Menjelang raya aktiviti mengemas seluruh rumah menjadi keutamaan. Lantai boleh dikira sebagai perkara utama ibu-ibu kena berikan perhatian.
Lantai berminyak memang memerlukan cara dan teknik yang teliti. Walaupun sudah dimop dengan pencuci lantai namun kesan minyak akibat proses memasak sememangnya sukar untuk ditanggalkan.
Selain cara mop yang salah mungkin juga anda terlupa untuk melakukan empat langkah ini ketika mengemop lantai. Empat cara ini anda kena tahu bagi mendapatkan hasil yang memuaskan.
Anda perlulah mencuba tip yang diberikan ini. Selain harum insyaallah lantai anda juga kekal bersih untuk tempoh yang lama.
Ads
Mulakan langkah dengan menyapu seluruh kawasan rumah dengan bersih. Pastikan setiap habuk, sampah terutamanya helaian rambut yang gugur dikumpulkan terlebih dahulu. Ini penting supaya proses mengemop tidak terganggu.
Langkah 1 -Air Panas & Cuka
Sediakan air rendaman berisi air panas yang dicampurkan dengan sedikit cuka. Mopkan keseluruh lantai dengan bancuhan air ini. Pastikan mop dikembangkan ketika proses mengemop. Biarkan seketika sehingga kering.
Ads
Langkah 2 – Cecair Peluntur
Jika suka anda boleh juga menggunakan cecair peluntur seperti Clorox dalam bancuhan namun gunakan sedikit sahaja kerana ia meninggalkan bau yang agak kuat. Pastikan ia diletakkan sedikit sahaja dan moplah seperti biasa. Biarkan kering.
Ads
Langkah 3 – Pencuci Harum
Kemudian buat bancuhan air bersama pencuci lantai yang ada dipasaran. Pastikan pencuci ini jangan tersalah beli. Belilah pencuci yang harum seperti berbau bungaan seperti ros atau lemon. Ada sesetengah bau pencuci lantai yang berbau kurang enak dan buat kita rasa tidak selesa. Mopkan keseluruhan lantai dengan sekali cucian sahaja dan biarkan kering.
Langkah 4 – Air Bersih
Akhir sekali barulah dibilas dengan air bersih ke seluruh lantai. Pastikan penggunaan air bersih tanpa apa-apa bahan. Moplah seperti biasa dan biarkan hingga kering. Hasilnya lantai anda bukan hanya harum malah licin dan bersih.
Tip
* Pastikan proses mengemop dimulakan dengan bahagian bilik terlebih dahulu dan diakhiri dengan kawasan dapur.
* Anda boleh juga menggunakan bancuhan lain khusus untuk dapur kerana kawasan ini luar biasa minyaknya.
* Pastikan mop dikembangkan dengan tepat supaya lebih membantu anda melakukan kerja dengan lebih cepat dan sekata.
* Buka kipas pada volume yang tinggi supaya lebih cepat kering.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Orang dulu-dulu selalu pesan dekat anak-anaknya yang masih belajar : ingat jangan termakan semut, nanti jadi pelupa. Umumnya mana ada orang suka-suka makan semut melainkan ada yang termakan dek kerana minum air yang bersemut, atau termakan makanan manis yang telah dihurung semut atau sebagainya.
Memandangkan semut dan gula berpisah tiada, menjadi tugas utama ibu-ibu untuk pastikan bekas gula di dapur bebas daripada dihurung semut. Jadi dengan cara ini kita yakin, air yang kita sediakan untuk anak-anak dan keluarga tidak mengandungi semut.
Namun kadang-kadang pernah juga terjadi, bila kita membancuh air dalam keadaan hendak cepat hingga terlupa menutup rapat penutup gula tersebut. Alih-alih nampak penuh sahaja bekas gula tu dengan semut. Jadi bagaimana caranya? Takkan hendak dibuang gula sebekas, tentu membazir.
Jadi ketahui cara atau petua nak halau semut dengan cara mudah dan pantas sebagaimana yang dilakulan oleh Mem Nazeffa di akaun fbnya.
“Habis semua semut keluar. Mabuk bawang putih. Ni petua gula x disentuh semut.Misi Berjaya. Yeahh”– Mem Nazeffa.
