Diakui kini penggunaan Face Mist menjadi antara produk kecantikan wajib ada bagi seseorang wanita. Pun begitu, apa istimewanya apabila kita ‘spray-spray’ air tersebut ke wajah sebenarnya?
Sebenarnya Face Mist ini adalah sejenis air yang apabila disemburkan ke wajah dapat memberi kesegaran wajah, menenangkan dan dapat memberi nutrisi kepada kulit. Kebaikan menggunakan Face Mist juga dikatakan dapat menyeimbangkan pH kulit terutama selepas mencuci wajah dan sekali gus melembabkan kulit sepanjang waktu.
Oleh itu, apa kata kali ini kita sediakan sendiri ramuan untuk menghasilkan Face Mist yang cukup istimewa. Cara membuatnya telah dikongsikan oleh Tengku Wdec di akauan fbnya. Jom semak untuk mengetahui lebih detail.
Bahan: Timun sebatang.
Cara Penyediaan :
Potong timun dan rebuskan dengan sedikit air. Jangan lama sangat. Sebab timun ketegori sayur. Rebus lama nanti vitaminnya hilang. Agak lembut sikit boleh terus angkat. Sejukkan sekejap.
Ads
2) Blend timun tadi dengan sedikit air rebusan. Agak-agak je. Jangan banyak sangat.
Ads
3. Siapa ade jerawat atau sunburn. Boleh perah lemon sikit. Lemon bagus untuk cerahkan kulit dan matikan jerawat.
4) Masukkan dalam botol spray. Botol ni tengku beli dekat mr diy. Dah siap simpan dalam peti. Boleh tahan dalam 2 minggu sebab kita dah masak tadi kan.
“Bila nak pakai keluarkan sembur je dekat muka. Dah pakai tak payah bilas. Biar je kering macam tu.”
sumber : Tengku Wdec
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Orang kita kalau makan tidak bersambal rasa tidak sempurna juadah yang terhidang. Lebih-lebih lagi yang sememangnya memang kuat makan pedas. Tak ada sambal terasa tidak berselera makan jadinya.
Menyentuh tentang sambal, diakui memang terdapat begitu banyak jenis sambal yang boleh kita sediakan untuk keluarga tercinta. Bukan sekadar sambal belacan atau sambal kicap semata-mata, tetapi jika ingin dikumpulkan berpuluh-puluh jenis sambal ada untuk dinikmati.
Tinggal lagi hanya pilih sambal yang mana satu menjadi kesukaan anda seisi keluarga.
Memudahkan anda untuk menyediakan pelbagai variasi sambal, di sini ada dikongsikan 10 jenis sambal daripada cikgu masakan Afy AL Habibi untuk dicuba.
RESEPI IBU SAMBAL KICAP AWESOME
1. Bahan-bahan yang diperlukan;
– dua genggam cili padi hijau
– 8 ulas bawang putih
* Tips sambal kicap lebih sedap dan tahan lama,
– Goreng seketika dua bahan di atas.
– Cili padi perlu dipatah-patahkan supaya tidak meletup semasa menggoreng.
2. Masukkan bahan tadi dalam bekas pengisar.
3. Tambahkan kicap. Cikgu suka guna kicap Jalen lemak manis. Nak guna kicap cap apa pun boleh. Kuantiti kicap menutupi paras bahan tadi.
4. Cikgu tambahkan juga dua sudu kicap pekat dan kicap cair untuk warna yang cantik.
5. Perasakan dengan sedikit gula mengikut citarasa . Tambahkan juga secubit garam jika perlu.
6. Kisar sehingga lumat. Selepas itu, tuang dalam mangkuk. Kacau sebati. Boleh tambah baik rasa jika perlu.
7. Cara simpan ibu sambal kicap supaya tahan lama:
*masukkan ke dalam bekas yang bertutup. Guna sudu kering setiap kali mengambilnya. Hidang dalam bekas berasingan.*
*kalau simpan terlalu lama dalam peti, sambal kicap akan memekat. Jadi boleh tambah air masak. Kacau sebati. Perasakan lagi sekali jika tidak memadai*
RESEPI IBU SAMBAL BILIS
1. Bahan kisar :
– 1/2 biji bawang besar Holland
– 4 biji bawang merah Bombay saiz bola pingpong
– 1 ulas bawang putih
– segenggam ikan bilis goreng
– secubit belacan
Kisar semua bahan di atas dengan sedikit air.
2 . Panaskan minyak gorengan ikan bilis.
Masukkan bahan kisar tadi. Goreng sehingga wangi dan sedikit garing. Guna api perlahan.
3. Masukkan 4 1/2 senduk cili kering kisar.
Cikgu guna cili kerinting + cili kering besar.
Jadilah sambal pedas-pedas manja.
4. Tumis sehingga cili masak dan pecah minyak.
Kena betul-betul masak kalau nak cili tahan lama.
5. Untuk petua sambal nasi lemak yang lebih sedap, tumbukkan 1/2 genggam ikan bilis sehingga lumat.
*Rendam terlebih dahulu dalam air.*
Wajib letak. Rasa sambal lain dari biasa. Pengganti ajino juga.
6. Petua kedua, cikgu lebihkan nisse Kelantan atau gula melaka untuk warna sambal merah maroon. Tambahkan juga gula putih dan garam.
* Untuk rasa sambal yang sedap, rasa manis perlu lebih menyerlah dari rasa masin yang tipis sahaja*
7. Petua ketiga, cikgu masukkan 1 sudu besar cuka untuk sambal lebih tahan lama. Pengganti asam keping. Tambahkan juga 1/2 gelas air asam jawa. ( 1/2 gelas air + secubit asam jawa)
8. Teruskan masak sehingga sambal betul-betul sebati. Guna api perlahan sahaja dari awal menumis lagi kira-kira satu jam lebih. Masukkan segenggam lagi ikan bilis yang telah digoreng sebelum ditutup api.
9. Kalau terlampau banyak lapisan pecah minyak diatasnya, boleh dibuang sedikit. Sebenarnya untuk sambal tahan lama, lapisan minyak itu juga yang membantu.
Cara simpan dan guna:
1. Selepas sambal sejuk, masukkan dalam bekas kedap udara. Asingkan ikut kuantiti yang hendak diguna. Simpan dalam peti suhu biasa jika untuk kegunaan dalam tempoh seminggu dua. Simpan frozen untuk masa yang lama.
2. Sendukkan sedikit dengan sudu kering. Panaskan tanpa minyak.
3. Masukkan lauk (sotong/ udang ). Biarkan ia mesra dan keluar airnya.
4. Kalau sambal terlalu pekat untuk kegunaan lain, boleh tambahkan sedikit air serta penambahan garam gula ikut kesesuaian.
5. Tunggu lauk masak sekejap, terus tutup api.
Mudah bukan?
RESEPI SAMBAL PENCICAH THAI DAGING BAKAR MERAUNG
1. Sediakan bahan di bawah:
– 3 tangkai cili merah
– 4 tangkai cili padi hijau
– sehiris nipis halia
– 1 relung kecil nisse / gula melaka
– 4 sudu besar sos ikan
2. Kisar semua bahan di atas dengan sedikit air kosong.
3. Masukkan dalam mangkuk.
Tambahkan perahan sebiji asam limau nipis dan sehiris lemon. Juga 2 ulas bawang putih yang diracik halus.
4. Perasakan dengan sedikit perencah secukup
rasa. Kacau.
5. Akhir sekali taburkan hirisan daun ketumbar dan bijan yang sudah disangai.
Resepi Air Asam Pusaka
1. Bakar semua bahan di bawah.
Guna pan/ boleh bakar atas bara api.
– 4 ulas bawang putih
– 1 1/2 inci belacan
– 6 biji bawang merah saiz bola ping pong
2. Sediakan lesung untuk menumbuk.
– Kupas bawang bakar.
– Sediakan beberapa tangkai cili padi
– 2 biji asam limau nipis saiz besar.
* kalau asam kecil guna 3 biji
3. Tumbuk bahan bakar tadi bersama cili sehingga lumat.
4. Perasakan dengan
– 3/4 sudu besar gula
– 3/4 sudu kecil garam
– 3/4 sudu besar perencah Hilal
* segala kuantiti terpulang kepada citarasa masing-masing.
5. Kemudian perahkan 2 biji asam limau nipis tanpa biji untuk dapatkan airnya.
6. Tambahkan 1/2 cawan air kosong. Kacau sebati.
Siap!
