Di Malaysia, kita menjulang pelajar yang memperoleh semua A di dalam subjek ibarat raja. Pandangan stereotaip ini memberi impak kepada satu bentuk budaya yang mana ibu bapa hendak anak mereka memperoleh semua A sebagai penanda aras atau definisi lain untuk berjaya. Sedar tak sedar, pertandingan antara ibu bapa dah lama berlaku dalam masyarakat kita. Anak siapa paling cepat dan pandai baca. Anak siapa yang boleh menghafal dengan sempurna. Anak siapa boleh jawab matematik dengan pantas. Anak siapa dapat straight A dalam peperiksaan. Nombor berapa dalam kelas. Sukan menang ke tak? No 1 ke 2?
Hukum mudah inilah menjadi fahaman dan pegangan bangsa Malaysia setelah sekian lama. Dulu boleh mengira 1 hingga 20, sekarang sampai tidak terkira bintang yang dikira. Dulu boleh hafaz Al-Fatihah sahaja, sekarang surah pendek lain dalam minda. Dulu boleh berjalan, sekarang mampu berlari sampai tak terkejar kita.
Bahan eksperimen
Hazhari Ismail
Hazhari Ismail, Pensyarah merangkap Ketua Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) mengakui ramai ibu bapa yang berlumba-lumba untuk memastikan mereka menang dengan persaingan antara rakan-rakan dan boleh menayangkan trofi ‘anak cepat membaca seawal 3 tahun’.
“Ini kesalahan ibu bapa, meletakkan anak-anak sebagai satu bentuk bahan uji kaji untuk eksperimen mereka sendiri. Jika kita bereksperimen, kadang-kala tujuan dan objektif eksperimen tidak tercapai. Maka, kita boleh melakukan eksperimen sekali lagi buat kali kedua, ketiga dan seterusnya. Namun, anak-anak ini jangan disamakan. Kita menggadaikan masa depan mereka yang tidak boleh diulang.
“Apalah gunanya jika anak bijak dalam perkembangan ilmu, tetapi tidak boleh mempercayai ibu bapa kerana sejak kecil asyik berenggang? Maka, jika kelas tambahan itu membabitkan aktiviti interaksi ibu bapa dan anak-anak, ia digalakkan. Tapi untuk seawal 2 tahun, ceriakanlah hari mereka di rumah, boraklah dengan mereka, rekreasi bersama dan sebagainya merupakan aktiviti terbaik sebagai cerminan seorang ibu bapa yang baik.
Apabila bercakap mengenai kelas tambahan, ia mempunyai definisi yang berbeza. Jika kelas tambahan itu merujuk kepada pendedahan skil seperti bermain piano atau instrumen muzik yang lain, atau kelas seni mempertahankan diri dan aktiviti fizikal yang lain; maka itu amat digalakkan. Atas dasar kelas seperti ini rata-ratanya tiada di sekolah. Menjadi kebimbangan hari ini ialah kelas tambahan yang diberikan seperti kelas membaca dan menulis di peringkat awal kanak-kanak sesuatu yang tidak perlu. Ia masih awal.
Ads
“Cadangannya, di peringkat pra sekolah atau tadika, mereka hanya diperkenalkan atau didedahkan konsep membaca dan menulis atau pra-membaca dan pra-menulis. Contoh aktiviti pra-menulis seperti melantunkan bola yang bertujuan untuk meningkatkan daya koordinasi tangan dan mata. Maka, apabila kanak-kanak bermula untuk memegang pensel dan menulis nanti, adalah mudah bagi mereka membiasakan diri. Atau pun menyambungkan titik-titik yang membentuk sebuah lukisan atau tulisan yang bermakna. Ini sepatutnya didedahkan kepada anak-anak. Malangnya, ibu bapa masih tidak faham,” ujar Hazhari lagi .
Ibu bapa guru pertama
Gambar sekadar hiasan
Kita tidak mahu melahirkan anak-anak bersifat robot, tiada jiwa dalam segenap ilmu yang dipelajarinya. Mereka perlu diberikan pembelajaran yang bersifat ‘welcoming’ anak-anak ini sedar menimba ilmu bukan suatu paksaan. Teringat saya akan cara Nabi Muhammad SAW menyarankan ibu bapa mendidik anak-anak untuk bersolat. Hanya seawal 7 tahun, kanak-kanak perlu didedahkan dan diajar untuk bersolat, dan selepas tiga tahun barulah mereka berhak untuk dihukum jika tidak menunaikan solat.
