Kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun yang dilaporkan hilang di Iskandar Puteri, Johor Bahru, Sabtu lalu akhirnya ditemui selamat.
Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan sebentar tadi, mangsa, Albertine Leo ditemui di satu lokasi di Batang Kali, Selangor dalam keadaan baik dan selamat.
Semalam Polis Johor menahan tiga individu bagi membantu siasatan kes kehilangan mangsa.
Ads
Albertine Leo Jia Hui disedari hilang kira-kira jam 8.30 malam, Sabtu lalu ketika mengikut bapanya ke pusat perniagaan Eco Galleria, Iskandar Puteri, Johor Bahru.
Susulan tangkapan tiga suspek, kehilangan mangsa diklasifikasikan semula daripada laporan orang hilang kepada Seksyen 365 Kanun Keseksaan kerana menculik dan melarikan seseorang dengan niat hendak mengurungnya secara sulit dan salah.
Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!
Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.
Ads
Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.
Gadis cari ayah hilang di Twitter, tak sangka boleh jumpa kurang 24 jam. Itulah kuasa warga Twitter! Kini media sosial menjadi platform paling pantas untuk menyebarkan segala maklumat.
Bahkan ia juga menjadi tempat bagi sesetengah orang cuba mencari pelbagai solusi masalah yang mereka hadapi termasuk mencari ahli keluarga atau sahabat yang telah terputus hubungan atau hilang.
Seorang gadis yang dikenali sebagai Cinta telah menggunakan platform Twitter sebagai tempatnya untuk mencari bapanya yang telah terputus hubungan.
Menurut Cinta, ayahnya yang juga pemilik nama Junior Liew itu kali terakhir dikatakan berada di Taman Kosas, Ampang dan berbangsa Sabah-Filipina.
Wanita berkenaan turut berkongsi gambar ayahnya semasa muda, dengan harapan ada pihak yang mengenali lelaki tersebut.
“Ada sesiapa kenal tak pakcik ni? Maybe muka lain dah skrg, tua sikit. Sebab ni ayah I. I nak cari dia. Cuba nasib je ni.”
Ada sesiapa kenal tak pakcik ni? Maybe muka lain dah skrg, tua sikit. Sebab ni ayah I. I nak cari dia. Cuba nasib je ni. pic.twitter.com/bcoWpt0BiV
Tidak sampai tempoh 24 jam hantaran tersebut dimuat naik, Cinta akhirnya menemui bapanya yang dikatakan berada di kawasan pedalaman Sabah.
“Sudah jumpa papa ku. Nenek nangis. Terima kasih rakyat Twitter.
“Papa takda telefon dan tinggal di pedalaman Sabah. Tapi masih tak sangka dapat jumpa,” tulisnya selain berkongsi tangkapan skrin panggilan video bersama ayah dan neneknya.
Sudah jumpa papa ku. Huhu nenek nangis. TERIMA KASIH RAKYAT TWITTER.
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Mereka akan membincangkan pelbagai topik berkenaan perkembangan anak, menjadi ibu bapa hebat, tip mendidik anak dan bermacam lagi.
Keluarga Gader adalah komuniti yang menghimpunkan semua ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh keluarga. Join Telegram Keluarga Gader Club (https://t.me/keluargagaderclub)
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pengurusan kewangan yang baik merupakan suatu kemahiran hidup yang sangat. Namun, walau gaji sudah mencecah lima angka, perbelanjaan bulanan sering tidak mencukupi. Apabila dicongak-congak, tidak tahu rupanya banyak belanja.
Mungkin pandangan ini ada pro dan kontra. Setiap orang ada cara masing-masing untuk merancang perbelanjaan.
Sebagaimana perkongsian lelaki ini menegaskan bahawa walaupun gaji 5 angka masalah kewangan tetap ada.
Beliau meletakkan dua situasi untuk menjelaskan pandangannya.
Jom ikuti perkongsian saudara Farouq Johari .Moga jadi manfaat untuk kita merancang kewangan keluarga.
