Menjadi ibu bapa bukanlah tugas yang mudah untuk memastikan anak di didik dengan didikan yang sempurna. Ibu bapa juga akan menjadi contoh yang terbesar dalam hidup anak-anak.
Sebagai ibu bapa, kita harus berhati-hati dalam setiap tindakan dan perbuatan. Apa yang dilakukan oleh ibu ayah mereka akan mereka lihat dan jadikan panduan.
3 perkara ni kena elakkan buat depan anak, buruk kesannya kalau anak nampak;
Pertama – Kutuk makanan
Belakang anak pun tak boleh buat sebenarnya, tak bersyukur namanya kutuk makanan ni. Nak ajar anak faham erti bersyukur? Mulakan dari hargai makanan. Rezeki tu mahal, tak kisah berapa murah pun ia di mata kita wajib hargai semahal yang boleh.
Ads
Kedua – Tengking isteri
Sekali anak nampak kita tengking isteri, sampai ke tua dia susah nak hormat ibunya. Anak sepatutnya hormat ibu 3 kali lebih tinggi dari ayah tau, jadi kita kena la tunjuk contoh yang betul.
Ingat! Nak anak hormati ibunya, suami dulu kena hormati isteri.
Ads
Ketiga – Marah anak orang
Anak belajar dengan meniru dari ibu bapa. Dari cara guna otak hinggalah kepada cara ibu bapa menguruskan emosi. Sekali kita tunjuk marah2 anak orang, anak pun akan begitu.
Jadi perengus la nanti! Asyik bergaduh je dengan kawan nanti. Peranan seorang ayah ni sangat penting dalam rumahtangga. Dari ayah anak belajar cara bersyukur, Dari ayah anak belajar cara menghormati orang, Dari ayah juga anak belajar berkawan dan bina sosial skil.
Ads
Anak sempurna jika ayah tunjukkan cara menjadi yang sempurna.
Mendidik anak adalah suatu cabaran buat ibu bapa. Begitu juga dengan tingkah laku dan percakapan ibu ayah.
Sebagaimana perkongsian saudara Mohd Fhais Salim menjelaskan bahawa tidak elok memburukkan nama ibu untuk membuatkan anak rasa takut.
Seterusnya ikuti perkongsian ini.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Tak boleh buruk-burukkan nama ibu! Tak sihat, amalan begini seperti nak “seeding” idea jahat untuk anak tak suka pada ibu sendiri.
“Kemas cepat nanti ibu marah!” “Jangan buat sepah ibu buang mainan nanti”
Kita dengar macam tak bahaya cakap begini tapi bagi anak kita yang setahun jagung ni. Kata buruk adalah kata buruk, apa sahaja yang dia dengar akan di ambil serius sekali.
– Anak kemas mainan bukan sebab nak kemas tapi sebab takut ibu marah. – Anak tak buat sepah bukan sebab nak bersih tapi sebab takut mainan kena buang dengan ibunya.
Dalam otak anak tertanam idea “ibu jahat!” Sebab apa ibu jahat, sebab ayah cakap begitu. Huh! Sejak tahu perkara ni memang saya dah ubah 360 darjah cara saya bercakap.
Apa sahaja yang negatif saya ubah jadi positif, semoga terlindung la otak anak-anak dari idea yang jahat-jahat. Daripada guna nama pasangan, saya memilih puji dan tanam idea baik-baik pada anak-anak.
“Kakak rajin kemas, sebab tu mama suka” “Adik lepas main simpan mainan tau, adik sayang mainan” Simple.
Imej baik seorang ibu terjaga, anak-anak pun makin sayang dan makin mudah patuh pada ibunya. Wallahu A’lam,
Fauziah Latiff belum bersedia buka pintu hati, nak jaga ibu yang dah lanjut usia. Penyanyi tersohor, Fauziah Latiff masih belum bersedia untuk menerima kehadiran lelaki baru dalam hidupnya selepas melalui dua kali kegagalan rumah tangga.
Fauziah, atau nama penuhnya Siti Fauziah Sheikh Abdul Latiff menyatakan fokus utamanya kini adalah untuk menjaga ibunya yang sudah lanjut usia.
“Alhamdulillah, saya selesa dengan kehidupan saya sekarang. Kalau diri sendiri tak terjaga, macam mana nak jaga orang lain?