Bahan yang diperlukan:
Bawang putih
Cara Buat :
1. Potong 3 ulas bawang putih.
2. Kemudian masukkan ke dlm bekas gula.
Jadilah bolehlah dicuba.
Selain itu orang dulu-dulu ada juga berpesan kalau hendak elakkan daripada gula dihurung semut lakukan beberapa perkara ini.
1. Ikat bekas gula dengan tali atau kain perca yang direndam dengan minyak masak.
2. Masukkan dua tiga kuntum bunga cengkih ke dalam bekas gula.
3. Letakkan bekas gula di dalam pinggan yang berisi air.
4. Masukkan kulit kayu manis ke dalam bekas gula.
Selain itu, SERBUK KOPI juga boleh dijadikan alternatif cara untuk menghalau semut daripada menghurung gula atau makanan yang manis. Ini kerana serbuk kopi mempunyai bau yang kuat. Caranya, ambil sedikit serbuk kopi di kawasan laluan masuk semut dan biarkan beberapa hari. Semut akan menjauhi kawasan ini dan tak akan datang lagi.
Jika tidak pun, ibu boleh gunakan DAUN SIRIH dengan menghiris halus beberapa helai daun sirih dan kemudian taburkannya pada tempat semut selalu berkerumun. Bau herba ini akan menghalang semut daripada mendekati kawasan tersebut di masa akan datang.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pesanan Aunty Cina Ini Mengenai Cara Didik Anak Buat Wanita Ini Tergamam.. Selama Ni Tak Terfikir Pun..
Pertemuan dengan seorang ‘aunty’ berbangsa Cina di sebuah pasar telah memberi impak positif pada wanita in apabila aunty tersebut telah berkongsi tip cara mendidik anak kepadanya.
Apa yang menariknya, semua tip yang diturunkan jika difikir secara logik, ada betulnya.
Menurut wanita ini yang dikongsikan di laman Facebook miliknya.
Anak dia 2 orang master. Sorang kerja kat China, sorang kat Hong Kong.
“Anak kecil lagi macam ni jangan paksa dia tengok buku. Telefon jangan bagi lama. You kena selalu tanya dia. Macam harini you pergi pasar.
Bagitahu dia ni sayur ap aini ikan apa. Sayur ini warna apa. Nanti balik bapak dia balik, suruh dia cerita sama bapak dia.
Mak bawak pergi mana. Beli apa. Beli berapa. Warna apa. Bagi anak you recall, bagi dia boleh cerita semua details.”
“Dekat rumah, jangan ajar anak masa you berdiri. You tinggi dia rendah, nanti dia rasa ada jarak. You duduk sama dia, baru dia rasa senang dengan you.
Jangan selalu ajar-ajar dia. Nanti dia rasa tekanan. Ajar 10 minit, kasi dia main. Nanti dia sudah happy2, you panggil dia ‘lai’ sini mama mau tanya”
Bila bagi anak barang/makanan. Ajar dia untuk berkongsi. Contoh bila you kasi dia apple, “nak sikit”.
Ajar dari kecil bila ada barang kea pa ke, tu bukan dia sorang punya. Lagi-lagi share dengan parents. Nanti dah besar dia ingat parents.
Lagi aunty tu pesan.
Kalau mak bapak ada buat salah, jangan ego taknak minta maaf.
“Oh ya, mama salah tadi.. sorry”
Ada lagi. “Nanti anak sekolah, jangan marah dia tak dapat nombor 1.
You marah ke tak marah ke sama. Benda sudah jadi. Kalau semua orang dapat nombor 1 siapa nak dapat nombor last?
Artikel Berkaitan
Tip / Petua
Jangan banding-banding anak you dengan orang lain. Sama macam kita orang susah makan ikan kecik. Itu taukey besar makan ikan besar. Dia kenyang kita pun kenyang.
Okay. Kat sini mungkin aunty ni nak sampaikan yang rezeki masing-masing. Jadi bersyukurlah.
Dia just cakap kalu suka bandingkan nanti anak akan rasa hasad dengki pada orang. (Selalu kita bandingkan anak tanpa sedar)
Eh anak dia dah pandai baca, anak aku belum. Haaa Contoh. Tak ke kecil hati anak tuh.
Banyak lagi dia ajar tadi sampai kebas tangan pegang ayam dan ikan tadi.
Pergi mana-mana pun kita boleh dapat ilmu baru tau. Ni ilmu parenting.
