Bila bercakap tentang pemilikan tanah dan ingin pula di bahagikan hak, semuanya memerlukan proses tertentu dan tidak semua memahaminya dengan jelas. Begitu juga dengan istilah pecah bahagian atau pecah sempadan.
Sama makna atau berbeza?
Keliru tentang itu, apa kata kita baca perkongsian daripada seorang peguam ini untuk pencerahan bersama.
Mungkin ada yang dah seronok nak bertukang rumah baru tapi masih musykil tentang tanah-tanah yang dipecahkan banyak-banyak. Elok kita kenali dulu jenis tanah yang kita bakal beli untuk rumah baru kita, supaya tak timbul isu di kemudian hari.
PECAH BAHAGIAN?? PECAH SEMPADAN?? PECAH KEPALAAA! TAK SAMA KE MAKSUDNYA?? (Ketahui perbezaannya)
Jangan rasa overwhelmed or terkejut apabila kita nampak banyak terma dalam hal-hal hartanah. Realitinya, walaupun bunyi seakan, tapi ada maksud tersendiri, namun sangat mudah untuk difahami jika pelajari.
Sharing hari ini agak ringkas, jadi mari kita mulakan.
APA ITU PECAH BAHAGIAN?
Pecah bahagian adalah satu proses yang mana satu lot tanah itu dibahagikan kepada beberapa bahagian, yang mana geran akan dipecahkan kepada bahagian-bahagian, dan akhirnya setiap pemilik tanah akan dapat geran individu bahagian masing-masing. Mudah kan? Mari kita lihat contoh.
Bayangkan kita ada satu tanah dengan 3 pemilik, yang masing-masing memiliki 1/3 bahagian.
Ads
Pecahkan bahagian
Setiap pemilik, masing-masing akan dapat geran individu baru dengan 1/1 bahagian, atas nama masing-masing.
Kiranya lagi, kalau ada tanah 3 ekar dengan 3 pemilik atas geran, pecah bahagian, setiap pemilik akan dapat 1ekar seorang, di dalam geran individu baru mereka.
APA PULA PECAH SEMPADAN?
Pecah Sempadan adalah proses memecahkan satu lot besar kepada lot-lot yang lebih kecil tanpa membuat perubahan kepada butiran pemilik tanah.
Guna contoh yang sama, bayangkan dalam geran tanah ada 3 pemilik bersama.
Pecahkan Sempadan
Tanah akan dipecahkan kepada beberapa lot individu, namun setiap lot individu ini masih kekal atas nama 3 pemilik bersama.
Tak rumit sangat kan? Harap saya dapat membantu, supaya lepas ni kita ada apa-apa urusan contohnya untuk uruskan tanah pesaka, tidak timbul salah faham ataupun ditipu oleh mana-mana pihak yang ingin mengambil kesempatan.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Siapa kata lelaki tidak perlu jaga badan. Bagi memastikan kesihatan dalaman tubuh, sama seperti wanita, suami kita juga perlukan sesuatu untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan mereka.
Mengamalkan air rebusan antara yang disyorkan untuk lelaki. Menolak pengambilan ubat-ubatan, pil dan sebagainya, ada baiknya isteri tolong sediakan air rebusan yang baik untuk lelaki ini. Isteri pun boleh tumpang sekaki. Biar sama-sama sihat.
Resipi yang dikongsikan oleh Johanis Haslan ini mudah sahaja. Air rebusan beberapa bahan ini diamalkan olehnya khusus untuk awet muda dan kesihatan dalaman tubuh. Jom ikut caranya. Buat isteri, sila buatkan untuk suami ya.
Pada mereka yang nak kulit cantik sihat dalaman atau apa jua masalah yang berkaitan dgn kesihatan dan kecantikan, tak perlu berhabis ribuan ribu ringgit.
Buat sendiri, minuman macam ni senang je nak buat. Kisar, tapis dan rebus. Hanya gunakan gula organik untuk memberi rasa manis. Dapatlah menikmati minuman kesihatan yang bersih selamat dan murah. Selamat mencuba.
Bahan Utama:
Kunyit
Halia
Daun sirih
Temu kunci
Kencur
Asam jawa tanpa pengawet
Limau nipis atau lemon
Gula organik
Kulit kayu manis
Caranya:
1. Kisarkan kesemua bahan hingga halus.
2. Masukkan ke dalam periuk dan biarkan hingga mendidih.
3. Bila mendidih, biarkan suam dan minum.
4. Amalkan pengambilannya setiap hari.
So mudah saja kan? Isteri jangan lupa sediakan untuk suami. Sama-sama minum dan dapatkan hasilnya. Insyaallah sihat luar dalam.
Kredit: Johanis Haslan
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Gelagat Anak Emma Maembong, Shariq Gabriel ketika bercuti bersama keluarga mencuri tumpuan ramai.
Apa tidaknya, dengan baju sejuknya yang tebal, ditambah pula dengan gelagatnya berjalan terkedek- kedek membuatkan ramai yang terhibur. Tak kurang yang mengatakan seolah-olah seperti teletubbies gayanya.
Gelagat Shariq dimuatnaik menerusi sebuah video yang kemudiannya dikongsikan Di laman Instagramnya. Video yang berdurasi beberapa saat ini memaparkan gelagat anak sulung Emma berpeluang merasai pengalaman bermain salji buat pertama kalinya.
Ini merupakan percutian kali pertama Shariq ke luar negara. Ketika ini, Emma dan keluarganya kini sedang bercuti ke luar negara termasuk negara Dubai dan beberapa negara Eropah.
Melihat gaya nya yang memakai baju sejuk tebal sambil berjalan terkedek-kedek membuatkan Shariq nampak comel. Malah, caranya berjalan terkedek-kedek itu seperti Watak dalam Teletubbies, satu program kanak-kanak yang cukup popular suatu ketika dahulu.
Walaupun nampak Emma dan suami mahu memimpin tangannbya, Shariq dilihat seperti mahu bebas sendiri. Gayanya tak ubah seperti anak patung bergerak pula.
Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik buat anak-anak. Kerana itu, bab mendidik anak-anak tidak diabaikan.
Demikian juga dengan penyanyi, Tomok yang berkongsi foto dilaman Instagramnya yang menunjukkan isterinya, Siti Rahayu Abas sedang mengajar anak-anak mereka mengaji.
Namun yang menariknya perkongsian baru-baru ini mendapat perhatian orang ramai kerana foto tersebut turut menunjukkan Tomok atau nama betulnya Shah Indrawan Ismail dilihat sedang mengaji bersama isterinya.
Apa yang membuatkan warganet terhibur adalah kapsyen yang dimuatnaik Tomok yang mana dia meluahkan rasa lega apabila isterinya pada hari itu tidak memegang rotan berbanding foto sebelumnya.
“Alhamdulillah hari ini tiada rotan di sebelah” tulis penyanyi berkenaan di ruangan kapsyen.