KAU INGAT GAJI RM10,000 TU BANYAK KE?
Meh sini aku nak cerita sikit, bagi terbukak mata tu luas-luas. Engkau dan bini engkau kalau ada combine gaji RM10,000 dan menetap di Kuala Lumpur dan mempunyai 2 orang anak kecik, engkau sebenarnya miskin. Bunyi ‘miskin’ tu memang macam kasar sikit tapi inilah realitinya. Meh sini aku buat breakdown cost untuk korang hadam dalam-dalam.
SITUASI 1:
Ok, let say engkau duduk rumah sewa pangsapuri atau kondo lah, sebab dok KL ni takdenyaaa engkau nak dok rumah landed. Majoriti memang kena dok kat high-rise building sebab lagi murah. Sewa rumah dalam RM1,600. Ini harga agak standard ya, rumah pun rumah biasa je setakat 850 sq ft. Bukan rumah besar pun.
Kos lain macam api mungkin dalam RM120 sebab kat rumah ada aircond sebijik dan ada water heater seketul. Pastu bil air dalam RM30 lah senang cerita. Ini pun standard. Rumah settle, now kereta pulak. Kalau dah dok KL ni, memang selalunya engkau dan bini engkau kedua-duanya bekerjaya dan memerlukan kereta untuk pergi kerja hari-hari.
So, katakanlah engkau pakai Proton Persona Premium, bulan-bulan engkau bayar dalam RM580, bini engkau pulak pakai Axia sebab orang pompuan suka kete kecik, bayar dalam RM380 tiap-tiap bulan. So kereta je dah RM960.
Dah ada kereta, kena spend kat minyak pulak. Engkau hari-hari kena drive dalam 45KM pergi balik kerja, ini memang standard la. Bini engkau pulak mungkin kerja dekat sikit, dalam 20KM je pergi balik. So, kereta Persona 1.6 engkau tu mungkin minyak dalam RM280 sebulan (setiap minggu isi full tank RM70). Bini engkau pulak minyak murah sikit sebab kereta 1.0 je, so mungkin dalam RM150 sebulan dah cukup. So untuk minyak, total ialah RM430.
Tu baru minyak, dok KL ni mana boleh terlepas dengan tol. Sana sini semua tol. So engkau pun spend lah dalam RM150 dan bini engkau dalam RM100 sebulan. Tol atau Touch & Go je dah RM250.
Pastu jangan lupa, parking kena bayar jugak. Standard rate kat KL ni kalau Season Pass ada lah dalam RM150 sebulan. Yang ini pun dua-dua kena bayar, so total parking is RM300.
Eh, takkan gaji tu engkau nak bolot semua. Paling kurang pun kenalah hulur sikit kat mak ayah setiap bulan. So engkau hulur RM200, bini engkau pun hulur RM200. Amal jariah lain pun kena buat jugak, contohnya zakat. Kita kira paling senang lah, amek 2.5% daripada total gaji RM10,000 tu, so zakat is RM250.
It doesn’t stop there. Sedekah lain macam belanja orang makan, derma masjid setiap kali solat Jumaat, dan lain-lain pun kena ada bajet jugak. Yang ini letaklah dalam RM150 sebulan untuk engkau dan RM150 untuk bini engkau. Jangan risau sangat spend RM300 ni, dengan niat yang baik pasti ada ganjarannya nanti.
Now, let’s talk about Wifi and other entertainment sources. Wifi kalau setakat 30Mbps tu baik tak payah amek lah. So paling busuk engkau go for 100 Mbps anggaran dalam RM140 sebulan kalau pakai unifi. Nak tengok bola, kena ada Astro pulak, dump lagi RM100 tiap-tiap bulan, lepas tu Netflix kenalah ada jugak, nasib baik murah dan boleh share akaun so sebulan dalam RM18 je. Movies and Series dan cover, bola pun dah cover, so kena spend kat Music jugak. Subscribe pulak Spotify, amek yang Duo Account dalam RM20 monthly. Sedih kan, nak dengar muzik pun kena keluarkan duit.