“SEKARANG, SAYA GEMBIRA DAN BERSYUKUR DAPAT MENJAGA MAK. ITU ADALAH TANGGUNGJAWAB SAYA SEBAGAI ANAK KERANA MAK ADALAH NADI KEHIDUPAN SAYA.
“Ini masa saya balas jasa dia. Bab lain, saya ketepikan dulu sebab belum sampai masanya,” katanya selepas menghadiri Konsert JessC X Fauziah Latiff di Arena of Stars malam tadi.
Menurut Fauziah, dia kini lebih memilih aktiviti yang memberi ketenangan dan peluang untuk memperbaiki diri.
“Saya sedar masih banyak yang perlu diperbaiki, termasuk mengenali diri dan persekitaran. Tambahan pula, kita sudah berada di penghujung zaman.
“Apa sahaja yang boleh membawa ketenangan jiwa, saya utamakan. Macam sekarang, menjaga ibu sangat bermakna bagi saya. Dia adalah segalanya dan penyelamat dalam hidup saya,” katanya yang kini berusia 55 tahun.
Fauziah juga memandang fasa hidupnya ini sebagai peluang untuk lebih menghargai diri sendiri, sambil berharap orang ramai mendoakan yang terbaik untuknya.
“Kita tak tahu berapa lama usia kita. Jadi, setiap hari adalah pengingat untuk lebih hargai diri dan kehidupan.
“Saya juga harap orang luar mendoakan yang baik kerana hidup penuh cabaran. Ramai anak muda sekarang berdepan dengan pelbagai isu kerana sukar menyesuaikan diri dengan realiti semasa.
“Kekuatan psikologi amat penting. Semua orang pernah buat kesilapan, tapi dari situ kita belajar apa yang perlu dielakkan,” ujarnya.
Untuk rekod, Fauziah pernah berkahwin dengan Syed Budriz Putra Syed Amir Zainal Abidin Jamalullail pada 1992 dan bercerai selepas tiga tahun.
Lima tahun kemudian, dia bernikah kali kedua dengan ahli perniagaan Johan Indot di London, tetapi perkahwinan itu juga berakhir dengan perceraian pada 2007.
Dari perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua anak lelaki iaitu Jeffri Joaquim, 26, dan Jeremy Jay, 24.
Sementara itu, kemunculan Fauziah dalam Konsert JessC X Fauziah Latiff disambut dengan meriah oleh peminat.
Dia dan Sekilas Senyumanmu antara lagu yang dipersembahkan dan memperlihatkan kehebatan vokal lunaknya yang masih memukau.
Apa sebanarnya tugas dan tanggungjawab sebagai seorang suami dan isteri dalam rumahtangga ya?
Walau apa jawapannya, apa yang pasti terlalu banyak perkara yang difikirkan dan perlu diuruskan oleh suami mahu pun isteri saban hari.
Ini didetailkan lagi melalui perkongsian daripada Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan, semoga bermanfaat.
Tahu, kan? Isteri kamu penat. Setiap hari fikirannya tertumpu untuk keselesaan suami dan anak-anak. Setiap perincian, walau sekecil mana pun dia akan fikir.
Pasal makan, dia fasih makanan apa yang suami suka, apa yang anak-anak suka. Jika ada bercanggah kemahuan, dua-dua pun dia masak. Tak apa penat sikit, asalkan semua makan berselera. Di sebalik itu semua, kemahuan dirinya sendiri tak tertunai, kerana makanan yang dia suka, suami dan anak-anak tak suka.
Cuba buka almari dan lihat. Semua baju dia dah susun elok. Ikut jenis. Ikut kegunaan. Ikut pasangan pakaian yang sesuai. Baju suami digosok rapi. Panas atau hujan, jarang baju kerja tak tergantung elok bergosok dalam almari di pagi hari. Baju sekolah anak-anak bersih, walaupun setiap kali pulang sekolah comotnya bukan main. Kalau koyak, dia baiki.
Tandas— Bersih. Shampu untuk rambut. Sabun cecair untuk basuh tangan. Sabun cecair untuk badan. Sabun bau badan untuk ketiak. Pencuci mangkuk tandas. Sabun muka. Ubat gigi. Dapur—bersih. Sabun cuci baju. Peluntur. Pewangi. Sabun cuci pinggan. Pencuci untuk lantai. Semua benda ni, siapa uruskan? Siapa periksa habis atau tidak? Siapa lagi kalau bukan isteri.