Sesuai untuk dicicah bersama ikan tuka bakar
RESEPI SAMBAL HIJAU BERLADO
Bahan kisar
A:
– 4 ulas bawang merah (saiz syiling 20sen)
– 3 ulas bawang putih
– 7 ekor ikan bilis
– secubit belacan
B:
– 5 tangkai cili hijau
– dua genggam cili padi hijau
( untuk sambal rasa lebih kick)
Cara-cara:
1. Panaskan satu senduk minyak gorengan ikan tadi. (minyak sekali guna)
2. Tumis bahan kisar A sehingga wangi.
Kemudian masukkan pula bahan kisar B.
3. Biarkan cili masak sempurna. Masukkan sekeping asam. Barulah ditambahkan separuh kecil nisse atau gula melaka.
4. Masukkan sedikit air jika perlu. Perasakan dengan garam gula atau perasa mengikut citarasa sendiri.
5. Tutup api selepas semua rasa sebati dan sambal masak.
RESEPI AIR ASAM KETAGIH
1. Sediakan bahan-bahan berikut.
– 2 biji bawang merah
– 1 biji bawang besar Holland
– 1 biji tomato
– 3 ulas bawang putih
– 2 inci belacan
Belah dua bahan di atas kecuali belacan. Bakar atas pan non stick.
2. Selepas dibakar, sediakan bahan tambahan;
– 1 biji lemon dan sebiji limau nipis.
Perah jusnya. Asingkan biji. Ambil sekali sari buah.
– 3 tangkai cili padi hijau
– 3 tangkai cili padi merah
3. Masukkan semua bahan tadi dalam pengisar.
Tambahkan sekali 1 1/2 gelas air asam jawa.
(Segenggam besar asam jawa + 1 1/2 gelas air)
* Ikut kepekatan yang diingini*
4. Masukkan juga 1 sudu besar garam bukit dan 1/2 sudu besar gula perang. Kemudian kisar selumatnya.
5. Selepas dikisar, masukkan stok air asam ke dalam bekas kedap udara. Simpan dalam peti.
6. Cara hidangan untuk kesegaran berpanjangan.
– Ambil beberapa sudu besar stok air asam. Masukkan dalam mangkuk.Tambahkan potongan bawang merah, tomato dan cili padi. Sedia dihidangkan.
* Untuk kelainan rasa air asam versi Thai, boleh juga masukkan hirisan daun ketumbar dan bunga kantan.
Jika ingin tambahkan sekali hirisan lemon, kawan perlu terus menikmati air asam. Tak boleh biar lama. Sebab pahit kulit lemon akan merosakkan rasa air asam.
RESEPI SAMBAL CILI KERING LAKSO LEMOK KELATE
1. Sediakan bahan-bahan di bawah:
– 8 tangkai lada kering besar ( direbus dan dibuang biji terlebih dahulu) cili kering ni tak pedas.
– 4 tangkai cili padi merah + 2 tangkai cili padi hijau
– 1 1/2 sudu besar gula
– 3/4 sudu besar garam ( atau masukkan sikit-sikit)
– 2 sudu besar cuka
– 1/2 cawan kecil air suam
Kisar semua bahan di atas hingga lumat dan sedia untuk dimakan.
RESEPI SAMBAL NASI KAK VOUGE
– segenggam kecil cili padi merah
– 5 tangkai cili kering ( dibuang biji dan direbus terlebih dahulu)
1. Kisar dua jenis cili di atas dengan :
– dua sudu cuka
– sedikit air kosong
– 1 sudu besar gula
– 1/2 sudu kecil garam
– 1/2 biji bawang merah, 1 ulas bawang putih, 1/4 bawang Holland (dibakar seketika)
2. Masukkan dalam mangkuk. Tambahkan hirisan bawang Holland dan bawang merah. Kacau sekata.
3. Tambahkan garam gula dan garam jika perlu disesuaikan.
4. Perah sebiji limau kasturi. Campurkan sekali kulit limau kasturi yang dihiris.
5. Sedia untuk dihidangkan.
RESEPI SAMBAL JANTAN
Sediakan bahan-bahan di bawah:
– segenggam cili padi merah
– 2 sudu besar gula
– 1/2 sudu kecil garam ( atau masukkan sikit-sikit)
– 2 sudu besar cuka
– 1/2 cawan kecil air suam
Kisar semua bahan di atas hingga lumat dan sedia untuk dimakan.
