Kebanyakkan kita mungkin tidak semua tahu tentang penggunaan wire penyambung elektrik ada had dan caranya yang tersendiri. Tersilap percaturan mengundang bahaya untuk seisi keluarga.
Umumnya, kita gunakan extension wire, soket 3 pin dan sebagainya bertujuan untuk mudahkan kita untuk ada lebih banyak point untuk mencucuk plug alatan elektrik dalam satu masa tanpa perlu buat wiring.
Pun begitu, janganlah sampai hendak berjimat hingga membahayakan. Jadi ada baiknya baca dulu info yang dikongsikan ini andai ingin juga menggunakan penyambung wayer tersebut. Jom semak.
Hari ni sy share tentang peralatan ( wire penyambung atau adaptor.) Untuk ibu bapa atau pengguna sila ambil perhatian.. share kat kwn kalau boleh..
Gambar A ( extension wire) wire penyambung..benda ni sangat practikal digunakan di rumah..mudah senang dan murah..
Akan tetapi adakah anda tahu ianya sesuai dgn alat elektrik yg anda pakai?
Ads
Wire penyambung ini hanya boleh digunakan untuk kerja2 sementara ..atau kerja berpindah.
Penting:
1,Tidak sesuai untuk peti sejuk, alat penghawa dingin, oven , microwave , water heater.
2, pastikan wayar ditarik semua daripada
kotaknya..inilah adalah untuk mengelakkan rintangan( resister) aliran elektrik akan tersekat..tanpa berbuat begitu bil elektrik akan melambung..lebih parah lagi boleh mengakibatkan kebakaran disebabkan litar pintas ( shock circuit)
Gambar B : 3pin soket tambahan ( 3pin Adaptor)
Ads
Benda ni juga hanya boleh digunakan untuk kerja2 sementara..Tidak sesuai untuk Tv,radio, computer.peti sejuk dan lebih2 lagi peralatan elektronik digital..
Kalau boleh beli Adaport ..ianya seakan akan sama cuma ia dikawal oleh fuse & cip elektronik di dalamnya..jika berlaku kilat atau powersurge ( arus mengejut) fuse Adaport akan putus & menyelamatkan peralatan elektrik..
Gambar 3: wire cord tidak kemas..
Ads
Pastikan wire anda tidak seperti gambar 3.. ini..ini adalah kerana wire anda tidak selamat dan tidak kukuh jika ianya ditarik.. pastikan cuma salutan luar ..
4: Terakhir jangan sekaki beli barangan elektik yang murah di kedai discount..ini adalah ianya tidak diuji, tidak diluluskan & tidak mengikut ISO
Gambar hiasan
5..oh ya…vacuum kalau guna kena tarik habis wirenya..kalau tak vacuum mudah panas dan rosak..
Akhir sekali ..UTAMAKAN KESELAMATAN.. sekian terima kasih..
Bukan mudah menerima hakikat orang kita sayang pergi buat selama-lamanya. Nak nak lagi bila pemergian tersebut berlaku secara mendadak.
Sukar diungkapkan perasaan. Hanya Dia Yang Maha Mengetahui. Apa lagi jika melihat wajah-wajah si kecil yang ditinggalkan. Perit rasanya namun hidup perlu diterukan.
Benarlah kata orang, Isteri kematian suami, biasanya boleh besarkan anak-anak. Suami kematian isteri, jika mampu besarkan anak kecilnya sendirian, itu istimewa. Sangat istimewa. Terutama jika lebih satu anak.
Budak ni datang ke klinik dengan abahnya, mengadu sakit perut dan cirit birit. Budak ni salahkan masakan abah dia. Aku pun periksalah budak tu, sambil-sambil berborak dengan budak tu.
“Siapa yang pandai masak?” soal aku.
“Mama. Mama pandai masak. Mama masak, kita tak sakit perut pun. Hari-hari kita makan sedap,” jawab budak tu. Petah bukan main. Umurnya sekitar 5-6 tahun.