Tempoh 3 tahun ini Islam melihat sebagai tempoh untuk kanak-kanak mencuba,menerima, menghayati ilmu yang baru. Perkembangan seawal 7 tahun pada zaman nabi ketika dulu tidak pernah berubah di telan zaman, sama seperti kanak-kanak 7 tahun sekarang. Jadi, benarlah kita perlu percaya perkembangan anak itu secara kolektifnya adalah sama. Ibarat sebuah gelas yang berisi air, sebagai ibu bapa kita perlu mengisi air sedang elok dengan saiz gelas. Jika tidak, air akan tertumpah, dan mengotorkan sekeliling. Kita tidak mahu melihat anak-anak kita membesar sebagai insan sebegitu.
Ads
Di dalam kamus psikologi kanak-kanak, galakkan atau (reinforcement) adalah benda yang perlukan untuk membentuk tingkah laku kanak-kanak yang positif. Galakkan boleh jadi pelbagai seperti pelukan, ciuman dan pujian. Kadang-kadang ibu bapa tidak perlu gunakan wang ringgit untuk mengumpan kanak-kanak supaya berlaku baik. Tidak perlu memberi hadiah apabila mereka berjaya menghabiskan sesuatu tugasan.
Ibu bapa model terbaik
Gambar sekadar hiasan
Seterusnya ialah penglibatan ibu bapa. Ambil tahu apa yang anak-anak lakukan di sekolah. Letak kepercayaan kepada anak-anak tidak bermaksud memberikan mereka kebebasan sepenuhnya, tetapi tegas dan meletakkan disiplin sebagai asas utama. Jadilah pendengar yang baik kepada mereka. Kalau bukan kita, nescaya mereka akan mencari kawan-kawan dan ia akan berlanjutan sehingga peringkat dewasa di mana tiada lagi ruang untuk ibu bapa di hati mereka. Menjadi model yang terbaik di hadapan kanak-kanak, juga di belakang mereka.
Ads
Guru pertama sepatutnya ibu bapa. Bukan guru di sekolah. Jangan serahkan bulat-bulat kepada guru tentang pendidikan anak-anak. Masuk campur. Biar anak-anak rasa dihargai. Tanya apa mereka belajar di sekolah ketika berada di rumah. Benarlah kanak-kanak itu ibarat kain putih. Ibu bapa yang mampu mencorakkannya. Saya suka konsep kerja rumah yang sebenar. Bukanlah kerja rumah seperti membuat latihan matematik lima muka surat, atau menulis huruf tertentu berulang kali, tapi kerja rumah yang dimaksudkan adalah kerja rumah bersama ibu bapa. Kerja rumah yang melibatkan ibu bapa dilihat mampu meningkatkan kepercayaan kanak-kanak dan mengeratkan hubungan antara ibu bapa dan anak-anak
Kanak-kanak itu berbeza, ada yang ketinggalan, ada yang belajar kerana terpaksa. Inilah yang dikatakan drilling. Kanak-kanak mendengar sahaja dan tiada interaksi antara murid dan guru. Mereka diajar teknik menghafaz dan apabila selesai menghafaz, kita katakan mereka sudah berjaya. Sedangkan, mereka tidak faham apa yang mereka pelajari dan tidak menggalakkan mereka untuk terus berfikir.
Anak bijak
gambar sekadar hiasan
“Bayangkan jika anak-anak terpaksa belajar subjek-subjek yang lain, sedangkan kemahiran asas masih belum dikuasai sepenuhnya. Ia akan membantut dan memburukkan lagi perkembangan mereka dan menutup niat untuk terus belajar. Tiada siapa suka konsep memaksa. Jadi, kenapa kita perlu memaksa? Nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.
“Begitu juga dengan konsep pengasingan kelas. Di peringkat tadika sampai lah ke peringkat universiti. Pengasingan kelas ini terbahagi kepada dua (2) bagaimana ia boleh diasingkan,iaitu secara choronological grouping (Umur) dan vertical grouping (perkembangan). Selalunya, dari peringkat prasekolah sehinggalah ke menengah, kita dibiasakan dengan konsep choronological grouping iaitu pengasingan mengikut umur. Kemudian, barulah kita guna vertical grouping iaitu kita asingkan ikut development (kepandaian).
Justeru, sebagai ibu bapa, anda mempunyai kuasa untuk menghentikan segala dogma yang mana anak yang bijak adalah anak yang memperoleh semua A di dalam semua subjek. Ini adalah pandangan yang tidak bijak dan tidak benar. Abaikan semua persepsi masyarakat, tidak perlu membanding bezakan pencapaian anak-anak kita dengan anak orang lain, juga di antara anak-anak kita sendiri. Percayalah, setiap anak itu berbeza. Maka, bukan tugas kita untuk membeza-bezakan mereka.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ketika ini durian dijual dalam harga yang murah. Selain makan begitu saja, apa kata durian dijadikan bahan untuk membuat Durian Crepe.