Berhibur tu berhibur jugak, kerja tu kerja jugak, kesihatan takkan nak tolak tepi dan buat tak tahu je. Kena pastikan the whole family get protected. So, kenalah amek Takaful untuk 4 orang. Paling senang kira sorang dalam RM150, so 4 orang jadilah RM600. Paling basic lah ni, bukannya amek pakej yang mahal-mahal pun. Yang ini nak tak nak memang kena ada sebab we never know what’s gonna happen.
Orang sekarang ni mana ada masa nak jerang jerang air bagai semua ni. Zaman dah moden so kenalah pasang Cuckoo atau Coway. Senang, air dah lah ditapis, bersih suci, lepas tu air sejuk air panas air masak semua free flow. Ameklah pakej yang paling murah dalam RM70 sebulan. Nak kasi fancy sikit, tambah Air Purifier pulak barulah dapat hirup udara bersih dan segar, so bayar RM70 jugak tiap-tiap bulan.
Belambak-lambak dah kos yang engkau kena tanggung, ribu riban dah ni. Tapi kau perasan tak, ini belum lagi masuk kos anak-anak. Haaa, ini yang paling scary sebenarnya. Average 1 anak dalam RM1,000 sebulan but let’s not go there. Meh sini aku pecahkan setiap kos dengan lebih terperinci. Ini aku cerita untuk 2 orang anak kecik taw. Kurang anak, kuranglah kos, lebih anak, lebihlah kos. Tengok bawah ni: – Pampers lima kampit = RM180 – Susu average 8 tin = RM550 – Taska / Playschool = RM900 – Keperluan lain = RM200
So total kos untuk 2 orang anak kecik lebih kurang RM1,830. Amek kau. Ini standard lah ni, takde apa yang fancy pun. Semuanya keperluan tiap-tiap bulan.
Anak dah settle, sekarang ni cerita bab makan pulak. Yang ini pun scary ya tuan-tuan dan puan-puan. Bila engkau dan bini engkau dua-dua pun bekerja, maka masa untuk masak kat rumah tu memang tak ada lah kalau on weekdays.
Masak pun mungkin sekali sekale je. Majority of people memang akan beli bungkus atau makan luar. Kos untuk makan aku pecahkan kat bawah: – Necessities / Groceries = RM500 – Makan luar = RM700 – Makan bila engkau pergi kerja = RM250 – Makan untuk bini engkau pergi kerja = RM250 Total duit makan / keperluan makanan setiap bulan = RM1,700.
Eh, hidup ni kena ada rekreasi atau riadah jugak kawan-kawan. Takkan nak dok terperap je kat rumah. Mestilah kena keluar jalan-jalan sikit, tengok wayang sikit, main badminton ke, futsal ke, bola padang ke, makan sedap-sedap sikit, pergi taman sikit nak spend time dengan family, dan macam-macam lagi. Ini semuanya perlukan duit.
Percayalah aku cakap, sekali kalau dah keluar dengan family, setakat spend RM100 tu memang standard. Ye lah, engkau akan spend untuk makan, itu je dah berapa, lepas tu nak beli air lagi sebab haus, nak spend untuk tiket lah, untuk entrance lah, itu lah ini lah. So untuk bajet rekreasi ni letak lah dalam RM500 sebulan.
Kos apa lagi yang engkau belum spend?
Postpaid plan. Yang ini lain orang lain kos nya. Macam aku sendiri pakai UMobile bulan-bulan RM75. Ini postpaid biasa je. Tapi aku tengok sekarang ni macam ramai pakai iPhone sebab nak ikut trend, sanggup amek plan dari Maxis lah Celcom lah, averaging dalam RM250 sebulan, untuk phone dan juga postpaid plan.
