Setiap kali bila kita dengar sama ada sanak-saudara atau kawan-kawan yang berpeluang menunaikan ibada umrah, hati kita seakan turut meronta-ronta untuk ikut sama. Tapi apakan daya, belum sampai rezeki kita lagi. InsyaAllah suatu masa akan tiba juga.
Apatah lagi bila ada yang berkongsi pengalaman manis ziarah di bumi barakah di media sosial, seakan kita juga dapat merasai keistimewaan dan keseronokan berada di sana. Ini seperti mana perkongsian dari Dr Ahmad Samhan baru-baru ini yang berjaya mencuri tumpuan dengan mendapat 5.5K tanda suka.
Menurutnya jika berpeluang datang ke Saudi, ada 3 perkara yang dia tidak akan lepaskan begitu sahaja.
1. Makan daging anak unta
2. Minum air buah
3. Tempah jubah Saudi
1. Kabsah Hasyi( كبسة حاشي)
Alang-alang datang buat umrah, saya takkan lepaskan peluang untuk makan daging anak unta di Mekah.
Daging unta memang susah nak jumpa di Malaysia. Kalau ada pun daging unta dewasa. Daging anak unta memang berbeza dengan daging unta dewasa.
Rasa dagingnya sangat lembut hingga boleh terbawa dalam mimpi!
Kalau datang Saudi memang saya tak beli jubah yang dah siap. Memang akan tempah. Jubah Saudi memang special. Pattern jubah yang lebih fit tapi selesa. Nampak lebih segak.
Nak custom kolar, butang, warna jubah, pattern jubah semua boleh. Lebih menarik, tempah jubah hari ini, esok dah siap!
Ada 2 tempat saya rekemen dan saya memang tempah disitu:
Di Madinah, ini kedainya. مشعل أنوار المدينة
Ads
Di Mekah, ini kedainya. الوليد الراقئ الخياطة
Saya tak pandai cakap arab, macam mana nak pergi tempat-tempat ni? Jangan risau.
Kalau di Malaysia kita ada Grabcar tapi di Saudi kita ada Careem. Download saja aplikasi ini dan taip tempat yang ingin dituju.
Kebanyakkan pemandu memang boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris. Tapi kalau tak yakin, korang ajaklah mutawif teman. Lepas tu belanja la minum air buah. Takkan itu pun nak bagitau.
Melancong bersama anak-anak tentu menjadi pengalaman yang cukup indah untuk dilalui. Pun begitu diakui juga ada cabarannya yang tersendiri.
Apatah lagi jika membawa anak istimewa, tentu berganda lagi kepayahan yang akan ditempuh dapat digambarkan. Pun begitu, memberi lebih pencerahan hal tersebut, ibu ini berkongsi pengalamannya melancong bersama anak syurganya.
Perkongsian ini diharapkan dapat memberi lebih kekuatan untuk kekuarga lain yang mempunyai anak istimewa turut memberi peluang anak tersebut dibawa melancong.
Ini perkongsian penuh daripadanya. Jom semak.
Tips Travel ke luar negara bersama anak istimewa/anak kecil.
Harini aku nak kongsikan sedikit persediaan yang kau perlu buat kalau mahu travel ke luar negara bersama anak istimewa. Rasanya sesuai juga kalau kau gunakan untuk anak normal. Rasa unfair pula kalau kau tak kemana mana bawa anak yang lain hanya kerana salah seorang anak kau istimewa.
Bila aku belek album lama, sungguh, tak ada satu pun gambar aku sebenarnya. Rasanya waktu tu aku dah mula depressed, jadi aku tak suka bergambar. Aku banyak ambil gambar pemandangan, dan anak-anak saja.
Sejujurnya, travel ke tempat orang dengan anak istimewa yang agak mencabar, dan bukan satu perkara yang indah indah belaka. Tapi, Wallahi. Masih banyak momen indah yang boleh kita kenang. Kalini aku kongsi yang jalan darat dulu la ya. sebab atas flight tu cerita lain pula ok?
Disebabkan dah alang alang travel tu, kami pergi beberapa buah negara yang berhampiran. Kalau waktu bujang, memang seronok sangat sebab aku sendiri tak payah fikir nak bancuh susu, nak susukan anak, nak tukar diaper. Gambar yang aku kongsikan ni, waktu ni umur lana almost 5 years.
Kau mungkin rasa kenapa yer dia asyik dalam stroller je? Gambar ni waktu anak aku berjalan 10 minit pun dia dah lembikkan badan atas jalan raya. Dia boleh berjalan pegang tangan aku, dan tak naik stroller lagi pada usia hampir 6 tahun, dan masih berbotol susu sehingga 7 tahun. Memang mencabar sebenarnya nak train anak istimewa berbanding anak normal.