Biasanya ia dijual dikedai pada yang yang mahal, jadi kali ini apa kata buat sendiri di rumah. Caranya pun tak sukar. Siap boleh dijual untuk menambah pendapatan keluarga.
Jom ikuti resipi ini, yang dikongsi oleh guru masakan menerusi grup masakannya di Azlina Ina Fans hasilnya tidak mudah pecah dan gebu serta sedap!
Durian crepe gebu
Kulit (80-90 ikut ketebalan dan besar kecik korg buat) kalau nak buat lg banyak ganda kan kalau nak buat sikit dah buat separuh simpan adunan dalam bekas berttup nnt nak buat lg keluakan hilang kan sejuk boleh guna 3 sudu besar tepung gandum 3 sudu besar tepung jagung 4 sudu besar tepung ubi kayu 3 sudu besar tepung kastard 5 sudu besar tepung hong kong( klau xde boleh skip tp biasa kulit mudah koyak dan xlicin) sedikit garam 2 sudu besar gula icing 3 biji kuning telur 2 biji telur keseluruhan so semua 5 biji eh 3 cawan 1/2 cawan susu segar esen vanila sket beberapa titik pewarna kuning lemon jgn guna kuning telur xlawa
step kulit
1.Kesemua tepung dan bahan kering di atas di ayak terlebih dahulu 2. Masukkan kedalam satu bekas, masukkan garam, gula icing,esen dan telur whisk sebati, dan masukkan air / susu segar dan pewarna kuning. kacau guna whisk tangan je ye..kemudian tapis 3. Panaskan non stick pan saiz kecil kalau xde boleh je pan biasa sapu butter sket api sederhana. Sapu sikit pan dgn butter ( guna tisu pon boleh)..dah panas pan tu..angkat dan masukkan kurang 1 senduk adunan ke dalam pan..lenggangkan sehingga rata dan nipis kulit tadi serta memenuhi permukaan pan kemudian letak atas dapur 2 hngga 3 mnt.jangan lama sbb nanti hangus kulitnya.tak payah terbalikkan sebb ia nipis mudah sangat masaknya sbb tu mak suka ttup pakai ttup periuk so mudah dan cepat masak 4. Ulangi smpai abis
Cara melipat pilih bahagian yg kasar di dalam licin dan comel kat luar letak cream agak2 jgn sampai xboleh lipat dan setompok letak isi durian atau filling durian kemudian lipat ketat2 ketat sket bg nampak gemokk
resepi inti durian
custard durian
1 cawan setengah susu segar 1cawan gula halus 300g isi durian 3sb tepung custard cairkan dalam sedikit air 2sb tepung ubi masak semua smpai agak pekat
kalau nak buat tuk frozen lebih dr 7 hari lebih tahan lama dan letak chiller pn xbasi tp kalau nak buat terus jual just isi durian lecek2 kan dan boleh dah gune durian fresh je fresh cream 3 cawan vivo mix kental campurkan sket dgn filling custard durian atau durian fresh kacau kan simpan storage die di tempat beku hokey kalau korg suke nak buat perise lain pn boleh,oreo ke coklat selamat mencuba!
Kurma merupakan buah yang cukup popular ketika bulan Ramadan. Ramai yang akan membelinya untuk berbuka puasa atau bersahur.
Namun hakikatnya ramai yang tak tahu bahawa buah kurma perlu dibersihkan dahulu sebelum makan.
Nak tahu lanjut ikuti perkongsian oleh puan Niena Samsir.
Perlu ke basuh kurma sebelum makan?
Ok, ni ummi nak tunjuk kenapa kita WAJIB cuci kurma sebelum makan. Nampak tak, ada kesan pasir pada kurma?
Kalau beli, tak de kesan pasir, mungkin supplier tu dah bersihkan tapi bukan dengan cara basuh tau. Mereka hanya lap dengan kain basah. (Agak-agak bersih ke?)
Tak kisah lah awak beli kurma fresh, kurma sejuk beku atau kurma kering, tolong lah basuh dulu. Ajarkan juga mak ayah di kampung.
Rupanya ini sebabnya
Kadang-kadang ada yang mengadu lepas makan kurma batuk, sakit perut dan macam-macam penyakit datang. Sampai ada yang serik nak makan kurma.
Mungkin ia baru bagi kita untuk cuci kurma, tapi supplier kurma pun sarankan pada ummi, cucilah kurma sebelum makan. Takkan terjejas rasa kurma kalau kita cuci. Cuma, seller tak boleh nak cuci kan untuk kita, bimbang nanti kurma rosak tak tahan lama.
So, kita lah kena cakna dengan kebersihan kurma sebelum kita nak makan. Ni ummi tunjuk keadaan sebenar kurma yang datang dari ladang kurma.
