Pelakon Elisya Sandha yang kini sedang hamil enam bulan berkongsi keadaan dirinya yang mengalami alahan teruk bagi kehamilan keduanya ini.
Tambah Elisya lagi, alahan yang dialaminya turut menjejaskan ibadah puasanya pada Ramadan kali ini.
Berbeza kandungan pertamanya, kata Elisya dia bersyukur kerana dapat berpuasa penuh.
“Sebenarnya ketika saya mengandungkan Bunga sebelum ini, saya dapat berpuasa penuh. Tak tinggal satu hari pun. Saya sangat gembira kerana itu memang sasaran saya pada waktu itu.
Ads
“Tapi pada kehamilan kali ini, jika lihat pada gaya, saya rasa tak mampu nak berpuasa penuh tapi saya akan tetap cuba.
“Kali ini, saya cepat penat dan ada alahan yang agak teruk,” katanya berkongsi cerita.
Tambah ibu kepada si comel, Bunga Elhaq ini lagi, proses kehamilan keduanya ini agak mencabar berbanding kehamilan pertamanya pada tahun 2022.
Ads
“Cuma kali ini alahan teruk juga. Perut saya agak kecil walaupun dah enam bulan tapi digantikan dengan alahan, bengkak kaki dan mudah penat.
“Kalau berjalan pun saya akan mudah penat,” ujarnya lagi.
Elisya berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media LXM Resources, yang berlangsung di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Ads
Berkongsi kisah jantina anak kedua, kata Elisya dia dan suami sepakat merahsiakan jantina anaknya itu dari pengetahuan keluarga.
“Jantina anak kita belum maklumkan lagi. Kita akan adakan majlis gender reveal selepas Hari Raya. Mak mentua saya pun belum tahu lagi. Cuma saya dan suami sahaja yang tahu.
“Buat masa ini, kami memang nak merahsiakan walaupun ibu mentua saya cuba korek,” tambahnya.
Terdahulu, Elisya dan suaminya mengumumkan bakal menimang anak kedua mereka pada penghujung tahun lalu. Pasangan ini turut dikurniakan dengan seorang cahaya mata perempuan, Bunga Elhaq.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Daun durian belanda mempunyai banyak khasiatnya. Kebanyakan pokok durian belanda ditanam di halaman rumah sebagai pokok hiasan.
Secara komersil pula, pokok durian belanda ditanam di kawasan dengan saliran yang baik. Pokoknya boleh mencecah setinggi 8 sehingga 10 meter. Sebiji buah durian belanda boleh mencapai berat 3kg.
Menerusi perkongsian Rosmah Rasidi menunjukkan cara membuat bancuhan air untuk kesihatan yang mengunakan daun durian belanda.
Katanya, bancuhan air itu membantu ringankan badan, kurangkan bacaan diabetis, pulihkan barah usus dengan hanya minum air rebusan daun durian Belanda.
Pastinya semua nak sihat kan. Jauh dari segala penyakit. Tentu pelbagai cara dilakukan termasuk makan ubat dan bersenam demi memastikan kesihatan bertambah baik.
Begitu juga dengan puan Nur Zahirah yang berkongsi tip untuk menjaga kesihatan jantung dengan mengamalkan makan jus bawang dengan madu. Jom semak.
Hari ini saya nak kongsi Resepi Ubat Jantung menggunakan Superfood Bawang Putih yang bergolek di dapur korang itu. Cuba amalkan resepi ini, nafas akan lapang dan tiada ‘nyut-nyut’ di dada. Malah tenaga juga bertambah, tak adalah letih sangat.
ustaz yang sarankan amalan ini. Ustaz ini cuma minta tolong viralkan kalau berkesan, biar dapat tolong ramai orang.
*RESEPI UBAT JANTUNG*
BAHAN-BAHAN
3 ulas Bawang Putih 1 sudu besar Madu.
