Berkorban apa sahaja, harta atau pun nyawa itulah kasih sayang seorang ibu mahupun ayah. Dalam memastikan anak-anak mendapat kehidupan yang lebih sempurna.
Lain orang lain caranya, bagi Penerbit dan komposer terkenal, Edry Abdul Halim, 42, dia tidak kisah berkorban berjauhan dengan orang tersayang demi untuk memastikan anaknya mendapat didikan yang sempurna. Justeru, dia memilih untuk berhijrah ke United Kingdom.
Bagi tujuan tersebut, Edry dikatakan telah menubuhkan syarikat, KRU Entertainment di United Kingdom dan dalam masa yang sama anak ketiganya, Emery, 11, yang mempunyai masalah autisme mendapat pendidikan di sana.
Syarikat yang berpangkalan di Manchester, United Kingdom (UK) itu akan memulakan operasi penuh penghujung tahun ini dan berperanan sebagai ejen promosi bagi membawa artis Asia serta antarabangsa mengadakan persembahan di dalam dan luar negara.
Selepas lebih sebulan menetap di UK, Edry baru-baru ini pulang ke tanah air untuk melepaskan kerinduan terhadap. Dan dalam masa yang sama, ingin memberi sokongan kepada abangnya Norman yang baru sahaja selesai sesi tayangan filem animasi Wheely.
Ads
“Walaupun berjauhan, tiada masalah kerana kami selalu berhubung menerusi FaceTime dan Skype. Segala perbincangan dan komunikasi hanya menerusi media sosial.
“Jika perlu, saya akan pulang ke ibu kota bersendirian. Anak juga masih belum faham mengapa kami ke sana dan menyangka sedang bercuti. Kami bawa mereka berjalan-jalan dulu sebelum sesi persekolahan bermula.
“Di sana ada sekolah terbaik untuk anak-anak autisme. Setakat ini Emery belum memulakn pengajian kerana sesi persekolahan hanya bermula September ini. Saya akan lihat perkembangannya terlebih dahulu sama ada sesuai atau tidak dengan sekolah tersebut,” ujar Edry lagi.
Biarpun sibuk dengan anak, namun Edry yang sememangnya cukup sinoni, dengan bidang muzik memilih untuk membuka syarikat di sana. Melalui syarikat tersebut, dia mencungkil bakat baharu di sana, selain menjadi ejen promoter untuk konsert artis antarabangsa di Malaysia dan Asia.
“Ia masih dalam proses penubuhan, insya-Allah hujung tahun ini akan beroperasi sepenuhnya.
Edry mendirikan rumah tangga dengan Milia Mohammed pada November 1999 dan dikurniakan empat cahaya mata; Emil, Edylia, Emery serta Elya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Penularan wabak Covid-19 semakin hari semakin kritikal. Hari ini memasuki hari kedua perintah kawalan pergerakan dilaksanakan di negara kita. justeru, semua pihak diarahkan berada di dalam rumah bagi mengelak wabak ini kian menular.
Dalam pada itu, Seorang pengguna Facebook , Ammar Zahar berkongsi beberapa soalamn yang dikemukakan kepada doktor mengenai Covid-19 ini.
Saya pergi klinik pagi tadi sebab sakit tekak. Risau pulak mana tau ada something yang pelik ke. Dah la tengah musim Covid-19 ni. Saya memang takde pergi mass gathering, jumpa2 orang bulan ni. So, cerita semua sejarah simptom ni dengan jujur dekat Dr.
Dah terlanjur jumpa Dr, memang banyak la soalan tentang Covid-19 ni. Saya kongsikan kat sini..
Q: Macam mana nak tau sakit saya ni Corona virus atau sakit biasa?
A: Lepas Dr cek tekak, ada white spot. So itu menunjukkan ada jangkitan virus/bakteria. Tak pasti lagi virus jenis apa (jika virus) atau bakteria jenis apa (jika bakteria). Kalau nak tau, memang kena buat test yang khusus di hospital. Kat klinik biasa tak ada.
Q: Apa simptom2 kalau saya kena Covid-19 ni?