Betul-betul sedap!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kisah keluarga ini pernah dimuat naik Majalah Keluarga baca di sini sebelum ini hasil perkongsian puan Natipah Abu. Menerusi laman facebooknya, sukarelawan terkenal dari utara ini menunjukkan keadaan pondok usang yang didiami oleh sepasang suami isteri dan empat orang anak ini bersih dan tenang walaupun keadaannya serba kekurangan.
Menurutnya lagi, keluarga ini memerlukan RM7K bagi membina dapur yang selamat dan juga selesa. Kebersihan pemilik rumah yang luar biasa telah membuka hati ramai pembaca dan rata-rata memuji keluarga ini kerana walaupun susah namun tetap menitikberatkan soal kebersihan dan kekemasan rumah.
Hasil perkongsian tersebut, ada Hamba Allah yang tampil membantu keluarga ini. Itu dikongsikan oleh puan Natipah atau mesra dengan panggilan Kak Pah baru-baru ini menerusi laman facebooknya. Rumah yang dahulunya berlantaikan tanah kini sudah berubah wajah. SUSULAN POST .
Ketika berkongsi kisah rumah yang dapurnya berlantaikan tanah ini dalam slot Sedekah Jumaat 14 Ogos lalu, sasaran kita hanyalah untuk menyiapkan ruang dapur sahaja.
Namun siapa sangka rezeki yang Allah susun untuk pemilik rumah ini, kita didatangi seorang Hamba Allah yang benar-benar berhajat untuk melawat sendiri rumah tersebut.
Ketika lawatan ke rumah itu, kita pun menerangkan kepada Hamba Allah tersebut tentang matlamat kita untuk menyiapkan dapur itu seadanya.
Melangkah masuk ke ruang tamu rumah itu , kaki kami memijak lantai yang lembut. Lantai itu kelihatan sempurna di pandangan .. seolah-olah lantai semen beralaskan tikar getah tetapi anehnya bila dipijak, ia lembut dan tapak kaki kami seakan tenggelam.
“ Ini lantai apa ? “
“ Ini pasir yang dicampur dan digaul dengan semen. Pasir yang banyak. Kami tak ada duit nak buat lantai semen jadi kami buat macam ni. Lantai ni, kami alas dengan guni baja di atasnya … lepas tu baru kami letak tikar getah ni ! “
Kami terdiam seketika … begitu sekali pasangan muda ini mencari ilham untuk memberi kelesaaan kepada anak-anak mereka yang empat orang itu biarpun dalam keadaan tidak mampu.
“ Saya akan tanggung semua kos untuk ruang tamu ni. Saya nak dipasang tiles ! “
Hamba Allah itu tiba-tiba bersuara sambil memandang ke arah tukang rumah yang ada bersama. Jelas sekali arahannya …
“ Biar betul ! “
“ Ya betul. Cik Pah buat bahagian dapur. Yang lain saya buat semua. Saya tanggung ! “
Bagai bulan jatuh ke riba .. khabar gembira itu diterima dengan penuh rasa syukur oleh pemilik rumah. Sungguh indah percaturan Allah .. kami bertiga langsung tidak pernah mengenali antara sama lain samada dia, kita atau pemilik rumah. Langsung tak pernah berjumpa pun sebelum ini namun kerana rezeki mereka, kami bergandingan untuk menyiapkan rumah tersebut. “ Buat apa bagi kat tuan rumah ni banyak sangat. Baiklah bagi kat orang lain juga. Ramai lagi orang susah yang perlukan bantuan … “
Itu kata-kata yang kita terima ketika kerja pembinaan rumah ini bermula. Natijahnya … kita tetap dengan akad kita, menyiapkan dapur.
Yang lain .. datangnya dari Hamba Allah itu yang memang hajatnya untuk keluarga tersebut. Apa hak kita utk menghalang dan mempersoalkan tentang rezeki yang telah Allah kirim buat mereka.
Apabila kita sampaikan kata-kata sinis yang dilontarkan itu Hamba Allah itu, jawapannya ….
