Raya kali ini menjadi lebih bermakna, apabila Khairul Aming sekali lagi meneruskan tradisi indahnya dengan memberikan duit raya yang melimpah ruah kepada setiap stafnya, menceriakan mereka dengan kemurahan hati yang tidak terhingga..
Pempengaruh terkenal, Khairul Aming terus mengekalkan tradisi memberi kegembiraan kepada stafnya dengan memberikan duit raya dalam jumlah yang banyak kepada setiap seorang daripada mereka.
Belanja Staff Lagi!
Melalui sebuah video yang tular di media sosial, Khairul Aming, atau nama penuhnya Khairul Amin Kamarulzaman, 33, telah mengejutkan ramai apabila membawa staf-stafnya yang bekerja di dua kilangnya untuk membeli persiapan Hari Raya, termasuk baju raya dan barangan keperluan lain.
Ads
Duit Raya Berkepuk!
Selain itu, dia juga dilihat dengan murah hati memberikan duit raya dalam jumlah yang banyak kepada para stafnya, disertakan dalam sampul duit yang penuh berkat.
Lebih menggembirakan lagi, Khairul Aming turut membawa mereka semua berbuka puasa di hotel, dan beliau sangat bersyukur serta merasa amat bahagia kerana diberi rezeki untuk meneruskan tradisi yang sama seperti yang dilakukan pada tahun-tahun sebelumnya.
Ads
Melihat ke ruangan komen, ramai yang menyuarakan rasa ‘cemburu’ terhadap keberuntungan staf di dua buah kilang milik usahawan tersebut, yang bertuah mempunyai majikan yang sangat pemurah.
Beberapa orang juga turut bergurau, bertanyakan peluang pekerjaan di kilang pempengaruh itu, dengan harapan dapat merasai sendiri kebaikan bekerja di situ.
Ads
Namun, meskipun begitu, mereka tetap mendoakan agar rezeki Khairul Aming sentiasa dipermudahkan dan beliau terus menjadi seorang yang pemurah, supaya lebih ramai yang dapat dibantu.
Pasangan personaliti media sosial Ryzal Ibrahim dan isterinya Maryam Younarae menyambut kelahiran anak kedua mereka di sebuah pusat perubatan swasta pada pagi rabu.
Menerusi laman sosial Instagram, Ryzal berkongsi beberapa foto bayi lelaki untuk tatapan umum.
Menerusi perkongsian di Instagram, Ryzal memaklumkan bahawa putera mereka selamat dilahirkan pada hari Rabu, tepat jam 2.29 pagi di sebuah hospital swasta.
Pasangan popular yang dikenali sebagai Durian Kimchi, memberitahu bayi seberat 3.67 kilogram itu berkongsi tarikh lahir yang sama dengan ibunya, menjadikan momen kelahiran ini lebih bermakna buat keluarga kecil mereka.
“19th February 2025, 2:29AM, 3.67kg, lahirnya putera kami bersamaan hari kelahiran ibunya, Maryam pada 19th February 1992.
Syukur dengan anugerah dan rezeki Allah kurniakan, semoga amanah ini dapat kami jaga dengan seikhlas hati hingga nafas terakhir kami.”
Rina Diana Kini Bergelar Kakak!
“Dah sepasang”- Netizen
Meninjau di ruangan komen rata-rata mengucapkan tahniah kelahiran anak kedua pasangan ini.
“Congratulations.. bestnya dah sepasang”
“Alhamdulillah.. tahniah Maryam n ryzal.. Rina is kakak already”
“Welcome baby boy and happy birthday To Maryam”
Sumber: IG ryzalibrhm
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Lima beranak termasuk empat kanak-kanak rentung selepas kediaman mereka di Jalan Bakti, Kampung Berangan 6, Umbai di sini, musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.
Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Sufian Abu Bakar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran itu pada jam 1.40 pagi daripada orang awam.
Beliau berkata, dua jentera bersama 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Merlimau dan Padang Temu dikejarkan ke lokasi bagi operasi pemadaman dan tiba jam 1.51 pagi.
“Setibanya di lokasi didapati benar terdapat kebakaran membabitkan rumah separuh kekal berkeluasan 20 x 60 kaki persegi terbakar 80 peratus.
“Terdapat seorang wanita dewasa bersama empat kanak-kanak perempuan ditemui rentung dan seorang lelaki ditemui masih bernafas.
“Kerja pemadaman masih dijalankan dan operasi terkawal,” katanya.
Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.
— BERNAMA
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Berita gembira buat warga Johor. Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah, Johor akan menjadi negeri pertama yang menawarkan gaji premium bermula RM4,000 dan RM5,000 kepada pekerja berkemahiran tinggi.
Menurut laman rasmi, theroyaljohor , tawaran itu dilakukan menerusi penubuhan Majlis Pembangunan Bakat Johor (JDTC) yang dilancarkan pada 3 November lalu.
Dalam pada itu, baginda bertitah, kerajaan negeri menerusi Johor Plantations Group Berhad (JPG) berjaya memeterai kerjasama dengan syarikat Jepun, Fuji Oil Asia Pte Ltd untuk membina kilang penapisan minyak sawit serta lemak khusus di negeri ini.
“Kerjasama ini membabitkan nilai pembangunan awal berjumlah RM500 juta. Kerajaan Negeri Johor turut bertemu dengan 83 syarikat terkemuka di Korea Selatan untuk mempromosikan inisiatif penubuhan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dan bakal membawa pelaburan strategik bernilai kira-kira AS$190 juta ke negeri ini,” titah baginda.
Titah baginda lagi, projek-projek berkenaan dijangka akan mencipta lebih banyak peluang pekerjaan untuk Bangsa Johor dalam beberapa tahun akan datang.
Dalam kenyataan di laman rasmi berkenaan, baginda memberitahu bahawa dalam masa terdekat Istana Besar Johor dan Bangunan Sultan Ibrahim di Bukit Timbalan akan dinaik taraf sebelum dibuka kepada umum.
Terdahulu, pengumuman itu telah dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang dilaporkan berkata, hasrat Johor itu akan dicapai dengan penubuhan JTDC.
Jari kanak-kanak lelaki, 10 tahun hampir putus, selamatkan anak kucing. Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun berdepan risiko kehilangan jari tangan selepas terlibat dalam insiden di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Hiliran, ketika cuba menyelamatkan seekor anak kucing yang terperangkap dalam longkang.