A: Coronavirus ni masalahnya boleh jadi orang tak ada simptom langsung. Tak sakit tekak, tak batuk, tak demam, tak selesema. Boleh je orang tu nampak dari luar sihat tapi dia pembawa virus Corona. Ni yang bahaya. Tapi kalau virus tu menyerang dan pesakit lemah immune system, dia boleh serang beransur2 dengan sistem pernafasan dulu seperti (batuk, sakit tekak, demam) dan kemudian masuk kedalam peparu (yang ni severe bila pesakit sampai tak cukup nafas)
Q: Kalau macam saya jenis tak pergi mass gathering, tak ada jumpa dengan close contact dengan pesakit Covid-19, kerja pun sendiri, tak jumpa orang sangat, ada possibility ke saya kena Covid-19 ni?
A: Ada. Kerana Coronavirus juga boleh hidup di permukaan besi. Boleh jadi kita ada sentuh butang lift, tombol pintu, meja besi, yang ada Coronavirus tu dan kita tak cuci tangan. Kemudian kita gunakan tangan tersebut untuk terus makan, garu hidung/mata, maka Coronavirus tu berpeluang masuk kedalam badan kita. Sebab itu pentingnya mencuci tangan.
Q: If let say saya kena Covid-19, macam mana nak ubati?
A: Covid-19 belum ada ubat atau vaccine khusus. Kalau kena pun, Dr akan prescribe ubat untuk mengawal simptom kita. Kalau kita diuji positif tapi tak ada batuk, demam, selesema, kita hanya perlu kuarantin selama 14 hari. Ini kerana jangkahayat Covid-19 ni adalah 14 hari. Ada pesakit yang positif pada mulanya, lepas 14 hari test dia negatif.
Q: Apa tanda-tanda yang sakit saya ni Covid-19 kalau saya tak buat test? Sebab saya hanya sakit tekak saja.
A: Kalau dah ikut rutin ubat tapi sakit tekak masih tiada peningkatan malah makin teruk ke tahap demam, batuk, selesema, cepat-cepat pergi ke hospital. Dr akan buat test samada positif atau tidak. Namun, buat masa ni perlu kuarantin dan self distance walaupun didalam rumah kerana takut berjangkit dengan anak-anak dan isteri dirumah.
Q: Apa nasihat Dr kepada saya?
A: Kuarantin diri, self distance, kerap mencuci tangan, minum banyak air, tidur kena cukup supaya immune sistem baik, jaga kebersihan, dan jangan lupa makan ubat.
Ini apa yang saya ingat sessi saya tanya Dr tadi. Saya hanya salin balik yang saya ingat je. Yang tak ingat, saya tak tulis. Takut tertulis yang tak tepat. Kalau tengok balik, kunci untuk memenangi battle dengan Covid-19 ni memang kena kuarantin 14 hari, self distance, kerap mencuci tangan, dan tidak berada di tempat ramai orang.
Update: Perbualan ni adalah perbualan sebenar antara saya dengan Dr yang memberi rawatan di Klinik Mediviron Kajang (Bandar Teknologi) pada jam 11:00am 18/3/2020. Setakat ini, 9:30pm hari yang sama, sakit tekak saya semakin baik. Alhamdulillah.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Buat penggemar cupcake mesti tidak akan melepaskan peluang untuk mencuba menyediakan resipi nan satu ini.
Apatah lagi menurut Noraini Jaafar, resipi cupcake yang dikongsikan ini adalah diperolehi daripada masterchef terkenal.
Jadi usah tunggu lagi, jom kita lihat bahan-bahan yang diperlukan dan bersama kita sediakan untuk dinikmati bersama keluarga.
Assalamualaikum Semua, hari ini merupakan suatu hari yang tersangat sibuk bagiku,sampaikan terpaksa posting hampir ke tengah malam resepi kesayanganku ini. huhuhu
Pernah tak korang mencuba cupcakes yang diketegorikan ‘The Best Ever’ oleh kebanyakan bakers dan juga daripada customer penggemar muffin dan cupcakes???? Pernah merasainya, tak?
Resepi terkenal ini aku dapat resepinya daripada Majalah The Guardian @ Dan Lapard,Selebriti terkenal Australia / Masterchef. Mencuba resipi beliau yang dilabelkan sebagai “the best ever chocolate Cupcakes” oleh kebanyakan baker adalah sesuatu yang sangat luar biasa!
Seriously, waktu pertama kali memakannya Aku dan Suami tersangat terkejut kerana teksturnya sangat light,moist dan sudah semestinyalah rasanya tersangat sedap , permukaannya Crispy(garing) dan amat berlainan sama sekali dengan Cupcakes yang pernah ku rasa seumur hidupku, Aku tak tipu weiiihh. Terus aku jatuh cinta pada cupcakes ini. Malah aku jadikan ia resepi untuk jualan cupcakes flower bouquetku dan juga untuk hantaran. Feedback dari customers selalu 5⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
Cubalah korang , mesti korang pun akan sangat2 bersetuju dengan pendapat aku . Tak cuba belum tahu, sudah cuba terus jatuh cinta .. hehe
Bahan-bahan:
50g tepung jagung
3 level tbsp serbuk koko
100g gula perang
225ml cold water
75g unsalted butter, cubed
125g dark chocolate, dipotong kecil-kecil
75ml minyak masak
2 tsp vanilla extract
2 telur size A
115g gula caster
125g tepung gandum
2½ tsp baking powder
Buat custard: masukkan tepung jagung, cocoa, choc, gula perang and air dalam periuk dan whisk kan dengan api perlahan hingga menggelegak menjadi pekat dan sebati.
Tutup api dan masukkan butter kedalamnya yang dipukul dengan hand mixer hingga cair dan sebati lalu dimasukkan minyak masak, vanilla dan sebiji telur. Pukul lagi sehingga semua sebati.
Masukkan telur yang terakhir diikuti dengan gula caster dan dipukul hingga pekat dan likat serta sebati.
Ayak tepung dan baking powder dalam mangkuk yang berlainan dikacau sebati dan dimasukkan ke dalam custard , kacau dengan senduk dahulu secara kaup balik kemudian pukul dengan hand mixer hingga sebati.
Masukkan ke dalam paper cup (adunan hanya masuk setengah dari size paper cup) yang diletakkan dalam muffin pan/tray . Panaskan oven pada suhu 180’C/ 350F , 3 minit baru masukkan cupcake untuk dibakar selama lebih kurang 25 minit.
Dengan mixer, pukul butter pada kelajuan sederhana sehingga creamy dalam 2minit. Masukkan gula halus,cocoa,fresh milk,garam dan vanilla. Pukul selama 30 saat pada kelajuan rendah dan ditukar kepada kelajuan tinggi selama 1minit penuh . Tambah 1/4 lagi gula confectioner/serbuk jika frosting terlalu cair atau 1 tbsp fresh milk jika terlalu pekat adunan.
Kena segera guna untuk buttercream frosting ini atau boleh tahan disimpan dalam peti sejuk selama seminggu.
Cuba la ya, untuk korang juga jatuh cinta kali pertama macam aku
Sumber : Noraini Jaafar via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Penyakit yang semakin banyak menyerang wanita hari ini membuatkan kita semakin takut. Bimbang dengan pemilihan makanan atau cara hidup yang membuatkan mudah terdedah kepada risiko penyakit bahaya seperti kanser dan sebagainya. Semua ini membuatkan wanita semakin takut.
Justeru, wanita perlu lebih peka akan kesihatan diri sendiri. Memastikan diri dalam keadaan baik sekaligus dapat menjaga amanah Allah suami dan anak-anak.
Bagi memastikan ibu sentiasa sihat dan bebas daripada serangan penyakit yang ditakuti, pesanan daripada Prof Dr Hamid Arshat ini wajar kita ikuti.
Satu pesanan yang amat berguna untuk dipraktikkan, seperti pesanan seorang ayah kepada anaknya.
Pesanan kepada wanita dan pesakit-pesakit saya
1. Jagalah kesihatan anda sebelum ditimpa penyakit. Tiada harta dan wang ringgit yang bertimbun banyaknya pun yang boleh menebus kesihatan bila sudah dilanda penyakit kronik.
2. Pencegahan penyakit adalah lebih baik dari rawatan. Tapi bila sudah ditimpa penyakit perlu cari ubat dari peringkat awal. Cari ubat dari doktor bertauliah dulu. Rawatan alternatif dan tradisional boleh dikabungkan kemudian.
3. Berdoa kepada Allah SWT setiap hari dan setiap waktu dan ditempat yang makbul doa agar dikuatkan iman dan diberi kesihatan badan, jiwa dan panca indera. Jangan putus doa atau putus harapan. Allah Maha Pengasih dan Penyayang.
4. Kuasai, kawal dan urus diri untuk mengikuti cara,gaya, budaya dan tabiat hidup kearah sihat walafiat. Jangan asyik bergantung dengan ubat. Ubah minda dan ubah tabiat kepada ciri2 positif. Hapuskan kepercayaan dan amalan kuno yang tidak berasaskan ilmu pengetahuan.
5. Maksud hadis – pada akhir zaman (sekarang) dua perkara menjadi punca utama bagi pelbagai penyakit iaitu makanan tidak seimbang dan gangguan jiwa dan rohani. Memang benar.
Lain-lain punca penyakit ialah keracunan dari berbagai punca saperti bahan-bahan kimia, radiasi dan pencemaran.
6. Penyakit timbul dari tabiat makan yang tidak sesuai serta pemilihan makanan yang kurang berkhasiat dan berzat. Sering berlebihan gula dan karbohidrat. Juga makanan yang mungkin mengandungi toksin sebab diawet, diperoses, ditambah perisa serta disimpan dalam tin.
Jauhkan makanan tersebut dan juga makanan segera serta minuman manis dan bergas. Makan bahan-bahan yang mentah dan segar – banyakkan mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan.
70% dari makanan dari sumber tersebut. Kurangkan gula dan garam dalam masakan. Juga jangan memasak keterlaluan ( over cooking khususnya sayuran)
7. Makan bila lapar berhenti sebelum kenyang. Kunyah makanan perlahan-lahan dan berulang sehingga makanan dalam mulut jadi lumat sebelum ditelan. Tebaik kunyah antara 15 hingga 20 kali setiap suap makanan.
8. Mulakan makan dengan buah-buahan dan tunggu 15 hingga 20 minit sebelum makan nasi. Kalau boleh jangan tambah nasi; tambah lauk(protien) dan sayur-sayuran jika sajian pertama tidak mengenyangkan.
Waktu selingan (teh dan coffee break) makan kacang badam , gajus atau walnut berserta kismis, keroma atau berries yang dikeringkan. Biji-biji kuaci, labu, semangka, adalah makanan sihat. Disertai air kosong atau air teh hijau.
9. Kurangkan minuman kopi kepada satu atau dua kali sahaja dalam sehari. Biasakan minum jus buah yang segar. Jus air kelapa muda tanpa ditambah gula adalah jus buah yang terbaik dari segi kandungan zat, vitamin dan logam. Banyakkan minum air mineral atau air kosong. Mereka yang sering mengalami gangguan kencing dan lelehan lendir faraj amalkan minum juz cranberry, lemon , limau nipis atau kasturi.
10. Minyak kelapa dara (VCO) atau extra virgin olive oil adalah baik untuk fungsi otak dan jantung. Minumlah satu sudu pagi dan petang. Juga satu sudu madu lebah setiap hari.
11. Jadikan suka makan ulam dan salad sebagai satu tabiat dan budaya hidup. Ulam raja telah dikaji dan dibuktikan sebagai antikanser. Begitu juga pelbagai pucuk daun yang mudah ditanam disekitar rumah – Sambung Nyawa, Misai Kucing, Kacang Botol, Tujuh Jarum dan sebagainya- mengandungi pelbagai khasiat kesihatan ; mengawal kencing manis, darah tinggi serta meningkatkan fungsi otak dan jantung.
12. Bila sudah capai umur 50 tahun iaitu umur bagi kebanyakan wanita capai menopaus atau putus haid waspadalah tentang makanan. Ketika itu falsafah kita ialah makan untuk sihat bukan untuk menjamu selera atau untuk puaskan nafsu. Ketandusan hormon estrogen ketika menopaus boleh beri kesan negatif kepada kesihatan.
Banyak mengambil sayuran, bijiran dan kekacang saperti soya yang mengadungi phytoestrogen dan boleh dijadikan gantian. Jika mengalami gejala-gejala teruk akibat menopaus sebaiknya makan pil hormon estrogen sebagai gantian.
13. Stress yang tidak terkawal dan berlanjutan adalah punca bagi 1001 jenis penyakit. Sukar untuk kita lari dari pelbagai jenis tekanan fizikal, mental dan rohani kerana ia boleh timbul dimana-mana saja. Tetapi kita boleh tangkis, atasi dan mengurus stress supaya ia tidak menimbulkan penyakit.
14. Kaedah utama mengawal stress ialah mengamalkan ibadah mengikut jadual dan arahan Allah – solat fardu dan sunat, baca quran, zikir dan selawat, puasa dan sedekah. Quran adalah satu mukjizat dan rahmat terbesar dari Allah dan didalamnya terdapat syifa iaitu penyembuh bagi segala penyakit. Baca quran setiap hari.
15. Senyum selalu, ucap salam kepada sesiapa kita bertemu, bersalaman mesra dan berkenalan, kawal marah, jangan menyakiti dan menghina orang lain, terima teguran, rasa tawaduk dan rendah diri. Terima segala jenis musibah dan ujian Allah sebagai ‘ qada’ dan kadar Allah ‘
16. Senaman juga satu kaedah kurangkan stress. Pilih saja apa jenis senaman sesuai dengan gaya hidup kita selama 30 minit asalkan berpeluh – berjalan kaki, jogging, tunggang basikal, pergi gim, treadmill, taichi, silat atau yoga.
senaman hasilkan banyak khasiat kesihatan, menfaat dan kebaikan bagi kehidupan sesorang; bantu kawal penyakit diabetes, darah tinggi dan serangan jantung dan angin ahmar.
17. Lakukan ‘deep breathing exercise’ di mana-mana saja, sambil duduk atau berdiri; di pejabat atau dirumah ; di pejabat khusus setelah berjam-jam buat kerja atau pandang komputer. Duduk di kerusi, pusingkan menghadap ke belakang atau ke sudut.
Sedut nafas melalui hidung sedalam-dalam dan hembuskan keluar perlahan-lahan melalui mulut sambil baca subhanallah dan lafaz istighfar. Ulang beberapa kali selama 5 – 7 minit.
Kaedah ini boleh meningkatkan bekalan oksigen sambil mengurangkan karbon dioksida dari otak menjadikan kita lebih segar dan lebih tenang.
18. Amalkan memeriksa buah dada sendiri waktu mandi untuk mengesan ketulan khususnya kanser payudara. Untuk periksa payudara kanan, angkat ke atas tangan kanan dan guna tangan kiri untuk periksa.
Ulang sebelah kiri. Juga rasa dan periksa celah ketiak untuk kesan ketulan. Picit puting jika ada keluaran lendir atau darah. Jika ada symptom-simptom tersebut terus jumpa doktor.
19. Buat ujian ‘pap smear’ khususnya wanita yang pernah melahirkan anak, yang mengalami lelehan keputihan , perdarahan selepas persetubuhan dan perdarahan lepas menopaus.
Ulang ujian setiap tahun. Ini bertujuan mengesan kanser pangkal rahim. Malah lebih baik dikesan sebelum jadi kanser.
20. Pantau berat badan. Sebaiknya jangan biarkan melebihi 60 kg. Memang mudah naik berat tetapi untuk menurunkan berat badan sangat sukar. Kawal makan khususnya gula dan karbohidrat. Lakukan senaman setiap hari.
21. Jadikan tabiat berjumpa doktor jika ada sesuatu kelainan dalam edaran haid . Buat scan peranakan khususnya jika anda mengalami senggugut, perdarahan banyak, berpanjangan dan tak tentu masa atau merasai benjolan atau tumbuhan pada perut.
22. Amalkan makan multivitamins (saperti obimin atau lain), fish oil, kalsium dan vitamin C terus menerus sehingga akhir hayat. Jangan berhenti selepas bersalin. Jadikan ia satu tabiat dan amalan harian.
Makanan harian kita tidak dapat menampung keperluan vitamin untuk tujuan baik pulih tisu dan organ penting dalam tubuh badan. Keperluan vitamin dan logan meningkat selepas bersalin, penyusuan bayi dan lepas bedan. Wanita juga kehilangan logam iron ketika haid.
23. Makanan tambahan yang mengandungi pelbagai unsur saperti antioxidants, fiber, kolegen, peptides dan amino asid banyak dijual di pasaran. Saya sendiri mengambil extra virgin olive oil, grape seeds(mengandungi resveraterol untuk jantung dan otak), royal jelly dan honey dan habbatus sauda.
24. Jangan tanya saya ‘Apa pantang selepas bedah atau lepas bersalin”. Tanya saya ‘Apa yang baik dimakan waktu pemulihan?’ Pertanyaan kedua lebih wajar dan positif serta proaktif.
Semoga Allah berkati hidup kita dengan keteguhan iman, kesihatan badan dan murah rezeki yang halal. Serta kejayaan dan kebahagian hidup didunia dan akhirat. Aamin.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.