Ketika memasuki trimester ketiga, banyak kemungkinan berlaku. Pertama anak mungkin dilahirkan ketika masih belum cukup bulan.
Kedua, anda mungkin menghadapi beberapa penyakit biasa ketika mengandung iaitu kencing manis dan darah tinggi.
Oleh yang demikian, anda perlu tahu keadaan fizikal terkini dan pastikan kesihatan berada di tahap normal. Berikut beberapa perkara yang perlu anda tahu:
Ads
1. Kawal makanan bergula, garam dan berkarbohidrat tinggi.
Makan makanan yang berkhasiat dan lebihkan pengambilan protein dan serat khususnya sayur-sayuran hijau. Diet yang betul ini dapat memastikan anda tidak dihinggapi penyakit kencing manis dan darah tinggi atau lain-lain.
2. Ketika “berperang” di bilik bersalin, anda sebenarnya memerlukan tenaga yang banyak. Jadi, anda digalakkan membina stamina dengan melakukan beberapa aktiviti fizikal.
Ads
Misalnya bersenam, banyakkan berjalan atau lebih mudah melakukan banyak kerja-kerja rumah. Bagi anda yang gemar bersenam, ikutilah beberapa kelas senaman khas untuk ibu-ibu hamil. Selalunya kelas-kelas senaman termasuk kelas persediaan menyambut “orang baru” dijalankan di kebanyakan hospital swasta.
Ads
3. Ingin ditekankan di sini bahawa bersenam tidak menjamin bersalin awal tetapi berhasil untuk memudahkan proses bersalin.
Hari-hari yang dilalui oleh pasangan Encik Hyzer Habeeburrehman, 37 tahun dan Puan Sherin Mohd Yasin, 40 tahun bersama dengan 3 puteri kesayangan mereka cukup membahagiakan.
Anak sulung diberi nama Heidi Hasmine, 14, anak kedua Heizeh Jasmine, 11 tahun dan paling bongsu Heily Jasmine, 4 tahun.
Namun tanpa siapa menduga, ujian yang diterima oleh anak kecil seperti Heily ini memberi kesan cukup hebat buat keluarga ini.
“Dalam sekelip mata semua ini terjadi. Allah jentik hati kami dengan dugaannya, namun Allah juga memberi penyelesaian dan kelancaran untuk kami mengharungi detik cemas tersebut. Tersusun cukup rapi dan kemas, Subhanallah,” ujar puan Sherin di awal bicara dan turut hadir selain pihak Majalah Keluarga ketika sesi temu ramah ini adalah wakil pihak Hospital Pakar Avisena, Shah Alam.
Diagnos Ketumbuhan Otak
Menurut perkongsian kisah wanita yang cukup tabah ini mengenai anaknya Heily, semenjak dilahirkan hingga sebelum di diagnose menginap tumor otak. Anaknya itu sama seperti anak-anaknya yang lain, sihat dan aktif.
“ Heily atau juga lebih mesra disapa Bubu dilahirkan normal pada 11 Sept 2013 dan merupakan anak yang cukup manja dan juga aktif. Minatnya adalah semua super hero, memang semua permainan lelaki sajalah, kalau cakap mudahnya.
“Dia langsung tidak menunjukkan apa-apa tanda yang menyatakan dia sakit. Main macam biasa.
“Cuma sebelum tiga minggu di diagnos ada ketumbuhan di otaknya, Bubu ada muntah-muntah dan panas badan. Demamnya pula on and off. Saya merasakan itu demam yang biasa sahaja sebagai mana melalui pengalaman membesarkan dua orang anak sebelum ini,” ujarnya lagi dengan tenang.
Kerap Demam Serta Muntah
Rentetan daripada itu, ibu mana yang tidak risau dengan keadaan permata hati yang dilihat menyusut tahap kesihatannya. Lalu Sherin dan suami mendapatkan rawatan kesihatan dengan membawa anaknya ke hospital Avisen berhampiran.
“Dua tiga hari sihat, lepas itu muntah lagi hinggalah suatu ketika dia muntah hingga jadi lemah tubuhnya. Jadi kami bawa ke Avisena memandangkan hospital ini menjadi pilihan utama keluarga kami. Tapi masalahnya, bila tiba di sana wad pula penuh dan pihak hospital merasakan tidak sesuai untuk dilakukan pemeriksaan lanjut. Kami diberikan offer latter untuk mendapatkan pemeriksaan di hospital lain.
“Jadi kami bawa Bubu ke hospital, jam 9.00 malam anak kami telah pun diwadkan. Tiga malam kami berkampung di sana dan akhirnya doktor putuskan hanya masalah pada perut, itu yang menyebabkan Bubu muntah-muntah. Kami akur dan turut berasa lega Bubu telah sembuh bila dibenarkan pulang.
“Namun selang dua hari kemudian, muntah lagi. Kami jadi pelik akan penyakit Bubu, pun begitu keadaannya masih dilihat aktif. Hinggalah pada Sabtu pagi, apabila dia bangun sahaja daripada tidur terus muntah-muntah dan keadaannya menjadi sangat lemah dan saya baringkan di atas sofa sambil saya dan suami cuba Goggle di internet tentang apa penyakitnya itu.
