Dua beradik warga Myanmar maut dipercayai selepas memakan sisa makanan dalam tong sampah di Kampung Baru Sungai Tepa, Bukit Malut di Langkawi.
Memetik laporan Bernama, ketika kejadian sekitar jam 5.30 petang, bapa mangsa ternampak kedua-dua anaknya yang dikenali dengan nama Nizambudin dan Ngei Jamaludin berada di kawasan tong sampah dalam keadaan terhuyung-hayang dan mulut berbuih.
Menurut Ketua Polis Daerah Langkawi Asisten Komisioner Shariman Ashari, si bapa yang panik dengan situasi tersebut segera membawa anak-anaknya yang berusia empat dan dua tahun itu ke rumah jiran berdekatan. Beberapa minit kemudian, penduduk kampung mendapati kedua-dua mangsa sudah tidak bernafas sebelum menghubungi pihak polis.
Hasil siasatan awal mendapati bapa mangsa bekerja mengambil upah membaiki kelengkapan bot selain melakukan kerja-kerja kampung. Keluarga kecil ini juga tidak mempunyai kediaman tetap dan hanya menumpang di rumah jiran.
Difahamkan, mayat kedua adik beradik itu di hantar ke Hospital Sultanah Maliha untuk proses bedah siasat dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).
Jangan pandang ringan jika ada sebarang simptom tau! Lebih-lebih lagi yang membawa ke arah kanser. Jangan ambil mudah! Jom dengar perkongsian dari Dr Salmi Daraup tentang kanser serviks.
Ads
Jom saksikan juga video tentang penjagaan gigi. Katanya ada cara berus gigi yang betul. Jadi nak tahu detail, kenalah tonton video ni ye!
Tonton juga video ini bagi anda yang mempunyai airfryer. Rupanya macam-macam aksesori ada untuk memudahkan kita memasak menggunakan airfryer.
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Tahniah diucapkan buat penyampai radio, Chiwan yang kini bergelar bapa selepas isterinya, Amira Ayuni Hashim selamat melahirkan cahaya mata sulung mereka.
Kongsi Chiwan menerusi Instagramnya, bayi perempuan seberat 2.9 kilogram itu dilahirkan secara normal dan berada di dalam keadaan yang baik dan sihat.
“Alhamdulillah. MasyaAllah TabarakAllah, malaikat kecil ku Baby ChiCin lahir 11.02 am.
“20 January 2025, berat 2.9kg 🤍,” tulis Chiwan ringkas.
Paling mengharukan kata Chiwan, dia tidak menyangka isterinya melahirkan puteri kesayangan mereka lebih awal dari tarikh jangkaan.
“Sepatutnya isteri saya dijangka bersalin pada 26 Februari ini tetapi pagi semalam air ketuban pecah. Sebelum ini doctor pun ada pesan kalau air ketuban pecah terus ke hospital.
“Isteri saya mahu melahirkan anak secara normal jadi apabila tiba di hospital doctor periksa sudah ada bukaan sebanyak tiga sentimeter, terus masuk wad.
“Awal pagi tadi kami semua bersedia dan alhamdulillah anak pertama kami selamat dilahirkan pada pukul 11.02 pagi, ” katanya berkongsi.
Menggalas tanggungjawab sebagai seorang bapa pada usianya kini 39 tahun, akui Chiwan dia teruja dengan rezeki hebat dari Allah SWT.
“Alhamdulillah sekarang saya sudah ada tanggungjawab sebagai bapa. Lagi pun umur saya pun sudah 39 tahun. Jadi kalau sebut soal persediaan, insyallah saya memang sudah bersedia.
“Siapa yang tidak mahukan anak, lebih-lebih lagi dalam usia seperti saya. Saya tidak terfikir pun, hanya serahkan rezeki pada rezeki. Alhamdulillah,” ujarnya.
Terdahulu, Chiwan bernikah dengan Amira pada 5 Mei tahun lalu dalam sebuah majlis yang diadakan di Bizmilla Eco Sanctuary, Telok Panglima Garang, Banting.
Tarikh: 22 Februari 2025 (Sabtu)
Lokasi: Masjid Negara Malaysia
Masa: 9.00 pagi – 12.30 tengah hari
Apa yang anak anda akan dapat?
✅ Sijil Penyertaan
✅ Goodies Istimewa Bintang Kecil
✅ Makanan disediakan
Bayaran hanya RM50! Terhad kepada 200 peserta sahaja! Jangan lepaskan peluang ni! Tempat terhad, daftar segera! Untuk maklumat lanjut, hubungi: 019-6222989 (Nor)
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sebelum ini pernah tular telefon bimbit yang dicas ketika tidur meletup. Namun siapa sangka, selagi tak kena batang hidung sendiri selagi tu la akan buat kan? Betul tak?
Itulah yang dialami sendiri oleh seorang pengguna Tiktok yang memuat naik gambar telefon bimbitnya yang terbakar akibat meletup ketika cas semasa tidur.
Menerusi perkongsian itu, jelas menunjukkan keadaan telefon bimbit telefon hangus sehingga membuatkan pemiliknya, Muhammad Irfan Aiman Mohd Sobri serik untuk mengecas ketika tidur.
Malah, peristiwa itu telah membuatkan remaja berkenaan tidak berani untuk tidur dalam bilik berkenaan sambil menceritakan kejadian sebenar.
“Saya sudah serik untuk mengecas telefon bimbit ketika tidur dan buat masa ini tak berani nak tidur dalam bilik berkenaan kerana teringat apa yang berlaku.
“Saya memang tak sedar apa yang berlaku sehingga 5 pagi, itu pun selepas kakak kejut untuk bangun.
“Waktu itu, bilik sudah dipenuhi asap jadi saya pun segera keluar untuk selamatkan diri dan mengelak sesak nafas,” katanya.