Alat-alat penjagaan diri dan kesihatan, isteri juga yang uruskan. Dia beli termometer, nasal aspirator, nasal irrigator, minyak panas, ubat demam, plaster luka, bandage, pengetip kuku, sikat, dental floss, pencuci luka dan ubat-ubatan. Dia simpan teratur. Anak-anak tak sihat, mesti dia perasan dahulu.
Sekali pun ada pembantu rumah, siapa yang ambil tahu semua perkara ni? Isteri juga. Balik kerja, dia periksa sendiri semua perkara ini. Paling tidak dia tanya pada pembantu rumah. Dia pesan pembantu rumah itu dan ini agar semuanya elok.
Banyak yang perlu difikir dan dikerjakan oleh si isteri. Jadi tak usahlah jadi suami yang terlalu cerewet. Hargai semua benda-benda kecil yang isteri fikir dan lakukan untuk suami dan anak-anak. Uruskan rumah bukan mudah. Kalau ada yang baik, maka puji. Kalau tak baik, diam-diam dahulu. Kalau nak tegur, pastikan anak-anak tak dengar. Apatah lagi orang lain.
Ohya!
Suami kamu pun penat. Pagi, bangun tidur , walaupun lebih lambat dari isteri, perkara pertama dalam fikiran dia adalah kemandirian keluarga.
Bil air dah bayar? Bil eletrik? Ansuran rumah, ansuran kereta, bil pembentungan, bil internet, bil telefon, cukai pintu, dan sebagainya ni, dah bayar? Gaji pembantu rumah? Kalau tak bayar semua utiliti ini, maka terganggulah urusan harian. Bayangkan tak ada eletrik, tak ada air, pembentungan tak dibersihkan. Serabut kepala.
Kereta, ada minyak tak? Air radiator dan wiper cukup ke? Minyak stereng, minyak enjin, minyak kotak gear, minyak brek semua masih ada? Alignment dan balancing roda dah dibuat? Tekanan angin tanya optimum tak? Insuran kereta dan cukai jalan dah bayar? Kereta isteri sekali dia selalu periksa. Suami fikir benda-benda ni untuk keselamatan keluarga.
Dia kerja hari-hari, fikir pasal perancangan kewangan jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Simpanan KWSP untuk simpanan masa tua. Simpanan kecemasan. Caruman PERKESO untuk perlindungan di tempat kerja. Insuran/takaful kesihatan dan nyawa isteri dan anak-anak. Duit simpanan untuk anak-anak belajar. Kena rancang baik-baik.
Lelaki, nampak sahaja macam dia tak kisah pasal keluarga, balik kerja dia suka-suka baring depan televisyen, meminta air itu, makanan ini, minta nak keluar jumpa kawan. Sebenarnya suami kisah pasal kebajikan dan keselamatan keluarga. Cuma fitrah lelaki tidak suka tunjukkan keprihatinan.
Banyak perkara yang difikirkan dan diuruskan oleh suami. Jadi tak usahlah sambut suami pulang kerja dengan leteran. Lagi-lagi depan anak-anak. Tak elok aibkan suami depan anak-anak. Jika nak tegur, elakkan biarlah ketika tiada orang lain dan ketika suami dalam mood yang baik. Lelaki ni egonya tinggi, kalau di aibkan, memang dia akan melenting.
Dalam institusi keluarga, masing-masing ada peranan dan tak ada istilah ini kerja kau, ini kerja aku. Isteri kena buat kerja suami, dan suami kena buat kerja isteri. Barulah sama-sama memahami kepayahan perkara-perkara yang diuruskan oleh pasangan masing-masing. Ajar juga anak-anak ambil tahu tentang hal-hal pengurusan rumah dan pengurusan kewangan.
Akhir sekali, jangan pernah membanding pasangan kita dengan pasangan keluarga lain. Ia sesuatu yang sangat menyinggung pasangan. Setiap keluarga ada kekuatan dan kelemahan sendiri.
Jika ada kelemahan, sama-sama baiki. Jika ada kekuatan, sama-sama suburkan.
Sumber : Kamarul Ariffin Nor Sadan
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di