“Ya Allah, masa itu apa yang terpapar di skrin telefon cukup mencemaskan kami. Semua tanda-tanda yang Bubu alami adalah simptom penyakit-penyakit kronik! Lalu kami bergegas ke Avisena sekali lagi untuk dapatkan rawatan lanjut,” cerita Sherin satu persatu dengan tenang.
Nyawa galang ganti
Setibanya di sana,pelbagai proses pemeiksaan dilalui dan semuanya seakan lancar. Bermula dengan penempatan wad dan seterusnya hingga selesai operasi pembedahan.
“Segala-galanya berjalan lancar, Allah pemudahan setiap urusan saat kami sekeluarga harungi detik getir itu. Sampai sahaja hospital, kami menunggu tidak terlalu lama untuk dapatkan bilik. Ketika itu keadaan Bubu saya lihat semakin teruk.
“Jika dia terlena seketika, dia akan bangun tersentak dan menjerit mengatakan sakit kepala. Ketika itu saya tidak sanggup melihat kesakitan yang ditanggung oleh anak kami ini. Jika nyawa saya galang gantinya, saya rela agar anak saya tidak merasakan kesakitan tersebut.
“Begitulah andaiannya yang boleh saya gambarkan bila saya melihat keadaan Bubu. Jujur saya katakan saya pilu melihat keadaannya. Namun ketika itu, saya cuba untuk berlaku tenang, positif dan mengharapkan yang baik-baik sahaja,” tokok Hyzer sambil diakui oleh isterinya yang berada di sisi.
Sambil menyambung lagi, “ Pun begitu, walau pun doktor telah membuat pemeriksaan namun hati saya tertanya-tanya kenapa doktor lambat bagi keputusan. Ketika ini 1001 perasaan ada dalam hati kami sekeluarga. Serius atau tidak? Persoalan ini terus berlegar-legar mencari jawapannya.
“Hinggalah apabila kami diberitahu bahawa Bubu ada brain tumor. Terkesima, terkejut, tidak mahu percaya dan semuanya tidak keruan.
“Untuk orang yang bukan berlatar belakangkan ilmu medical, bila disebut tentang kanser atau ketumbuhan bagi kebanyakan daripada kita hanya memikirkan soal mati.Apatah lagi bila penyakit ini membabitkan bahagian kepala,” ujarnya lagi.
Berdepan dengan situasi begini, meminta untuk Sherin dan Hyzer menerima cadangan terbaik daripada pihak hospital agar segera melakukan pembedahan demi menyelamatkan Bubu.
“Apa yang kami inginkan, kesembuhan untuk Bubu. Jika melalui pembedahan adalah kaedah terbaik untuk membuang tumor di otak Bubu. Kami akur, semuanya kami serahkan kepada doktor yang pakar dan pembedahan tersebut dilakukan serta-merta.
“Dan alhamdulillah, keputusan yang cepat telah dibuat dan kini Bubu kembali aktif dan sihat. Syukur tidak terhingga kami sekeluarga ucapkan kepada pihak Hospital Pakar Avisena yang telah berusaha sebaiknya untuk menjayakan operasi pembedahan tersebut.
Sumber: Majalah Keluarga Edisi Jan-Feb 2018
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Migrain dan sakit kepala bukanlah satu perkara yang boleh di buat main-main. Ada sesetengah orang yang mudah alah dengan cuaca panas, begitu juga dengan cuaca terlalu sejuk. Pada keadaan cuaca tidak menentu ini, sakit kepala mudah menyerang secara tiba-tiba.
Apabila diserang sakit kepala, tiada apa yang mampu dilakukan melainkan dengan pengambilan ubat tahan sakit atau paling tidak paracetamol.
Namun semua ubat-ubatan ini pastinya tidak sihat jika diambil dalam jangkawaktu yang panjang dan akan memudaratkan diri di kemudian hari.
Apa yang harus anda lakukan? Usah menahan sakit dalam diam. Cuba tip tanpa ubat ini yang boleh anda amalkan untuk meredakan sakit kepala.
1. Minum Air Isotonik
Rangkaian minuman isotonik seperti 100 Plus atau Revive pernah dulu dinyatakan sebagai salah satu cara untuk merawat masalah sakit kepala. Ya benar sama sekali. Ketika sakit kepala menyerang, cubalah mendapatkan segelas air ini dan minum sehingga keadaan reda. Kandungan gula dan tenaga yang tinggi dapat mengembalikan semula bendalir dan tenaga dalam badan.
2. Teh Halia
Teh halia bukan hanya baik untuk masalah pembuangan angin dalam badan bahkan ia baik untuk masalah sakit kepala. Sifat antioksidannya dapat melawan jangkitan serta meningkatkan keupayaan imun tubuh. Sakit dari kepala yang disebabkan oleh masalah angin juga dapat diatasi. Tumbuk halia segar dan toskan airnya. Biarkan air menjadi suam seketika dan minumlah. Sakit kepala lama-kelamaan akan beransur hilang.
