Bagi yang tengah berdiet, makan malam adalah waktu yang cukup mencabar terutama bagi ibu-ibu yang terpaksa masak untuk suami dan anak-anak. Melihat menu yang menyelerakan, membuatkan nafsu makan tidak mampu dibendung.
Usah bimbang, apa kata cuba praktikkan kaedah yang dilakukan oleh Nurul Moleek Cereprove dalam mengawal nafsu makan. Minuman campuran epal hijau, serbuk kayu manis, kurma dan susu ini dikongsikan oleh Nurul dalam laman Facebooknya.
Selain membantu membuatkan perut kenyang, minuman ini juga sesuai buat mereka yang menghadapi masalah sembelit serta boleh mengurangkan berat badan. Ibu yang dalam berpantang juga boleh cuba minuman ini. Caranya mudah sahaja.
Bahan-bahan yang diperlukan:
1 biji epal hijau
2 biji kurma
1 sudu teh serbuk Kulit Kayu Manis Ceylon
1 gelas susu
Cara menyediakan:
Potong buah kurma dan epal dalam bentuk kepingan kecil dan pastikan kulit epal tidak dibuang kerana kandungan Flavonoid yang ada pada kulit bagus untuk pelihara jantung dan elakkan strok.
Masukkan susu dan potongan buah tadi. Jika mahu lagi sedap boleh masukkan ais. Cuma dalam ini saya tidak masukkan ais. Kemudian, masukkan Kayu Manis Ceylon tadi.
Kisar hingga halus semua bahan tu. JANGAN TAPIS . Minum semua sekali.
Apabila siap dikisar, masukkan dalam gelas dan minum.
Sumber Nurul Moleek Cereprove
Barang Kemas Bukan Perhiasan Semata, Ini Masanya Sedia Digadai Hulur Bakti Buat Suami. Deep!
Pandemik ini, tentu ada yang mengalami kesukaran hidup. Ada yang kehilangan pekerjaan, perniagaan pun mula tidak merosot tiada lagi keuntungan. Kesempitan hidup mula terasa.
Lebih lagi apabila PKP di sambung pula baru-baru ini. Namun apa kan daya, kehidupan harus diteruskan. Pasti ada jalan penyelesianan.
Buat isteri yang memiliki barang kemas, inilah masanya untuk berbakti kepada suami. Rasa cinta yang selama ini bukan sekadar pada kasih sayang sahaja tetapi sanggup berkorban untuk membahagiakan keluarga.
Sebagaimana perkongsian saudara Akhtar Syamir ada benarnya bahawa keperluan gadai emas buat menampung kehidupan.
Apa yang pasti, hidup ini harus diteruskan, suami isteri saling membantu. Moga perkongsian ini memberi manfaat.
Esok umpama PKP 1.0 semula. Kotak yang dahulunya berisi mungkin akan kosong lagi.
“Buat apa beli emas banyak-banyak? Membazir je awak ni”
“Emas, emas, emas. Saya rimas la. Awak memang dah gila emas”
“Bukannya boleh beli barang dapur dengan emas awak tu”
“Jangan ikut sangat si BroOhsem tu”
Pasti ada segelintir pasangan yang berkata begini pada isteri mereka. Tidak menyokong, malah mencemuh. Tidak gembira tetapi membuatkan isteri berduka. Emas yang dapat menggembirakan hati tetapi didatangkan dengan sokongan yang mati.
Benar, tak ramai yang faham mengenai emas, ikatan emas itu pada si pemakai dan motivasi yang hadir. Orang ingat ianya semata-mata perhiasan sahaja. Sedangkan ianya memberi seribu makna betapa payahnya berusaha untuk mendapatkan sebentuk cincin atau seutas rantai itu.
Ianya umpama bukti segala penat lelah itu terbalas dengan kilauan cantik berseri terletak di jari, pergelangan tangan atau di leher mahu pun di cuping telinga.
Apabila dipakai, barang kemas menjadikan diri lebih yakin. “Jika aku boleh tempuh kepayahan untuk mendapatkan emas ini, pasti aku akan dapat mengharungi ujian yang mendatang”.
Namun, langit tak selalunya cerah. Yang mencemuh tadi akan menjadi mesra. Suara yang keras menjadi lembut. Diceritakan kesusahan dan kepayahan yang sedang dan bakal dialami.
Bukan si isteri tidak tahu. Isteri tahu betapa susahnya sekarang. Terutamanya apabila dilanda masalah kerjaya dan peluang mencari rezeki yang semakin sempit atau tertutup diaebabkan pandemik ini.
Boleh dikatakan semua rela barang kemas digadai untuk membantu suami. Tersedia ia untuk menghulur bakti. Yang dikatakan membazir itulah yang akan mengisi ruang kosong dapur dan keperluan lain.
Bukan tak redha. Tapi jika ianya satu hutang, jangan dilupakan untuk menebusnya semula. Jangan sesekali buat lupa. Ombak memukul bukan sekali dua. Hari ini buat-buat lupa, esok lusa jangan merayu-rayu pula.