“ Saya suka orang yang pembersih. Kalau kita bagi pada orang macam ni, dia akan hargai dan jaga pemberian kita dengan elok. Semoga dengan rezeki rumah baru ni, akan meningkatkan ketaqwaan mereka kepada Allah . Inilah amal jariah saya untuk kedua arwah ayah bonda saya … “
Tenang Hamba Allah yang sudah melewati 50an usianya itu menuturkan bicara. Dia yang juga seorang ahli perniagaan, berasal dari daerah yang sama dengan lokasi rumah ini, Baling.
Benar .. posting rumah ini tular kerana kebersihan pemilik rumah yang luar biasa dan telah membuka hati ramai pembaca untuk mensyukuri segala apa yang ada di depan mata dan apa yang kita miliki hari ini.
Kerja-kerja pembinaan yang bermula pada Isnin, 17 Ogos itu telah berakhir dan rumah ini siap sepenuhnya pada Sabtu, 10 Oktober .
Kepada semua penyumbang slot Sedekah Jumaat FB Natipah Abu .. semoga kita terus istiqamah demi sama-sama mencari rahmah dan barakah hidup, menumpang doa dari insan-insan yang memerlukan di luar sana.
Terima kasih kepada semua penyumbang …
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ramai yang suka menanam pelbagai jenis tanaman seperti sayur-sayuran,buah-buahan dan pokok bunga.
Tidak kisahlah apa jua tanaman, namun teknik untuk memastikan pokok subur kena tahu.
Salah satunya menggunakan kulit telur. Nak tahu cara yang betul untuk menghasilan bahan ini, ikuti perkongsian oleh pengguna facebook ini, Cikwan Redzuan Jelani di group Berkebun D Rumah.
12-14 papan kulit telur boleh mghasilkan sekilo tepung calcium…bergantung pada gred/ ketebalan cengkerang…tapi tak kisahlah..sbb itu anggaran kasar je.
Ada yang pecahkan cengkerang td..terus letak dlm pasu..untuk pokok orkid…boleh je..xjd masalah pun. Cuma penguraian semulajadi cengkerang td amik masa yang agak lama…saya pernah buat eksperiment cara macam tu…pch pch kn cengkerang.
Letak dalam pasu. Lapiskan dengan tanah. Buat beberapa lapisan. Tanam pokok lidah jin! Lepas setahun, pokok tumbuh dan penuh dlm pasu. Sewaktu kuarkan dr pasu…saya tengok majoriti akar membelit cengkerang tersebut!! Majoriti!!! Seolah xnak lepaskan cengkerang “ni aku punye” xleh share” gitulah keadaan akarnya…
Cara keringkan telur
Yg terbaik caranya….
1.Jemur cengkerang telur tadi smpi bebetul kering! 2.Kulit berubah warna dr coklat keputihan…! 3.Bila dah kering..kulit akn lebih rapuh! Dan sng untuk dipecahkan!! Ramas ramas je…krap krup krap 4.Kalau kuantiti skit boleh tumbuk je dgn lesung batu…klu kuantiti bnyk kna guna pengisar!! Pengisar kering…klu ada yg heavy duty lg baikkk… 5. Kisarlah smpi jd tepung…halus mulus…masukkan dlm bekas..tulis nama dia..”calcium pokok” simpn dlm stor kebun…takut ltk kat dapur org ingt tu tepung gandum…nayaaa
Cara guna ada 2 kaedah!
1-tabur terus ke tanah/ campurkan dgn tanah semaian… 2-campur dgn air hujan/EM yg diperbuat dr buah buahan…/sayuran dan peram sekurangnya 2 minggu dalam bekas yang bertutup.
Sebelum guna., kacau sebatian dan tapis.. Amik air baja ni td. 10 ml dicampur dgn 1l air. Siram kat pokok, 2 tahun diperlukan untuk cengkerang ni terhurai sepenuhnya ye sedare…tu klu x topup…klu selalu topup…xkn hbis la stok baja calcium sedare ni smpi bbila selagi bertani.
Dengan kenaikan kos input pertanian hmpir 200% skrg ni…kna ada alternatif lain untuk jimatkan kos!!
Adinda kepada Sultan Selangor, Yang Amat Mulia Datin Paduka Tengku Putri Arafiah Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah mangkat di kediaman beliau yang terletak...