Oklah, kalau kau rasa nak travel, mungkin tips ini membantu. Jangan rasa terbeban nak ke sana ke sini dengan anak istimewa. Mereka pun berhak nak merasa semua tu. percayalah, InsyaAllah semua momen tu ada saja disimpan kemas dalam memori mereka. Lana ingat almost everything sebenarnya.
1# SABAR
Yang ni aku letak yang pertama, sebab ini tak ada tak membantu lansung sebenarnya. Jadi mak ayah ni, begitulah. Guru sabar yang terbaik memanglah anak anak kan? Banyakkan selawat bila kau rasa buntu perangai anak tantrum atau meltdown dan untuk hilangkan rasa risau. Allah pasti permudahkan urusan kau.
2# BERANI
Berani ni pun kau kena ada. Kalau asyik dengar cakap-cakap manusia yang tak payah la pergi sana sini, membazir lah, anak-anak restless lah, tua-tua nanti pergi lah. Mak ayah anak istimewa pun memang berani orangnya kan? terlalu kuat untuk harungi apa apa. Jadi, tarik nafas dalam-dalam, kau dah istiqarah dan ada keputusan, booking saja tiket.
3# SUPPORT EACH OTHER
Sebagai mak ayah, perlu sama-sama support each other. tak boleh seorang saja yang urusakan semua. Komunikasi sangat penting untuk buatkan vacation ni sangat bermakna. Kalau rasa isteri tu bawa baju serupa nak pergi haji banyaknya, nasihat baik baik," yang, kita beli saja baju kat sana kalau tak cukup. nanti basuh je pakai tangan jemur dekat heater," contohlah. Atau kalau suami asyik dengan handphone saja, kau nasihatlah dia pula, " Bang, dengar cerita negara ni kalau abaikan keluarga, polis rampas Handphone, dan abang terus kena masuk lokap." ok, saja aku buat propa. Ada anak istimewa, kau kena alert lebih sikit. Berhenti menyalahkan, cari solusi.
4# PLANNING IS EVERYTHING
Sebelum nak kemana-mana negara yang kau pilih, kaji la dulu negara tu macamana. Sesuai ke tidak nak bawa anak istimewa, mudah tak nak kesana ke sini naik stroller, kalau naik train senang ke bawak stroller bagai.
*Tiket beli awal, jadi lebih murah.
*Hotel yang nak duduk tu, carilah yang murah, senang nak makan, Kebanyakkan aku duduk di hotel yang budget saja. Hotel rumah kedai, tapi review ok.
*Nak makan apa, kat mana nak makan, pun semua kau kena study jarak perjalanan dari satu tempat ke satu tempat. Aku, memang bawa rice cooker kecil tu. beras, aku bawa sikit, selebihnya beli di sana. Bawa juga makanan macam brahim semua tu ( memang aku bawa banyak dari Malaysia).
*Biskut, roti, jem, bawa sikit saja. Aku beli di sana. Cari pisang bila sampai di pasaraya negara kau pergi tu. Pisang adalah penyelamat untuk kau kekal bertenaga nak uruskan anak-anak. macam kes aku, aku kenalah sorok pisang tu masa makan, sebab anak aku Lana akan termuntah dan tantrum bila nampak pisang.
* Flusk air panas, milk dispenser, botol susu, pencuci botol susu. Plastik untuk masukkan diaper selepas dah guna. Jangan jadi manusia tak bertamadun.
*Bawa bekalan ubat-ubatan yang cukup. Termometer, Voren supp, nose suction untuk sedut flu anak, ubat demam, koolfever, ubat batuk, ubat selsema, plaster, panadol, ubat arang atau pil chikiteon, sembelit, buasir. Kau mungkin cirit birit bila ke tempat orang. consult with your child's physician. Tanyalah pendapat apa lagi yang perlu dibawa. Oh ya, headphone untuk cover telinga anak kalau anak ada masalah hypersentive dengan bunyi.
Tapi jangan risau, sana pun ada je farmasi, cuma mahal sikit lah. Letakkan semua dalam 1 bag, masukkan dalam bag yang kau akan bawa kemana mana. Labelkan semua ubat.
*Baju dan seluar extra anak+plastik untuk kecemasan. mana tahu dia muntah. Diaper yang secukupnya, kalau tak beli je di pasaraya atau farmasi.
