Anak-anak akan menjadi insan yang baik, berrtanggungjawab serta cermerlang sekiranya mereka membesar di bawah didikan ibu bapa yang baik.
Malah ia juga membantu merangsang perkembangan anak menjadi seorang yang kreatif. Siapa yang tidak bangga apabila anak yang masih kecil mampu mencipta untuk memberi manfaat kepada orang lain.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Tular perkongsian video di tiktok milik aniezahari, dimana seorang pelajar bersama rakan sekumpulannya membuat ‘presention’ berkenaan ciptaan yang direka oleh mereka.
Apa yang menarik, kanak-kanak berkenaan mencipta kotak pengering kasut menggunakan ‘hairdryer’ terpakai.
Idea ciptaanya adalah disebabkan keperluan untuk mengeringkan kasut lantaran ketika ini musim hujan dan hal ini sangat memudahkan setiap orang terutamanya pelajar, untuk mengeringkan kasut mereka.
“Saya ada 4 orang kawan yang membantu mengusahakan pengering kasut ni.”
Ads
Kata murid ini lagi, kos untuk menghasilkan pengering kasut ini hanya RM50. Malah mereka hanya menggunakan pengering rambut terpakai.
Sebaik sahaja anak dilahirkan, ibu bapa adalah insan yang amat gembira melihat zuriat yang akan menjadi penyeri keluarga.
Walau apa jua yang berlaku, ibu ayah sanggup melakukan pengorbanan demi anak kesayang dalam apa jua keadaan.
Begitulah yang digambarkan kisah tular yang menyentuh hati apabila seorang ayah sanggup tidur di dalam kereta untuk menemani anak menerima rawatan kesihatan.
Begitulah kasih seorang ayah, Adi Saifullizam Abdul Sani, 40, apabila sanggup tidur dalam kereta di tempat parkir Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini bagi menemani anak bongsunya yang dirawat di hospital itu.
Memetik laporan Harian Metro, anaknya, Muhammad Afeef Mikhail, 8, sehingga kini dirawat di hospital berkenaan sejak menjalani pembedahan bagi pengambilan sampel sel serta memasukkan tiub sekitar tengah malam Sabtu lalu, selepas disahkan menghidap tumor otak sehari sebelumnya.
Video kereta Proton Satria milik bapa itu yang dipasang dengan khemah sambungan belakang kereta dan diletakkan di ruangan parkir HRPB, tular di media sosial hari ini.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Bapa kepada tiga anak masing-masing berusia 15, 12, dan 8 tahun itu yang mesra disapa ‘Adi’ berkata, Muhammad Afeef kini stabil selepas pembedahan itu namun masih perlu dirawat dan dipantau di Wad Pediatrik HRPB dengan ditemani isterinya, Aminah Othman.
Katanya, keputusan bermalam di ruangan parkir hospital itu diambil kerana ingin sentiasa dekat menemani anak serta isterinya, selain beberapa kekangan lain termasuk kewangan serta kesukaran untuk mencari lot parkir sekiranya dipanggil doktor.
“Isteri menemani anak di wad dan saya ‘menetap’ dalam kereta sebab tidak mahu berjauhan dengan mereka.
“Keputusan bermalam dalam kereta ini diputuskan bersama isteri selepas mengambil kira tahap kemampuan kewangan kami termasuk untuk berulang-alik dari rumah inap dan sebagainya,” katanya dihubungi NSTP hari ini.
Bekerja sebagai operator sebuah kilang di Bidor dan menetap di Trolak manakala Aminah hanya suri rumah sepenuh masa Adi berkata, dia juga mengambil cuti tanpa gaji selama seminggu hingga Sabtu ini untuk bersama-sama isteri memantau anaknya.
Katanya, dua lagi anaknya iaitu anak sulung dan anak kedua kini dijaga sementara oleh saudara terdekat.
“Tidur dalam kereta bukanlah lena mana sekadar baring untuk meregang badan dan hilangkan letih.
“Yang penting saya dapat segera sampai jika ada sebarang keputusan atau permintaan doktor yang memerlukan untuk saya sampai ke atas (wad).
“Memang ada kawan sekitar Ipoh yang menawarkan saya duduk sementara di rumah sewa mereka tetapi lokasinya di Tambun dan Pengkalan Station 18 yang mungkin mengambil masa lebih setengah jam untuk saya sampai ke hospital, tidak termasuk untuk mencari parkir,” katanya.