Masa aku periksa perut dia, aku perasan di pinggang hingga ke perut ada jangkitan kulat, ada bekas garu, luka-luka. Setelah itu aku lihat kukunya sedikit panjang dan hitam dibawahnya. Aku pun tanya abahnya.
“Abah, dah lama ke dia gatal-gatal ni?”
Abah dia kelihatan blur.
“Abah tak perasan eh? Ni, tengok ni. Ada panau ni. Banyak juga ni,” beritahu aku.
Abah budak tu pun, bangun dari kerusi dan mencangkung di sebelah anaknya yang sedang duduk di kerusi. Dia lihat perut anaknya.
“Kuku dia pun panjang. Kotor dah tu. Mungkin sebab tu dia sakit perut,” sambung aku lagi, dan ketika itu aku perasan kuku budak tu ada bekas digigit.
Si Abah ambil tangan anaknya dan lihat dan kemudian dia angguk-angguk.
“Jangan gigit kuku tau. Tak elok,” nasihat aku pada budak tu.
“Dulu Mama yang selalu potongkan. Mama— ”
“Along! Please. Dah dah lah tu!” tegas si abah menyeka kata-kata anaknya tu lalu berdiri.
Aku yang sedang duduk di kerusi aku pun menengadah muka dan lihat pada si Abah. Tengah elok dia lihat anaknya, kenapa tiba-tiba dia kata begitu? Aku lihat dia lihat pada anaknya. Di wajahnya terpamer wajah seorang ayah yang hampa.
“Mama dah tak ada… dan abah tahu… abah tak pandai masak. Abah kena belajar,” dia berhenti seketika, aku kira menyeka air mata, kemudian dia sambung “tapi along pun kena belajar. Belajar hidup tanpa Mama.”
“I’m sorry… “ gumam budak tu.
Budak tu bangun dari kerusi, lalu abahnya tunduk dan peluk budak tu sebelum didukungnya rapat ke di dada. Aku dengar budak tu mula menangis tersedu.
“I love you too.” Aku dengar suara si abah kata begitu, mungkin membalas apa yang dibisik oleh anaknya ke telinga.
Sebak pula. Aku baru je periksa isteri dia dua minggu lepas. Datang sebab pening kepala. Masa tu dia tanya pasal ubat kurus. Aku cakap tak payahlah ambil.
“Sorry doktor…” kata si Abah tadi lalu bercerita berkenaan isterinya.
Rupanya masa datang jumpa aku tu isterinya dah ambil pun ubat kurus. Lepas aku tegah tu, isterinya masih ambil lagi. Tiba-tiba satu hari tu rebah masa memasak. Bawa hospital, tapi tak dapat diselamatkan. Doktor kata serangan jantung.
Ada sesetengah pil kurus ada bahan terlarang, dan bahan tersebut boleh akibatkan serangan jantung, sudden cardiac arrest. Namun, aku tak tahulah dalam kes ni berkaitan atau tak.
Apapun, baik elakkan.
Sebenarnya masa lelaki itu bercerita, aku cuba meletakkan diri aku pada situasi dia. Aku dapat bayangkan aku pun akan terkapai-kapai. Hilang arah.
Entah bila kali terakhir aku periksa kuku anak aku. Potong kuku anak mungkin tak pernah. Bila kali terakhir aku mandikan anak aku? Aku tak ingat.
Kalau isteri aku suruh aku pakaikan baju untuk anak aku yang umur 5 tahun tu, mesti aku ambil baju dan hulur pada anak dan suruh dia pakai sendiri.
Kalau tanya aku, kulit anak aku ada jangkitan kulat ke, ruam ke, parut ke, pasti aku pun tak tahu/perasan. Entah bersih tak jika aku yang jaga kebersihan anak aku.
Suruh masak sedap setiap hari? Entahlah…
Tak usah nafi. Lelaki ni tak pandai urus benda rumit sebegini. Perempuan sahaja punya ketelitian dan kesabaran untuk lakukan tugas begitu. Sebab itu lelaki perlukan perempuan dalam hidupnya.
