4. Tahan nafas dengan menutup kedua-dua lubang hidung. Tahan sehingga kita tidak mampu lagi bertahan. Kemudian lepaskan nafas perlahan-lahan melalui mulut (secara meniup bibir).
5. Ulang langkah-langkah ini sebanyak 10 kali.
Ads
6. Minum air secukupnya. Dehidrasi akan menyebabkan rasa pening. Ia berlaku apabila kita jarang minum air, dalam cuaca yang sangat panas atau selepas melakukan aktiviti fizikal. Boleh minum air minum sedikit-sedikit, untuk mengurangkan rasa loya dan muntah.
7. Makan sedikit. Rasa pening juga boleh disebabkan oleh tahap gula dalam darah yang rendah, terutama pesakit diabetes. Bagi pesakit yang tiada penyakit diabetis, rasa terlalu lapar juga boleh menyebabkan rasa pening. Jadi bila pening, boleh cuba makanan yang tidak pedas, berminyak dan masam. Makan sedikit bagi mengurangkan rasa pening. Saya mencadangkan pengambilan buah-buahan yang manis (bagi bukan pesakit diabetis) atau kekacang yang dapat memberikan tenaga segera.
8. Halia telah terbukti dapat mengurangkan rasa pening dan loya/muntah. Ia merangsangkan pengaliran darah pada otak, dengan ini mengurangkan rasa pening. Setengah inci halia dipotong dan diperah jusnya. Ia boleh dicampur dalam segelas air suam atau dalam segelas air teh panas. Kepingan halia yang direndam dalam madu juga boleh diambil dengan cara menghisapnya perlahan-lahan.
9. Lemon mengandungi vitamin C, yang membantu meningkatkan daya tahan dan mengurangkan rasa pening dan loya. Ia membantu meningkat metabolisma dan tenaga. Perahkan separuh buah lemon dalam gelas air, Campurkan sedikit madu sebanyak satu atau dua sudu. Minum 3 kali sehari.
Ads
10. Madu mempunyai kandungan gula bersama mineral dan enzim. Ini membantu meningkatkan tenaga. Campurkan dua sudu teh madu bersama dengan cuka buah-buahan (seperti cuka kurma atau cuka epal). Campurkan dalam segelas air air suam. Minum perlahan-lahan. Boleh campur dengan setengah inci kayu manis (cinnamon) dan diminum setiap hari.
.
11. Ginkgo Biloba. Ia adalah herba yang banyak dijual secara komersial melalui farmasi dalam bentuk kapsul. Ia dapat mengembangkan saluran darah dan mengurangkan rasa pening dan loya. Ia juga mengurangkan rasa berdesing dalam telinga. Dos yang biasa diambil ialah 40-50 mg, diambil tiga kali sehari.
12. Makan makanan yang sihat. Jika rasa pening itu disebabkan oleh kekurangan sel darah merah (anemia), tekanan darah rendah dan kandungan gula rendah dalam darah, dengan memakan makanan yang sihat yang kaya dengan zat besi, vitamin A, folic acid dan fiber dapat membantu merawat rasa pening itu. Makanan yang sihat adalah makanan yang rendah gula dan lemak tepu.
Makanan yang kaya dengan zat besi seperti hati, tauhu, bayam, badam, kurma dan asparagus. Makanan yang kaya dengan vitamin C pula adalah oren, lemon, cili bengala, broccoli, anggur, dan bayam. Makanan yang kaya dengan folic acid seperti sayur-sayuran hijau, hati, pisang dan broccoli.
Jadi pemakanan yang sihat dapat membantu mengekalkan kesihatan yang baik dan mengurangkan rasa pening.
Kredit: Dr Zubaidi Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Cili kering memang antara ramuan wajib dalam pembuatan sambal. Inilah petua paling utama untuk menjadikan sambal kita sedap seumpama masakan mak di rumah.
Kata orang, rasa yang berkualiti. Itulah kelebihan cili kering.
Namun bagi anda yang tidak makan pedas, hati-hati dalam pemilihan cili kering semasa membeli di kedai. Jika tersalah pilih, cili kering yang ekstra pedas memang buat anda kepanasan sepanjang hari.
Penambahan gula dalam sambal pun belum tentu dapat mengimbangkan rasa pedasnya. Jadi anda kenalah ada ilmu mengetahui jenis-jenis cili kering ini.
# Jenis 1 – Pedas Biasa
Salah satu jenis cili kering adalah jenis yang panjang dan berkedut. Ia juga nampak kering dan sedikit kusam warnanya. Bagi anda yang tak berapa makan pedas, inilah cili yang paling sesuai untuk anda. Cili jenis ini, penasnya biasa sahaja.
# Jenis 2 -Super Pedas
Anda pernah tak terperasan ada cili kering yang panjang tetapi ia licin dan berkilat. Malah cili jenis ini juga punya banyak biji dan warnya merah pekat. Ada juga sesetengah cili jenis ini yang pendek tetapi masih licin dan berkilat rupanya. Cili jenis inilah yang paling pedas dan mantap rasanya. Jangan ambil cili ini jika anda tak makan pedas!