So kalau engkau dan bini engkau dua-dua amek postpaid plan iPhone ni, sebulan kena bayar dalam RM500. Mahal ke ni? Ini semua standard ya, setakat pakai iPhone ni alahai benda biasa lah. Bersepah-sepah orang pakai iPhone. Memang dah jadi lifestyle yang normal.
Berapa ribu dah engkau spend tu? Jangan lupa untuk allocate some money untuk kos-kos lain jugak ya, seperti: – potong rambut – basuh kereta – ‘me time’ – lain-lain
Yang ni boh jela dalam RM150. Kos-kos yang aku tulis kat atas ni semuanya tak ada yang fancy pun. Ini semuanya untuk kelangsungan hidup setiap bulan yang cukup-cukup makan. Jom tengok berapa total kos untuk semua:
Sewa – RM1,600 Api – RM120 Air – RM30 Kereta – RM960 Minyak – RM430 Touch & Go – RM250 Parking – RM300 Mak Ayah – RM400 Zakat – RM250 Sedekah – RM300 Wifi – RM140 Astro – RM100 Netflix – RM18 Spotify – RM20 Takaful – RM600 Cuckoo – RM140 Anak – RM1,830 Makan – RM1,700 Rekreasi – RM500 Postpaid – RM500 Lain-Lain – RM150 TOTAL = RM10,338
Haaa amek kau! Gaji RM10,000 pun tak cukup woi! Siap ada negative cash flow lagi.
But but, some might argue that kos-kos kat atas ni mungkin macam over stretched sikit in few areas.
Ok takpe takpe, meh sini kita tolak sikit here and there untuk bagi gambaran yang lebih realistik lah konon.
SITUASI 2:
Mungkin untuk rumah, engkau duduk rumah flat je, bayar dalam RM900 sebulan, rumah pun tak ada aircond tak ada water heater so jimat sikit lah kat bil api. Kereta engkau tak pakai Persona tapi pakai Saga Premium, so bayar dalam RM450 sebulan.
Bayar RM450 untuk kereta kira murah lah tu, engkau nak murah macam mana lagi bai. Kereta 1.3 ni minyak kurang lah sikit kan, mungkin sebulan hanya RM240. Lepas tu, mungkin bini engkau office dia dekat je dengan rumah. So tak payahlah bayar tol bagai semua tu. So bolehlah jimat sikit kat duit tol and minyak.
Oh, engkau tak perlukan Astro? Ok tolak lagi RM100. Spotify pun tak payah, nak dengar lagu engkau bukak je YouTube dan layan segala ads. Atau kau pakai cara old skool: bukak radio.
Takaful pulak, engkau rasa cukup kalau company dah cover untuk engkau dan bini engkau. So engkau amek takaful untuk dua orang anak je, bayar RM300 sebulan. Cuckoo pun tak perlu, engkau lebih prefer jerang air sampai menggelegak, lebih selamat dan secure katanya. Air purifier? Lagilah mengarut. So jimat RM140 sebulan kat sini. Untuk anak pulak, engkau pun cut lah mana-mana yang boleh. Mungkin perbelanjaan untuk dua anak is only RM1,600.
Makan pun mungkin tak mewah mana, atau kalau ada masa kau cuba lah masak untuk jimat lagi kos. So tolak lagi RM200. Rekreasi pun sikit-sikit je, setakat bawak anak-anak pergi tasik je kot. Engkau jenis yang tak main bola, tak main badminton, lebih prefer family time kat rumah.
So untuk rekreasi engkau allocate RM300. Ok lah tu kan. Lepas tu let say engkau dan bini engkau tak pakai iPhone pun, bayar postpaid bulan-bulan dalam RM150 je instead of RM500 kat atas tu. So, berapa kos terbaru untuk situasi kedua ni?