Tq aunty.
Apa yang dikongsi oleh aunty ini sangat berguna. Kadang kadang kita sebagai ibu bapa tak sedar yang kelakukan kita menyinggung anak dan memberi kesan pada mereka.
Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan dalam menbentuk keluarga yang harmoni.
Apabila datangnya bulan Ramadan pelbagai persoalan yang timbul dalam pelbagai aspek. Ia termasuk mengenai pergaulan dengan pasangan ketika bulan puasa.
Menerusi sebuah laman maktabahalbakri.com menjelaskan persoalan mengenai hubungan suami isteri yang memberi ciuman mesra ketika bulan puasa.
Nak tahu lanjut, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri. ada penjelasannya.
Soalan:
Assalamualaikum w.b.t. Adakah seorang suami dibolehkan untuk tidur sebelah isterinya berpelukan pada siang hari Ramadhan? Mohon pencerahan. Terima kasih.
Jawapan:
Waalaikumussalam w.b.t.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga Hari Kiamat.
Kami mulakan dengan riwayat daripada Aisyah R.Anha, beliau berkata:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يُقَبِّلُ إِحْدَى نِسَائِهِ وَهُوَ صَائِمٌ
Maksudnya: “Rasulullah SAW mencium salah seorang isteri Baginda dalam keadaan Baginda sedang berpuasa.”[1]
Begitu juga dalam riwayat Aisyah R.Anha yang lain, beliau berkata:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يُقَبِّلُ وَهُوَ صَائِمٌ وَيُبَاشِرُ وَهُوَ صَائِمٌ وَلَكِنَّهُ كَانَ أَمْلَكَ لإِرْبِهِ
Maksudnya: “Rasulullah SAW mencium (isterinya) dalam keadaan Baginda sedang berpuasa. Baginda juga bermesra-mesraan (dengan isterinya) dalam keadaan Baginda berpuasa, akan tetapi Baginda ialah orang yang paling kuat menahan syahwatnya.”[2]
Secara umumnya, perbuatan bermesraan sesama suami isteri adalah suatu perkara yang menjadi lumrah dalam kehidupan rumah tangga. Berdasarkan hadith-hadith di atas, kita mengetahui bahawa Rasulullah SAW juga mencium dan bermesra-mesraan dengan para isteri Baginda.
Berbalik kepada soalan yang diajukan, Imam al-Nawawi menyebutkan dalam kitabnya bahawa dihukumkan sebagai makruh bagi sesiapa yang bercumbuan dalam keadaan dia sedang berpuasa jika terangsang syahwatnya dan tidak dihukumkan sebagai makruh bagi selainnya — yang mampu mengawal nafsunya. Namun, yang utamanya adalah meninggalkan perbuatan tersebut.
Begitu juga tidak ada beza antara orang tua dan orang muda kerana perkara yang diambil kira ialah terangsang syahwat dan dikhuatiri keluarnya air mani. Dalam erti kata lain, jika seorang tua ataupun muda itu kuat untuk terangsang syahwatnya, maka hukumnya adalah makruh, dan jika tidak terangsang syahwatnya, maka hukumnya tidak makruh.
Akan tetapi yang utamanya meninggalkan perbuatan bercumbuan itu, tidak kira mencium pipi, mulut atau selainnya. Begitu juga perbuatan bermesra-mesraan dengan tangan dan berpelukan, hukumnya adalah sama dengan hukum bercumbuan.
Kemudian, hukum makruh yang dimaksudkan bagi sesiapa yang terangsang syahwatnya ialah makruh tahrim. Ini merupakan pendapat pengarang al-Muhazzab, al-Qadhi Abu al-Tayyib, al-‘Abdari dan lain-lain ulama dalam kalangan mazhab Syafi‘i. Manakala sebahagian lagi pula berpendapat, hukum makruh di sini ialah makruh tanzih selagi mana tidak keluar air mani. Inilah pendapat yang disahihkan oleh al-Mutawalli. Namun, al-Rafi‘i dan selainnya menyebutkan, pendapat yang paling sahih ialah makruh tahrim. Selain daripada itu, apabila seseorang itu berciuman dan tidak keluar air mani, maka puasanya tidak terbatal tanpa sebarang khilaf di sisi ulama mazhab Syafi‘i, tidak kira bagi mereka yang berpendapat makruh tahrim atau tanzih.
