Kehilangan insan tersayang ibarat separuh nyawa di bawa pergi. Rindunya hanya Tuhan yang tahu. Berpisah hidup mungkin tidak terlalu sakit dibandingkan apabila dipisahkan dek kematian, amat sukar ditelan.
Hanya yang berada pada situasi tersebut bagaimana luluhnya hati untuk menerima hakikat kehilangan itu. Namun, hidup perlu diteruskan dan reda itu ikhlas.
Yang pergi tetap pergi, yang bertemu pasti akan berpisah. Hanya sekalung doa mampu dihulurkan buat insan tersayang semoga tenang di sana.
Dua tahun berlalu, kini tarikh 25 Julai mengulit kembali kenangan ShahNaz Azwa bersama arwah suaminya. Sementelah, itulah tarikh lahir insan tersayang yang beradu di hatinya dulu, kini dan selamanya.
Jika dulu, tarikh tersebut disambut dengan acara memotong kek, kini diubah ke arah yang lebih islamik.
Al-Fatihah buat arwah Md Shah. Semoga rohnya dicucuri rahmatNya.
Ads
25 july dtg lagi…dan saya x penah lupa tarikh istimewa ni sbb insan yg lahir pd hari ni pun adalah insan yg sgt istimewa dlm hidup saya..
Ads
Setiap thn, biasanya kami akn celebrate sama2 dan yg paling excited tentulah ank2..sume pakat nk tiup lilin..dia?? Sengih dan bagi chance kat ank2 nya utk perasan yg kek tu diorang punya..
Tp skarang, saya dah mula belajar utk menerima ketiadaannya..acara potong kek dan nyanyi lagu besday dah diubah ke arah yang lebih islamic ?.. sebab saya nak dia still terima ‘hadiah’ dari kami…hubungan ❤ yg x akan putus smpai bila2 ..
Semoga sayang tenang dan berbahagia di ‘alam baru’.. kami di sini sentiasa merasai kehadiran sayang dalam keluarga..insyaAllah, saya akan cuba utk mendidik dan membesarkan ‘amanah’ sayang sebaiknya..
Ads
Pada saya, cinta tak perlu diucap setiap masa kerana ia akan terzahir dgn perbuatan secara tak sengaja..sebab apa?? Sebab dalamnya perasaan kita terhadanya..
Sedih tu masih ada tetapi keletah anak2 membuat saya tersengih dan tergelak sebab masing2 cuba jadi pelawak…? ..
Menyediakan hidangan untuk keluarga tak perlu menu yang berat.
Yang ringkas pun mampu membuka selera. Apatah lagi jika itu adalah air tangan ibu.
Bagi yang tengah berdiet, menu ini pasti termasuk dalam list wajib buat terutama ikan bakar.
Tapi tak lengkap andai tidak dimakan bersama Air Asam.
Untuk ibu-ibu yang nak sediakan air asam mabeles, boleh cuba perkongsian lelaki ini.
UNTUK Ikan:
* Ikan apa-apa yang disukai.
* Lumur dengan sedikit garam kemudian kukus sampai masak.
UNTUK Air Asam:
Asam jawa
Air masak
Bawang besar
Tomato – potong dadu
Cili api hiris kecil
Garam
(Ada yang suka letak belacan. Boleh je tapi saya tak letak sebab nanti asyik pegang hidung je???)
Cara membuat:
*Campurkan semua bahan ni dalam mangkuk.
*Gaul-gaul kuah jangan cair sangat. Pekat sikit baru ummpppp….
*Kemudian ikan yang dah siap kukus tadi tu kita curahkan aje air asam ni… Siap.
Tip
Makan dengan nasi panas dan ulam timun.
Ok….selamat mencuba
credit : Hairul Nizam Ijam
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Mendirikan rumah tangga dan hidup bahagia bersama insan yang kita cintai pastinya harapan bagi setiap insan di muka bumi ini.
Alangkah bahagia kiranya dapat suami, isteri dan anak-anak hidup dalam suasana mesra, harmoni.
Begitulah juga dengan pengacara dan pelakon, Elfira Loy yang bersyukur memiliki keluarga bahagia. Malah beliau menyedari apa yang dikecapinya kini adalah hasil percaya pada rezeki dan sikap tidak berkira.
Luahan hatinya itu dikongsi menerusi instagramnya sempena meraikan sambutan hari jadinya.
“Kebahagian keluarga adalah my top priority. El seorang yang jenis , kalau el ada Rm100 , el bagi 100 semua kat diorang . El lagi sangup takde duit dari tengok orang lain takde duit.”