Sewa – RM900 Api – RM80 Air – RM30 Kereta – RM830 Minyak – RM390 Touch & Go – RM180 Parking – RM300 Mak Ayah – RM300 Zakat – RM200 Sedekah – RM200 Wifi – RM140 Netflix – RM18 Takaful – RM300 Anak – RM1,600 Makan – RM1,400 Rekreasi – RM300 Postpaid – RM150 Lain-Lain – RM150 Lepas dah tolak sana sini sikit, total kos kau masih RM7,468!
Kau nampak, sedih gila weh. Ini engkau duduk flat taw, tak ada sekuriti, tak ada lif, kalau rumah engkau kat tingkat 4, menapaklah engkau naik tangga hari-hari berkali-kali dengan anak bini. Pakai pun kereta tempatan je, setakat Saga dan Axia. Dua-dua tu kereta Segmen A atau Entry Level Cars je. Kereta yang paling basic dalam market Malaysia, dari segi safety pun setakat ada 2 Air Bags. Itu pun kau dah sangkak, kena ada atleast RM7,500 sebulan.
Padahal kat luar tu bersepah-sepah orang dok kondo bagai, lepas tu kereta semua tak nak mengalah pakai Honda City lah, Toyota Vios lah, Honda Civic lah. Weh, City and Vios ni mahu RM850 sebulan kau kena tanggung. Civic tu tak payah cakap lah, at least kena ada RM1,000 – RM1,300. Tapi ramaaaaaiiiiii sangat orang pakai.
Bila tengok kira-kira ni, rasa takut sangat. Maksudnya, setiap isi keluarga kat KL kena ada paling busuk RM7,500 sebulan, itu pun lifestyle kau memang mehh lah. Duduk flat, pakai kereta paling basic, dan macam-macam lagi benda yang lacking.
Takde apa yang gah. Yang mana ada combine gaji RM10,000 tu, pun masih cukup-cukup makan weh, cuma dapatlah duduk rumah elok sikit and makan sedap sikit. Tapi setakat tu jelah. Apa benda je lagi yang engkau dapat. Takde apa pun.
Pastu sekarang ni kos bahan mentah makin naik. Sayur ayam bagai semua naik harga. So aku tak tahulah macam mana kos makan in the future nanti. Sekarang pun dah mahal nak mampos.
Gila betul hidup zaman sekarang ni, semua benda kau kena spend dan semua benda mahal, even yang paling basic paling standard sekali pun. Kau bayangkan, kos-kos ni semua adalah kos WAJIB yang setiap keluarga PERLU ADA dan PERLU SPEND setiap bulan.
Ini baru kos untuk survive makan minum taw. Dan aku nak emphasize sekali lagi, ini semua kos-kos yang STANDARD dan langsung TAK FANCY. Itu pun dah kena ada RM7,500? Gila betul, kepala hotak dia. Berapa ramai je isi keluarga early 30s yang ada combine gaji sampai RM7,500 ni? Bukannya ramai pun. And even dah ada RM7,500 sekali pun, kau still tak boleh nak enjoy life and everything is juuuuuuuuuuuust enough for you to survive.
Dah tu engkau nak sembang pasal savings pulak? Memang ke laut lah. Investment? ASB? Kena meninggal dulu baru boleh invest kot. So kalau ada emergency, mana nak cekau duit? Anak nak masuk sekolah, macam mana?
Nak servis kereta pun tak boleh kalau macam gini gaya. Gila. Nak sembang renew roadtax+insurance lagi? Mati. Lepas tu tiba pulak Hari Raya. Nak shopping pakai apa? Kau nak kena balik kampung jalan kaki ke?
Family members pulak buat kenduri kendara sampai ke Sabah sampai ke Perlis. Nak pakai duit apa ni? Nak travel? Kau dok jelah terperap kat rumah engkau tu sampai Abang Jamil mampos. Shopping? Lupakan saja.