# Jenis 3 – Kurang Pedas
Mungkin anda pernah melihat ada jenis cili kering yang pendek, berkilat tetapi sedikit ‘gemuk’ dan bulat keadaan fizikalnya. Cili kering jenis ini biasanya kurang pedas berbanding kedua cili di atas. Cili kering jenis ini agak susah didapati di pasaran kerana harganya yang agak mahal. Ia biasanya lebih banyak di kawasan sebelah Pantai Timur dan biasanya dijadikan menu dalam pembuatan sambal Nasi Lemak.
Dah tahu jenis-jenis dan tahap kepedasan cili kering, pastikan anda tidak tersalah pilih! Malah sambal untuk anak-anak juga terkawal rasanya dan tak perlulah menambah gula berlebih-lebihan dalam resipi sambal anda.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Mengupas bawang putih boleh jadi terasa kasar pada tangan jika dilakukan dalam kuantiti yang banyak.
Malah untuk mengupas kulitnya juga bukanlah kerja yang mudah kerana bentuk bawang putih yang terlalu kecil akan melambatkan untuk dikupas menggunakan pisau.
Alangkah beruntungnya jika ada cara untuk mengupas bawang putih tanpa merosakkan kulit tangan dan boleh pula dilakukan dengan cepat.
Sebenarnya memang ada teknik yang dimaksudkan itu. Jom semak.
Bahan yang diperlukan:
1 bekas berpenutup.
Bawang putih yang akan dikupas
Tekniknya:
Langkah pertama :
Masukkan bawang putih yang belum dikupas ke dalam bekas dan tutup kemas.
Langkah kedua :
Kemudian goncang-goncangkan selama beberapa saat hingga bahagian kulit bawang putih terkupas.
Dengan menggunakan trik sebegini, tentu saja dapat membuat urusan memasak di dapur menjadi lebih mudah dan cepat.
Selain cara di atas, ada satu lagi kaedah iaitu merendam bawang putih di dalam air. Biarkan selama 5 minit, dan selepas itu dengan mudah kulit bawang putih dapat ditanggalkan.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Menikmati minuman kopi di cafe-cafe bercitarasa moden bersama keluarga, selain untuk menikmati kelazatan minuman, kita juga tertarik dengan seni lakaran berbentuk love pada permukaan air kopi latte. Ternyata ia nampak begitu istimewa dan ada kelasnya yang tersendiri.
Tergambar difikiran, tentu hanya orang yang pakar sahaja dapat lakukannya. Namun perkongsian daripada Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan, siapa sangka rupanya lakaran corak tersebut boleh juga kita hasilkan di rumah.
Nak tahu bagaimana jom semak perkongsian ini.
Semalam saya muat naik gambar kopi yang bini saya buat. Kopi tu ada latte art. Alah yang ada corak di buih kopi tu. Ada orang kata untunglah saya ada mesin kopi.
Eh, tahu tak kau orang pun boleh buat kopi macam tu tanpa mesin kopi? Serius ni! Meh saya kongsi caranya!
Kopi Marhaen by Dayana
Bahan-bahan: ▪️Nescafe 2 camca teh (jenama lain pun boleh) ▪️Susu 200ml ▪️Gula 1 camca teh
Saya guna susu segar (fresh milk/ full cream).Kalau kalian nak guna susu sejat pun boleh. 100ml susu sejat + 100ml air panas. Kalau nak guna susu pekat manis pun boleh. 2-3 camca teh susu pekat manis + 170ml air panas.
Alat-alat ▪️Cawan ▪️Pitcher (kole besi yang ada muncung) ▪️French press (alat penapis kopi)
Kat mana nak beli pitcher dan French press? Lazada ada, IKEA ada, kedai kelengkapan masak pun ada. Murah je.
EKSTRA INFO :
Yang kole besi tu, pitcher. Yang sebelah kanan tu French press. French press ni sebenarnya adalah penapis hampas kopi.
OK cara-caranya, lihat gambar dan video, OK!
STEP 1 : Saya guna susu segar, jadi kena panaskan dalam microwave dulu. Saya bubuh dalam pitcher kaca ni masa nak panaskan. Seminit sahaja. Kalau nak pakai dapur gas pun boleh. Panaskan sampai susu sekitar 50°C. Kalau lebih, susu rosak. Susu lain kau jangan tanya. Almomd milk ke, soya ke, hazelnut milk ke, aku tak tahu boleh tak. Kau orang cubalah sendiri. Haha.
STEP 2 : Kemudian tuang susu panas tu dalam French press. Kenapa nama dia French press? Entah, mungkin orang Perancis ramai yang tertekan kot.
STEP 3 : Alamak lupa nak larutkan Nescafe! Letak Nescafe dan gula dalam cawan kesayangan kau orang. Bancuh dengan sedikit air panas.
Kemudian kita kocak susu tu macam ni. Kau orang jangan macam-macam. Kocak je perlahan-lahan dan cermat.Ini akan buat susu jadi gebu. Baru boleh buat latte art.
STEP 4 : Kemudian kita kocak susu tu macam ni. Kau orang jangan macam-macam. Kocak je perlahan-lahan dan cermat. Ini akan buat susu jadi gebu. Baru boleh buat latte art.
OK! Masa yang ditunggu-tunggu telah tiba! Saksikanlah keajaiban! Alakazam!