Rumahku syurgaku, begitulah ibarat yang boleh dilihat kepada sebuah rumah daif yang agak kekurangan ini. Hanya berdindingkan batu bata dan berlantaikan simen biasa, sudah cukup menjelaskan keluarga ini menjalani kehidupan seadanya.
Tapi sikap pembersih dan kemas menjadikan rumah ini selesa dan sedap mata memandang. Begitulah perkongsian beberapa keping gambar yang dikongsikan oleh Febby Ridwan F. Bue telah menarik perhatian warganet.
Siapa sangka, biarpun miskinharta, rumah tetap ditata hias kemas dan tersusun seadanya, sedap mata memandang. Sungguhpun kisah ini disebuah kediaman negara Indonesia namun ia tetap memberi inspirasi global bahawa semua golongan inginkan sebuah rumah yang tenang dan damai serta bersih.
Biarpun tidak mewah tapi boleh ditata hias seadanya mengikut kemampuan masing-masing. Apa yang pasti, sikap diri sendiri yang menjadikan rumah itu kekal bersih dan tenang.
Ads
Ruang dapur
Meninjau di ruang dapur jelas mengambarkan pemilik seorang yang displin dan teratur. Segala kelengkapan tersusun dengan kemas. Kuali walaupun di gantung tetapi diletakkan sebaris mengikut jenisnya. Manakala bekas lain digantung di tempat lain. Begitu juga dengan sudip yang disusun secara teratur.
Ads
Rak pinggan tidak dibiarkan berselerak. Pinggan diletakkan dengan kemas. Lebih menarik rak pinggan diletakkan bersebelahan dengan meja makan.
Bekas di rak dapur tersusun dengan kemas.
Tema hijau
Sebahagian barang-barang didapati berwarna hijau.
Sungguh inspirasi! Apa yang pasti, kita harus mengurus rumah supaya isirumah sentiasa selesa dan gembira duduk dirumah. Syukur seadanya!
Bila ada tanda-tanda ketidakstabilan hormon bagi dalam diri kita, wajar untuk segera diambil tindakan untuk mengembalikan semula keseimbangannya.
Jika tidak dirawat, pasti sahaja keadaan tersebut akan menjadi penyebab kitaran haid terganggu, masalah keguguran rambut, kulit berkedut dan sebagainya menjadi lebih serius.
Jadi untuk itu, ayuh kita baca perkongsian daripada doktor ini agar kita boleh merawatnya selain sekadar bergantung kepada pil hormon semata-mata.
TIPS MUDAH MENGIMBANGKAN SEMULA HORMON DALAM TUBUH WANITA
Ramai wanita yang mengalami masalah ketidakseimbangan hormon hingga menyebabkan kitaran haid tidak menentu, emosi yang tidak stabil, rambut keguguran, kulit menjadi berkedut dan kering, muka menjadi kusam dan mudah rasa penat.
Pengambilan pil hormon tidak membantu kerana ia hanyalah suatu langkah bersifat sementara. Apabila berhenti pengambilan pil hormon, kita mengalami masalah yang berulang yang sama.
Yang terbaik adalah kita membantu tubuh kita mencapai keseimbangan ini dari dalam tubuh.
Selalunya bila kita bercakap tentang ketidakseimbangan hormon, tahap hormon estreogen yang terlalu tinggi.
Estrogen adalah hormon yang bertanggungjawab terhadap ciri ciri kewanitaan seperti keanjalan kulit, menstabilkan emosi, menjaga kesihatan rambut, kitaran haid yang tetap, kekuatan wanita, selain penting dalam mencegah penyakit seperti kerapuhan tulang, sakit jantung, dan dementia.
Antara langkah yang boleh dilakukan :
1. Kurangkan pendedahan terhadap bahan kimia sintetik seperti pencuci lantai, kosmetik seperti gincu, losen siang/ malam, serum muka, ‘personal care’ seperti sabun mandi, deodoran, baja kimia dan racun serangga. Pastikan kita memakai sarung tangan jika penggunaannya tidak dapat dielakkan.
2. Kurangkan lemak berlebihan dalam badan dengan menurunkan berat badan. Tisu tisu lemak pada tubuh juga penting tetapi jangan berlebihan kerana ia mengundang pelbagai masalah kesihatan.
3. Tambahkan dan pelbagaikan sumber protein dan lemak sihat dalam hidangan. Tanpa protein yang mencukupi kita mungkin akan berasa cepat lapar dan ini akan menyebabkan kita ketap makan dan bertambah berat badan.