“Sebab el sangat percaya pada rezeki Allah dan tak berkira sesama manusia. Until now , i still believe that whatever i have now is not mine tapi milik semua orang. Bila bila je boleh hilang. Sebab tu whatever i do , el mesti fikir orang lain dulu.”
Elfira yang menyambut ulang tahun yang ke 27, turut mendapat komen daripada warganet yang setuju dengan pendapatnya yang utamakan keluarga dan sikap tidak berkira. Antara komen adalah
“Betul tu, moga mencurah rezeki buat keluarga.
“Moga El, dimurahkan rezeki.”
Untuk makluman, Elfira berkahwin dengan pasangannya, Faris Khairul Anuar pada 1 Januari 2019. Hasil perkahwinan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Muhamad Rayyan Khakaf
Bila ada anak kecil di bawah usia enam tahun, ibu bapa memang perlu memantau keselamatan mereka lebih kerap.
Lumrah kanak-kanak yang masih belum kenal erti bahaya, mereka suka bermain dan meneroka persekitaran.
Katil adalah salah satu tempat yang bahaya kepada bayi dan kanak-kanak kecil. Mereka tidak tahu kesan bahaya jika terjatuh dari katil. Dalam pada kita kawal keselamatan anak adakalanya sekelip mata Allah bagi ujian bila anak jatuh katil.
Sebenarnya memang sudah banyak berlaku kes bayi atau kanak-kanak terjatuh katil ketika bermain ataupun tanpa sedar apabila mereka terjaga daripada tidur dan ibu bapa tiada di sisi ketika itu.
Kisah yang dikongsi oleh seorang Puan Marina Mohd Hanafiah, ibu kepada dua orang anak berusia bawah 2 tahun ini boleh dijadikan pengajaran buat semua.
HI SALAM SURI SEMUA ..SAJE NK SHARING KISAH ANAK KEDUA SY NIE YG BARU 2 HARI LEPAS GENAP SEBULAN DIA BUAT MAJOR OPERATION..
9/04/2022- ANAK SY TGH MAIN LOMPAT2 ATAS KATIL DAN TERJATUH KE LANTAI..DIA EXCITED NK MAIN HIDE AND SEEK GAN ABAH NYE TAPI TAK SEMPAT SUAMI NK SAMBUT TROS BEREDENTUM JATUH KE LANTAI
..SUAMI CKP KEPALA JATUH DULU LEPAS DARI JATUH TEROS ANAK SY JADI X AKTIF DAN MERENGEK SAJE ..AKAKNYE AJAK MAIN PUN DEA X LAYAN.. LEPAS SUSU DAN TIDO SELAMA 2 JAM TEPAT PUKUL 12AM ANAK SY BGN DAN MUNTAH MCM AIR TERJUN ..SUAMI TGK TROS DECIDE BWK PEGI EMERGENCY MLM TU JUGAK
KENA TAHAN SBB DOC NK OBSERVE SELAMA 6 JAM DLM PKOL 6AM DOC BG BLEK GAN ALASAN ANAK NMPK OKAY DAN XDE SIGN MUNTAH2 ..BLEK RUMAH SAMBUNG TIDUR DLM JAM 9AM+ SUAMI BUATKN SUSU TAK SEMPAT HADAM DLM PEROT TROS MUNTAH ..LEPAS MANDI BG SUSU LG DLM 15MINS TROS MUNTAH TROS HUSB DECIDE BWK LG PEGI EMERGENCY
DLM PKOL 4PM DOC SROH ANAK PUASA SBB NK BUAT CT SCAN DLM JAM 5PM+ MCMTU ANAK KENA BUAT CT SCAN DAN DARI TEMPAT SCAN TROS SY DAN ANAK DITOLAK MSOK REDZONE .. DAN BERMULAH DOC2 KERUMUN SY DAN BGTAU YG HASIL DARI CT SCAN DOC NMPK ADA BLEEDING DLM KEPALA ANAK SY
DAN TGK KEADAAN CMNE KALO MAKIN TERUK KENA OPERATE SAMADA DI SANDAKAN ATAU DI KK ALLAH AJE TAUU MCM NK PITAM SY DGR TROS NANGIS X KISAH DEPAN DOC GAN NURSE
LEPAS BUKA PUASA KAMI DITOLAK MSOK WARD DAN BERMULAH KISAH DLM WARD .. ANAK SY LEPAS MSOK WARD TROS JD X AKTIF DAN TIDO AJE ..LG PUN DIA KENA PUASA SEMALAMAN SBB DOC NK BG REST OTAK DIA TAKOT DOK BG SUSU NNTI DIA DOK MUNTAH NANTI BG TEKANAN KT OTAK DIA
..SAMPAILAH ESOK 11/4 – ANAK SY MMG TIDO AJE XNK BGN2 BG SUSU PUN X LARAT..PETANG DLM JAM 4PM TTBE SY DPT KUNJUNGAN DARI PAKAR BEDAH OTAK DARI HOSP KK SNDRI ..