Isteri kematian suami, biasanya boleh besarkan anak-anak. Suami kematian isteri, jika mampu besarkan anak kecilnya sendirian, itu istimewa. Sangat istimewa. Terutama jika lebih satu anak.
Oleh itu, para isteri kena jaga kesihatan baik-baik. Tak perlu buat sesuatu yang mudaratkan kesihatan. Lagipun, kesihatan keluarga biasanya isteri yang uruskan. Suami tak pernah tahu pun dos ubat deman untuk anak.
Para suami, jika isteri minta tolong cuci pinggan, letak baju kotor dalam bakul, buang sampah di luar, siram mangkuk tandas, maka buatlah dengan hati tenang. Sebab, suatu hari nanti bila kalian terpaksa buat benda tu tanpa disuruh, tak mungkin kau boleh buat dengan hati tenang.
Kita pun akan jadi macam abah tadi jika tak sedia. Maka, bersedialah. Aku, kau, kita, semua lelaki kena bersedia.
Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan
Lelaki/Suami/Ayah.
Nota: setiap pesakit bawa pengajaran hidup buat aku, dan aku akan sentiasa kongsi dengan kalian yang follow. Sama-sama memperingati.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Dibulan puasa ni, aktiviti makan kerang rebus selepas waktu berbuka menjadi trend di sesetengah tempat. Memang layan habis.
Pun begitu kerang dan makanan bercengkerang lain seperti siput sedut mudah terdedah kepada pelbagai kotoran sekaligus terdedah kepada keracunan makanan.
Mana tidaknya, kotoran yang tertinggal di dalam cengkerang ini jika tidak dibasuh dengan bersih boleh mengakibatkan keracunan makanan dan pada tubuh kita. Jika tidak pun, ada kesannya pada tubuh kita jika tidak dibasuh dengan bersih.
Selain membasuh cara biasa, ada banyak lagi kaedah lain bagi memastikan kerang dan siput sedut dapat dibersihkan dengan bersih dan selamat untuk dimakan. Bagaimana?
Hampas Kelapa
Bagi seput sedut, gunakan hampas kelapa yang sudah digunakan dan gaulkan bersama siput sedut ini. Ini cara pembersihan paling praktikal dan selamat untuk membersihkan siput sedut. Biarkan selama 30 minit dan kemudian bilas seperti biasa sebelum dibasuh.
Pilih Yang Segar
Baik siput sedut atau kerang pastikan kedua jenis makanan ini dibeli yang masih lagi segar. Jika sudah berbau baik jangan dibeli. Selamat. Selain itu nak pastikan kedua cengkerang ini masih lagi segar adalah dengan mengetuk cengkerang kerang pada permukaan mendatar dengan lembut.
Jika kerang itu tidak tertutup dalam masa beberapa minit atau kerang tersebut pecah dan rosak, kerang itu bukanlah kerang yang segar. Ketika merebus kerang, jika kerang tidak terbuka ketika dimasak, ia menunjukkan kerang itu sudah tidak segar atau sudah rosak. Buangkan sahaja kerang tersebut.
Rendam Garam
Garam memang banyak kegunaannya. Bagi kerang dan siput sedut, kedua jenis cengkerang ini haruslah direndam ke dalam air garam bagi membersihkannya. Bukan hanya bersih malah dapat buang segala racun dan bakteria yang terdapat di dalamnya.
Tos Kali Kedua
Apabila selesai merendam, keluarkan kerang sedikit demi sedikit dan toskannya semula. Jangan keluarkan kerang sekaligus kerana mungkin pasir akan tercampur sekali. Cuci kembali kerang yang dikeluarkan di bawah air yang mengalir.
Guna Serai
Anda juga boleh mengunakan beberapa batang serai yang ditumbuk. Caranya ialah dengan menggaulkan batang serai tadi bersama kerang di dalam air. Biarkan selama 10 minit dan toskan. Hasilnya, kulit kerang akan lebih bersih.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi ini untuk membentuk anak itu mempunyai budi pekerti yang mulia berlandaskan syariat Islam. Pembentukan itu haruslah dilakukan ketika mereka masih di dalam kandungan ibu lagi.
