Elak Demam Urat, Ibu Jangan Ambil Makanan Jenis Ini Walau Dah Habis Pantang!

Share

Walaupun dah habis berpantang, wanita sebenarnya perlu terus berpantang jenis makanan tertentu bagi mengelakkan ‘masuk angin’. Wanita akan dapat merasai perbezaannya sendiri jika tubuh mereka ‘masuk angin’.

Badan terasa berat dan adakalanya rasa sakit di bahagian belakang badan. Malah lebih teruk lagi ada dikalangan wanita yang mengalami demam disebabkan salah mengambil makanan.

Bagi ibu berpantang terutamanya, anda sangat perlu memilih makanan yang diambil seharian. Perlu berpantang daripada mengambil semua jenis makanan yang boleh memudaratkan tubuh!

Bukan sekadar mengurangkan tetapi mengabaikan langsung makanan-makanan berisiko ini sehingga usia anak mencapai setahun.

Elak Makanan ‘Sejuk’

Mengambil makanan bersifat ‘sejuk’ secara berterusan misalnya boleh mengakibatkan sakit dan sengal sendi kepada tubuh.

Makanan bersifat ‘sejuk’ seperti kangkung, bayam, kubis, terung, timun, labu, petola, pucuk ubi, pucuk paku dan banyak lagi sangat memberi kesan kepada tubuh jika makanan ini tidak bersesuaian dengan kehendak tubuh anda.

Bukan itu sahaja, buah-buahan seperti nangka, tembikai, nenas, pisang, cempedak, mangga, manggis, langsat, betik dan ciku juga dikatakan mendorong sakit sendi dan masalah angin kepada ibu berpantang juga selepas berpantang.

Ketika berpantang, elakkan sama sekali jenis makanan bersifat sejuk ini. Berpantanglah selagi terdaya kerana ia akan hanya memberi kesan pada tubuh pada jangkamasa panjang.

Tubuh akan terasa berat kerana angin memasuki setiap urat dan akibatnya ibu akan merasa sakit pinggang, sakit belakang serta sakit pada semua sendi.

Perlahan-lahan selepas anak mencapai usia enam bulan dan ke atas, barulah anda mula mengambilnya dengan kuantiti ‘percubaan’, jika terlalu ketagih untuk menikmatinya. Berpantanglah selagi mampu.


Makanan Yang Harus Diambil

* Ibu berpantang perlu mengambil sebanyak 1600-1800

kalori setiap hari bagi tujuan penyusuan badan secara ekslusif.

* Sekiranya ibu berpantang tidak menyusu badan dan ingin menurunkan berat badan, pengambilan kalori perlu diambil sebanyak 1100-1300 kalori setiap hari.

* Makanan berprotein tinggi seperti ikan segar dan ayam kampung tanpa lemak dan kulit.

* Ambil air kosong pada jumlah yang banyak untuk membina susu badan dan mengurangkan berat badan.

IKLAN