Jadi, sebab tu lah ramaaaaaaaaaiiii sangat orang yang hidup paycheck to paycheck. Awal bulan dapat gaji, tengah bulan dah sangkak gila babi. Nak menabung langsung tak boleh sebab kos untuk survive bulan-bulan pun dah tinggi 7 petala langit. Sebab tu lah ramaaaaaaiiii sangat orang yang berhutang sana sini because let’s face it, kita memang tak mampu untuk belanja lebih sikit. Serius tak mampu.
Sebab tu lah ramaaaaaaaaaiiii sangat orang ada hutang kad kredit. Habis tu, kalau kad kredit tak ada, mak bapak engkau nak tolong engkau ke? Tapi bila dah ada kad kredit, engkau tambah pulak komitmen bayar hutang kad kredit setiap bulan. Masalah takkan selesai, engkau makin sangkak lagi ada lah!
Ini belum sembang Personal Loan lagi. Yang ni lagilah jahat nak mati interest melambung tinggi tinggi. Tapi apa je pilihan yang kita ada?
Semuanya dilakukan atas dasar TERPAKSA dan majoriti kita memang TAK ADA PILIHAN lain untuk survive.
Sebab tu aku tak faham bila tengok orang yang pakai kereta mahal mahal, dok makan kat hipster cafe tiap-tiap minggu, berjalan and travel sana sini, beli iPhone atau phone yang mahal mahal lepas tu WhatsApp tak reply, tiap-tiap bulan shopping beli itu ini, spend lavishly on things etc etc.
Bagi kita, benda tu semuanya normal sebab itulah lifestyle zaman sekarang. Dan sosial media juga main peranan dalam menggalakkan kita untuk ‘look good’ di mata khalayak ramai. Maklumlah, semua benda kena nampak best. Dalam sosial media, semua orang nampak macam they are doing good and have figured out life as we know it. But the truth is, it is farrr farrrr from that. Kereta orang nampak, lifestyle pun orang nampak, hutang orang mana nampak brooo.
Bak kata pepatah, “Biar papa asal bergaya.” Piiiiigidaaahhhh! Gila betul. Aku yang tulis status ni pun terkejut beruk bila tengok calculation ni. Tapi inilah realiti hidup di KL, atau lebih tepat, hidup pada zaman sekarang ni. Tak boleh nak buat apa, terpaksa hadap jugak.
Benda-benda macam ni politicians mangkuk ayun tu bukannya nampak pun. Gaji minima masih RM1,200? Memang bangang tahap dewa lah korang semua.
Bertabahlah wahai ibu dan bapa, kawan-kawan, atau sesiapa sahaja yang struggle setiap hari to make ends meet. Perjuangan kita takkan pernah selesai. Saya doakan agar urusan kita semua akan dipermudah. Fighting! ❤️ – Farouq Johari Anak baru satu, kepala dah bercelaru.
Bakat memasak dariapda Ibunya Datin Paduka Eina Azman turut mengalir dlama diri dua beradik ini. Tidak hairanlah, Ada sahaja video perkongsian mereka memasak yang dimuatnaik menerusi laman Instagram mommy mereka.
Tetapi serasa agak lama tidak melihat dua beradik comel ini memasak di hadapan kameran. Gelagat dan cara mereka Yang lucu cukup menhiburkan.
Terbaru, Datin Eina berkongsi video kemahiran terbaru Aubrey dan Karl yang kini pandai membuat video masakan mereka.
Meninjau akaun Instagram Datin Eina Azman, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Aubrey dan Karl memasak raindrop cake yang viral masa kini.Resipi yang kini sedang viral Itu nampak begitu mudah untuk dibuat. Dua beradik ini juga nampak enjoy dalam video ini. Seperti biasa, Aubrey lebih riuh dan banyak telatah checky nya berbanding Karl yang sedikit pemalu.
Yang lebih menghiburkan bila mana si kembar comel ini turut membuat gaya seperti hujan turun. Comel betul ayat-ayat yang disebutkan oleh Aubrey dan Karl. Membuat mata kedip-kedip, gelagat Aubrey buat peminat geram melihatnya.
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.