Keluar Air Mani Batal
Di samping itu, seluruh fuqaha menyebutkan bahawa perbuatan berciuman itu tidak membatalkan puasa melainkan berlakunya inzal (keluar air mani). Oleh itu, sekiranya keluar air mani, maka puasanya batal dan wajib ke atasnya untuk menggantikannya tanpa dikenakan kafarah.[3]
Justeru, difahami bahawa puasanya tidak terbatal semata-mata disebabkan perbuatan berciuman, berpelukan dan bermesraan tetapi disebabkan oleh keluarnya air mani kerana perbuatan itu. Hal ini adalah berdasarkan kepada hadith yang diriwayatkan oleh Umar bin al-Khattab, beliau berkata:
Maksudnya: “Wahai Rasulullah, hari ini aku telah lakukan sesuatu yang berat. Aku telah mencium (isteriku) dalam keadaan aku berpuasa. Maka Baginda SAW menjawab: ‘Apa pendapat kamu sekiranya kamu berkumur-kumur dalam keadaan kamu sedang berpuasa?’”[4]
Imam al-Nawawi ketika mengulas hadith ini menyatakan, Baginda SAW menyamakan perbuatan mencium itu dengan berkumur-kumur. Sesungguhnya telah sabit bahawa jika seseorang itu berkumur-kumur lalu air sampai ke dalam rongganya, maka ia membatalkan puasa, dan sekiranya air tidak sampai ke dalam rongganya, maka ia tidak membatalkan puasanya. Justeru, ini menunjukan bahawa perbuatan berciuman (atau berpelukan) itu adalah sama sepertinya — yakni berkumur-kumur.[5]
Selain itu, Mantan Mufti Besar Arab Saudi juga ada menyebutkan, seorang lelaki yang mencium dan bermesraan dengan isterinya selain daripada jimak, sedangkan dia dalam keadaan berpuasa, kesemuanya itu adalah diharuskan dan tidak mengapa melakukannya kerana Nabi SAW sendiri mencium dan bermesraan dengan isterinya, sedangkan Baginda dalam keadaan berpuasa. Akan tetapi jika dia takut terjatuh ke dalam perkara yang diharamkan oleh Allah SWT disebabkan cepat terangsang syahwatnya, maka perbuatan tersebut adalah makruh. Sekiranya air maninya keluar (kerana perbuatan itu), wajib ke atas dirinya untuk imsak (menahan diri daripada makan dan minum) dan qadha’ (menggantikan puasa) serta tidak diwajibkan kaffarah di sisi jumhur ulama. Adapun keluarnya air mazi tidak merosakkan puasa menurut pendapat yang sahih dalam kalangan ulama kerana hukum asalnya adalah sah dan tidak membatalkan puasa disebabkan kesukaran untuk mengelakkan diri daripadanya.[6]
Kesimpulannya
Oleh itu, berdasarkan kepada perbahasan di atas, kami berpendapat bahawa seorang suami yang tidur disebelah isterinya dalam keadaan berpelukan pada siang hari Ramadhan, hukumnya adalah makruh sekiranya perkara itu menyebabkan syahwatnya terangsang atau dikhuatiri keluarnya air mani, dan tidak mengapa serta tidak makruh jika dia mampu untuk menjaga dirinya daripada hal itu.
Tidak kira dia seorang lelaki tua mahupun pemuda. Namun, adalah lebih baik untuk dia meninggalkan perbuatan berpelukan itu, ketika dia sedang berpuasa kerana hal itu adalah lebih selamat dan keluar daripada khilaf. Begitu juga puasanya tidak terbatal selagi mana tidak keluar air mani. Ini adalah sebagaimana pendapat muktamad dalam mazhab Syafi‘i.
Walau bagaimanapun, jika perbuatan berpelukan atau bermesraan itu menyebabkan keluarnya air mani, maka puasanya adalah terbatal. Dia wajib menggantikan puasa itu dan tiada kafarah dikenakan ke atasnya.
Semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang jelas kepada kita semua dalam beragama. Ameen.
Keluarga Talk: PUASA MENDIDIK JIWA KELUARGA SAKINAH
Bintang Kecil: APA ITU NUZUL QURAN
KELUARGA TALK: Nwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridz
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di