Adi berkata, Muhammad Afeef pada mulanya didiagnos dengan masalah bengkak pada saluran antara bahagian mata dan tulang belakang di Hospital Slim River sebelum dirujuk ke Hospital Teluk Intan (HTI) bagi menjalani imbasan tomografi berkomputer (CT scan).
“Afeef menjalani CT Scan di HTI pada petang Jumaat dan keputusannya diperoleh malam sama, dan malam itu juga saya, isteri, dan Afeef dirujuk pula ke HRPB bagi pembedahan mengambil sampel sel dan memasukkan tiub.
“Saya bermalam dalam kereta di HRPB sejak Jumaat lalu pada malam pembedahan dilakukan. Kini keadaannya stabil, makin baik, dan sehingga sekarang tidak menunjukkan kesan akibat pembedahan.
“Pemantauan masih diteruskan termasuk bagi menunggu keputusan ujian makmal yang akan menentukan jenis tumir dihidapi anak sebelum doktor memutuskan rawatan susulan yang bersesuaian,” katanya.
Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi Adi Saifullizam di talian 013-7922812.
Setiap pasangan suami isteri inginkan sebuah rumah tagga yang bahagia. Bagi memastikan keharmonian sentiasa melekat di hati, perlu ada jalinan kasih sayang dalam diri pasangan. Melalui laman facebook, Dr Zubaidi beliau berkongsi sepuluh tips kebahagian suami isteri oleh Ustaz Abu Sufyan.
10 tip kebahagia
1. Makan bersuap. Suap isteri kita makan, asing isi bg lauk yg bertulang, amik hidangan yg jauh utknya.
2. Tidur malam dalam dakapan. Isteri nak tidur atas lengan atau atas dada suami.
3. Selalu mesej ayat-ayat cinta. Tiada bilangan khusus. Cukup nyatakan kerinduan bila berjauhan.
4. Sesekali ke dapur bantu isteri masak atau sesekali suruh isteri rehat kita yg masak lauk istimewa.
5. Ajak isteri duduk atas riba atau kita baring atas paha isteri sambil baca buku atau kitab.
6. Kemas rumah; lipat baju, mop lantai, vacum habuk dan kemas apa yg patut.
7. Kucupan manja di pipi atau di dahi. Insyaaallah seluruh hidup isteri akan berseri pagi tu.
8. Peluk dari belakang sama ada ketika isteri sedang masak atau sedang basuh pinggang di sink. Bisik kat telinga “Jazakillahukhairan sygku.”
9. Berkongsi gelas yg sama utk minum/berbuka puasa.
10. Selalu mandi bersama.Gosokkan daki, scrubkan badan, syampokan rambut.
Tidak salah selagi ia dilakukan dalam batas2 yg dibenarkan syara’.
Inilah sebahagian usaha untuk kita buat yg terbaik utk isteri-isteri kita. Seperti kata Nabi Sallallahu alaihi wasallam
خَيْرُكُمْ خَيْرُكُمْ لأَهْلِهِ وَأَنَا خَيْرُكُمْ لأَهْلِى
“Sebaik-baik orang di antara kalian adalah yang paling baik terhadap istrinya dan aku adalah orang yang paling baik di antara kalian terhadap istriku” (HR. Ibnu Majah)
Semoga bermanfaat.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tular baru – baru ini video di media sosial yang dimuat naik oleh usahawan terkenal Datuk Seri aliff Syukri, berkongsi rezeki dengan memberikan makanan buat Jemaah haji di Mekah.
Video itu telah dimuat naik menerusi akaun TikTok milik Datuk Aliff sendiri.
Menerusi video tersebut, Aliff atau nama sebenar beliau Datuk Aliff Syukri Kamarzaman mengatakan bahawa pemberian makanan tersebut bertujuan untuk menginfaqkan sebahagian daripada hasil perniagaannya.
Perkara yang mencuit hati warganet adalah apabila melihat anak sulungnya, Ammar Ahyan yang diberikan tugas untuk mengagihkan makanan kelihatan gementar kerana Jemaah haji yang yang berebut – rebut untuk dapatkan agihan tersebut.
Ammar meminta pertolongan dari Datuk Aliff tidak beliau tidak memberi sebarang pertolongan.
Gelagat dua beranak ini mendapat perhatian warganet yang rata – rata terhibur dan ada juga yang bersimpati melihat Ammar yang memerlukan bantuan tetapi tidak dihiraukan oleh ayahnya.
Untuk rekod, Datuk ALiff dan Datin Shahida telah mendirikan rumah tangga pada Ogos 2007. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan enam orang anak, Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi, Raudah Arshiyah dan Luqman Al Haqeem.