*Pemilihan pakaian pun penting. Anak aku ada masalah sensory, ada baju yang dia takkan pakai, bawak material yang dia selesa saja. biar dia pilih sendiri baju sejuk atau jacket dia suka. Cuma, elakkan lah pergi tempat yang terlalu sejuk atau panas menggila. Elakkan juga peralihan musim, sebab akan kerap hujan tak tentu masa. Ada sekali tu waktu di Netherlands, hujan tak renti renti. Fuhhh, kelat betul muka aku time tu, sebab kasut basah, anak anak lagi meragam. Elakkan la ya? Kalau pergi juga, bawalah ponco. Aku beli je kat sana. Kalau boleh pakai boot yang tapaknya berbunga supaya tak licin bila berjalan.
*Passport kau, duit ringgit, letakkan di dalam baju sejuk, bahagian depan baju, ada baju poket depan serupa doraemon lebih baik. Pickpocket dieorang selalunya bukan kaleng kaleng. Level mencuri dieorang memang power!
*Baby wipes, bekas air mineral kecil yang jenis boleh dilipat, kau standby juga. Ada toilet kau tak boleh nak basuh kencing pun macam malaysia. air tu, senang kau nak wudhu anggota penting.
* Toys,buku cerita, pen, pensil warna, kertas yang baru, yang boleh buat anak teruja bila mood dia dah kelaut. Gadjet adalah alternatif terakhir.
* Tag nama dan nombor telifon di lengan anak, atau kad nama di dalam poket seluar anak. Pakaikan safety harness jika sukar nak kawal anak yang suka meloloskan diri.
* Sebaik saja kau sampai negara kau nak pergi,guna simkad negara kita lawati berbanding roaming. pastikan kita maklumkan pada family, jiran atau sahabat baik kita. kalau whatsapp tu boleh terus guna saja kan walaupun simkad lain.
* Bawa sunblock, lotion, pelembab bibir sebab kalau dah sejuk sangat tu mulalah gatal sana sini kulit kering kan.
* Bawa adaptor dan plug international. Plug negara luar tak sama dengan dalam negara kita. Ini memang penting.
* Duit, kad debit yang diaktifkan, kad kredit , yang secukupnya. Jangan boros tak tentu hala. Plan nak shopping apa, dan kalau ada yang jenis suka kirim barang tapi tak bayar tu, tak payah kawan dengan dia.
semua ni mungkin banyak kena mengena dengan kau, tapi bila semua ni setel, mood kau ok, anak pun lebih tenang. Jangan lupa check passport kau mati ke belum, print semua tiket flight, hotel, dan rancang itinerari sebelum travel ke luar negara.
5# PASTIKAN SEMUA DIBAWA
Setiap kali nak keluar dari bilik hotel, check semua barang keperluan anak, kita, ubat, mesti lengkap dalam bag.Payah la wey nak patah balik bagai. Bahagi la tugas antara kau dan pasangan. Saling mengingatkan ok?
6# PILIH PENGANGKUTAN YANG PALING SESUAI UNTUK ANDA DAN ANAK-ANAK
Kalau sesuai nak drive, sewalah kereta. Pastikan kau ada lesen antarabangsa. Kalau sesuai naik train, naiklah train. check betul betul ada lift tak nak angkut stroller semua tu. Kalau payah sangat, naik sajalah teksi. Pastikan kau sangat jelas kat mana klinik atau hospital berhampiran supaya kau mudah decide nak naik pengangkutan apa. Kalau naik bot ke apa ke kau kena fikir dulu anak sesuai ke tidak. Kenal pasti apa yang selalu trigger anak. Aku pernah sewa kereta, ini lebih santai dan tak stress. Elakkan ikut trip ramai-ramai orang supaya kau lebih fleksibel. Anak begini kau tak boleh jangka drama air mata dia.
7# AWARENESS
Sediakan kad informasi dalam Bahasa Inggeris tentang kondisi anak. Kalau anak meltdown atau tantrum dalam flight, tengah alam, kau bagi saja orang sekeliling yang sedang memandang. supaya mereka maklum sungguh. Kau pun tak sakit hati dipandang.
8#SOCIAL STORY
Explain pada anak, secara visual atau bercerita yang kau akan bawa dia ke sekian sekian tempat, apa yang dia akan jumpa dan sebagainya. Dan bila di negara kau nak pergi, explain juga itinerari pada setiap hari supaya dia lebih jelas.
9# ENJOY!
ini family trip, jadi tenang-tenang saja supaya kau dan anak-anak happy. Yang penting fleksibel mengikut situasi. Kalau ramalan cuaca kurang baik, dan mood anak pun kelaut, maybe boleh tukar itinerari pada hari tu. Jadikan pengalaman bercuti ni momen paling indah buat keluarga. Jangan mahukan semuanya sempurna, pasti ada perkara yang tak dapat dielakkan berlaku ok?