Lepas ni, jangan ambil mudah tau. Cara nak bersihkan kurma, rendam dulu dalam air garam dalam 5 – 10 minit. Lepastu bilas dengan air bersih. Kemudian tapis, kalau nak lebih baik, jemur di bawah panas terik matahari. Nanti kurma jadi juicy semula.
Tapi, kalau nak cepat, tak yah jemur. Tapis je lepas tu boleh terus makan. Simpan dalam peti sejuk, in shaa allah tahan lama.
Maaf kalau ada yang tak sependapat. Ummi kongsi sebab sayang. Berniaga, bukan nak duit semata, tapi ummi bertanggungjawab untuk educate pelanggan untuk makan kurma dengan cara yang bersih.
Bintang kecil: Puasa Tu Wajib, Tiada Puasa ‘Yang Yuk’ | Hikayat 1001 Malam | BINTANG KECIL
Episod 3 : Abdul Mukmin VS Abdul Fajir
Berpuasa jadi bekalan dan perisai orang beriman dan supaya tak terjebak ke lembah maksiat serta kejahatan. Sebab tu bulan puasa ni kita kena jadikan diri kita lebih ke arah Abdul Mukmin dan elak jauh-jauh dari Abdul Fajir. Nak tahu apa tu Abdul Mukmin dan Abdul Fajir, kenalah saksikan 1001 Malam di Youtube Channel Bintang Kecil bermula 1 Ramadan ini pada jam 6.30 petang bersama pengacara jemputan PU RIZ. Jangan lupa kawan-kawan Bintang Kecil semua!
Program ini disokong sepenuhnya oleh TATEH, jenama yang Prihatin, Selesa dan Dipercayai.
Follow dan subscribe Youtube Channel Bintang Kecil #BintangKecil #KitakanJuara #1001Malam
KELUARGA TALK: Nwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridz
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Alamak, baju favourite dah sendat! macam mana ni!.. Kena diet nampak gaya ni! Itu mungkin kata-kata yang berbisik di hati setiap kali melalui situasi ini. Masalah pertambahan berat badan akan berlaku bila pemakanan tak dijaga dan tiada aktiviti keluarkan peluh.
Boleh jadi juga disebabkan pertambahan usia menyebabkan proses metabolisme semakin berkurangan. Tapi bila dah sedar berat badan meningkat, kena cepat-cepat bertindak. Jika tidak, makin sukar untuk mencantas lemak yang makin bertimbun. Paling mudah buat 5 perkara ni cepat!
Makan lauk, kurangkan nasi
Makan lauk telur, ayam dan daging yang mengandungi protein tapi kurangkan karbohidrat terutama nasi. Sumber protien ini bantu proses pembentukan otot dan juga baik untuk pencernaan. Tapi kalau tak bersenam tak akan terhasil juga pembentukan otot.
Minum Kopi
Minum kopi atau minuman kafein lain seperti teh hijau. Pengambilan kafein sebelum bersenam dikatakan dapat membantu kita cergas lebih lama dan lebih bertenaga. Cubalah minum secawan kopi atau teh pada waktu pagi sejam atau lebih sebelum anda berjalan-jalan atau bersenam dan lihat hasilnya.
Banyak Bergerak
Badan makin berat, jalan malas bangkit. Kena bangun dan selalu bergerak. Mereka yang ada masalah berat badan selalunya suka duduk berbanding orang ang ramping. Jadi kalau di pejabat cuba guna tangga dan kalau menonton tv di rumah sepanjang iklan berdirilah seketika. Selain itu rajin-rajin bersihkan rumah yang mana aktiviti ini dengan mudah dapat bakar kalori.
Makan Ikan
Salmon dan tuna merupakan sumber omega-3 asid lemak, yang dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme. Menurut satu kajian yang dilakukan di Perancis menemukan orang dewasa yang mengambil enam gram minyak ikan setiap hari memiliki lemak tubuh yang lebih sedikit (yang membantu anda membakar kalori lebih banyak) daripada mereka mendapat jumlah yang sama daripada lemak mentega, minyak zaitun dan minyak bunga matahari sebagai gantinya.
Sebab itulah kena amalkan ikan salmon atau tuna sekurang-kurangnya dua kali seminggu atau minta pandangan daripada doktor tentang pengambilan suplemen minyak ikan.
Hujung Minggu Joging
Hujung minggu waktu petang jangan hanya bersantai di sofa. Keluar berjoging, ajak pasangan atau anak-anak. Selain itu setiap hari buat senaman bangkit tubi untuk meningkatkan kadar metabolisme. Kaedah ini dapat membantu membentuk otot selain membantu membakar lebih banyak kalori sepanjang hari.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di