Jika ditakdirkan mereka ini anak yang degil, keras hati, keras kepala dan nakal, janganlah anda kecewa dan patah semangat dalam menangani masalah ini. Anggaplah ia sebagai satu ujian Allah SWT kepada hambaNya yang dikasihi.
Di antara perkara yang boleh dilakukan untuk bantu anak anda yang nakal untuk mendengar cakap dan terlalu manja:
1. Pastikan dia makan malam sebelum maghrib seperti yang Nabi SAW sarankan supaya mudah belajar waktu malam. Makan malam lepas maghrib buat anak mudah letih dan mengantuk bila belajar. Makanan hadam selepas 1½ jam makan. Jadi anak boleh belajar dengan berkesan dan fokus jika belajar 1 ½ jam selepas makan malam.Pastikan dia kurang makan daging merah, banyakkan daging putih seperti ayam dan ikan. Daging merah buat anak pemarah dan agrasif serta mudah melawan cakap. Pastikan mereka makan buah SEBELUM makan nasi agar badan dapat serap Vitamin C yang ada dalam buah-buahan. Vitamin C membantu tenangkan fikiran anak di samping jaga
kulit.
2. Banyakkan memeluk anak. Anak yang sering dipeluk akan tenang, kurang degil, rasa selamat dan disayangi serta tidak perlu nak buat nakal.
3. Pesan kepada anak untuk menghadap Qiblat semasa belajar atau mengaji, ini akan tingkatkan keberkatan dalam belajar.
4. Sebelum belajar, baca doa-doa penerang hati termasuk surah Al-Insyirah. Nabi suruh Ali RA baca surah Al-Insyirah untuk kuat ingatan mudah faham, jadi tenang, mudah patuh arahan ibubapa dan tidak banyak meragam.5. Letak pokok hidup, seperti pokok keladi air, di kanan dan kiri meja tempat anak belajar untuk bekalkan oksigen kepada otak anak semasa belajar.
6. Beri anak supplement yang dapat menguatkan minda, tenangkan emosi, lembutkan hati dan kuatkan daya ingatannya.
7. Bacakan di kepala anak: Al-Fatehah, ayar Qursi dan surah Al-Insyirah untuk rangsang otak dan memori anak dan jadikan dia anak yang tenang, baik akhlak, dengar cakap ibubapa dan pintar. Bacakan waktu malam semasa nak belajar dan waktu anak nak pergi tadika/ sekolah.
8. Elakkan anak memakai pakaian berwarna merah atau oren. Ikut kajian, warna merah dan oren akan rangsang anak jadi agrasif dan hyperaktif.
9. Suruh anak tidur mengiring kekanan agar otak jadi lebih pintar, puas tidur dan ikut sunnah Nabi SAW.
10. Pastikan rezeki yang ibubapa terima benar-benar berkat dengan mengelakkan perkara haram dan syubahat serta keluarkan zakat pendapatan dan zakat-zakat yang berkenaan. Rezki yang kurang berkat juga jadi punca anak jadi agrasif, tidak dengar cakap ibubapa dan extra nakal.
11. Ibubapa baik pulih diri secara bersepadu agar Allah SWT ubah anak-anak jadi hebat dan cemerlang. Prinsip hidup: Jika baik pulih diri kita secara bersepadu, Allah SWT akan ubah anak-anak dan semua orang di sekeliling kita. Juga, semakin rapat kita dengan Allah SWT, maka Allah SWT akan perbaiki hubungan kita dengan semua orang.Mulai hari ini baik pulih diri secara menyeluruh dengan:
1. Jaga solat 5 waktu dan lakukan solat-solat sunat qabliah dan ba’diah untuk menampung segala kekurangan dalam solat-solat fardhu kita.
2. Solat taubat dan istighfar 70 kali sehari setiap hari. Lakukan juga solat hajat, istikharah dan tutup dengan solat WITIR setiap malam. Nabi SAW suruh kita untuk solat witir setiap malam sebagai pembalut kepada semua amalan kita setiap hari untuk dipersembahkan kepada Allah SWT.
