Jarang-jarang muncul di Instagram ibunya, perkongsian beberapa keping gambar yang dikongsikan Ayda Jebat bersama anak keduanya, Aali Mateen membuatkan ramai yang geram.
Mana tidaknya, gambar terbaru Aali Mateen yang dipangku ibunya dilihat semakin berisi pada usianya kini enam bulan.
Menerusi perkongsian Ayda, berat Aali kini sudah pun mencapai 10kg.
“Bagai di pampam dedek!
“Assalamualaikum semua. Bang Aali 6 bulan, 10kg,” tulisnya di kapsyen.
Ads
Bahkan kata Ayda lagi, pada usianya kini enam bulan, si comel Aali bukan hanya sudah pun makan makanan pejal tetapi sudah mula aktif dan tidurnya juga semakin lasak dan aktif.
“Geram tak? Membesar dengan sihat anakku. Dia dah mula berputar-putar satu katil gais.
Ads
“Dukung 5 minit lenguh tangan mama ni dedek. Kita pulak tulang je wak,” tulisnya berseloroh.
Meninjau diruangan komen, rata-rata peminat penyanyi genit ini tidak keruan dengan badan semangat dan berisi Aali. Ditambah pula dengan kulit putih gebu yang dimilikinya. Memang comel!
Ads
Terdahulu, Ayda mendirikan rumah tangga dengan Nabil Mahir pada 1 Januari 2021 dan menerima kelahiran anak pertama, Ana Nayla pada 21 September 2021.
Si comel Aali Mateen pula hadir melengkapkan bahagia mereka pada 12 Disember 2023.
Khabar bahagia menyelubungi keluarga selebriti Indonesia, Lesti Kejora dan suami, Rizky Billar apabila penyanyi terkenal itu selamat melahirkan anak ketiga mereka dalam keadaan sihat.
Namun di sebalik momen penuh syukur itu, doktor yang mengendalikan proses kelahiran Lesti turut menitipkan pesanan penting yang membuat ramai wanita ‘terdiam seketika’—bukan kerana mengejutkan, tetapi kerana ia berkait rapat dengan kesihatan ibu dan risiko kehamilan seterusnya.
Kisah kelahiran Lesti Kejora ini bukan sekadar berita gembira buat peminat, tetapi turut membuka perbincangan penting tentang keadaan dinding rahim nipis yang boleh memberi kesan kepada kehamilan akan datang.
Dalam video yang dikongsikan menerusi saluran YouTube keluarga mereka, doktor yang merawat Lesti, dr Nana Agustina Sp.OG, mengucapkan tahniah kepada pasangan itu sebelum menyatakan nasihat yang jelas.
“Selamat ya buat semuanya. Alhamdulillah semua baik, aman insya Allah. Tapi udah cukup tiga lah ya, jangan nambah lagi. Cukup ya,” kata doktor itu.
Bukan sekadar ‘pesan biasa’ selepas bersalin, dr Nana kemudian menjelaskan sebab utama mengapa Lesti tidak digalakkan hamil lagi.
Menurut doktor, keadaan dinding rahim nipis yang sudah mula berlaku pada Lesti boleh menyebabkan kehamilan seterusnya menjadi lebih berisiko.
“Dinding rahimnya sudah mulai tipis, makannya tiga aja, jangan nambah lagi yah.”
Perkongsian itu serta-merta mengundang perhatian ramai, terutama golongan ibu yang memahami bahawa proses hamil dan melahirkan bukan sekadar soal emosi, tetapi turut melibatkan kekuatan tubuh dan ada waktunya tubuh perlu diberi ruang untuk ‘berhenti’ demi keselamatan.
Keadaan dinding rahim nipis sering dikaitkan dengan kehamilan berulang, pembedahan caesarean sebelum ini, atau tekanan pada rahim yang berlaku selepas beberapa kali bersalin.
Nota Keluarga: Nasihat doktor biasanya diberi berdasarkan pemeriksaan klinikal dan sejarah kehamilan atau persalinan seseorang. Setiap wanita berbeza sebab itu penting untuk rujuk pakar O&G bagi penilaian yang tepat.
Dalam masa yang sama, Rizky Billar turut berkongsi rasa terharu melihat puteri kecil mereka buat kali pertama. Menurutnya, bayi mereka kelihatan mirip anak sulung, Muhammad Levian Al-Fatih Billar (EL).
“Agak mirip abang EL sih, lebih dominan abang El. Tapi nggak tahu juga kayaknya berubah. Tapi kombinasi, ada lesung pipinya tadi,” katanya.
Bagi ibu-ibu, bab “mirip siapa” memang antara topik paling comel setiap kali ada kelahiran baharu hari ini nampak macam abang, esok mungkin “copy paste” ibu pula!
Untuk rekod, Lesti Kejora dan Rizky Billar menyambut kehadiran anak ketiga mereka pada Isnin, 23 Februari 2026.
Bagaimanapun, Billar hanya mengumumkan berita gembira itu beberapa hari kemudian iaitu pada Jumaat, 27 Februari 2026, menerusi perkongsian di media sosial.
Billar turut berkongsi momen menyentuh hati apabila dia mengadzankan bayi perempuan itu sebaik sahaja dilahirkan.
“Alhamdulillah telah lahir Putri kedua kami beberapa waktu lalu tepatnya pada tanggal 23 Februari 2026 dengan kondisi yang alhamdulillah sehat dan baik,” tulis Billar.
Sebelum ini, Lesti Kejora mengumumkan kehamilan anak ketiga pada 11 Oktober 2025 sekali gus menjawab spekulasi yang bertebaran ketika itu.