Semoga para isteri tabah dalam menghadapi ujian ini. Bantulah suamimu dengan seikhlas hati. Semoga pengorbananmu ini diingati sampai bila-bila. Semoga ianya dihargai dan bukan sekadar dianggap sebagai hanya satu tanggungjawab sahaja.
Semoga kita semua dilimpahi rezeki. Jika perlukan duit dari emas, pergilah ke pajak gadai Islam Ar Rahnu dan bukannya kedai bukan Islam. Atau boleh jual kepada kedai emas seperti Gull Jewellery Wangsa Maju atau GULL Jewellery SHAH ALAM jika tiada kedai pajak Ar Rahnu yang berdekatan.
Semoga dipermudahkan segala urusan. Semoga kita berjaya menewaskan Covid19 ini.
Sumber: Akhtar Syamir
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
“Nampak Je Lembut Tapi Saya Lah Singa Kat Rumah.” Kongsi Didik Anak Hafal Surah, Cara DS Nur Shahida Dipuji Netizen.
Sebagai ibu bapa sememangnya menjadi tanggung jawab kita dalam mendidik dan membesarkan anak-anak dengan memberi tunjuk ajar yang betul.
Biar sibuk macam mana sekali pun kena selalu memantau pergerakan dan apa yang mereka lakukan. Bukan untuk mengongkong tetapi sebagai panduan supaya mereka menjadi insan yang berguna dan tidak terjebak dengan anasir negatif.
Demikian yang dilakukan oleh isteri kesayangan Dato Sri Aliff Syukri ini. Disebalik wajahnya yang tenanh dan lemah lembut, namun dia seorang ibu yang tegas terutama dalam mendidik anak-anaknya.
Baru-baru ini, Datin Seri Nur Shahida Mohd ada memuat naik video beliau sedang memantau anak sulungnya menghafaz surah Al-Quran.
Terserlah aura seorang ibu yang tegas disebalik wajahnya yang tenang itu apabila mengajar anak sulungnya menghafal.
“Ammar Ahyan ni dia dah start main-main dah malas menghafal sebab saya tak sempat nak pantau.
“Anak-anak saya ni pantang lepa, bila kita sibuk dia pun turut sibuk juga, sibuk main sampai lupa-lupa hafal surah.
“Lepas tu bila kena marah mulut tu muncung mcm kelopak bunga…ikut hati nak je aku guntingkan mulut dia tu.“Saya ni nampak je cmm lembut tapi sayalah singa kat rumah ni,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Nur Shahida Mohd Rashid (@shahidadherbs) on
Perkongsian Datin Sri Shahida mendapat respond dari pengikutnya. Ada yang memuji tak kurang yang berkongsi pengalaman sama dalam mendidik anak-anak terutama dalam hal agama.
Sumber: IG shahidadherbs
Nak Tanam Nanas Dalam Pasu, Kena Buat Begini Terlebih Dahulu!
Jika mahu pelbagai jenis tanaman jenis berbuah ditanam di tepi rumah, walau tiada ruang tanah yang luas hakikatnya kita juga boleh berucuk tanam dengan menggunakan pasu.
Umpamanya menanam nanas sepertimana yang dikongsikan oleh saudara Azuan Abdullah ini.
Menariknya bukan sahaja berkongsi ilmu tentang tip menanam nanas di dalam pasu, malah tidak lokek berkongsi ilmu tentang cara menyemai nanas menggunakan jambulnya.
Nak tahu lanjut, ikuti perkongsian ini.
“3 Step Mudah Tanam Jambul Nanas MD2 Dalam Pasu”
Pagi tadi saya tanam la jambul nanas MD2 yang buahnya kami dah makan semalam.
Tanam dalam pasu je. Caranya sangat sangat senang. Tak sampai 2 minit dah siap tanam.
Sahabat boleh klik gambar 1-1 ya untuk lihat 3 step yang sangat mudah ni.
Ini jambul yang buahnya saya dah selamat makan semalam. Jambulnya agak besar dan cantik. Sesuai sangat ditanam terus.
Langkah 1 : Potong di bahagian bawah jambul hingga nampak mata akar. Lepas tu buang sedikit daun di bahagian pangkal jambul. Proses ini sangat penting untuk cepatkan jambul yang kita tanam ini keluar akar.
Langkah 2 : Gemburkan tanah dalam pasu. Jika guna pasu yang baru, masukkan tanah campuran dalam pasu. Boleh guna nisbah 1 tanah 2 pasir dan 2 organik.
Langkah 3 : Cucuk je jambul tadi di tengah-tengah pasu. Tahap ke dalamannya lebih kurang 1/4 tinggi jambul.
Lepas tanam tak perlu siram. Memadai air hujan dan air embun sahaja, jika tidak ada hujan dalam masa 3 minggu lepas tanam, siramlah sikit. Lebih kurang 1 liter.
Lepas 3 minggu tanam, insyaAllah jambul ini akan mengeluarkan akar.
Bila dah usia 45 hari, baru kita start membaja ye.
* Targetnnya nak buat 10 bulan dah berbuah dan berat buah 2 kg.
Sumber : Sahabat Kebun Anda