Elisya Sandha umum hamil anak kedua, “Bunga nak jadi kakak dah…” Pelakon Elisya Sandha mengumumkan yang dia kini sedang hamil anak kedua.
Elisya Sandha Umum Hamil Anak Kedua
Elisya berkongsi berita gembira itu di laman Instagramnya. Elisya atau nama sebenarnya Nur Elisya Sandha Hassan berkongsi rakaman video tentang berita gembira itu sebagai kejutan kepada suaminya, Uzair Haqimy Azman.
“Bunga Nak Jadi Kakak Dah…”
Ketika membuka kotak berisi alat penguji kehamilan (urine pregnancy test-UPT) yang positif, Uzair sebak seakan-akan tidak percaya bakal bergelar bapa anak dua.
“Bismillahirahmanhirahim. Syukur Alhamdulillah for another biggest rizq in life.
“Terima kasih atas doa kalian, @bungaelhaq nak jadi kakak dah,” tulisnya Elisya.
Menerusi video yang sama, adik kepada pelakon Fasha Sandha turut memberikan kejutan berita gembira itu kepada keluarga mentua, adik-beradik dan rakan-rakan.
“Bunga going to be a sister.”
Sheila Rusly, ibu mentua Elisya terkejut dan menitiskan air mata gembira seolah tidak percaya menerima berita gembira itu.
Ads
Perkongsian Elisya itu mendapat respon di kalangan rakan selebriti dan juga warga maya. Berikut antara komen-komen warga maya.
Untuk info, Elisya dan Uzair Haqimy mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2021. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata sulung perempuan, Bunga Elhaq yang kini berusia dua tahun.
Bagi surirumah tangga sepenuh masa, hari persekolahan anak-anak bermakna ada satu lagi ‘pekerjaan’ baharu yang perlu dibuat. Kerja yang dimaksudkan itu lain tak bukan adalah menghantar dan menjemput anak ke sekolah.
Tentunya sepanjang hari akan sekurang-kurangnya empat kali ulang alik. Malah mungkin lebih daripada itu bila malamnya pula anak-anak ke kelas tuisyen.
Jadi cuba bayangkan berapa kerap pula anda perlu mengisi petrol kereta untuk urusan ini? Jadi mungkin ini masanya untuk anda memilih stesen minyak manakah yang paling best program kesetiaannya?
Melalui perkongsian daripada BijenMohd ada disenaraikan hasil dapatannya berkenaan program kad kesetiaan yang ditawarkan di beberapa stesyen minyak.
Oleh itu jom semak, untuk manfaat bersama.
BHP
RM1 = 1 mata
950 mata boleh menebus RM10 petrol
PETRON
1 liter = 2 mata (RON95)
1 liter = 3 mata (RON97)
3000 mata boleh menebus RM45 petrol
(Sebelum ini RM1 = 1 mata)
PETRONAS
1 liter = 3 mata
1000 mata boleh menebus RM10 petrola
SHELL
1 liter = 1 mata
1000 mata boleh menebus RM10 petrol
CALTEX
1 liter = 1 mata
1000 mata boleh menebus RM10 petrol
Pilihlah yang berkenan di hati.
Tipsnya, cari stesen yang banyak terdapat di kawasan anda dan juga di tempat yang anda selalu kunjungi.
Sumber : BijenMohd
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sebelum ini, pelakon tinggi lampai, Datin Paduka Eina Azman ada memuat naik Insta Story gambar dirinya menangis tanpa menjelaskan puncanya. Perkara itu telah menimbulkan tanda tanya orang ramai terhadap aktress jelita tersebut.
Namun, akhirnya teka teki kepada punca Eina menangis telah terjawab apabila suaminya tak semena membuat kejutan sempena hari jadi isteri kesayangannya itu ketika Eina sedang membuat siaran langsung di Tiktoknya.
Menerusi rakaman video, Eina dilihat baru saja melancarkan produk keluaran terbaru pada malam Jumaat yang dihoskan oleh Didie Alias. Ketika ‘soft launch’, suaminya iaitu Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah hadir membawa jambangan duit RM100 yang tidak dapat dipastikan jumlah sebenar.
Eina yang terkejut dengan kejutan itu mengalirkan air mata gara-gara ‘prank’ yang dibuat suami.
Kata pemilik nama Ainur Syakina Azman, dia menjadi terlalu banyak berfikir selepas suaminya tidak memberi ucapan selamat hari lahir pada 13 Mac lalu dan turut mengakui kes penyondol yang makin berleluasa juga menjadi punca timbulnya perasaan risau.
“Malu sayang. You buat I overthinking. Nowdays kan banyak kes (penyondol). Pertama kali dia buat tak tahu dengan saya, tak wish birthday.
Saya tak nak semua ini (jambangan duit). Saya nak dia wish, nak dia jadi normal. Orang kan selalu kata, bila suami dah tak ucap apa-apa dia dah lain.” katanya dalam siaran langsung di Tiktok.
Dalam pada itu, Kaiser turut meminta maaf kerana tidak menyangka kejutan itu telah membuatkan hati isterinya terguris.
“Saya nak buat kejutan untuk dia, saya tak nak orang tahu. Ini kali pertama dia bekerja pada hari ulang tahunnya. Sebelum ini tak pernah.
“Sorry sayang. I want to surprise you. Never forget your birthday. I love you so much” balas suaminya.
Sebelum ini, Eina juga berkongsi ayat berkaitan ‘menghargai’ seseorang dalam hantaran yang berbeza di Instagram.
Terdahulu, Eina berkahwin dengan Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah pada tahun 2014.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan anak kembar iaitu Karl Kareef dan Arianna Aubrey, 6.
Sumber: TikTok
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Perginya pelakon veteren Abu Bakar Omar pada tanggal 16 April yang lalu ke negeri abadi, merupakan berita mendukacitakan buat semua. Pelakon yang popular menerusi drama dan filem pecah panggung antaranya Fenomena, Cinta Kolestrol dan Hingga Hujung Nyawa ini begitu disanjungi bakatnya. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman, amin.
Turut berkongsi rasa kesedihan dengan pemergian insan tercinta, Mohd Zainuddin Abu Bakar yang juga merupakan anak sulung arwah telah menitipkan apa terbuku di hati. Luahan rasa betapa rasa cemburu di hati turut membuatkan warganet berasa pilu dan sama-sama mendoakan agar arwah berbahagia di sana.
Bapak..
Aku rasa akulah orang yang paling kenal bapak ..
Rupanya aku salah…banyak rahsia bapak yang hanya timbul selepas bapak kembali ke dakapan rahmat Allah…
Aku kenal bapak aku dari sisi bukan seorang bapak..sama seperti kalian kenal…
Anak wayang yang mengisi ceritera nusa dan bangsa..dipuji, dicerca, dimarah, disayangi kesan watak yang diberikan…antagonis watak yang terlalu sinonim zaman mudanya..
Anak pasar borong yang dipenuhi dengan pelbagai ragam dan rasa…hingga beliau digelar Bakaq Bolong..mengambil tanggungjawab menjaga keluarga seawal usia darjah tiga..membantu tok wan di pasar borong…
Namun hakikat bapak jauh dari itu…
Allah kurniakan pengakhiran hayatnya dengan segala keindahan…
Allah jemput di penghulu segala hari dalam penghulu segala bulan…Jumaat pertama Ramdhan..dalam fasa Rahmat Allah..
Bapak dimandi dan dikafankan oleh kami semua anak2nya…malah lebih dari itu..anak2 yang menumpang kasih beliau sebagai bapa…
Sangat mudah diuruskan…jenazah yang sangat lembut…tenang bapak persis tidur…tiada kotoran yang keluar dari badan bapak tika istinjak dan dimandikan..
Bapak seolah tahu masanya telah tiba…
Diminta cucu sulong untuk rapikan dirinya beberapa hari sebelum itu..
Di pesan kepada adikku mencari pasangan..buat peneman bonda…itulah pesannya berulang kali hingga hari terakhir..
Bapak tunggu sehingga semua kami adik beradik sampai…barulah bapak meninggalkan kami dalam keadaan sangat tenang..persis tidur gayanya…
Jenazah diuruskan dengan teratur dan lancar sekali….ribuan doa pengampunan dan kebaikan dibacakan untuk bapak dari khalayak yang tidak pernah bapak kenali mereka..tak kurang juga ramai yang mengatakan bahawa ia adalah kematian yang dicemburi…
Sungguh bapak…
Aku cemburu…lihat bapak disayangi orang luar…
Luar biasa sayangnya itu bapak…
Ramai yang menghubungiku secara peribadi menceritakan baiknya bapak dalam membantu mereka…yang aku tak pernah tahu pun..dari masjid hingga marhaen biasa menceritakan kepadaku apa yang dikau bantu mereka…
Aku cemburu bapak…
Seorang ibu kematian dua orang anak yang tak pernah dikau kenali…dengan hati yang sangat tulus tanpa sebarang kepentingan sekadar memaklumkan kepadaku bahawa beliau membaca setiap hari hampir ratusan kali Surah Al Fatihah dan Al Ikhlas didoakan khusus untuk anak2nya…dan bermula dari saat kematianmu…secara khusus ibu ini memasukkan sekali namamu bapak…akan dilakukan sepanjang hayatnya…itulah bicara janjinya dengan ku…
Aku cemburu bapak…
Ratusan yang hadir solat jenazahmu…sebahagian besarnya bukan dari orang yang kami kenali..bukan juga teman2 lakonanmu…tapi jelata yang sangat menyayangimu…
Aku cemburu bapak…
Tanah kubur kelompok keluarga kita yang lazimnya sangat berselut umpama sawah bergenang air dalamnya…tapi Allah takdirkan untuk persemadianmu itu tanahnya merah lembut tanpa setitis air.. yang sangat sempurna liangnya..
Aku cemburu bapak…
Usai ziarah pusaramu pada hari berikutnya…aku terserempak dengan satu keluarga yang teresak nangisnya..bertanyakan di mana kuburmu…tanpa kenali siapa aku…mereka menceritakan betapa bapak telah sangat membantu hidup mereka…hinggakan mereka mangaku bahawa bapak adalah ayah angkat mereka…sungguh aku tidak pernah kenal mereka…
Aku cemburu bapak…
Aku cemburu..
Aku masih menyelongkar rahsia hidupmu…
Rahsia hidup yang dikau sembunyikan dari kami…
Hingga mulianya dikau dipenghujung hari…
Bapak…
Damailah di sisi Ilahi..
Kami menjadi saksi…
Dikau bapa yang sangat disayangi…
Mohon sudi doakan Ayahanda kami..
Almarhum Tuan Haji Abu Bakar Omar..