CARA-CARA
3 ulas bawang putih tu di cincang halus, biarkan selama 15 minit dan kemudian gaul rata dengan satu sudu besar Madu.
Kemam secara perlahan campuran bawang putih dan madu tadi. Seeloknya ambil semasa perut kosong, InshaAllah dalam masa 7 hari akan ada kesan yang ketara pada tubuh badan.
Rupanya resepi ini bukan sahaja untuk jantung, ada banyak khasiat lain seperti:
1. Mencegah lebihan lemak pada dinding jantung.
2. Mencegah serangan jantung dan saluran arteri tersumbat disebabkan penebalan dinding dalam pembuluh darah jantung.
3. Menurunkan tekanan darah tinggi dan kolestrol.
4. Merawat masalah kulit alergi dan gatal-gatal
5. Merawat masalah cirit birit
6. Buang toksik dalam badan
7. Menambahkan daya ketahanan badan
8. Menurunkan kadar gula dalam badan untuk pesakit kencing manis
9. Mencegah penyakit kanser
10. Mengurangkan sakit arthritis
11. Boleh menurunkan berat badan
Lagi satu ustaz ini cakap kalau ada masalah seram sejuk, resdung dan demam berpanjangan pun bagus amalkan petua ini.
P/s Guna sudu plastik
Selamat mencuba!
Kredit: Nur Zahirah
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tiada siapa pun yang ingin sakit dan hakikatnya nikmat kesihatan itu cukup besar dan bermakna.
Pun begitu, dalam bab penjagaan kesihatan jangan pula kita sekadar nampak luaran sihat tetapi dalaman sebaliknya.
Contohnya, bila menyentuh tentang penyakit Batu Karang Hempedu yang dikongsikan oleh Dr. Zubaidi ini.
Penyakit ini memerlukan masa yang panjang dan sebelum ke tahap serius, tubuh badan Kita akan menunjukkan beberapa tanda-tanda.
Nak tahu lanjut, ikuti perkongsian dari dr Zubaidi ini
PENYAKIT BATU KARANG HEMPEDU
Penyakit batu karang hempedu adalah masalah yang sering dihadapi penduduk Malaysia. Ia dikenali sebagai Cholelithiasis. Pundi hempedu berfungsi untuk menyimpan cecair hempedu yang dihasilkan oleh hati. Apabila seseorang itu makan, ia akan menghasilkan satu mekanisma yang akhirnya akan menyebabkan pundi hempedu mengecut dan menolak hempedu yang disimpannya ke dalam usus. Salah satu fungsi cecair hempedu adalah untuk memudahkan pencernaan lemak dalam usus.
Pembesaran pundi hempedu disebabkan saiz batu yang semakin bertambah akan menyebabkan rasa sakit dibahagian perut. Bahkan kehadiran batu dalam pundi hempedu juga meningkatkan risiko untuk berlakunya jangkitan kuman ataupun keradangan pada pundi hempedu tersebut. Keradangan pada pundi hempedu ini dinamakan sebagai Acute Cholecystitis.
Jika batu tersebut tersekat dalam saluran hempedu menuju ke bahagian usus, ia boleh menyebabkan hempedu tidak boleh dikeluarkan ke dalam usus. Ini menyebabkan proses penyingkiran bilirubin pun terganggu. Perkara inilah yang akan menyebabkan mata seseorang itu kelihatan kuning disebabkan bacaan bilirubin yang meningkat dalam badan.
Tanda dan gejala
Kebanyakan batu karang hempedu tidak menyebabkan tidak menunjukkan tanda atau gejala. Ia dikesan semasa pemeriksaan rutin dijalankan.
Sebahagian kecil batu karang hempedu boleh menyebabkan gejala seperti rasa sakit yang berpanjangan selama beberapa minit di bahagian kanan atas abdomen. Rasa sakit ini disebut ‘gallstone colic’. Gejala ini biasanya disertai dengan loya dan muntah.
Ia berkurang dengan sendirinya tetapi boleh berlaku semula sekali-sekala. Keradangan pundi hempedu atau jangkitan hempedu statik dipanggil cholecystitis akut dan ia boleh menyebabkan demam.
Batu karang hempedu yang menghalang aliran hempedu dari hati ke duodenum boleh menyebabkan hati dipenuhi dengan hempedu yang berlebihan. Hempedu yang berlebihan akan melimpah ke peredaran sistemik lalu menyebabkan jaundis atau mata, kulit dan membran mukus menjadi kekuningan.
Bagi kes yang teruk pemendapan bilirubin yang berlebihan dalam kulit menyebabkan gatal. Gejala lain termasuklah sakit perut, loya dan muntah. Jangkitan hempedu statik mempunyai gejala lain seperti demam dan disebut sebagai Ascending Cholangitis. Jika tidak dirawat, boleh membawa maut.
Terdapat beberapa faktor yang boleh mempengaruhi pembentukan batu karang hempedu iaitu :
1. Jantina. Wanita berisiko dua kali ganda daripada lelaki. Ini adalah disebabkan oleh jumlah hormon estrogen yang berlebihan dalam kalangan wanita. Keadaan tertentu seperti kehamilan, terapi penggantian hormon dan pil perancang keluarga mendedahkan mereka kepada estrogen yang berlebihan. Estrogen yang berlebihan meningkatkan tahap kolesterol dalam hempedu, seterusnya mengganggu keseimbangan cecair hempedu. Estrogen yang berlebihan juga mengurangkan pengecutan pundi hempedu menyebabkan stasis hempedu dan pembentukan batu karang hempedu.
2. Berat badan. Obesiti merupakan satu lagi faktor risiko kerana paras kolesterol yang tinggi dalam darah.
3. Diet. Pemakanan yang tinggi lemak dan kolesterol merupakan satu lagi faktor risiko.
4. Umur. Individu berumur 60 tahun dan ke atas mempunyai insiden batu karang hempedu yang lebih tinggi.
5. Diabetes. Penghidap Diabetes mempunyai jumlah asid lemak yang lebih tinggi iaitu trigliserida dan kolesterol darah.
6. Ubat kolesterol. Ubat yang mengurangkan tahap kolesterol dalam darah juga meningkatkan jumlah kolesterol yang dirembeskan ke dalam hempedu.
Rawatan
Rawatan masalah ini bergantung kepada pesakit sama ada mempunyai simptom ataupun tidak. Pesakit yang mempunyai batu dalam hempedu tetapi tidak mempunyai sebarang simptom selalunya tidak akan menjalani pembedahan kecuali atas beberapa sebab.
1. Pembedahan
Jika pesakit sudah mempunyai simptom seperti yang dikatakan di atas pembedahan perlu dilakukan untuk membuang pundi hempedu tersebut. Prosedur ini dikenali sebagai cholecystectomy.
2. Antibiotik
Jika pesakit sedang menghadapi keradangan pundi hempedu (Acute cholecystitis), pesakit akan diberi antibiotik terlebih dahulu untuk menghapuskan kuman dan supaya keradangan tersebut hilang terlebih dahulu. Kemudian barulah pembedahan dilakukan. Jika masalah keradangan tersebut masih berterusan, pembedahan kecemasan akan dilakukan untuk membuang pundi hempedu tersebut.
.
Terdapat beberapa prosedur lain yang boleh dilakukan untuk rawatan pesakit. Tetapi selalunya prosedur tersebut akan dilakukan jika pesakit mengalami masalah yang tidak memungkinkan pembedahan cholecystectomy dilakukan.
Sumber : Dr Zubaidi Hi Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
JKM kesan waris tiga beradik yang berada di bawah perlindungan sejak 2023. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi JKM bagi membantu proses penilaian dan kebajikan kanak-kanak tersebut.