Malah Billar pernah menyebut hari perkiraan lahir (HPL) anak ketiga mereka juga jatuh pada bulan yang sama seperti dua anak terdahulu—iaitu Februari.
Uniknya, menurut Billar, ketiga-tiga anak mereka seakan ‘memilih’ bulan yang sama untuk hadir dalam keluarga.
Isu dinding rahim nipis yang disebut doktor sebenarnya membuat ramai wanita lebih peka tentang satu perkara: kehamilan bukan sekadar mahu, tetapi juga mampu dari sudut kesihatan.
Ada waktunya, seorang ibu perlu berhenti bukan kerana tidak sayang anak, tetapi kerana mahu terus hidup sihat untuk membesarkan anak-anak yang sudah ada.
Di sinilah peranan pasangan menjadi sangat penting—bukan menambah tekanan, tetapi menjadi pelindung, pendengar, dan sokongan utama kepada ibu yang telah melalui proses kehamilan dan kelahiran.
Kelahiran anak ketiga Lesti Kejora sememangnya berita menggembirakan buat peminat. Namun pesanan doktor mengenai keadaan dinding rahim nipis menjadi peringatan besar bahawa kesihatan ibu perlu sentiasa diutamakan.
Apa pun, ramai mendoakan agar Lesti diberikan pemulihan yang baik, kekuatan emosi sepanjang tempoh berpantang, dan puteri kecil mereka membesar sihat dalam limpahan kasih sayang keluarga.
Suami Isteri kena saling bantu membantu baru la harmoni rumahtangga. Betul kan?
Sekarang ni, ramai pasangan yang bekerjaya. jadi tolong menolong menguruskan rumah membersihkan rumah salah satu cara bahagiakan pasangan.
Dalam situasi begini, para suami kena ringan tulang membantu membantu isteri.
Sebagaimana perkongsian ini, menarik untuk dijadikan teladan untuk harmoni rumahtangga.
Gambar curi… Saya teringat Ustaz kami, Ustaz Samurin berpesan; “suami kalau sama-sama balik kerja, tolonglah isteri buat kerja rumah. Kalau isteri penat balik kerja, tanya dia apa yang kita boleh tolong”.
Itulah nasihat ustaz kami di KISAS satu ketika dahulu. Itulah yang kami belajar dalam kelas subjek Syariah STPM bukan setakat ajar isteri wajib taat pada suami semata-mata. Semoga Allah berkati Ustaz Samurin dan Ustazah Fauziah.
Antara sebab saya taknak merungut dan minta apa-apa dah kat suami. Gambar balik gheja, tak tukar baju akan terus ambil penyapu. Kalau tak pun pi angkat baju bila ada baju belum berangkat.
Anak-anak ni macam tu la, kemas sini, tang sana dia sepah. Pagi memang rutin dia akan clear kan dapur untuk saya masak.
Rumah ni abah kanak-kanak memang tak membebel, yang membebel pada adik-adik ialah abang-abang kepada kanak-kanak ribena.
Zaman dah berubah bila suami isteri bekerja maka kerja rumah kena kongsi satu rumah kan. Saya rasa kebanyakan suami sudah begini zaman sekarang.
Ada orang kata jangan pos gambar suami nanti ada orang mengendeng. Senang ja, lagi banyak rumah, lagi banyak kena sapu, masak, angkat baju, hantar anak pi sekolah. Kerja rumah tetap kena jalan cam biasa . Lagi banyak rumah, lagi banyak kerja rumah kan.
Baru-baru ini, usahawan dan influencer terkenal, Hafiz Mahamad meluahkan rasa syukur apabila dia telah berjaya merangkul pemenang utama Gempak Most Wanted Awards 2022 (GMWA22) dan anugerah Digital Influencer Tergempak.
Berikutan itu, Hafiz ada memuat naik satu perkongsian di laman Instagramnya, dia tidak menyangka sama sekali bakal menerima dua anugerah tersebut dan percaya rezeki yang diterimanya adalah hasil daripada menumpang rezeki isteri.
“Dua anugerah serentak semalam. Demi Allah, selama saya bersahabat dengan kamu di laman sosial. Tak terlintas niat saya untuk dibalas, dihargai dan lebih-lebih lagi menerima award.
“Jika ini ada lah rezeki, saya percaya. Ini adalah rezeki untuk “lelaki yang hanya menumpang rezeki isteri” dan awak semua,” ujarnya.
Bukan itu sahaja, Hafiz atau nama sebenarnya Abdul Hafiz Harisuddin Mahamad memaklumkan isterinya, Syafiqah Aina enggan naik ke pentas namun selepas Hafiz memaksa Aina untuk naik ke pentas sekali untuk menerima anugerah tersebut.
Dalam pada itu, dia menzahirkan ucapan terima kasih kepada pekerjanya yang selama ini memberi sokongan dan tulang belakang yang membantu berjaya sehingga ke tahap ini.
“Waktu naik ke pentas semalam, saya pimpin tangan isteri walaupun dari rumah lagi dia kata “abang jangan ajak sayang naik stage” nanti malu!
“Tidak Aina perlu ada. Sampai nafas terakhir, saya tak akan terima apa-apa anugerah tanpa dia ditepi, kerana saya malu. Biarlah semua ni kita rasa sama-sama.
“Untuk awak yang menyokong, terima kasih. Awak dah bahagiakan isteri & pasukan saya. Saya terhutang budi dan saya akan balas semuanya semampu yang boleh,” katanya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak ketika melihat Hafiz menarik tangan isterinya untuk naik ke atas pentas menerima trofi tersebut. Malah, mereka juga tidak melepaskan peluang dalam menitipkan ucapan tahniah buat pasangan tersebut atas anugerah yang diterima oleh mereka.
Sumber : Instagram Hafiz Mahamad
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.