Protein yang sihat seperti ikan, telur dan ayam juga penting untuk kesihatan rambut, pembinaan otot dan merawat tisu yang rosak. Lemak sihat seperti minyak zaitun dan minyak kelapa dara.
4. Membantu proses perkumahan toksin dengan mengamalkan banyak sayur-sayuran dan buah buahan atau makanan yang disebut sebagai Quranic Food seperti minyak zaitun, buah teen, buah delima, anggur, pisang dan kurma. Ia mengandungi cukup mineral, vitamin dan antioksida.
5. Elakkan penggunaan gula putih atau sebarang gula tambahan dalam minuman dan makanan.
6. Tambahkan sumber vitamin E, vitamin C dan vitamin D dalam makanan. Vitamin D dapat ditingkatkan dengan pendedahan selama 10-15 minit setiap hari pada sinaran matahari yang tidak terik. Dalam banyak kajian, mereka yang kekurangan vitamin-vitamin ini walaupun cukup makan, akan mudah mengalami obesiti, sindrom metabolik dan sesetengah kanser. Pengambilan suplemen vitamin yang bersesuaian mungkin membantu menambahkan sumber vitamin untuk tubuh kita.
7. Pastikan makanan kita mengandungi mineral yang penting seperti magnesium, zinc, selenium yang mencukupi. Ia penting dalam keseimbangan hormon dan merangsangkan metabolisme tubuh.
8. Dapatkan tidur yang mencukupi, kawal stress, lakukan senaman ringan dan cukup minum air kosong.
Menjadi guru bagi anak istimewa sememangnya memerlukan kesabaran dan pengorbanan yang tinggi.
Mereka tidak seperti murid normal yang lain, walaupun ada kekurangannya namun sekiranya kita betul-betul memahami, kita akan dapat melihat keistimewaan murid-murid ini.
Baru-baru ini, seorang guru Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), Elleya telah berkongsi pengalaman apabila seorang anak muridnya yang bernama Ishraf telah hilang.
“Semua geng PPKI jadi detaktif conan petang ni. Merayap satu Melaka pusing cari budak bertuah ni.”
Artikel Berkaitan
Menurutnya, Ishraf telah keluar menaiki basikal seorang diri. Difahamkan kanak-kanak istimewa itu telah mengayuh basikal dari Pokok Mangga ke Bandar Hilir dan selepas itu ke Bandaraya Melaka.
“Tapi Allah memang melindungi anak-anak syurga ini, akhirnya jumpa di Sushi King Aeon Bandaraya. Syukur, Ya Allah. “
“Putus jantung cikgu-cikgu.”
Alhamdullilah, Ishaf dijumpai oleh orang yang bertanggungjawab.
“Tq so much Sushi King Aeon Bandaraya yang mesra OKU dan sudi menyantuni anak-anak syurga ini.”
“Dikurniakan orang yang baik sekeliling kita itu satu rahmat yang sangat besar.”
Terima kasih para pendidik yang begitu ikhlas menjaga, mendidik dan menyayangi anak-anak istimewa ini.
Semalam penyanyi nombor satu negara menerusi memuat naik perkongsian bagi menjawab tuduhan kononnya dia tidak turun padang membantu mangsa banjir di Pahang.
Menerusi laman instagramnya, Datuk Seri Siti Nurhaliza memberitahu keadaan dirinya yang sedang berbadan dua membataskan pergerakannya untuk turun ke tempat kelahirannya itu.
Begitu pun, Siti telah menghantar bantuan berupa barangan keperluan buat mangsa banjir di sekitar Pahang.
Bekalan barangan keperluan dihantar dari Kuala Lumpur kerana beberapa hari ini sukar mendapatkan bekalan yang cukup dari daerah sekitar di Pahang yang mengalami banjir. Semoga perjalanan team kami ke sana dipermudahkan Allah, fasa pertama dan moga dilapangkan terus rezeki untuk fasa seterusnya.
Saya tidak dapat turun padang dan melihat sendiri kesukaran di Lipis khususnya, bukan tidak mahu tetapi keadaan saya tak mengizinkan. Meskipun ramai yang bertanya, apakah saya tidak berbuat apa-apa? Allah! Tubuh saya mungkin tidak berada di sana tetapi doa dan juga usaha saya, usaha kalian semuanya sampai ke sana.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.