3. Jumlah Air Mencukupi
Kekurangan air dalam badam membuatkan tubuh terdedah kepada pelbagai risiko dan masalah. Sakit kepala adalah salah satu penyebab kepada masalah tidak cukup air dalam badan. Ia juga seolah-olah isyarat akan masalah lain pada tubuh. Jadi perbanyakkanlah jumlah air dalam badan. Lapan gelas setiap hari sudah memadai untuk tubuh semua fungsi tubuh berjalan dengan lancar.
4. Guna Kiub Ais
Ais memang membantu. Jika di dalam perjalanan, selain air isotonik, ketulan ais antara yang mudah anda perolehi. Ais buat kepala rasa kebas dan lama kelamaan sakit akan hilang dan reda. Urat kepala juga akan menjadi lebih relaks dan kepala kurang sakitnya. Letakkan kepala di dalam bekas dan letakkan di atas kepala atau di tempat yang sakit.
5. Sujud Seketika
Benarlah satu hadis pernah menyebut, sujud ketika waktu subuh hari adalah rawatan kepada pelbagai masalah terutamanya migrain. Apabila terlalu sakit, ketika bersolat anda bolehlah bersujud pada tempoh sedikit lama bagi memulihkan sakit kepala. Cuba!
6. Ketawa
Ketawa merembeskan hormon gembira dan ini juga antara cara untuk memulihkan masalah sakit kepala. Malah ketika ketawa, pergerakan oksigen sampai dengan sempurna ke otak. Ini secara tidak langsung membuatkan sakit semakin berkurang. Jangan stress dan teruskan hidup dengan gembira.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Enot Patah Kaki & Lutut Retak Akibat Jatuh Di Bilik Air. Mohon Didoakan Segera Sembuh!
Malang tidak berbau, semoga pelakon Enot atau nama sebenarnya Alliza Abdullah, 44 diberikan kesembuhan.
“Alhamdulilah dari tengahari tadi jatuh bilik air sampai ni baru dapat keluar..dah nasib nak buat macam mana..dugaan Allah bagi aku masih boleh tersenyum lagi..tq Allah atas dugaan ini.. Doakan saya cepat sembuh k semua.. tempurung lutut pecah dan patah. Dugaan bulan birthday.”
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Begitulah perkongsian Enot di akaun tiktok miliknya, Enot7813 yang telah menarik perhatian peminatnya dan warganet. Bahkan Kak Rara juga turut berkongsi berita ini di insta storynya dan memohon orang ramai mendoakan agar Enot cepat sembuh.
Terjatuh Bilik Tidur
Akibat terjatuh dalam bilik air di kediaman pada petang Isnin, pelakon Enot terpaksa dikejarkan ke Hospital Melaka selepas tidak boleh berjalan.
Jelas Enot, pada awalnya dia tidak merasakan kesan jatuh itu tidak serius tetapi terpaksa mendapatkan bantuan ambulans apabila dia mula terasa sakit pada bahagian tulang belakang ini sebagaimana memetik perkongsian di facebook artis Malaysia.
“Saya dan kejadian jatuh bilik air ini dah biasa berlaku, cuma kali ini kesannya agak teruk sikit sebab terkena pada bahagian lutut. Mulanya saya hanya pergi ke klinik berdekatan tetapi disebabkan sakit bertambah teruk termasuk di bahagian pinggang dan belakang badan, saya terus menghubungi ambulans,” katanya yang turut berkongsi video dia menerima rawatan di hospital berkenaan.
Disebabkan kejadian tersebut, Enot memberitahu kaki kanannya patah selain tempurung lututnya retak. Bukan itu sahaja, pemeriksaan doktor turut mendapati tulang belakangnya mempunyai masalah dan separuh kaki kanannya disimen.
“Doktor periksa tulang termasuk tulang belakang sebab saya memang ada masalah di bahagian itu sejak sekian lama. Sekarang ini doktor hanya simen separuh kaki pada bahagian yang patah.
“Selepas dirawat saya sendiri minta untuk balik rumah… lebih senang duduk berehat di rumah. Jika sakit berlarutan dalam tempoh beberapa hari ini mungkin perlu melakukan pembedahan,” tuturnya.
Pindah Di Melaka
Memaklumkan sudah berpindah ke Melaka sejak beberapa minggu lalu untuk mencari angin baharu dalam perniagaan, Enot memberitahu meskipun tinggal di luar Kuala Lumpur, dia bagaimanapun tetap aktif dalam bidang seni dan sedia menerima tawaran berlakon sekiranya ada.
“Saya sengaja pindah Melaka nak rasa persekitaran baru. Kata orang tak salah kalau kita berhijrah jika tempat lama itu dah rasa tak best. Walaupun tinggal di Melaka, saya masih tetap berlakon.
“Kalau ada tawaran tiada masalah untuk ke Kuala Lumpur… bukan jatuh sangat. Mungkin kejadian jatuh ini sebagai tanda pengenalan di tempat baru,” ujarnya.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...