Dalam pada itu, Muhammad Irfan Aiman memanjatkan kesyukuran kerana dirinya selamat dan masih dipanjangkan usia selain tidak berlaku kebakaran besar akibat insiden melibatkan telefon bimbitnya yang telah digunakan sejak dua tahun lalu.
“Alhamdulillah, Allah lindungi saya cuma apa yang berlaku itu akan beri pengajaran buat saya untuk tidak mengecas telefon bimbit ketika tidur atau bermain dengannya ketika proses pengecasan,”luahnya.
Sementara itu, kakaknya, Nurain Najihah tidak menyangka video yang dimuat naiknya menerusi TikTok miliknya tular, sedangkan niatnya hanya sekadar mahu memberi peringatan kepada orang ramai.
“Tak sangka boleh tular kerana saya kongsikan video itu supaya ramai lebih berhati-hati.
“Ia kerana insiden itu sudah berlaku kepada adik saya sendiri jadi tak nak ia terjadi kepada orang lain.
“Setakat ini, tiada yang kecam sebaliknya ramai kongsi ada tabiat sama (mengecas telefon ketika tidur) dan mahu mengubahnya (tabiat) demi kebaikan kerana bimbang berlaku kejadian tak diingini,” katanya.
Meninjau di ruangan komen Tiktok tersebut, ada yang mencadangkan untuk memakai wayar USB yang auto cut bila bateri sudah penuh. Tidak kurang juga ada yang menasihatkan jangan letak di atas katil khuatiri kejadian seperti ini akan berulang.
Sumber: Harian Metro (Redzuan Muharam), TikTok @nurain.najiha
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bercucuk tanam jika diusahakan meskipun secara kecil-kecilan boleh dijadikan sumber rezeki sekiranya diusahakan dengan gigih. Ini sebagaimana bak kata pepatah, yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang.
Apa yang pasti, setiap rezeki itu perlu diusahakan untuk memperolehinya.
Begitulah yang sedang diikhtiarkan oleh pasangan suami isteri OKU (Orang Kurang Upaya) ini dalam meneruskan kehidupan untuk membesarkan anak-anak.
Meskipun terpaksa merangkak untuk menanam anak pokok di kebun seluas 0.2 hektar, tidak sedikit pun menghalang suami ini bersama isterinya mengusahakan tanaman di Kampung Pulau Hilir, Kubang Kerian sepertimana yang dilaporkan di Sinar Harian.
OKU fizikal berkenaan, Muhammad Hafidz Abdul Rahman, 40, berkata, bahkan berbesar hati melakukan kerja halal itu bagi menyara kehidupan isteri, Nurul Izzaifah Daud, 33, bersama dua anak perempuan mereka yang normal berusia lapan tahun dan enam bulan.
Katanya, dia perlu merebahkan badan dan merangkak untuk menanam anak pokok kerana kedua-dua belah kakinya tidak dapat diluruskan dan terpaksa berjalan dalam keadaan lutut yang membengkok.
“Tidak jadi masalah sebab keadaan ini saya hadapi sejak lahir, sama juga seperti keadaan isteri.
Kami adalah bekas atlet paralimpik Kelantan, saya dalam sukan angkat berat manakala isteri bermain bola jaring.
Pasangan orang kurang upaya (OKU) fizikal, Muhammad Hafidz Abdul Rahman, 40, (kanan) dan isteri, Nurul Izzaifah Daud, 33, bersama-sama mengupas kulit kunyit sebelum dikisar dan digaul bersama garam sebelum dijual kepada pelanggan.
“Cuma sekarang tidak boleh merangkak terlalu lama kerana akan terasa sakit pada bahagian pinggang, berbeza berbanding ketika usia muda dahulu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di kebun Rimba Organik Komuniti (ROK) di Kubang Kerian di sini.
ROK dijalankan dengan kerjasama Min House Camp, Universiti Sains Malaysia (USM), Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma), Persatuan Sindrom Down Kelantan dan Persatuan Pertanian Kelantan melibatkan 20 OKU yang mengusahakan kebun di tanah wakaf sebagai ikhtiar sara hidup sejak Ogos tahun lalu.
Muhammad Hafidz berkata, pihaknya tidak mahu mengharapkan belas ihsan orang ramai sebaliknya berusaha dan dia sendiri mempunyai pekerjaan tetap sebagai pereka grafik manakala isterinya pula membuat kuih-muih serta mengambil pelbagai tempahan makanan kenduri.
“Saya bermula sebagai pereka grafik pada tahun 2013 dengan bekerja di sebuah syarikat namun terjejas akibat Covid-19 dan syarikat terpaksa gulung tikar pada 2019.
“Sejak itu saya melakukan kerja sebagai pereka grafik untuk iklan dan risalah secara sendiri menerusi promosi di Facebook dengan memperoleh pendapatan kira-kira RM700 sebulan bergantung kepada tempahan pelanggan,” katanya.
Nurul Izzaifah pula berkata, pokok ulaman dan sayuran seperti kunyit, lengkuas dan serai yang ditanam di kebun itu akan dijual oleh mereka bagi menambahkan pendapatan.
“Selain menjual secara terus, saya juga memproses kunyit menjadi garam kunyit yang siap dikisar dan dijual RM2 bagi bekas kecil manakala RM10 untuk saiz yang lebih besar.
“Alhamdulillah, terlalu ramai membantu termasuk Macma yang membina rumah di kebun ini dan setiap kami menerima bantuan Elaun Pekerja Cacat (EPC) berjumlah RM450 setiap bulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya.
Bagi yang ingin membantu boleh salurkan ke akaun Bank Islam Nurul Izzaifah Daud 03036021177976 atau hubunginya di talian 0179624044.
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.