DIA TGK ANAK SY SEKALI AJE TROS DEA CKP ” PUAN ANAK PUAN NIE NMPK SGT X NORMAL SBB TIDO AJE “ SY NK PROCEED NEXT CT SCAN YE MLM NIE KITA BUAT SO ANAK SY TROS KENA PUASA BLEK
KESIAN ANAK MAMA.. DLM JAM 8PM DORG PUSH BWK PEGI CT SCAN DAN LEPAS SETTLE MSOK WARD TUNGGULAH RESULT
DLM JAM 9PM TROS DOC 2 ORG DTG KT SY DAN CKP PUAN HASIL CT SCAN KEDUA NIE KAMI NMPK PENDARAHAN DLM KEPALA ANAK PUAN MAKIN BNYK DAN MELARAT KT TEMPAT LAIN DAN ADA DARAH BEKU .. SO KAMI TERPAKSE BUAT EMERGENCY OPERATION MLM NIE GAK YE UNTOK SELAMATKAN NYAWA ANAK PUAN ALLAH LEMAH SGT LUTUT NIE RASA NK PITAM AJE ..KALO X OPERATE BLEH RISIKO NYAWA ANAK ..X TERBAYANG ANAK BARU UMUR 2TAHUN 2BULAN KENA BUAT MAJOR OPERATION..GAN SY FAMILY JAUH BERADA DI KL SY IKOT HUSB MERANTAU KEJE DI SANDAKAN ..DLM JAM 12.20AM-4AM ANAK SY OPERATION ALHAMDULULAH SELESAI SEMUANYE
PEMBEDAHAN YG SGT BERISIKO TAPI SEMUANYE SELAMAT ATAS KUASA ALLAH .. ANAK SY MENERIMA 11 JAHITAN DI KEPALA DAN DAEAH BEKU YG DOC BWK KUAR SEBANYAK 2CM SKRG SEBULAN DAH ALHAMDULILAH MAKIN SIHAT
MORAL OF STORY KALO BOLEH ANAK YG BWH UMUR 5 TAHUN ELAK KAN LAH BG TIDO ATAS KATIL .. KITA INGT DAH BESAR TAPI X PUN BNYK BNDE BLEH JADI .. MCM ANAK SY SBB HUSB DAH LAMA X TIDO ATAS KATIL KATANYE DULU TILAM AJE TIME ANAK KEDUA NIE BABY BILA PINDAH SANDAKAN HUSB BELI KATIL TAPI X SANGKA JADI MCMNIE
.. KITA AS A PARENTS XPELAH BERKORBAN SIKIT KESELESAAN KITA DEMI ANAK2 BIARLAH BG ANAK BESAR SIKIT PUN XPE LAGI 1 JGN CEPAT ASSUME ANAK JATUH KATIL ATAU TEMPAT RENDAH ANAK X KN JD PAPE KENA OBSERVE ANAK LEPAS JATUH DAN KALO ANAK LEPAS JATUH ADA MUNTAH2 TU X NORMAL YE .. KALO JD MCMTUE MAKNENYE ADA PENDARAHAN DALAH DLM TUE .. NIE DOC YG BGTAU SY TQ SUDI BACA KISAH SY MOGA DPT DIJADIKAN PENGAJARAN
Menurutnya, sebagai ibu dia masih trauma dengan kejadian anak jatuh katil tetapi bersyukur kerana anaknya semakin sihat.
“Benda nak jadi, Allah nak duga dalam bulan puasa. Terkesan juga anak jatuh rasa menyesal sangat sebab pakai katil semula tapi Alhamdulilah lah anak dah sihat sekarang,” demikian katanya ketika dihubungi Pa&Ma
Didoakan semoga anak Puan Marina terus dikurniakan kesembuhan dan membesar sihat dan normal seperti sediakala.
Adakah anda sedang hamil? Jom sertai webinar kehamilan PERCUMA terbesar untuk bakal papa & mama. Daftar nama sebagai peserta webinar di WEBINAR SAYANG ANAK KETAT-KETAT
Keluarga Gader adalah komuniti yang menghimpunkan semua ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh keluarga. Join Telegram Keluarga Gader Club (https://t.me/keluargagaderclub)
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...