Kata orang bila gigi bongsu hendak tumbuh memang sakitnya hanya yang pernah rasa sahaja tahu. Bahkan ada yang terpaksa melakukan pembedahan kecil untuk membuang gigi geraham bongsu dek kerana sebab-sebab tertentu.

Jadi buat anda yang berhasrat untuk mencabut gigi bongsu, baca dahulu perkongsian Dr. Mohd Khairul Izwan untuk info bersama. Menurutnya, tips-tips ini penting bagi anda yang berhasrat untuk mendapatkan rawatan cabutan gigi di klinik pergigian ataupun bagi anda yang bakal menjalani pembedahan kecil bagi membuang gigi geraham bongsu:

1.Pastikan anda mendapatkan rehat dan tidur yang secukupnya pada malam sebelum anda pergi ke klinik gigi.

2.Pastikan juga anda telah makan terlebih dahulu sebelum pergi ke klinik. Tidak perlu terlalu kenyang tetapi memadai sebagai alas perut untuk badan anda mendapatkan tenaga yang cukup. Ini penting bagi memastikan anda berasa selesa sepanjang rawatan diberikan.

3.Sekiranya anda menghidap sebarang penyakit seperti darah tinggi, kencing manis dan sebagainya, pastikan anda telah mengambil ubat-ubatan harian yang perlu seperti yang telah diarahkan oleh doktor perubatan anda. Jangan tunda atau berhenti makan ubat yang sepatutnya dengan alasan anda mahu mencabut gigi.

Dr Ni Pesan Sebelum Nak Cabut Gigi Bongsu, Hadam Dulu Tip Ni Agar Cepat Sembuh!

4.Maklumkan juga kepada doktor gigi anda tentang masalah kesihatan yang anda hadapi. Jujur dan jangan sembunyikan apa-apa maklumat. Sekiranya anda mempunyai kad/rekod perubatan atau senarai ubat yang diambil, sila bawa bersama apabila berjumpa dengan doktor gigi anda.

5.Cuba tenangkan diri anda walaupun hakikatnya anda gementar atau rasa takut. Cuba kawal pernafasan anda. Alihkan perhatian anda kepada perkara lain seperti menonton TV di ruangan menunggu klinik atau membaca sesuatu di telefon pintar anda ketika menunggu giliran. Ketenangan anda amat penting agar anda selesa sebelum, semasa dan selepas rawatan dilakukan.

Selepas selesai gigi anda dicabut, anda haruslah mengikuti langkah-langkah berikut:

1.Gigit kapas yang dibekalkan dengan kuat dan gantikan setiap 30 minit sehingga darah betul-betul berhenti.

IKLAN

2.Elakkan berkumur-kumur selepas cabutan gigi agar proses pembekuan darah tidak terganggu.

3.Telan air liur dan elakkan daripada kerap meludah.

4.Elakkan daripada makan atau minum sesuatu yang panas.

5.Bagi perokok, elakkan merokok dalam tempoh sekurang-kurangnya 48 jam selepas cabutan gigi kerana asap rokok boleh menggangu proses penyembuhan luka.

Dr Ni Pesan Sebelum Nak Cabut Gigi Bongsu, Hadam Dulu Tip Ni Agar Cepat Sembuh!

6.Elakkan minum menggunakan straw kerana straw boleh meningkatkan tekanan di dalam mulut dan mengganggu proses pembekuan darah.

IKLAN

7.Boleh tuam pipi di bahagian bekas cabutan gigi menggunakan ais untuk membantu meredakan kesakitan.

8.Jangan usik luka bekas cabutan menggunakan lidah ataupun jari.

9.Makan ubat yang dibekalkan oleh doktor gigi anda.

10.Berehat dan elakkan daripada melakukan kerja atau senaman yang berat.

ARTIKEL MENARIK : Anak Selalu Bergeser Gigi Ketika Tidur, Ni Saranan Dr Ibu Ayah Perlu Ambil Tahu!

IKLAN

Pastikan anda mengikut tips-tips yang telah dikongsikan ini agar anda tidak mengalami gejala “Dry Socket”.

Ingin tahu apa itu dry socket? Rujuk pautan berikut:

https://www.facebook.com/100012491670895/posts/932981557128225/?d=n

https://www.facebook.com/100012491670895/posts/1084897715269941/?d=n

Paling penting, pastikan anda mendapatkan rawatan di klinik pergigian yang berdaftar dan elakkan daripada pergi mendapatkan rawatan dengan doktor gigi yang tidak bertauliah seperti kisah yang pernah saya kongsikan di sini:

https://www.facebook.com/100012491670895/posts/1092965454463167/?d=n

Semoga bermanfaat!

“Anda jaga gigi, anda tidak rugi”.

Sumber : Dr Mohd Khairul Izwan

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI