Bukan selalu dapat keluar makan bersama, nak nak lagi jika ibu dan ayah sibuk dengan kerja. Tetapi sesekali kena juga bawa keluarga keluar dapat juga eratkan hubungan. Tidaklah asyik makan di rumah sahaja kan. Sesekali nak tukar angin apa salahnya!
Yang pasti ibu paling suka sebab masa inilah boleh ‘gantung kuali’ ‘off duty’ memasak. Tapi bila mengenangkan susahnya mengawal anak-anak, lebih-lebih lagi ketika di meja makan terus membantutkan keinginan untuk berbuat demikian dan ada yang lebih rela makan di rumah sahaja.
Tapi tip berikut yang boleh digunakan untuk pastikan anak berkelakuan baik ketika menjamu selera di restoran.
Ads
1. Bawa mainan
Benarkan anak-anak untuk membawa mainan kesukaannya. Cara ini lebih mudah untuk memastikan anak-anak tidak ‘buat perangai’. Bila hidangan telah sampai di meja, simpan mainan tersebut dan sama-sama menikmati juadah.
Ads
2. Pilih tempat yang selesa
Pilih tempat makan yang mempunyai ruang yang selesa untuk anda sekeluarga menjamu selera. Lebih baik jika tempat makan tersebut ada menyediakan ruang bermain untuk anak-anak.
Ads
3. Waktu yang tepat
Kanak-kanak kebiasaannya tidur awal. Jadi janganlah keluar lewat malam, nanti bila anak mengantuk pasti akan meragam. Oleh itu rancang waktu terbaik untuk menikmati hidangan, umpamanya keluar selepas jam 8.00 malam.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Isu seksual dikalangan pelajar amat digeruni oleh ibu bapa terutama jika anak berjauhan terutama yang tinggal di asrama.
Namun, sebelum nasi menjadi bubur, perkara ini harus diberi pendedahan kepada ibu bapa untuk mendedahkan anak-anak dengan pendidikan seks supaya dapat tahu apa yang boleh dan tidak.
Demikianlah kisah yang dipaparkan oleh seorang warden asrama sebagaimana yang dikongsi oleh pakar motivasi, Akhi Fairuz Al-Jengkawi menerusi facebooknya. Malah perkongsian itu mendapat respon daripada netizen yang meluahkan rasa terkejut dan bimbang kepada generasi muda.
Jelasnya meluahkan rasa kebimbangan mengenai perilaku seksual dikalangan pelajar. Beliau berharap dengan pendedahan ini, ibu bapa ambil peduli supaya ia tidak menjadi ‘barah’ dalam kehidupan peribadi anak-anak.
Seterusnya ikuti perkongsian beliau.
Semalam sahaja, macam-macam kes yang saya dapat. Tepuk dahi je mendengar perkongsian warden asrama sepanjang google meet berlangsung. Mereka berkongsi semuaaaaa cerita!
1. Budak perempuan berusia 5 tahun yang awalnya menjadi mangsa sex grooming dan kini ketagihan melakukan onani pada kemaluannya.
2. Kanak-kanak berusia 7 tahun mandi di tandas dengan meletakkan sabun di bahagian kemaluan bukan niat untuk mencuci, tetapi perlakuannya mirip onani.
3. Remaja belasan tahun yang telah menjadi mangsa seks oral/ liwat kini menjadikan rakan-rakan lelakinya yang lain sebagai mangsa liwat pula.
Ketiga isu ini hanya setakat pengetahuan mereka sepanjang mengendalikan anak-anak ini. Kes yang tidak diketahui tak tahulah ada banyak mana. Barangkali perbuatan sebegini telah bermula sejak dulu lagi.
Kiranya, anak-anak generasi baru yang terlibat dengan perlakuan seksual seperti yang saya kongsikan di atas berpunca dari generasi sebelumnya yang boleh jadi memangsakan atau mengajar mereka.
Generasi sebelum itu pula dimangsakan oleh generasi sebelumnya. Inilah kitaran jahanam yang banyak berlaku di asrama, baik isu seksual mahupun isu buli!
Sentuhan tak selesa
Sebab itu penerangan tentang private part, sentuhan selamat, sentuhan tak selamat, sentuhan tak selesa ni kena sentiasa diingatkan kepada anak. Ulang dan terus ulang. Sampai anak faham dan hadam.
Jangan bagi sesiapa sentuh private part sesuka hati; mulut, dada, punggung, paha, kemaluan. Tak kisahlah yang pegang/sentuh/raba tu orang yang dikenali, tidak dikenali, sama jantina, seusia, kenalan rapat, ahli keluarga, apa jua profesion, nampak baik, dikenali dalam masyarakat, ramai followers dan lain-lain.
Jika sentuhan berlaku di tangan, bahu, pipi, telinga atau lain-lain tempat oleh individu yang saya senaraikan di atas hingga anak rasa tak selesa, takut, terancam, maka itu dinamakan sentuhan tak selesa.
Ingat 3 step ni!
Ajar untuk, JERIT! LARI! MENGADU!
Ini je 3 step yang biasa saya kongsikan sejak dulu lagi.
Tak boleh sentuh suka hati bahagian sulit
Selain jangan bagi orang sentuh private part, anak juga tidak boleh sesuka hati menyentuh kemaluan (zakar/faraj) tanpa sebab. Perbuatan inilah yang banyak sangat mak bapak tanya saya di mesengger. Tak termampu saya jawab satu-satu.
Yang dapat saya kongsikan adalah, jika sekadar menyentuh, membelek, memegang, menyeluk seluar memegang kemaluan (anak lelaki), menggosak kemaluan di bucu meja (anak perempuan), maka perlakuan itu boleh saya katakan normal.
Ia jadi begitu sebab anak sedang explore tubuh badan mereka sendiri. Depa tertanya kenapa zakar boleh menegang, kenapa kendur, kenapa rasa geli bila berlaga dengan seluar, kenapa bangun pagi ereksi berlaku.
Anak perempuan pula tertanya kenapa bila faraj terkena bucu meja dia rasa something yang tak dapat diluahkan. Mereka juga rasa syok je bila sembur air paip pada kemaluan. Sebab tu kena sentiasa berkomunikasi dengan anak bab ni. Tanamkan perasaan malu. Ajar tanggal pakaian di mana, pakai tuala di mana, masuk tandas tutup pintu, bersiap dalam bilik dan lain-lain.
Bagi tahu juga mereka, zakar/ faraj ni bukan boleh disentuh dan diperlakukan sesuka hati, hatta oleh dirinya sendiri. Kata pada mereka, bahagian itu kulitnya nipis, boleh luka, sakit dan lain-lain. Kalau gatal, garu, bukan gesel pada objek yang lain.
Bertindak bila 3 ini berlaku
Namun, kalau perlakuan anak tak seperti yang saya sebutkan di atas hingga nampak mereka seperti beronani, menghenjut-henjut bantal berkali-kali dan lain-lain lagi perlakuan tak masuk di akal dilakukan, maka ketahuilah ini kemungkinan yang telah berlaku :
1. Anak dah tertengok video lucah, samada dia terjumpa sendiri atau ada kawan yang tunjukkan kepada dia.
2. Anak telah menjadi mangsa sex grooming. Ada individu yang dikenali atau tidak mencabul/ minta anak lakukan oral seks, memasukkan jari/objek/kemaluan ke dalam kemaluannya (anak perempuan) atau lain-lain.
3. Pernah tengok mak ayah bersetubuh depan mata sejak bertahun-tahun dan mak bapak bingai seperti ni anggap anak kecil, tak faham apa-apa.
Ketahuilah Akta Kanak-kanak di Malaysia amat menjaga kebajikan anak-anak kita. Bila anak faham dari awal, diajar dari kecil, parents selesa berkomunikasi, maka mereka tahu nak buat apa bila kejadian cabul berlaku kepada mereka (nauzubillah).
Mereka tahu kronologi kes, mereka tahu apa yang pemangsa tu cuba atau telah lakukan, mereka firm dengan word zakar/faraj/penis/vagina yang dah diajar sejak dari kecil bermula dari rumah.
Buat report polis. Tahulah pihak D11 handle kes begini. Memang renyah dan meletihkan, tapi kena berjuang untuk membela anak yang menjadi mangsa.
Hasil report polis, senang kes nak dirujuk ke hospital. Bahagian One Stop Crisis Centre akan lakukan medical check up kepada anak.
Ada kesan penetration ke tak, ada kesan koyakan tak, kesan baru ke, kesan lama ke, emosi anak dan lain-lain. Kes serius biasanya anak akan ditahan di wad.
Percaya cakap saya, bukan semua ibu bapa mampu berjuang demi keadilan anak-anak. Ya, bukan semua! Ramainya adalah hanya diamkan diri dan anggap lama-lama nanti anak akan lupakan benda tu.
Kalau tak, tak adanya ramai yang hari ni depression, alami anxiety, berjuang melawan mental health dek menjadi mangsa gangguan seksual ketika mereka kecil dulu.
Malangnya ketika itu mereka tak tahu dan faham pun apa yang sedang berlaku pada dirinya. Nak cakap dengan mak ayah pun tak tahu nak mula dari mana.
Ditambah pula sikap masyarakat yang sering menyalahkan mangsa (victim blaming). Dihalakan kesalahan sebab pemakaian, sebab gedik, sebab menggatal dan 1001 lagi ungkapan toxic!
Walhal di Malaysia ni siap ada baby pun yang dicabul, bahkan haiwan! Maka, membesarlah mereka dalam keadaan trauma, cepat trigger bila membaca kisah-kisah sebegini dan lain-lain.
Cukuplah setakat ni perkongsian saya. Doakan agar bulan November ni saya sempat siapkan ebook terbaru khusus mengendalikan anak yang bakal dan telah akil baligh.
Semoga bermanfaat ya. Harap dikongsikan kepada seramai mungkin kenalan. Terima kasih.
Umumnya, kalau sorang anak demam pasti kemudiannya akan ada anak-anak yang lain pula demam. Seakan berjangkit pula jadinya, Lepas sorang, seorang.
Pun begitu, kejadian ini boleh dihindarkan bila kita boleh lakukan sepertimana yang disarankan oleh puan No Or ni.
Katanya, perlu bersihkan udara. Jadi bagaimana caranya? Ini perkongsiannya.
Musim demam, sakit tekak silih berganti. Cik No nak share satu petua ni. Petua Bersihkan Udara Tak Sihat dalam Rumah.
Cara yang paling jimat namun sangat efektif. Sakit tak berjangkit. Yang sakit tu pun jadi cepat baik.
Petua ni guna bawang merah je. Sangat jimat tau kalau nak compare dengan bil klinik tu haa.
Kita guna bawang merah je.. tapi since kat rumah Cik No cuma ada bawang besar je. Guna yang ni aje la.
Caranya :
1- Potong 2-3 ulas bawang besar. 2- Letak dalam 2,3 bekas kecil. 3- Bekas yang berisi bawang tu letak kat setiap ruang ataupun bilik. Wajib letak kat bilek orang yang sakit tu jugak la .
Bawang yang dah kering tu, nanti ganti yang baru. Buat sampai orang yang sakit tu sembuh.
Insha Allah tak lama pun, biasanya hari kedua dorang dah sihat.
Setelah 2 tahun tidak boleh balik jumpa orang tersayang, akhirnya mereka yang terkandas di Singapura dapat kembali ke tanah air sendiri bermula tengah malam tadi. Pelbagai ragam dan detik indah berjaya dirakam lensa kamera yang menjadi viral di media sosial.
Senyum indah, tumpahnya air mata kegembiraan dan pelukan erat antara dua insan yang terpisah sekian lama sudah cukup menggambarkan betapa mereka ini begitu meraikan kelonggaran yang diberi.
Menerusi perkongsian ringkas Bernama, pasangan ini teruja dapat pulang ke tanah air selepas pembukaan Tambak Johor yang pernah disifatkan sebagai laluan darat tersibuk di dunia tepat jam 12 tengah malam tadi.
Paling teruja, pasangan ini membuka lagu raya berjudul ‘Balik Kampung’ untuk memeriahkan suasana mengadap kesesakan jalan raya untuk masuk ke Malaysia.
“Pasangan suami isteri memasang lagu ‘Balik Kampung’ di dalam kereta sementara meredah kesesakan memasuki Tambak Johor,” tulis Bernama ringkas.
Pasangan suami isteri memasang lagu ‘Balik Kampung’ di dalam kereta sementara meredah kesesakan memasuki Tambak Johor.
Difahamkan, suasana di sekitar bandaraya Johor Bharu turut meriah, dengan orang ramai berkumpul bagi menunggu ketibaan ahli keluarga mereka dari Singapura dan ada juga yang hadir untuk merasai detik bersejarah.
Malam penuh beremosi…
Orang ramai riuh menyambut ketibaan mereka yang berjalan kaki dari Singapura.
Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong menerusi kenyataan bersama memaklumkan, kedua-dua negara bersetuju untuk membuka sepenuhnya sempadan darat bagi pengembara yang telah lengkap vaksinasi mulai 1 April, selaras dengan fasa peralihan ke endemik.
Malaysia dan Singapura juga akan membenarkan pengembara yang telah lengkap vaksinasi, untuk merentas sempadan darat tanpa perlu menjalani kuarantin atau melaksanakan ujian COVID-19, termasuk ujian prapelepasan dan semasa ketibaan.
Menjengah ke laman Twitter, rata-rata berkongsi momen terindah setelah 2 tahun tidak boleh pulang ke tanah air.