3. Maafkan semua orang setiap malam sebelum tidur agar hati jadi bersih, badan sihat, wajah jadi anggun, doa dimakbulkan, semua orang sayang dan anak dengar cakap kita.
4. Untuk merangsang ahli keluarga supaya solat dan elok perangai, bacalah Surah Ibrahim (ayat 40). Ini memang doa khas untuk mohon agar diri dan keluarga jaga solat.
5. Baca Doa Pembuka 12 Pintu, Doa Membuang Sifat Negatif, Bismillah 5 dan Ayat Qursi. Pengalaman menunjukkan sesiapa yang mengamalkan doa-doa tersebut, maka orang bujang akan bertemu jodoh, suami isteri akan bertambah sayang, orang bergaduh akan jadi damai, selesai masalah, langsai hutang, anak-anak jadi hebat dan soleh, hilang perangai buruk seperti enggan solat, dan sebagainya.
6. Pagar diri dengan Fatehah and Surah 3 Qul, hembus tapak tangan dan sapu seluruh badan. Ini akan menghindar daripada gangguan manusia, binatang, jin dan sihir.
7. Lembutkan hati anak kita atau orang lain dengan Fatehah, Surah Al-Hasyr (ayat 21-24), Surah Ta Ha (ayat 1-5),Ayat Qursi dan hembus ke badan, makanan, gambar atau pakaian yang sudah dipakai sebelum dicuci atau sekadar menghembus ke arah orang itu dari jauh.
8. Layan anak lebih baik daripada biasa agar dia rasa bersalah jika ingkar perintah ibubapa.
9. Setiap kali nak masuk rumah, pesan kepada semua ahli keluarga kita untuk baca Bismillah 3 kali, senyum, beri salam dan masuk dengan melangkah kaki kanan dahulu. Ini akan menghindarkan syaitan bernama DASIM daripada masuk ke kepala kita dan ganggu manusia supaya berkonflik, suami isteri supaya bergaduh hingga bercerai berai, anak-anak melawan ibubapa, anak-anak bergaduh sesama sendiri, anak-anak jadi extra nakal, dan sebagainya.
10. Setiap kali nak nasihati anak, nak suruh anak solat atau belajar, bacalah 3 Nama Allah: Ya ‘Aziz, Ya Jabbar, Ya Mutakabbir dan hembus ke arah dia jika masih jauh atau berdehem depannya jika sudah berhadapan. Ini akan melembutkan hatinya agar dapat mendengar cakap atau hujah ibu.
11. Jika terlalu sedih atau tertekan, bacalah 3 doa Nabi SAW:
“Inna lillahi wainna ilahi rojiuun. Ya Allah, aku redha dengan segala ujianMu, berilah aku pahala atas redha ini. Ya Allah, aku ada masalah anak sukar nak dengar cakap ibubapa. Ya Allah, Kau bantulah selesaikan masalahku. Kau jadikan dia anak yang soleh, sabar, pintar, baik akhlak, mendengar cakap ibubapa, rajin belajar dan sebagainya. Insya Allah hati akan tenang dan doa akan dimakbulkan.
12. Baca Al-Fatehah, Ayat Qursi dan Surah Al-Insyirah dan hembus atas kepala anak kita setiap hari hingga aqil baligh. Ini akan membantu dia jadi anak yang soleh, pintar, berakhlak mulia dan taat kepada ibubapa.
13. Cuba nasihati anak semasa dia tidur dengan berbisik di telinganya atau sekadar bercakap dalam hati. Nasihatkan agar jadi anak yang baik, sopan santun, dengar cakap ibubapa, dan sebagainya. Ikut kajian dan pengalaman peribadi saya, jika kita istiqamah menasihati anak kita semasa mereka tidur, anak-anak insya Allah akan berubah menjadi anak yang baik.
Cuba amalkan selama 40 hari, kerana tabiat baru terbentuk dalam masa 40 hari. Insya Allah segala masalah anak yang keluarga anda hadapi akan selesai langkah demi langkah.
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.