Datuk Afdlin Shauki dan isteri, Datin Marcella sambut ‘anniversary’ pertama,” Allah hantarmu dalam hidupku. Datuk Afdlin Shauki dan isteri, Datin Marcella menyambut ulang tahun pertama perkahwinan mereka.
Namun yang menarik perhatian warga maya ialah ucapan romantis pelakon dan pengarah Datuk Afdlin Shauki itu kepada isterinya.
“Salam ulang tahun cinta. Syukur kepada ALLAH SWT kerana menghantarmu dalam hidupku.
“I am nothing without my family. Love you my love. Bismillah cinta,” tulis Afdlin di ruangan kapsyen serta foto perkahwinan.
Pasangan ini mempunyai jarak usia 25 tahun. Afdlin atau nama sebenarnya Afdlin Shauki Aksan bertemu jodoh dengan Marcella yang merupakan bekas pekerjanya dan diijabkabulkan pada Ogos 2023.
Pasangan ini mengambil keputusan tidak terlalu menguar-uarkan mengenai perkahwinan mereka atas permintaan arwah bapanya sebelum menghembuskan nafas terakhir pada April tahun lalu.
“Alhamdulillah, kami dapat tunaikan. Ketika itu, arwah minta kami cepat berkahwin. Kami akhirnya dapat tunaikan dan selepas itu, arwah meninggal dunia,” katanya.
Mungkin sebelum ini Afdlin mengambil pendekatan tidak terlalu berkongsi mengenai Marcella. Namun kehadiran Marcella mengubat duka lara sepanjang bergelar duda.
Untuk info, Afdlin pernah mendirikan rumah tangga dengan Maria Christina Orow Abdullah pada 1997. Pasangan ini berpisah pada April tahun lalu.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu aktres Mia Sara, Anais dan Ileana Matin.
Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!
Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.
Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.
Sesetengah orang perempuan, tidak keterlaluan jika dikatakan seakan begitu obses dengan produk tupperware.
Pantang sekali kalau ada sesiapa yang hilangkannya. Boleh tak senang duduk dibuatnya.
Malah bukan suatu yang menghairankan bila rata-rata Encik suami pun faham bebelan yang bakal didengar bila bekal yang diberikan tidak dibawa pulang dengan selamat.
Kisah seperti ini turut dikongsikan oleh Cikgu Mohd Fadli Salleh ini bila mana anaknya tertinggal botol air tupperware di sekolah. Beliau sanggup patah balik untuk ambilnya.
Ikuti kisah yang mencuit hati ini berkenaan tupperware.
Pergi ambil anak kat sekolah tadi dah jam 6:30 dah pun. Sampai kat jaga, Asyraff naik motor aku. Baru nak gerak, dia cakap,
“Ayah. Beg duit adik tertinggal kat kelas. Ada duit RM8 lagi dalam untuk untuk belanja esok dan lusa.”
“Biar la beg duit tu. Esok pagi ayah pergi tengok.”
Aku malas nak masuk dalam sekolah dah. Jauh juga jaga ke kelas dia. Kami pun bergerak pulang. Baru sekejap bergerak, Asyraff cakap lagi,
“Botol air pun tertinggal ayah.”
“Sreeettttt!”
Terus aku brek emergency.
“Kenapa tak cakap. Duit hilang ayah boleh niatkan sedekah. Kalau botol air hilang, bukan setakat Adik kena marah. Ayah pun mungkin hilang nyawa. Tupperware ke dik?”
“Tak tahu jenama apa.”
Ah, Tupperware ke, Tipuware. Kalau tinggal botol air kat sekolah boleh hilang nyawa woih.
Yang kelakarnya, waktu anak aku masuk kelas, ada seorang lagi lelaki di temani anaknya baru keluar dari kelas darjah 3 tingkat atas. Dari jauh aku laung,
“Kenapa tu bang?”
“Tertinggal botol air cikgu!” Balasnya dari kejauhan.
“Tupperware ke?” Jerit aku lagi.
“Yaaaaa!”
“Kahkahkah.”
Kami gelak bersama. Laju dia gerak balik. Tak sempat nak ambil gambar bukti. Lewat balik pun boleh kena soal siasat juga weh. Bahaya main dengan kaum wanita ni. Seram.
Waktu keluar pintu sekolah, jaga pula tegur,
“Tertinggal apa cikgu?”
“Nyawa.”
Senyum je jaga dengar jawapan aku. Entah dia faham entah tidak. Lantakkan.
Gitu je aku jawab lantas pecut balik rumah dengan penuh kelegaan.