Hari raya ini, ramai yang mengambil peluang untuk pulang ke kampung halaman bagi bertemu dengan ibu bapa serta sanak saudara. Bagi yang diperantauan, momen sebegini jarang sekali didapati kecuali hari raya sebab itulah mereka tidak akan melepaskan peluang ini untuk meraikannya bersama.

Bagi mereka yang ibu dan bapa masih sihat lagi, tentu perayaan bertambah meriah dengan pelbagai juadah yang disediakan oleh ibu dan ayah bagi menyambut kepulangan anak-anak.

Namun ada juga yang berhadapan dengan ujian apabila ibu dan bapa sudah tiada atau pun sedang uzur. Pasti kemeriahannya kurang berbanding sebelumnya.

Seorang jururawat bernama Harnisah Nisa baru-baru ini berkongsi mengenai kejadian yang berlaku di tempat kerjanya.

Menurutnya, dia telah terdengar perbualan antara waris dengan seorang doktor.

IKLAN

Anak Derhaka: “Doktor tulis sahaja sakit apa pun, janji dia (mak) boleh masuk wad.”

Doktor: “Mana boleh macam tu, mak cik sihat, cuma dah lama kena ‘stroke’ kan.

Anak Derhaka: “Bolehlah doktor. Esok dah nak raya, kami nak berjalan. Susahlah kalau bawa (mak) sekali dengan kerusi roda. Kalau dia masuk wad, ada orang jaga. Seminggu sahaja doktor”.

IKLAN

Bagi Harnisah, tindakan lelaki itu jelas sekali mementingkan diri. Hanya kerana mahu menyambut hari raya dengan tenang, dia sanggup meninggalkan ibunya di bawah jagaan orang lain. Lebih teruk lagi, lelaki itu menganggap hospital sebagai tempat pembuangan warga tua.

“Sanggup minta (mak) dimasukkan ke wad semata-mata nak senang beraya. Ladang pahala di depan mata, bertukar menjadi ladang dosa.

“18 tahun menjadi seketul misi di Unit Rawatan Rapi (ICU), inilah sketsa tahunan setiap kali lebaran. Selagi ada mak ayah, jagalah sebaik mungkin,” katanya.

IKLAN

Sumber : Kosmo

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

Drama Anak Derhaka! Sanggup Pujuk Doktor Tahan Mak Dalam Wad Seminggu Sebab Nak Berjalan Sewaktu Raya

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI